"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Selasa, 29 Disember 2009

Sewaktu aku tiada kerja

Assalamualaikum..
Kelmarin aku jalan jalan di blog Kak Aien.Aku lihat kuiz ini macam mnenarik. Jadi teringin pula aku nak cuba..

MyEm0.Com
~The Quiz Begin~

1. adakah anda rasa anda HOT?
Ya Allah, ni aku nak jawab ape ni, kejap aku pegang dahi aku, biasa-biasa saje..suam-suam kuku..hehe..ari tuh aku demam lah..sekarang alhamdulillah, sudah mampu berlari-lari ke sana dan sini, serta meyakat adik kecilku, Haikal. Mestilah, ingat aku baik sangat ke. Tak sah satu hari kalo aku tak sakat adik aku tuh..Geram sangat, rasa macam nak cubit-cubit pipi dia.. Aku selalu terpaksa menjadi raksasa..sebab dia nak Ultraman..wakaka..buruk kan rupe aku jadi raksasa.

2. upload gmbar kegemaran kamu.

ok sudah..ni pic aku bersama-sama roomate-roomate kesayanganku..

3. cerita pasal gambar.
Haa, nasib baik ada soalan ni. Kalo tak de pun aku nak cerita jugak. Gambar ini diambil selepas tamat MOCK interview yang kedua (group). Kami semuakan gila kamera. Maka ketika itu, tiada sesiapa yang boleh mengambil gambar untuk kami. Tiba-tiba lalu seorang hamba Allah, aku sudah lupa sape nama junior aku yang keluar blok ingin beriadah. Apa lagi kami pun " Dik cepat-cepat, sini sekejap, kakak nak minta tolong boleh?" Adik tu pun cakap boleh. " Okey, tolong tangkapkan gamabar untuk kami." Haa, selesai kerja kami.
4.bila kali terakhir makan pizza?
Ya rabbi, lama sudah, sebelum peperiksaan SPM bermula, ada jamuan PUM (Program Usahawan Muda) ketika itu.. huhu aku makan, mestilah banyak walaupun perutku kecil..Sedap taw, antara makanan kegemaranku.Hui dah lama mak tak buat pizza.. Nanti nak suroh mak buat la.
MyEm0.Com
5. lagu terakhir yg anda dengar.
Ohh baru tadi aku dengar lagu Cinta Terakhir-Aiman Akedemi nasyid tuh kat My Space aku. Bez taw lagu tuh. Kau cinta pertamaku, kau cinta terakhirku, tiada apa yang bisa, menafikan kasih kita...haa gitulah lagunya..Korang cubalah dengar dengar..Lagu nih membawa banyak penangan juga kat aku, kalau aku kat bilik pantry, tiba-tiba aku terdengar lagu, terus berlari macam orang gila balik bilik sebab nak dengar. Pernah satu hari aku tido, tersedar sebab dengar lagu ni. Dasyatkan..

MyEm0.Com
6. apa yang anda buat selain
menyelesaikan tag ini?
Erm tengah tengok game Cafe World kat facebook.Nak hias gerai bagi lawa-lawa. Aku hias dengan warna kegemaran aku. tak lain dan tak bukanlah.Si Biru yang tenang dan mendamaikan..Haha..Gerai Ustaz Tony lawa taw..Jeles..Isha dah jauh tinggalkan aku..Gerai dia juga lawa.

7. selain nama sendiri, ape pggilan yg orang guna untuk pggil ko?
erm ape nih, oo ok kawan-kawan dan cikgu-cikgu biasalah panggil aku Shikin, Ekin, Kin, Nora
Kalau di rumah mak dan ayah panggil aku kakak, Kak Shikin, Shikin.
Adik-adikku mestilah Kakak.

8. tag lagi 6 orang.
1.Harishah Halim
2. Lily Fadzleen
3. Dinie Syafira
4.Nadia Sabri
5.Muhammad Firdaus Fauzi
6. Abang Rodi
9. siapakah gerangan no 1 pada anda?
Hui ini jangan cakap, padaku engkau umpama segala-galanya padaku. Sanggup memayungi dikala hari hujan.Bila agaknya aku dapat berjumpa dikau. Moga doa kita untuk berjumpa di universiti dan satu bilik dimakbulkan.Amin. Pasti akan kuborak puas-puas. Dan cubit-cubit pipi Isha yang comel tu.
MyEm0.Com

10. kata sesuatu untuk org no 5.
Fidot, aku bagi kat kau kata-kata dari Imam Al- Ghazali.Yang jauh itu MASA,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang indah itu SOLAT.

11. no 3 ada hubungan ape dgn anda?
Sahabat yang aku sayangi. Sayang Dinie. Aku sangat kagum dengan kebijaksanaan dan kecerdikannya. Pernah suatu hari, tersa ingin membedah kepalanya dan menukarkan otakku dengan otaknya.Gurau je Dinie. Rindu saat kau mengajar aku Add Math. Aku suka kau ajar aku, aku mudah faham.
MyEm0.Com
12. bagaimana pula no 4?
Ya Allah suka gila berborak dengan Naddy kat bilik pantry, sampai kadang-kadang tak sedar dah pukul 3 pagi. Banyak je ceritanya. Semuanya kelakar. Dia dah nak pergi PLKN. Dia tak suka. Tapi tak pa Naddy. Aku ucapkan Selamat Maju Jaya kat kau. Cayalah wirawati negara.
13. pesanan kepada org no 6.
Ohh ini senior aku masa aku Form 1 dan Form 2. abang Rodi bez dan baik. Abang Rodi ni Badar dulu. Dia jaga batch aku. Pesanku untuknya..nanti kalau dah kaya, jangan lupa bagi hadiah yang besar-besar kat ekin dan akhir sekali, kalau makan ansi minyak, jangan lupa, jemput ekin.
MyEm0.Com
14. kelebihan pada no 2?
Lily, aku sangat rapat dengan dia. Banyak berkongsi suka duka dengannya. Dia seorang sahabat yang baik. Aku akan sentiasa ingat kenangan kita Ly. Saat kau masakkan nasi dan telur, kau suap untuk aku. Kenyang aku. Saat aku berduka, kau bantuku. Terima kasih atas segalanya
MyEm0.Com
THE END

Kepada sesiapa pengunjung blogku ini, jikalau mahu mengambil tag ini. Silalah ambil ..

Isnin, 28 Disember 2009

Renunglah dengan mata hati

Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada kegelisahan dan dukacita. Aku juga berlindung dengan Engkau daripada sifat lemah dan malas. Aku juga berlindung degan Engkau daripada takut juga kedekut. Seterusnya aku berlindung dengan Engkau daripada belenggu hutang dan kekerasan manusia..

Salam alaik...

Jikalau korang terfikir ada atau tidak manusia di dalam dunia ini yang dengan hanya satu perkataan yang kau lontarkan membuatkan seseorang itu terfikir sejenak. Fahamkah maksudku itu? Sudah tentu ada, akulah orangnya. Aku suka berfikir tentang apa yang jua, walaupun kadang-kadang benda itu hanyalah remeh temeh sahaja.Tetapi aku tidak pernah memandang bahawa semut itu kecil dan gajah itu besar kerana masing-masing ada kelebihan bukan.

