"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Sabtu, 15 Ogos 2009

Kasihan aku

Salam alaik

Rasanya tak terlambat lagi kalau aku nak wish kat korang semua SALAM RAMADHAN. Taw tak sebenarnya aku dah melanggar janji yang dibuat oleh aku sendiri.tak de sape yang suruh aku wat janji tuh, tak de sape jugak yang suruh aku langgar janji yang aku wat nih.Cepp ngeng..iman tak kuat tol,kata tak nak on9 la,last2 aku on9 jgak,setelah berhempas dengan buku.Buku tu tak nak lepaskan aku pulak..hehe..adakah aku ini dikategorikan seorang yang keras kepala (weii kepala memang la keras, kepala bukan buah yang lembik tu..hehe) tapikan aku memang keras kepala pun.Suka ikut kepala sendiri ke??( tak lah sangat..hehe)baik la jugak kepala aku nih..masih mendengar kata2 orang tua dan nasihat2 berguna ( yang tak berguna aku tak mau dengar)..ni aku ada cerita sebenarnya:

KASIHAN 1

Aku ni jenis manusia yang bila aku dah set mcm tu,kenalah jadi mcm tu, tapi kalo jadi lain ataupun tak menjadi,otak aku boleh krem taw tak.Dengan sepenuh hati yang cukup gembira, aku menjangkakan tiket aku balik ke Penang pada hari Jumaat malam,tetapi jangkaan aku itu salah dan meleset sama sekali ..ishh tiket aku lambat satu hari.Geram betul aku tapi apa boleh buat.Redha je lah.Sedey ngeng sebab bila aku bukak pintu blok asrama pagi sabtu tu, maktab dah kosong, monyet2 kat terendak tu pun balik kampung agaknya..dengan hati yang agak pilu+sayu,aku angkatlah jugak beg aku tu naik pi balai pengawal.KESIAN.naseb ada junior aku yang aku sayang dia,aku pnggil dia Sya..Dia teman aku semalaman kat maktab tuh.Berceritalah apa lagi.

KASIHAN 2

Penat taw tak menunggu budak2 laki.Ni mesti kes lepas Suboh, tido balik ( eleh ekin kau macam pernah buat kan) tapi beragak la jugak kan, pagi ni semua orang nak balik pastu tak pasal2 pak cik driver tu kena tunggu.Sebenarnya aku kesian kat junior aku yang seorang ni Syamsiah (Sya) bersama adiknya, Rabiatul Adawiyah.Tiket mereka pukul 8 pg ke Temerloh,Pahang tapi bas jalan pukul 7.35 pg, manalah sempat nak sampai MELAKA SENTRAL tu.Setibanya di sana of coz la bas dah terlepas.KESIAN.Aku dengan rela hati menemankan mereka ke kaunter untuk membeli tiket,tup tup Sya ni x cukup duit pulak.Dengan murah hatinya aku berkata " Sya, tak pe, awak pinjam duit akak dulu,OK."hehe poyo pulak aku nih.Sekali tiket nak ke Temerloh hari tu semuanya sold out.Aish lagi la aku kesian kat mereka.Aku pun menyuruh mereka telefon ibu dan ayah mereka.Syiling dah habis la pulak, tak mengapalah aku hulurkan aku punya kadfon.Nasib baiklah ayah mereka boleh ambil mereka.Kalau tak,aku pun tak tau nak buat apa dah..hehe..

KASIHAN 3

Tiketku pukul 10.15 pagi.Pada mulanya aku merenung tiket aku yang berwarna ungu itu,tertera perkataan Pulau Pinang (yeah itu destinasiku) harga RM45.00 (aku pelik,bila pulak tiket Penang murah ni,bukankah sepatutnya berharga RM50 something,umph tak pa lah pak cik nak bagi diskaun kat aku kot..hehe) Bila nak naik bas je,abang yang jaga bas tu memberi aku satu lagi tiket (menggantikan tiket yang tadi) tak pulak aku nak usha tiket yang aku baru dapat tu,sebab aku dah cakap kat abang tu aku nak balik Penang, Naik aja atas bas,aku teruja sebentar, belakang aku ada dua orang kakak bertudung labuh,baju labuh (ehh senang cerita muslimah solehah ) siap tone handphone kakak tu ayat al-quran lagi.Macam nak bersembang dengan kakak tu tapi,rasa macam tak payah pun ada,so aku pun membelek2 bahan bacaan yang aku beli sebentar tadi..lepas tu aku zzzZZZZ hehe(ape yang kesiannya ekin,sabar belum habis lagi,teruskan membaca,kalau dah penat membaca,janganlah baca,sila blah dari sini)
Pukul 3.30 petang tepat aku tiba di Taiping (tempat yang tidak asing bagiku,selalu pergilah,tapi aku rasa haiwan2 kat zoo taiping tu belum kenal aku lagi) hehe dan bila sampai sahaja kat stesen bas taiping tu,semua orang dalam bas tu dah turun kecuali aku, maka apek bas tu pun memanggil aku kenapa tak turun lagi.Bas ni hanya pergi Kuala Kangsar dan taiping,Mulalah ketika itu aku tahu yang bahawa kakak kat kaunter tu tersalah bagi tiket kat aku,Kurang Asam betul la kakak tu.HUHU gelabah sangat2 aku masa tuh,aku macam bingung sekejap, tak taw nak buat apa..KESIAN..tapi riak wajah aku masa tu aku rasa relaks je.Kena kontrol,kang orang culik aku baru taw (hehe perasan) Nasib baiklah pak cik2 kat situ baik hati semuanya, bg taw ada bas nak ke Butterwoth pukul 3.30 ptg, nak jalan dah,siap offer nak angkatkan beg untuk aku lagi tuh.Mungkin takut sangat kot tengok aku yang kecil ni membawa beg yang besar hehe..

p/s: sorilah semua ya..my otak tengah ngeng, aku geram betul sebab cuti ni sangat banyak no yang masuk dalam handphone aku,tapi bila aku tanya tak nak cakap sape,aku rasa macam nak sepak ja orang macam tu,siap ada yang kol aku main pulak

4 comments:

Tony Saidi berkata...

sabr Ikin,
ujian awal Ramadhan tu namanya..
pasti ada ganjaran hebat atas kesabaran neh..

Norashikin Abdullah berkata...

ok ustat
Allah sentiasa bersama orang yang bersabar

HH berkata...

cerita ni isha dah dengar dulu.. hehe :)

nurekin berkata...

yeah..hehe