"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Jumaat, 29 Mei 2009

Kata-katamu itu


3 April 2009


pada mlm bicara motivasi di surau al-isyraq, MRSM terendak


ekin jadi pengerusi pada malam itu




Malam itu terasa seperti ingin menangis, aku tidak dapat menahan sedih ini, aku terasa diriku begitu banyak sekali dosa, terasa diriku begitu kerdil sekali di hadapan-Nya, air mata keinsafanku menitis, aku takut, dimanakah nanti aku ditempatkan di akhirat kelak??




Aku begitu kagum sekali dengan Cikgu Syarifah, kata-katamu itu x ubah persis seorang mujahidah yang berjihad di atas muka bumi Allah. Segala petikan al-Quran dan hadis yang kau lontarkan pada bicara malam itu, mengkagumkan diriku. Terfikir aku, mampukah aku menjadi sepertimu. Aku teringin sekali sekali untuk mencontohi akhlak mulia dirimu itu.




"Oh tuhan, apa yang hamba dapat lakukan? Hamba berdosa, Tuhanku, hamba terlalu ingin menyucikan diri hamba. Hamba mengalirkan air mata keinsafan. Tuhan, hamba merenung noda-noda semalam yang ditinggalkan, yang melakar dosa-dosa yang hamba lakukan. Ya tuhan, adakah hanya saat ini? Saat hamba tekun di sejadah, hamba terasa akan hadir-Mu. Bantulah hamba, wahai Tuhan yang Maha Pengampun."




9.15 malam

1 comments:

a_muhaimin berkata...

Hope pe yg Ikin harapkan tercapai,
Disamping doa yg ta putus2 pada Allah, k.
"Alwayz Remember Ur Vision of Ur Life"