Teringat aku cerita tentang seorang sahabat yang cuba merendah diri kerana merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi seorang BADAR (Badan dakwah dan Rohani). Aku kata kepadanya, tahukah siapa yang layak atau tidak. Bagaimana mahu menguji ketinggian iman seseorang itu baru boleh dilantik menjadi BADAR? Iman kita ini tidak tetap dan berbolak-balik. Berubah-rubah senantiasa kerana kita manusia biasa, bukan para rasul dan nabi juga para malaikat. Mereka sentisa taat padaNYA.

Semalam rasa macam terkena penampar. Walaupun tidak mengebaskan pipiku tetapi berjaya mengilukan pipiku. Tamparan ayat dan kata-kata dari seseorang. Syukran menyedarkanku. Aku terlupa pula hadis yang pernah kupegang. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Jadi dalam hidup ini, buatlah apa korang nak buat, yang penting memberi manfaat dan mengikut syariaat. Haa, mudah bukan.

Sabtu, 26 Disember 2009

Bintang Kejora

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
Assalamualaikum..
Lama sudah aku sudah tidak mengupdate blogku ini, apa khabar blog ini? Barangkali sihat agaknya kerana lagu masih lagi kedengaran, jam masih lagi berputar membilang detik waktu, kalendar terus bertukar membilang hari, dan chat box masih lagi dikunjungi manusia. Keadaan kesihatanku yang kurang baik membuatkan aku tidak dapat meluangkan masa untuk menatap blogku ini. Alhamdulillah aku semakin sembuh, moga-moga sakitku ini menjadi kifarah dosa-dosaku yang silam. Silam? Macam rasa duduk zaman Hang Tuah sahaja. Haha. Jikalau benar, adakah aku Tun Teja, Tun Fatimah, angan-angan yang kadang-kadang kukira melampaui batas.
Semalam aku merenung ke luar jendela, aku cuba untuk mencari jawapan mengapa tidur malamku tidak lena seperti malam-malam yang biasa. Aku gemar melihat bulan dan bintang. Ada satu bintang yang bersinar di antara ribuan bintang. Mungkin itu bintang kejora yang orang selalu gembar-gemburkan. Aku kembali semula untuk mencari jawapan untuk persoalan diri yang terbuku sejak akhir-akhir ini, ku kutip kembali kata-kata itu, kata-kata yang ketika dikhabarkan kepadaku, aku tidak sedar sebenarnya kata-kata itu sebenarnya untuk aku. hanya setelah aku mengutip kembali kata-kata itu, baru aku tersedar..YA..kata-kata itu sebenarnya ditujukan kepadaku secara kiasan. Hanya aku sahaja yang pura-pura kurang mengerti.Biarlah waktu yang menentukan.Satu hari nanti, pokok pastinya akan berbuah dan buah itu pasti boleh dimakan.
p/s: maaf kalau tidak mengerti maksud entryku kali ini, aku baru sahaja habis bertazkirah kepada adikku..hehe..terlopong sekejap dia mendengar aku bertazkirah..aku baru baik dari demam

Selasa, 22 Disember 2009

Ada kisah di sebalik kata 'Insya-Allah'

Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini

Salam alaik..kepada semua pengunjung blogku. Ingin aku berbicara tentang sesuatu yang dah lama aku ingin bicarakan. Kekuatan itu datang pada malam ini untuk aku berbicara. Ungkapan 'insya-Allah' selalu disalahertikan sebagai tidak yakin dan lebih berat kepada tidak jadi. Itu tanggapan yang salah. Sudah menjadi seolah-olah satu alasan untuk melepaskan diri daripada sesuatu komitmen.Kata-kata 'insya-Allah' bermaksud dengan izin Allah, berat pada 'ya'. Dengan izin Allah, akan jadi semuanya. Kan Allah sudah berfirman dalam suratul yassin, Kunfayakun.

Aku ingin memetik satu kisah di dalam novel yang aku baca tentang Nabi Sulaiman:

Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari, ada diceritakan mengenai Nabi Sulaiman Alaihis Salam yang memiliki 60 orang isteri. Dia berkata kepada dirinya, "Aku akan meniduri isteri-isteriku yang seramai 60 orang ini secara bergilir-gilir dalam satu malam. Sudah tentu, semua isteriku ini akan mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki dalam amasa yang sama. Dengan demikian dapatlah aku bentuk sebuah pasukan berkuda yang terdiri daripada anak-anak lelakiku untuk berjuang dan berperang di jalan Allah."

Pada malam yang ditentukan, Nabi Sulaiman meniduri isteri-isterinya secara bergilir-gilir dalam satu malam sahaja. Namun perancangannya tidak menjadi. Daripada seramai 60 orang isterinya itu, hanya seorang yang hamil dan melahirkan seorang anak lelaki.

Rasulullah yang menceritakan kisah ini kepada para sahabat mengulas dengan bersabda, "Kalaulah Nabi Sulaiman menyertai azam atau hasratnya itu dengan kata-kata 'insya-Allah' (jika Allah menghendaki), sudah tentu semua 60 orang isterinya itu akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, yang boleh dijadikan pasukan berkuda untuk berjuan di jalan Allah seperti yang diharapkannya."

Jadi jelas bukan, pengajarannya di sini kita sebagai manusia hanya mampu merancang, walaupun serapi mana perancangan itu. Namun Allah yang menentukan.Sedikit kuasa pun tiada pada kita.

Isnin, 21 Disember 2009

Kata-kata hikmah Rabi'atul Adawiyah

" Biar waktu yang akan membuktikan …….
bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,
tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,
tiap jiwa yang telah melayang,
akan samapai pada satu keadaan …….
dimana keadilan adalah nadinya,
kesejahteraan adalah nafasnya,
kebijaksanaan adalah sifatnya,
dan Ridho Sang Khalik adalah tujuannya. "
" Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini
maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.
Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,
maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.Sebab engkau saja cukuplah bagiku "

(Rhobiyatul Al-Adawiyah)

Ahad, 20 Disember 2009

Fantasi atau realiti

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah,
hari ni kita bersahabat, esok kita bersahabat, dan selamanya kita bersahabat, jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia, ku tetap mengharapkan kita bersahabat, diri ini mengharapkan kita bersama-sama selamat smapai ke sana...


Assalamualaikum

Sebenarnya aku masih dalam keadaan rasa percaya dan tidak sahaja. Semalam aku menghadiri majlis reunion bersama kawan-kawan sekolah rendah dahulu. Pertama kali aku dikhabarkan tentang berita ini, bagai nak terburai aku ketawa. Mananya tidak, yang selalu aku dengar reunion sekolah menengah, universiti, atau tempat kerja. Reunion sekolah rendah ni baru pertama kali aku dengar (ke memang ada tapi aku je yang baru taw..ketinggalan sungguh aku ). Sungguh aku sangat-sangat teruja nak berjumpa kawan-kawan lama.


