"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Rabu, 3 Februari 2010

Open our eyes, our hearts, and minds

Assalamualaikum semua..

Sebenarnya aku kebosanan duduk di rumah ini. Jadi kerjaku mengadap laptop setiap hari. Aku tahu andai laptop ini boleh bercakap pasti dia akan menjerit padaku " Aku bosan melihat muka kau sahaja." Puas aku membelek-belek facebookku dan blogku. Aku beralih pula ke blog ustaz-ustaz dan laman web iluvislam untuk mendapatkan serba-sedikit ilmu kerana agaknya mindaku ini telah tumpul kerana tidak kerap diasah dan aku terus berjalan ke blog-blog yang lain. Aku memandang sepi pada buku undang-undang Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP). Bilakah agaknya aku hendak khatamkan buku itu, baru setengah yang berjaya aku telaah, risau pula aku jikalau tidak lulus ujian itu. Aku malas mahu mengulangi ujian itu. Doakan aku lulus sekali ujian sahaja.

Aku kira kerana kebosanan ini maka aku mencari kerja yang aku tidak tahu berfaedah atau tidak. "Ya Allah, ekin kau dah tak boleh berfikir ke?" Tidaklah mungkin juga aku boleh katakan tiada kerja dan aku sahaja mencari kerja. Sebenarnya baru aku perasan dalam diri aku tentang sesuatu. Aku mempunyai semangat ingin tahu (semangat inkuiri) yang sangat tinggi. Ya, sungguh aku perasan tuh. Pada hari ini sahaja, aku telah cuba menyelongkar tiga perkara yang sebelum ini aku belum tahu menahu dalam dunia maya ini juga tetapi daripada tiga perkara yang aku cuba selongkar itu hanya satu perkara yang aku temui jawapannnya. Biarlah rahsia.

"Barang siapa yang mengenal dirinya sendiri (Kenalilah Dirimu), bererti dia mengenal Tuhannya."

Pentingkan semangat ingin tahu kerana bila seseorang berasa ingin tahu maka dia akan berusaha untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk mengetahui apa yang ingin diketahui itu. Kebenarannya sudah lama terbuktikan. Aku mengandaikan , jikalau seorang guru sejarah itu sibuk bercerita tentang sejarah dunia yang tiada di dalam sukatan buku teks Sejarah. Sebaliknya pelajar-pelajar itu langsung tiada perasaan untuk ingin tahu apa yang di luar buku teks sejarah kerana apa yang sudah terkandung di dalam buku sudah cukup untuk memeningkan sekalian pelajar. Aku pasti dan mesti kamu semua juga pasti tidak tersampai cerita yang diceritakan oleh guru itu. Aku kira itu boleh dianggap sebagai satu displin ilmu yang perlu ada dalam diri kita untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan kita.


Dunia remaja kita juga boleh aku katakan dunia yang kita mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Itu sebab terjadinya bermacam-macam perkara dalam dunia akhir zaman hari ini. Ya, aku kira semua faham akan senario yang aku cuba katakna itu. Wahai sekalian pembaca blogku yang budiman. Kamu semua dikurniakan akal bukan, jadi gunakanlah akal kurniaan ilahi itu sebaiknya. Akal manusia itu jikalau digunakan dengan sebaik-bainya pasti mendatangkan manfaat. Semangat inkuiri yang akan melahirkan keberanian itu seharusnya kita gunakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Sewajarnya perkara yang baru itu biarlah ke arah positif pada diri, keluarga, negara, agama dan bangsa.

" Sesungguhnya, seburuk-buruk manusia melata di sisi Allah ialah mereka(manusia) yang tuli dan bisu, yang tidak menggunakan akalnya(la ya'qilun). [QS. Al-Anfaal/6:22]

Jika tidakkan semangat inkuiri ini lahir sejak zaman dahulu kala lagi, manakan lahirnya Kerajaan Islam yang hebat dan gilang gemilang itu, tokoh-tokoh ilmuwan yang sungguh bijaksana akalnya, dan harus ingat juga tentang masyarakat Eropah yang bangkit dari Zaman Gelapnya.
Dunia hari ini juga banyaklah penemuan baru dari individu, mahasiswa dan mahasiswi, saintis-saintis dan pelbagai lagi yang tidak perlu aku katakan. Kamu semua tahukan. Kerana apa semua ini? Dunia hari ini telah lahir ramai tokoh-tokoh pemikir dan ilmuan yang mana kerjanya memerah otak untuk memikirkan apa yang tebaik untuk masa hadapan.

11 comments:

nursyazwin berkata...

ekin..ble comp test??

Norashikin Abdullah berkata...

ohh isni mngu dpan..insyaallah
awin amek test keta x

aisatti hakim berkata...

bace jgn x bace! nnt jd cam aku,x pass 1st test.kne repeat.hahaa

gudluck!

Norashikin Abdullah berkata...

yeke aisar
ohh ok tengkiu ingatkan

ezzanajeeha berkata...

gud luck ekin!

HH berkata...

jgn repeat mcm isha. haha. baca2..

Norashikin Abdullah berkata...

ezza..
ok tengkiu

isha
haha, ok,,doakan ekin lulus

super eja berkata...

gud luck ekin!

Unknown berkata...

yup setuju ngan ikin....inkuiri sgt bagus...but then sometimes itula yg membimbangkan esp dlm diri remaje skang nih....mcm2 hal...anyway, moge2 smgt inkuiri yg kite miliki bisa menggoncang dunia dgn ilmu2 Allah serta penghayatan terhadap ad- deen kita!
heh...sempat gak masuk silibus sej kita mase f4 ...huhu~
and...all da besh yea ikin 4 teory test...boley pnyer!

Norashikin Abdullah berkata...

eja
tengkiu eja

assyuhada
yup, moga bisa mnggoncng dunia dgn ilmu2 Allah srta pnghyatan ad deen
amin..
a,aa hehe smpat2
ok tengkiu syue

Tanpa Nama berkata...

sudah hebat sudah hebat sudah hebat