"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Jumaat, 19 Mac 2010

Aku tak puas hati dengan cicak tuh

Allah tidak suka manusia yang mudah berputus asa
tetapi syaitan suka manusia yang mudah berputus asa...

Assalamualaikum semua..
Setelah puas ku congak, tambah, tolak, bahagi dan darab, tidaklah lama benar aku rasa aku tinggalkan Penaku Menari ini kerana belum cukup sebulan pun lagi. Tidak mengapa sewaktu aku sedang mengemas-ngemas blogku ini tadi, aku terjumpa dua ekor cicak sedang ... err sila jernihkan fikiran anda, sedang menetaskan telurnya di blogku..cis sudah pandai membuang najis di merata-rata tempat. Tidakkah cicak-cicak itu tahu blog aku ini bersih dan cantik. Jangan risau aku telah semburkan Ridsect sama itu cicak sambil berkata " Pasti tak beri peluang." (Ada tak orang bunuh cicak guna penyembur nyamuk? )



Aku bunuh seekor je, yang ni comei, tak sampai hati aku nak bunuh...hehe

Aku sedar blogku ini tidaklah ramai mana yang membacanya jikalau hendak dibandingkan dengan blog orang lain tapi terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada mereka-mereka (aku tak pasti cikgu aku pernah ajar tidak untuk gandakan kata ganti nama diri ini) yang sudi membaca blogku ini yang kadang-kadangnya kurang waras, kadang-kadangnya ilmiah dan kadang-kadanya beremosi. Maklum sahaja aku makhluk yang tercipta dari rusuk lelaki maka perasaan sedih dan apa jua perasaan lain memang tidak boleh lari dariku dan kerana itu jugalah aku membiarkan blog ini tidak berupdate. Aku risau kalau-kalau nanti banjir pula blog aku ni.

Aku tahu Allah hadirkan sesuatu itu mesti punya hikmah di sebaliknya kan? Aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu dan ayahku, rakan-rakanku (sayang korang semua) dan orang-orang di sekeliling ( kepada pihak-pihak berwajib dan kepada pihak-pihak yang tidak berwajib, yang terlibat secara langsung dan yang tidak terlibat secara langsung) kerana tidak henti-henti membuatkan diriku yang lemah tak berdaya akibat tarikh 11 Mac itu kepada seorang yang bersemangat kembali. Terima kasih atas segala nasihat, dorongan, semangat dan doa korang semua. Kepada mereka yang terasa, berasa atau merasa keadaannya lebih kurang seperti aku ataupun tidak, mari kita merenung ayat-ayat cinta Allah di bawah ini:

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)


Jadi usahlah kamu berduka lagi, tetapi aku tertarik dengan satu info pengetahuan am yang baru sahaja ku ketahui daripada Abang Baihaqi. Katanya " Air mata itulah punca kaum wanita usianya lebih panjang berbanding kaum lelaki kerana apabila kita menangis, segala sisa toksik akan keluar dari badan kita." Baguskan, makin kerap la aku menangis selepas ini. hehe. Baru ku tahu sebab dan puncanya puas serta lega setelah kita menangis. Udah-udah la tuh, usah di kenang perkara yang lalu. Mari ketawa bersama aku..Tiru budak kecik di bawah ini.

p/s: Indahnya hari ini, aku membuka lembaran lama, penuh perasaan aku membacanya semula, indah sangat indah meski ku tahu saat indah itu tidak akan berulang lagi kerana semuanya telah berubah. Aku akur dan takkan kulupa detik yang pernah berlalu, yang sedang berlalu dan akan berlalu itu. Moga ada saat indah lain yang menantiku di hadapan.

12 comments:

khaulah berkata...

nice one!

:)

Norashikin Abdullah berkata...

haha tengs nawal

HH berkata...

nak gelak mcm baby tu. tp mesti buruk rupa isha nanti. muahahaha.

Norashikin Abdullah berkata...

haha..alah comei je kalo isha gelak mcm tuh..hehe

Nazira Nazri berkata...

hoho..bgos2..
sume ni lesson tok ekin n lesson tok noor gak..tq..tq..

Tony Saidi berkata...

ekin.. terus bangun..
perjalanan paseh panjang..
dan lepas ni, kita buat yg lg baik ok..

Norashikin Abdullah berkata...

noor: haha btol2 kata noor tuh.yeah buang yg keruh, ambil yg jernih

ustaz tony: tengkiu ustaz..a,aa isk3 terharu,,yeah insyaAllah akan buat lebihbaik lepas ni

Syahida _Masri berkata...

lembaran ape yg INDAH tu? very curious to know..hehe..=))

Norashikin Abdullah berkata...

syida..alamak..ingt x de org tnya
malunya..smthing kenangan...=)

Ameen Muslim berkata...

Assalamualaikum.
Tahniah! Blog anda telah mendapat award daripada saya. Semoga anda dapat menyiarkan award tersebut dalam blog anda. (^.^)

Klik http://ameenmuslim.blogspot.com/2010/03/dua-awards-yang-sama.html

nursyazwin berkata...

ekin! masa dpan still ade.just kte yg kne cri n usaha.learn from the past.ok? kte pn xnk pk sngt dh psl rslts tu.bnde yg akn dtg lg pnting.

Norashikin Abdullah berkata...

waalaikuslm
terima kasih abg ameen muslim..insyaAllah ade masa nnt ekin postkn award nih..

awin: betul2
yg kat depan jln nuh lg pnting..yeah..kuat..tengs awin