Aku rindu gila dengan sahabat baikku. Dahulu kemana sahaja kami bersama. Dari darjah satu hingga darjah enam kami bersahabat baik. Tapi apakan daya, kami mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara. Maka berpisahlah kami, aku tercampak ke Melaka, dia pula terpelanting ke Kedah ( maaf jikalau aku suka menyalahgunakan bahasa...ekin memang begitu..hehe). Aku rasa aku ni memang jenis manusia yang kena ada seorang kawan baik. Ya, mungkin tempat aku melepaskan segala-galanya. Aku ini seorang yang sangat kuat beremosi dan aku sangat suka berkongsi cerita suka dan duka. Di sekolah rendah aku ada Nursyamimi, di maktab aku ada Nurul Syafiqah dan di alam cyber ini, aku ada Harishah. Maaf ya teman jikalau selama ini aku suka membebankan kamu semua, mungkin aku juga pernah membuatkan kamu tersinggung dengan perbuatanku yang kadang-kadang tanpa sedar aku lakukan. Yang paling aku pasti, aku sayang kamu semua. Terima kasih kerana sanggup menceriakan hari-hariku.


Semalaman aku berfikir, baju apa yang harus ku pakai, bila ku buka almariku, aku berdiri sambil merenung panjang, lalu aku mengambil keputusan untuk memilih warna hitam..hehe. Aku teringat Ika pernah cakap " Pakai baju hitam ni, nampak kita lebih tinggi. " Betulkah apa yang Ika cuba khabarkan pada aku itu? Kadang-kadang Ika suka buat fakta sendiri. Hehe. Gugup aku sepanjang majlis, tuhan sahaja yang tahu.


Afiza: Eh shikin, napa tangan hang menggigil.
Atiqa: Tu la aku ingat aku sorang ja yang nampak, pasai pa tangan hang menggigil
Aku: Haa, yaka, aku cuak la tengok ramai orang ni, malu nak jumpa depa, dah lama sangat tak jumpa, lima taun tu tak jumpa..(dalam hati ya Allah, nampak sangat ka)



Mimi: Eh shikin, lama gila tak jumpa hang, aku rindu kat hang.
Aku: Tu la aku pun rindu jat hang jugak, tu la hang, tukaq nombor bukan nak bagai taw aku


Aku: Aku rindu gila al-mashoor, apa cerita sekarang?
Pinaz: Eh bez gila sekarang.. Tu la lepas hang, keluar, dah tak bez , budak SKSA ( tu nama sekolah rendah aku..Sekolah Kebangsaan Sungai Ara) tinggai berapa kerat ja.


Puas kami bergelak tawa, bertukar-tukar cerita, tetapi seganku masih tidak hilang lagi. Malam semalam, semuanya kawan-kawan aku kelihatan lain. Aku rasa macam mereka semua dah masuk mesin transformasi. Hehe. Yang lelaki semuanya, handsome, tampan, smart, dan kacak-kacak belaka. Yang perempuan semua cantik, comel, dan cun-cun belaka. Semua orang dah tinggi. Kenapa aku rasa macam aku sahaja yang tak membesar ni.hehe..Tetapi banyak betul yang sudah berubah, aku pun sampai tak sangka. Macam nak pengsan pun ada.Tak mengapalah aku tak mahu ulas panjang pasal ayat yang aku boldkan ini, cuma kalau baca sepuluh kali mungkin dapat tangkap apa yang aku cuba maksudkan. Cuba renungkan kata-kataku ini:

Roda masa pantas berputar, usia mematangkan kita, persekitaran mampu mengubah kita, iman di hati yang dapat memelihara kita.

p/s: tak banyak gambar yang boleh aku letak, sebab tak banyak pun aku tangkap semalam, penyegan sangat, lagipun tudung aku..serabai..entah apa-apa je

Jumaat, 18 Disember 2009

I'm a big big girl in the big big world

Bismillahirahmanirahim..
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini
seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku
Lenaku semalam berulit duka. Lama juga aku tenggelam dengan air mataku. Tapi aku puas setelah mengalirkan air mata.Mungkin aku sudah lama tidak mengalirkan mutiara jernih. Mungkin aku juga aku boleh kata itu hobiku. Mungkin juga air mata itu sinonim dengan kaum hawa.Tapi tiap yang berlaku pasti punya sebab kan? Tak mengapalah biarlah aku seorang saja yang tahu. Kadang -kadang tak semua yang kita impikan kita dapat. Kadang yang kita tak impikan. Itu yang kita dapat. Sepatutnya aku harus belajar untuk menjadi seorang insan yang selalu bersyukur kerana permintaanku suatu ketika dahulu dimakbulkanNYA. Mungkin ada betul kata-kata yang bila sesuatu nikmat hilang di pandangan mata, baru manusia itu akan menyesal kerana tidak pernah bersyukur memilikinya.Lalu aku bangun dari lenaku, dan membuka suis lampu kamarku lantas menggapai novel dia atas meja, aku meyambung pembacaanku kerana aku tidak dapat melelapkan mataku.Tiba-tiba aku terjumpa ini di dalam novel itu:
Apa perasaannya ketika ini? Sedihkah dia, terkilankah dia, kecewakah dia? Tetapi jika semua perasaan terluka itu di hati, dia harus belajar merawat diri sendiri. Dia harus belajar melepaskan rasa terluka itu. Dia tidak wajar melayan rasa negatif yang tidak berpenghujung. Bukankah selama ini, dia pernah mengingatkan diri sendiri, kejahatan akan menggoda kita semasa kita sedih. Justeru jangan biarkan diri terlarut-larut dalam kesedihan.
Apalagi, seusai sahaja membaca perenggan itu, kelam kabut aku mengelap saki baki air mataku, aku tak mahu digoda kejahatan...
KESUSAHAN & KESULITAN
adalah laksana MUSIM DINGIN
BASAH DAN LEMBAP
tidak disukai insan.
Tetapi sesudah musim sejuk itulah
tumbuh BUNGA-BUNGA yang harum
dan BUAH-BUAHAN yang subur..

Isnin, 14 Disember 2009

Kebosananku terisi

Salam alaik

Haa..akhirnya ayah bawa juga aku kedai buku hari ini. Tidaklah aku bosan sangat sebab dah ada buku yang boleh dibaca.Hampir nak menangis aku tadi sebenarnya apabila ku ke rak buku bahagian novel, tidak kutemui novel Ketika Cinta Bertasbih. Ku pujuk hatiku (frust tau tak..relaks ekin slow-slow cari) Akhirnya, tak juga kutemui. Maka aku pun duduk terdiam di depan rak (hatiku bermonolog, buku apa lagi nak baca ni, memang nawaitu datang kedai buku nak cari buku tu) Tiba-tiba, mataku seolah-olah sedang menangkap sesuatu, tanganku terus menarik satu novel yang bertajuk BUKAN YANG PERTAMA.(tu yang aku tengah pegang tuh..hehe) Kulihat muka depan novel itu seperti menarik dan ku lihat ulasan di belakang novel itu:

Novel Bukan yang Pertama adalah bahan bacaan yang sesuai kepada masyarakat Islam terutama golongan remaja sebagai bacaan alternatif dalam dunia tanpa sempadan kini...

