"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Isnin, 15 Februari 2010

Warkah Penaku Menari


Salam buat pembaca-pembaca blogku,
Semalam penaku menari berbisik di telingaku sebelum tidur.
"Ekin, aku jeles tengok semua teman-teman bloggers kau yang lain bawa blog-blog mereka pergi bercuti, aku pun nak jugak."
Dalam hati aku," Ewah-ewah, mengada-ngada pulak dia ni. yeke, penipu je dia ni"
Maka aku menjawab, "Kenapa kau dah penat menulis ke? Okeylah aku bagi kau pergi bercuti, pergilah mana kau rasa nak pergi, jangan lupa bawa balik buah tangan untuk aku, pergilah tenangkan fikiran kau yang bercelaru tu."
Dia menjawab,(cis sudah pandai melawan tuannya) "A,aa, kau asyik tulis mengarut-ngarut je atas badan aku ni, Eh cop, fikiran siapa yang bercelaru sebenarnya, engkau atau aku?"
Aku berkata " Kau senyap, kalau tak aku tak bagi kau cuti. Mana ada aku okey je ni, tengah senyum. ngee~~"

Jadi aku tidak pasti lagi bilakah penaku menari akan pulang dari percutiannya. (Aku tak pergi bercutilah, blog aku je, sape nak jaga kedai kalo aku pegi bercuti..dia pergi mane? Adalah, rahsia..adoiyai) Nantikan sahajalah. Aku sedang mendengar lagu Semalam dendangan kumpulan Mirwana. Jadi aku tinggalkan korang semua dengan lagunya tetapi dinyanyikan oleh kumpulan Muslim Voice. Aku suka mendengar nyanyian mereka kerana gemar membawa nasyid dalam versi acapella. Trimas aku ucapkan kepada Muhammad Firdaus. (aku rase dia x sempat baca ni, sibuk bekerja katanya.)



Semalam...
Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam
Sedetik...
Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi
Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa
Moga
hari esok ku lebih sempurna
Semalam...
Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam
Ku tinggalkan semalam
Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga esok ku kan lebih sempurna
Semalam
Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam
Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh
Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...

11 comments:

HH berkata...

weeeeee~
blog dia sudah pandai bercakap la.
ok, pergi la tenangkan fikiran.
nanti dah ok, tulis semula :)

Norashikin Abdullah berkata...

hehe,a aa tula pndai melawan skali,
ok nnt dah tenang hati ekin tulis smula
tengkiu isha

firdausfauzi berkata...

ekin!
vote pnh rekod lgu nie..
tp, kitorg x pnh perform..
lgu nie best!
:)

Ameen Muslim berkata...

selamat bercuti. cuti-cuti malaysia kan? ke cuti raya cina je? apa2 pun, aku jeles dengan blog ngko yang boleh berbicara. hehe.

~jangan lupa entry buah tangan plak nanti~

aNoZ berkata...

hahahaha... ini lucu~ tlg amek alih blog sy. dah terbanding dah kelucuan die. hehe

Tony Saidi berkata...

hehe.. jgn berhenti menulis..
ni saluran mudah dakwah kita kin..

super eja berkata...

lagu die cm the beatles-yesterday.

Unknown berkata...

salam ekin...heh cute sunggo blog ekin mintak cuti...
nnti sambowng story ek!
btw...lagu semalam ni sedapla...sayu je
jarang denga lagu mirwana..

Norashikin Abdullah berkata...

muhammad firdaus fauzi:
eh ko smpat baca, ak ingat ko x smpat..lah yeke..asal x perform..a,aa bez2
aku ske..

ameen muslim: a,a cuti2 mlysia je, dia x de duit nk p overc..hehe jgn jeles, haa, buah tgn..insyaAllah

anoz: hehe, sje je, buat cter bg lwak..a,aa boleh jga tuh

ustaz Tony: a,aa ok ustaz, insyaAllah x brhenti menulis, slgi nadi ini berdenyut, terima ksih ustaz

super eja: a,a eja, btol3x, pndai, memang pun

assyuhada: wslm syue, hehe a,a insyaAllah nnt ekin smbung stry nya. a,aa sayu..hehe
yeke hehe

JK Promosi berkata...

Jangan cuti lama2.. Nnti de plak yg bosan..

Kalau penaku menari cuti siapa yg nak menari.. heHE~

Norashikin Abdullah berkata...

hehe, ohh ok
murt narilah sorang2