Sebagai graduan agama, kemampuan Salina Ibrahim menampilkan citra muslimah mujahidah tabah dalam novel-novelnya tidak perlu dipertikaikan lagi....

Cukup dengan dua ulasan itu, aku yakin, aku mahu membeli novel itu.Maka aku menunjukkan novel itu kepada adikku dan ayahku lalu membawa novel itu ke kaunter.Nak tau sinopsisnya?
Ini sinopsisnya:

Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa. Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak.

Nak tahu lebih lanjut tentang buku ni..sila klik link di bawah ini:
http://salinaibrahim2.blogspot.com/2008/09/bukan-yang-pertama.html
SEMOGA AKU TERHIBUR MEMBACANYA DAN PEROLEH MANFAAT..AMIN

Ahad, 13 Disember 2009

BATCH OF EXTREME..no one left behind

Assalamualaikum...Sungguh masih kuingat lagi kenangan aku bersama badan kepimpinan BWP 08/09. Kenangan yang paling kuingati ialah saat kita bersama-sama membersihkan court futsal.Ya Allah, habis basah semua orang tak pasal-pasal sebab semua main air sabun.Encik Che Saiful hafiz pun sekali, tak percaya aku, yelah kan selama ni macam control machokan?hehe look like matured. Actually tak pun..hehe..Aku akan selalu ingat sebab dalam meeting BWP, aku selalu kena marah dengan dia sebabnya aku selalu bercakap dengan setiausaha kami, Cik Mira Afiqah dan bendahari kami, Cik Nik Shahira serta aku juga suka menyampuk. Itu kata Sepop. Kadang-kadang aku bukan nak menyampuk pun, tapi aku nak buat pertanyaan ataupun cadangan.Aku tahu Sepop sengajakan nak sakitkan hatiku.Panas sahaja. Sebaik sahaja balik bilik, akan kujerit puas-puas sebab ketidakpuasan hatiku pada Sepop.Kesian roomate-roomateku.Jadi mangsa.Sememangnya dulu aku menganggap dia musuhku tanpa pengetahuan dia..hehe yelah mana tidaknya asyik bergaduh dari Tingkatan 3 lagi memandangkan kami sekelas.Tak mengapalah dah tinggal kenangan dah..dalam lipatan sejarah dah kan Sepop.Itu dulu, sekarang dah kawan baik dah dengan dia..hehe Sepop Sepop..jangan marah, bukan mengumpat ni, bercerita..hehe

Gambar di bawah dan di atas diambil sewaktu Jamuan Kepimpinan.Ya Allah aku makan, jangan cakap.Dinie la ni ajak aku makan banyak, penuh pinggan kami ambil. Tak mengapa demi makanan yang bolehlah tahan sedap, aku sanggup ketepikan maluku.Hehe tak senonoh punya anak dara.Tapikan Sepop dan Tzen makan lagi banyak sampaikan dah masuk sesi bergambar pun belum berhenti makan lagi.Fidot tukang cover..




MJSC Terendak Batch 22 =)

UltimateSilentz | MySpace Video

Jumaat, 11 Disember 2009

Sungguh aku tidak berdusta

Assalamualaikum..

Sungguh aku tidak berdusta, aku kebosanan yang amat sangat, rasa macam nak balik sekolah semula, kurang-kurang ada juga kerja yang boleh aku buat, belajar atau buat homework.(terdetik di hati je la..kalau diberi peluang betul-betul.. hehe.. tak nak..cukuplah lima tahun)semua kerja aku dah buat, tolong mak pun dah..jadi ini kerjaku bila ada masa terluang, mengedit gambar-gambar, aku tahu tak berapa lawa, but at least aku cuba sesuatu yang jarang aku buat sebab aku amat pemalas nak edit gambar.Bila aku mula mengedit gambar, aku rasa suka pula dengan kerja baru ni..cuba tgk entry-entry..ada dua tiga gambar yang aku edit..hehe (jangan tanya soalan aku nak buka kedai mengedit gambar tak..jawapannya no..tak sampai ke tahap itu lagi)



Semalam, ibu bapaku tiada di rumah, jadi seisi rumah lapar, maka aku pun mengambil keputusan untuk memasak. Menu yang biasa-biasa sahaja, semua orang pandai buat, tapi aku nak juga cakap, sebab aku jarang memasak, maklumlah aku duduk asrama, tak boleh nak salahkan aku.Menunya ialah Nasi Goreng Cina.Ermm dan hari ini, aku tolong mak aku masak Nasi Ayam..Satu lagi menu aku belajar dari emak. Kenapa aku cerita semua ni? Kan dulu aku dah cakap, habis SPM, nak belajar masak dengan, maksudnya, aku buat ape yang aku cakap..hehe..

Pagi tadi aku bosan sangat, tiba-tiba dekat televisyen diputarkan lagu hindustan. Woa, aku dah la minat sangat hindustan..ape lagi bangun aku dari sofa terus menari, membayangkan akulah heroinnya..kuikui imaginasi aku ni memang kadang-kadang melampau sikit, aku kuat gila berangan, lagi-lagi nak jadi tuan puteri, haish,usah bermimipi ya Cik Norashikin, anak raja pandang kau pun tak nak..eleh biarlah, angan-angan tak salahkan. Habis sahaja menari, aku menyanyi pula..Ya Allah..sungguh aku kebosanan..



Hari ini sepatutnya ayah nak bawa aku pergi kedai buku, aku nak sangat beli novel-novel dan buku yang boleh aku baca.Dapatlah aku mengisi kebosanan tapi ayah tak dapat bawa pula sebab ada hal jadi tepaksalah aku pujuk hatiku.Aku teringin sangat nak beli novel Ketika Cinta Bertasbih dan buku bertajuk La Tahzan (don't be sad..memang sesuai sangat tu dengan aku).Sebenarnya buku tu pertama kali aku nampak semasa menonton filem Syurga Cinta, aku nampak kelihatan seperti menarik. Bila aku pulang ke maktab, aku nampak guruku membaca buku itu, lagi lah aku tak sabar-sabar nak baca.Huh, tak sabarnya nak baca..

Tiba-tiba pagi aku diganggu oleh entah hamba Allah mana, aku tidak mengenalinya, telefon aku tapi tak mahu bercakap. Sungguh menjadi kepantangan aku. Sudahlah tidak mahu memperkenalkan diri, dilontarkan pula kata-kata lucah..hai..nilah manusia sekarang yang kadang-kadang aku terfikir mereka kurang memanfaatkan akal kurniaan Allah itu.Tak mengapalah, sahabatku kata bersabarlah..nabi pun orang baling batu..thank you to Tikah and Fidot..very good listener..hehe ok ok Isha pernah kalau sedih, kita ambil wudhuk, semoga kesedihan itu pergi bersama-sama air wudhuk, itu juga yang selalu aku buat bila aku sedih, tadi aku ambil wudhuk juga, moga kemarahan dan kegeramanku itu pergi mengalir bersama-sama air wudhuk.Bawa-bawa bersabar sikit ekin..

"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bersabar"
Al Baqarah:153

Khamis, 10 Disember 2009

Bagaikan tidak percaya

Salam alaik
Bila aku sendirian, terfikir aku akan hidupku masa akan datang, bagaikan tidak percayakan, yang umurku bakal menjengah 18 tahun, aku bukan lagi bergelar pelajar sekolah menengah, aku tak perlu lagi memakai uniform sekolah, aku tak perlu lagi membawa buku-buku teks ke sekolah, aku tak lagi beratur di dewan makan, aku tak jumpa lagi junior-juniorku, aku tak jumpa lagi guru-guruku, aku tak jumpa lagi sahabat-sahabatku.



Aku nangis masa tu kat surau, ustaz Tony ada cakap " Kamu semua ni warna-warna dalam hidup ustaz, Ustaz memetik kata-kata HAMKA: Aku tidak bangga apabila anak muridku menjadi seorang doktor, aku tidak bangga anak muridku menjadi peguam tetapi aku bangga bila anak muridku datang bertemu denganku semula."

(Mengenang kembali memori Ramadhan tahun ini, ya Allah ekin, lama punya cerita, suka hatilah)
Di Teres Teratai tadi (itu dewan makanku) sementara menanti masuk azan masuknya waktu berbuka, aku terdengar perbualan rakan-rakanku. "Eh sekejap je kan, dah nak habis Form 5, nanti dah masuk universiti." " Itu la kan, dulu masa kecil-kecil macam tak tau ape-ape je, ambil UPSR pun tak tahu apa fungsinya." Teringin aku untuk turut serta dalam perbualan itu, namun aku, mahirahdan ieka senyap sahaja duduk di meja itu. Aku khusyuk mendengar nasyid yang diputarkan oleh BADAR sementara menanti masuknya azan Maghrib. Kemudian, aku juga mula terfikir tentang apa yang mereka perkatakan. Dahulu ketika masih di bangku sekolah rendah (darjah 4), aku telah memasang azam untuk memasuki MRSM kerana banyak cerita yang bagus-bagus, aku dengar dari guru-guruku dan rakan-rakanku. Sekolah itu macam itulah, macam inilah. Aku ingat lagi, pada tahun yang aku bakal menduduki UPSR, dua bulan sebelum UPSR, aku tak dibenarkan menonton televisyen.Setiap minggu ayah beli buku latihan baru sampaii tak tahu nak beli jenama apa dah, sebab semua dah beli.Habis semua aku buat termasuklah surat khabar DIDIK dan portal utusan. Alhamdulillah, dapatlah akhirnya, impianku nak belajar di MRSM.


p/s: sorry cuz lately ni, entriesku berkisar pasal sahabat dan hostel life saje, nanti dah tak jumpa dah sebab dah masuk alam baru pulak..hehe

Rabu, 9 Disember 2009

Annual dinner [Batch 22]

Wahai sahabatku jadikanlah dirimu seperti padi, yang mana sifatnya semakin berisi, semakin menunduk.Dan jangan sesekali dirimu menjadi seperti lalang, semakin tinggi, semakin bongkak dan angkuh.
sahabat yang beriman..ibarat mentari yang menyinar
sahabat yang setia..Bagai pewangi yang mengharumkan
sahabat sejati..menjadi pendorong impian
sahabat berhati mulia..membawa kita ke jalan Allah
*Kata-kata dari Saidina Ali
Ini guru biologiku yang comel, Madam Wani
Bersama sahabat-sahabatku

Ini HEA, Madam Wan Ainizah yang amat komited, terharu aku..

Whoa[batch 22] batch of extreme..no one left behind
ermm tiga serangkai ni lagi

Duhai Teman

Teman
saban hariku membilang detik waktu yang berlalu
detik yang penuh kenangan dan memori kita bersama
namun hari ini mencatat sejarah
yang kita akan berjauhan
adakah perpisahan ini buat selama-lamanya
kerna kau sendiri belum pasti bila kau akan bertemu denganku
dan aku jua tidak pasti akan bertemu denganmu
Teman
bukankah di setiap pertemuan itu
pasti akan ada perpisahan
seharusnya kita akur dan bersyukur dengan takdir tuhan
kerna pernah menemukan kita
agar hidup ini tidak terlalu hambar
dipenuhi segala duka dan tawa
Teman
dahalu aku pernah terjatuh
namun kau yang baik hati
tidak membiarkan aku terus terjatuh
sebaliknya kau memimpin tanganku
agar kita sama-sama gah berdiri
namun adakala waktunya
kejatuhan itu bukan kepahitan
sebaliknya penawar yang bisa membuat
kita belajar untuk terus bangun
lantas berdiri memandang jalan di hadapan
Teman
sebentar lagi
kita bakal berhadapan dengan dunia luar
yang penuh dengan jutaan saingan
kuatkan iman dan tabahkan hatimu
agar kita sama-sama tidak tersungkur
SELAMAT BERJUANG SAHABATKU, SEMOGA ALLAH BERKATIMU, KENANGAN INDAH BERSAMAMU, TAKKAN KU BIARKAN IA BERLALU

Perang besarku sudah tamat..=)


3.30 petang ; 8 Disember 2009- Bendera penjajahan SPM telah diturunkan, darurat study di dorm bertukar menjadi keluar rumah sampai pagi..hehe ( berani ke buat silap-silap ayah dah angkat parang, makk dah ready dengan batang penyapu )
Salam alaik
Alhamdulillah, akhirnya perang besar aku sudah pun tamat. Dua tahun aku belajar, itulah hasil yang aku curahkan atas kertas periksa.Kepada sahabat-sahabatku sekalian, jangan pula dah habis peperiksaan ini, terus lupa nak solat sunat hajat dan baca al-Quran. Itu namanya kita ingat Allah bila kita susah dan nak mintak tolong saja. Mudah-mudahan kita tidak begitu. Amin. Yang penting sekarang ialah berdoa dan tawakal.Apa maksud tawakal? Berserah diri kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh. Doa itukan senjata mukmin, Allah dah cakap berdoalah nescaya akanku perkenankan...

Selasa, 8 Disember 2009

Kenangan akhir graduasi di MRSM Terendak


Assalamualaikum...
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Ingat lagi pada hari itu, majlis telah dirasmikan oleh bekas pelajar MRSM Terendak yang kini telah bergelar seorang peguam. Alangkah indahnya jikalau suatu hari nanti aku pula yang datang merasmikan Majlis Graduasi di MRSM Terendak dan telah bergelar seorang doktor. Akan ku ceritakan segala nostalgia pahit dan indah aku di maktab. Tempat yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.(Tiba-tiba sebak..fuh..control ekin).

Sabtu, 26 September 2009

Sahabat baik lama

Bismillahirahmanirahim..

"Kesedihan dan kegembiraan datang silih berganti.. tetapi janganlah biar sedih itu menjadi racun dalam hidup dan gembira itu menyebabkan kita leka..Perjalanan masih jauh..."

Haa, sahabat baik aku dari Tingakatan Satu lagi. Korang perasankan gambar tiga orang kat sebelah kanan tu hanya ada tiga orang ja kan. Sebenarnya empat tapi sahabat aku yang lagi sorang ni dapat MRSM Taiping. Dia BWP jugak sama macam aku, Exco Kebajikan.Kami berempat sangat rapat sampai semua cikgu dah kenal dah. Asal cikgu suruh buat kumpulan, memang tak da muka lain kumpulan aku, muka empat orang ni ja..hehe..

Lawak sengal Sharil denganku

nurekin_iman (26/09/2009 16:41:10): Kau dh letak jwtaan ke

ShaRiL XyReX (26/09/2009 16:41:26): alhamdulillah, belum.. kat cni bwp sampai akhir tahun.. tgah organize annual dinner utk f5 kat bukit merah, tema dye ballroom

nurekin_iman (26/09/2009 16:42:46): oh i c

ShaRiL XyReX (26/09/2009 16:42:46): tema rasmi- black jack, scarlett diamond.. dasyat la bwp kat cni..

nurekin_iman (26/09/2009 16:43:15): oo

ShaRiL XyReX (26/09/2009 16:43:40): kna byr rm50 each.. korunk? mkan ikan goreng kan? (spop ckp)(tue kapten batch aku)

nurekin_iman (26/09/2009 16:45:51): a,aa.. mkn roti cnai, skeping.. pastu..blik la

ShaRiL XyReX (26/09/2009 16:46:35): wah, terujanya.. ada kuah dhal x? lg sdap

nurekin_iman (26/09/2009 16:46:45): a,aa.. mkn kosong je.. kalau nk kuah.. kna bwa sndiri.. save bjet

ShaRiL XyReX (26/09/2009 16:47:07): cicah milo ok per.. x cuba?

nurekin_iman (26/09/2009 16:47:20): ok jga tuh.. nnti ak ck kt sepop

p/s: Semoga berjaya buat yang terbaik untuk SPM..to Ika,Tzen and Sharil..BezFrenz 4 eva

Rumah Terbukaku

Salam alaik..

Sedikit perbualan telefonku dengan emak (ketika di maktab).

Ekin: Assalamualaikum, mak kakak ni, mak sihat?
Mak: Waalaikumussalam..iya, mak sihat. Anak mak sihat?
Ekin: Alhamdulillah sihat, mak tengah wat apa ni?
Mak: Bakar kuih..kakak, trial macam mana, boleh buat?
Ekin: Boleh buat..tapi takut la mak.
Mak: Tak pa lah, buat yang terbaik.
Ekin: Mak tahun ni, kakak tak berpeluang la nak tolong mak buat kuih raya la.Mak dah buat berapa jenis kuih dah?
Mak: Dah lima enam jenis dah..cornflakes madu, almond london pun ada.
Ekin: Uihh banyak dah..yess, kuih kakak suka ada..


Ceritanya bermula awal pagi lagi, aku dikejutkan untuk menjaga Haikal, adik lelaki yang bongsu. Manakala emak dan ayahku pula ke pasar membeli segala bahan-bahan mentah untuk memasak pada hari ini. Almaklumlah, hari ini buat rumah terbuka.Maka sibuklah aku menolong emakku di dapur. Kerjaku hari ini ialah meleraikan isi-isi ayam sebab menu yang ada untuk hari ini..LONTONG dan BIHUN SUP.Haa..nampakkan menu-menu kat atas.Kuih-kuih raya kat atas jangan risau, tue bukan kuih tunjuk, mak aku buat sendiri. Haa, memang mak aku rajin dan pandai memasak..hehe..ape? anak dia pandai masak tak? Soalan tu kena tanya lepas aku SPM nanti. Jangan risau segala menu nanti aku berguru dengan mak, cakap nak makan apa NASI AYAM, NASI TOMATO,NASI DAGANG..petik jari ja..nanti datanglah rumah.Sekarang mahu fokus sama itu SPM.

Menurut Imam Al Qurthubi;

“Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman”.

Jumaat, 25 September 2009

Muhasabah cinta


assalamualaikum


Lagu ni first time dengar masa bukak blog kakak Muslimah Syiqin, lepas tu dekat blog kawan kita syamujahidah..so bila aku dengar lagu ni, aku terus jatuh cinta, kau ni ekin kerja jatuh cinta dengan lagu ja..ehh suka hati kitalah..blog kita..bukan blog
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Mamaikah aku?

Awin, Dinie, Ekin, Mahie
Sayang kamu semua
Di suatu sahur yang hening, jam sedang menunjukkan 4.30 pagi. Peristiwa berlaku di asrama puteri, MRSM Terendak.Siti Nurmahirah merupakan roomateku..seperti biasa

Mahie: Ekin, bangun kau nak pergi sahur tak?
Ekin: (dengan tak semena-menanya aku bangun secara mengejut) Nak!!
Mahie: Haa..kau pergilah bersiap cepat, nanti kita jadi orang last lagi keluar Teres tu ( tu nama dewan makan aku).
Ekin: (Aku duduk termenung di atas katil, lalu aku bangun) Mahie, kejap lagi kita nak makan kat teres tu pakai apa?? (roomate aku cakap, muka aku berkerut gila masa tanya tu) Kita pakai Buku Tunai ke, Jurnal atau Lejar? (mahie tak dengar, alah mahie ni, lagipun dia bukan budak akaun, dia bukan tahu pun apa fungsi segala buku-buku tuh, tak pa lah aku tanya lagi) Mahi kita makan sat lagi pakai apa??
Mahie: (Mahie membuat muka seribu tanda tanya kepada aku) Pakai pinggan lah..
Ekin: ( Kali ini giliran aku pulak yang membuat muka pelik, dalam hati aku ketika itu, aku bukannya nak jawapan tu, aku taw la makan pakai pinggan, aku maksudkan kita guna buku tunai, jurnal, atau lejar) emmphh tak pa lah mahie..

Aku pergi membersihkan muka dan menggosok gigi,haa kantoi pulak pergi sahur tak mandi..heh siapa pulak yang mandi awal-awal pagi tu..Sejuk tahu
Didalam bilik air, mahi ingin membasuh muka..

Mahie: Eh, ekin kenapa kau tanya soalan tuh tadi?
Ekin: Ermm tak, aku pelik, kejap lagi kita nak makan tuh, secara hutang ke?
Mahie: ( diam tidak berkata, terus berlalu meninggalkanku, sangkanya aku sudah berhenti mamai, tetapi aku masih mamai, lalu berdekah-dekah dia gelak kat aku dalam bilik)

Sesudah makan, dalam bilik..

Mahie: Ekin yang tadi tu kau mamai ek ??
Ekin: A,aaa lah, aku tak sedar apa aku cakap tadi, aku sangkakan yang kita makan kat teres tuh secara hutang so aku ingat nanti balik nak rekodkan dalam buku-buku akaun

Terburailah ketawa kami..

THE END

p/s: Tiga hari berturut-turut aku belajar prinsip akaun sampai aku mamai..hehe

Rabu, 23 September 2009

Perang kecil sudahpun berlaku

Bismillahirahmanirahim
Aku cukup merasakan kebanyakan pelajar Tingkatan 5 MRSM Terendak tidak cukup tidur.Memandangkan minggu lepas merupakan minggu peperiksaan percubaan. Bukan sahaja tidak cukup tidur malah sengal-sengal badan dan sakit pinggang. (tau tak kat dewan tu kerusinya tak boleh rapat dengan meja..tu yang lenguh pinggang tu)


Dalam kesibukan menyiapkan diri untuk menghadapi percubaan, aku masih tabah menjalani Ramadhan ini.Ibadat di bulan puasa juga tidak aku lupakan. Azamku nak menghabiskan sebanyak juzuk al-Quran yang boleh..(Asal kau tak nak khatam je terus ekin, aku taw tak sempat) ..tak tercapai pun.Hanya beberapa juzuk yang sempat aku habiskan..Alhamdulilah.

Bebankah exam trialku ini?? Rakan-rakanku, anggaplah trial ini sebagai ujian untuk kita memperoleh kejayaan. Untuk mencapai kejayaan itu perlu ada pengorbanan. Pengorbanan yang besar akan membuahkan hasil yang cemerlang. Biarlah kita penat sedikit berjaga pada waktu malam bagai burung hantu, namun tak terasa sangat jikalau kita mengangapnya sebagai satu pengorbanan.

Aku tidak mahu mengulas panjang mengenai trial ini memandangkan kali ini merupakan trial MARA. Baru aku mengerti perasaan senior-seniorku dahulu yang mukanya berkerut-berkerut sebaik sahaja keluar dewan peperiksaan. Aku juga turut melakukan perkara yang serupa. Matematik Tambahan paling memberi tamparan hebat kepadaku. Aku tahu salahku. Cuba lihat mimi, dinie, dan nik. Setiap hari mesti buat latihan Add Math tetapi aku sibuk mengulangkaji subjek lain walhal sedar diri add math kau lemah..Ok masih sempat nak berubah, add math everyday ok..Perang kecil sudah berlalu..Perang Besar sedang menanti kita..

Oh ilahi
hambamu ini hambamu yang lemah
kau tabahkanlah hatiku dalam menempuhi segala ujian hidupku
tiupkanlah semangat agarku tidak gentar untuk terus berjuang
penuhi dadaku dengan cahaya petunjukMu
terangi hatiku sepertimana kau terangi hati para rasul dan nabiMu
tajamkanlah akal fikiranku
permudahkanlah segala urusanku
permudahkan aku ketika menjawab soalan peperiksaan
kurniakan aku kejayaan hidup di dunia dan akhirat
Semoga aku memperoleh kejayaan yang cemerlang SPM nanti
Semoga 101A di genggamanku
Semoga nanti pengorbanan ibu dan ayahku terbalas
Semoga nanti air mata yang mengalir dari ibu bapaku
air mata menangisi kejayaanku
bukan atas kegagalanku
amin..

Pertemuan hari itu..junior yang pelupa


salam alaik
Hari itu Ahad( dalam bulan ramadhan), aku tiba di Melaka Sentral. Sementara aku menunggu sahabatku Syazwin. aku duduk diam di atas kerusi sambil membaca majalah kegemaranku, Dara.Com. Tertarik aku dengan fesyen-fesyen muslimah yang ditunjukkan. Aku juga melihat gelagat manusia di Melaka Sentral itu. Pelbagai ragam muda mudi yang aku temui. Aku ternampak sepasang kekasih sedang berjalan sambil berpeluk-pelukan. Aku tidak merasakan mereka sepasang suami isteri kerana dari rupa mereka kelihatan sebaya denganku. Sedarkah mereka akan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Macam tidak sahaja jawapannya. Aku menyambung lagi pembacaanku dan bila aku mengangkat kepalaku untuk melihat keadaan sekeliling, aku ternampak pula sepasang lagi merpati yang juga turut berpelukan. Terkejut aku bila melihat yang perempuan menghisap rokok. Itu bukanlah kali pertama aku melihatnya. Sudah berkali-kali aku melihatnya. Aku yakin korang juga pernah lihatkan.Aish, ape nak jadi dengan muda mudi sekarang nih? abez ekin kau muda mudi zaman bila..ermm zaman puteri gunung ledang..hehe

Sudahlah, aku tak mahu angkat kepala lagi, banyak sangat maksiat aku tengok nih. aku meneruskan pembacaan ku sehingga tamat. Aku sudah penat membaca lalu aku menyimpan semula majalah itu kedalam beg sandangku. Tiba-tiba seorang kakak melintas di hadapanku. Aku tertarik untuk melihat kakak itu. Wajahnya cantik, bertudung labuh dan memakai t-shirt labuh muslimah. Kakak itu perasan aku memandangnya, dia menoleh ke arahku. Dia senyum kepadaku, aku membalas senyuman itu. kemudia aku tunduk memandang lantai (malu pula rasanya, kakak itu nampak aku memandang, aku cuma kagum dengan muslimah sebegitu, mampu menjaga penampilannya, kita boleh menilai seseorang dari penampilannya bukan?)
Bila aku mengangkat muka, kakak itu sedang memandangku sambil tersenyum kepadaku. aku gelabah, aku senyum kembali kepadanya. Di dalam hatiku, timbul sedikit rasa aneh. Timbul pelbagai persoalan di mindaku.Tiba-tiba kakak itu menyapaku. Aku sedikit terkejut ( ekin ni kuat gelabah la).

Kakak: Adik nak balik sekolah ke?
Ekin: A,aa.. saya tengah tunggu kawan.

Kakak: Adik MRSM mane? (dia kenal baju budak MRSM agaknya)

Ekin: MRSM Terendak..Melaka.

Kakak itu tersenyum sedikit. Eh kenapa, baru aku perasan, aku tersasul sebut Melaka. Memang la MRSM Terendak tu kat Melaka sebab memang kat melaka pun aku tengah duduk sekarang nih.Akibat gelabah sangat. Kakak itu hampir ke arahku.

Kakak: Adik kenal kakak x?
Ekin: (Alamak, aku tak ingat sape la pulak ni..) Tak, sape nih? (aku bersalaman dengan kakak tu)

Kakak: Kakak ex-Terendak la.

Ekin: Masyaallah yeke kak, sori saya tak ingat. Akak batch maner?
Kakak: Kakak batch sama dengan Abang Rodi.
Ekin: La yeke (Sebenarnya aku tak ingat pun, kakak ni yang mana satu, kesian kakak tu) Kakak sekarang belajar kat mana? Ambil bidang apa?
Kakak: Kakak belajar kat universiti (entah kat perlis, aku dah lupa).. ambil chemical industries..
Rancak sungguh aku berborak-borak dengan kakak itu, seolah-olah ingat dan kenal, walhal tidak. Bermacam-macam cerita yang keluar pasal maktab dan life after spm terutamanya. Tiba-tiba..
Awin: Ekin..!
Ekin: Eh awin...haa sampai pun kau, penat aku tunggu.

Awin: Bas aku tuh lembap, driver bawa slow.

Ekin: ooo..eh awin, kau kenal tak kakak ni?

Awin: Kenal (awin terus salam kakak tu).
Kak Fadhilahkan? Kakak ni
BADAR kan dulu?
Kakak: a,aa..kakak BADAR dulu, akak senyap kot dulu, tu yang ekin tak perasan..
Ekin:(tiba-tiba aku dah ingat) oohh kakak ni yang dulu pakai cermin mata warna birukan? Patutlah saya tak perasan dah lain cermin mata sekarang.

Bersembanglah kami bertiga, sehingga tiba bas dari Masjid Tanah..

Kakak: Eh oklah, bas kakak dah sampai. Korang tak nak naik sekali ke?
Ekin: Eh tak pelah kak, Kami tunggu bas Terendak, tadi ada tapi dah terlepas.

Kakak: OK lah kakak pergi dulu, korang belajar rajin-rajin, buat elok-elok TRIAL. Gud Luck SPM nanti. Nanti jumpa kakak kat universiti

Ekin: ha,ah..terima kasih kak, insyaallah..

Kakak:Assalamualaikum

Ekin
& Awin: Waalaikumusslm
Aku memandang langkah kakak itu. dalam hati terdetik, sedihnya kalau nanti bila aku dah besar, jumpa dengan junior tapi junior tak kenal aku..waa sedeyh gle..hehe tetapi macam mustahil je korang tak kenal mantan BWP..hakikatnya ramai junior kenal aku, aku sahaja yang kadang-kadang tak kenal mereka.Ramai sangatlah juniorku..hehe

Selasa, 22 September 2009

Zaman kecik-kecik

Assalamualaikum..
Maka janganlah disempitkan maksud yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan 'jenama TAHU agama' tetapi apa yang lebih penting ialah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah..
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung,
tetapi sentiasa mencari jalan untuk menujukesempurnaan kebaikan.

Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable'. -Abu Saif-


Untuk entry kali ini,ribuan maaf kupinta kerana bahasa yang aku gunakan dalam setiap entryku berubah-ubah. Sekejap ana, sekejap aku, tidak mengapalah, kedua-duanya tetap membawa maksud yang sama iaitu saya. Indah mempelajari bahasa arab kan. Bahasa arabkan bahasa syurga. Dahulu sewaktu menengah rendah, aku ambil subjek bahasa arab. aku tidaklah begitu hebat jikalu nak dibandingkan dengan sahabat-sahabatku yang lain ketika itu tetapi aku cukup berasa gembira kerana bila kita membaca al-Quran, kita akan mudah faham walaupun bukan makna keseluruhan ayat. al-Quran tafsirkan ada, jangan pemalas nak pergi buka al-Quran tafsir tu. Bila kita tahu cerita apa yang terkandung dalam kalam Allah tu seronok tahu.


Mungkin jika aku masih di SMKA(P) al-Mashoor itu, aku akan mengambil Bahasa Arab tinggi..whoa..dasyat tuh ekin..hehe..Teringat aku di bangku sekolah rendah, Ustaz Iskandar yang mengajar bahasa arabku ketika itu. Itulah pertama kali aku diperkenalkan dengan segala benda dan anggota badan dalam bahasa arab. Eh, teringat pulak Ustaz Mursyadi yang sangat suka menyakatku di dalam kelas dan Ustazah Hashimah yang sangat garang, kalah harimau.Aku ingat lagi ketika itu aku dalam kelas 2 Jingga. Ramai sangat yang diperlinya hari itu kerana tidak memakai tudung termasuklah aku. aku ingat lagi kata-katanya " Nanti rambut-rambut ni semua jadi ulat kat akhirat kelak." Maka ramailah yang tunduk kepala ketika itu kecuali aku yang ketika itu berazam nak bawa tudung pada esok harinya. Masyaallah, kelakar kalau dikenang semula. Sewaktu darjah 3, aku ingat lagi, aku pakai tudung hanya untuk 3 hari. Semuanya gara-gara ditegur oleh rakanku yang mengatakan muka aku macam nenek bila aku pakai tudung. Kurang asam punya kawan, menjatuhkan semangat aku nak pakai tudung je.Pemikiran budak-budak barangkali. Maafkanlah aku dan dia ya Allah.

Ketika darjah 5 aku nekad untuk memakai tudung. Ustaz Mursyadi, orang pertama yang menegur aku bila aku memakai tudung. " Eh Syikin dah pakai tudung, cantik sampai ustaz cari tak jumpa." Tergelak aku ketika itu. Namun ceritaku memakai tudung hanya di sekolah. Di luar jawapannya tidak. Bila jumpa kawan-kawan lelaki lari. Segan. Hidup macam pelarian. Entah ape2 je..hehe..Suatu hari, emakku berkata padaku, " Kakak, kakak dah besar, jadi kena pakai tudung." Ayahku jua berkata benda yang sama. Aku diam tidak berkata apa-apa. Aku tahu menutup aurat itu kewajipan bagi setiap umat Islam. Dalam hati aku bermonolog, macam mana dengan baju-bajuku, dress, skirt, macam mana nak pakai rantai, subang,sepit rambut dan segala-galanya yang berkaitan. aku terdiam lagi dan terus tidak mahu memikirnya.Jahilnya..toink.Sehingga tibalah masa, alhamdulillah. aku masih diberi nur itu. Aku nekad nak berubah.

Ya Allah
biarlah lambat aku melakukan perubahan itu
namun biarlah ianya istiqomah hingga ke akhir hayatku
tetapkanlah imanku
Janganlah kau pesongkan hatiku
setelah Kau kurniakan petunjuk kepadaku
Moga aku sentiasa tetap di jalanmu
amin


Di hari mulia ini, kususun sepuluh jari


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Baru kutemui jawapannya


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa
Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
Mngkinkah ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Salam alaik

Aku pernah terbaca kata hikmah ini " Berfikir sesaat itu lebih bagus daripada mendirikan solat semalaman". Semalaman ku berfikir sejenak dan bermacam-macam perkara yang berlegar di benakku sehingga timbullah satu persoalan yang sekian lama tidak terungkai di hatiku. "Kenapa aku kuat nangis?" Walhal tiada siapa yang cuba sakiti hatiku dan tiada perkara sedih yang berlaku ke atas diriku. aku cuba bertanya kepada sahabat-sahabatku, semalam juga aku peroleh jawapan itu. Aku seorang yang paranoid ( suka sangat fikir yang bukan-bukan). Umpamanya aku suka membayangkan perkara-perkara yang sedih berlaku ke atas diriku, maka aku akan nangis, belumpun benda tu betul-betul berlaku, aku sudah nangis. Masyaallah..Jadi kesimpulannya, aku sudah temui jawapan dan jangan kau berfikir yang bukan-bukan lagi wahai Norashikin Abdullah sebab nanti kau nangis...

p/s: entry ini dipos ketika aku rasa aku tidak punya kerja..eh anda yang membaca entry ini, silalah dengar lagu cerita hati-hafiz hamidun..bez tau

Khamis, 17 September 2009

10 Muwasafat Tarbiyyah