"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 1 April 2010

ehem..ehem..kita pasti lalui

Salam penghulu segala hari untuk semua...

Aku merasakan tidaklah lama benar aku tidak mengupdate blogku ini tetapi ramai kawan-kawanku sudah mula bertanya bilakah aku mahu membuat entry baru. Kebanyakan jawapan yang aku berikan ialah "Biarlah blog tuh berhabuk, bersawang dan berlumut dahulu." Hasrat hati sebenarnya ingin mula membuat entry baru bila aku sudah menyambung pengajianku semula tetapi aku menjadi serba salah pula bila sahabat-sahabat bertanya. Aku sangat risau untuk berblogging semula kerana aku takut aku merapu-rapu dan yang paling aku takut segala perasaan sedih aku terhumban di blog ini. Aku tidak mahu menagih simpati sesiapa.

Biarlah segala yang terjadi antara hamba dan penciptanya sahaja yang mengetahui. Biarlah ibu dan ayah juga sahabat baikku sahaja yang ketahui. Benarlah bukan senang untuk menjadi senang. Dalam aku bangkit meneruskan perjalanan, kadang-kadang kakiku terseliuh, kadangnya aku terluka kecil. Aku akui aku mudah untuk menangis di atas kegagalanku. Terkadang satu hari suntuk aku menangis hingga lebam mata-mata sehingga aku tidak mahu bercakap dan tidak peduli keadaan sekeliling. Kasihan ibu dan ayahku yang berusaha keras memujuk anak mereka yang seorang ini. Kata-kata motivasi dilontarkan tetapi aku diam tidak berkata apa-apa melainkan menangis sahaja.

Alhamdulillah mujurlah tangisku tidak lama, keesokkan harinya aku kembali mengutip sisa-sisa cebis semangat. Hendak berjuang tidak boleh cepat mengalah. Benarlah tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah hilangkan mentari, puas kita menngis mencari, rupanya Allah nak beri kita pelangi. Ya, mungkin sahaja aku sudah bertemu pelangi setelah aku menangis2 kerana kehilangan mentari tetapi biarlah buat masa ini aku berdiam diri dahulu.Suatu masa nanti pasti akan ku beritahu kepada kamu semua. Selagi blog ini masih bernyawa dan selagi aku masih lagi bernafas. InsyaAllah. Mahu nyanyi boleh ka? Tak mahu dengar tutup telinga tuh.

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati
(Dehearty-Pasrah segalanya)

Semalam hingga ke hari ni, aku kerap tersedu sahaja. Teringat orang tua-tua kata, tersedu itu tandanya mahu tinggi. Eh kalau benar, akulah orang yang bahagia saat ini. Teringin betul aku mahu tinggi. Sekejap benar masa berlalu, tamat sudah alam persekolahan aku, kini alam lain mula menjengah. Alam itu sedang bermain cak-cak denganku dan aku pula terkadang berlari kuat dan terkadang berlari perlahan untuk menuju alam itu. Takut sebenarnya tetapi adab orang berjuang, mana boleh berhenti melangkah. Bila aku terdiam, banyak benda yang aku fikirkan tentang kehidupan. Diam-diam orang yang berilmu itu, berfikir bagaimana mahu memajukan diri. Diam-diam orang yang %@#$%, berfikir bagaimana mahu membinasakan orang lain.

Bercakap tentang soal kehidupan, memang cukup seronok kerana dalam hidup ini banyak perkara yang kita akan lalui. Begitu juga selepas kematian kita,banyak perkara juga yang kita akan lalui. Menyentuh soal kehidupan, ada lima perkara yang kita akan lalui dan pasti akan dilalui oleh setiap manusia.

1. Hari yang telah berlalu.
Sewaktu zaman bayi dan kanak-kanak kamu, degil tidak mendengar cakap ibu dan ayah.Sewaktu zaman sekolah rendah dan menengahmu yang mana tugas kamu hanyalah belajar dan hari yang telah berlalu itulah perkara yang paling jauh. Tak akan dapat kalau kamu kejar naik kapal terbang sekalipun.Melainkan mahu meminjam mesin masa dari doraemon gemuk dan bulat itu.

2. Hari sekarang yang tengah berlaku
Amal dan dosamu yang tidak terkira. Ingatlah bahawa beruntunglah manusia jikalau hari ini lebih baik dari semalam. Rugilah manusia jikalau hari ini sama dengan yang semalam dan celakalah manusia jikalau hari ini lebih buruk dari hari esok.

3. Hari yang akan datang
Yang mana hari ini belum pun berlaku lagi dalam hidup kita. Tidaklah kita ketahui kerana semuanya rahsia pencipta. Usahlah sibuk-sibuk mahu bertanya, " Berapakah gaji aku bila sudah bekerja nanti? " Bagaimanakah rupa suami dan anak-anakku nanti?" Aku lempang juga kalau kamu bertanya. Haha.

4. Hari sakaratul maut
Hari dimana nadimu tidak lagi berdenyut dan nafasmu telah terhenti. Tiada harta karun yang boleh dibawa kedalam liang lahad melainkan tiga perkara. Kamu semua dah tahu. Apa lupa? Tak pa, mari sini aku ingatkan. Tiga perkara je taw kamu bawa nanti; amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh.

5. Hari yang kekal abadi dan tiada berpenghujung
Saat di akhirat kelak dan kita semua akan dibangkitkan, ditimbang amalan kita di neraca mizan. Semuanya Allah sudah janjikan dalam kalamNya. Inilah harinya.

Cukuplah tuh. dah panjang kan. Gembira tak aku dah buat entry baru. Baik cakap ya. Nanti aku mengamok baru tahu. Eh nak tahu tak. Biasalah kan, kehidupan aku di kedai runcit sebagai seorang cashier, memang akan memmbuatkan aku berjumpa pelbagai jenis manusia. Ya aku mestilah maintain cool walaupun kadang-kadang gelabah. Kalau bosan, aku akan menjadi sangat ramah. Adalah seorang dua tiga dan empat pak cik dan mak cik ni bertemu bual denganku. Ada yang tidak percaya bahawa aku sudah tamat sekolah. Agaknya bila tengok aku yang kecik ni. Ada yang menyangkakan aku sudah berada di universiti. Aku buat reaksi apa? Aku mestilah akan tergelak kecil dan menafikan. Cewah lagak gaya macam artis je. Yang paling melampau, ada yang mengatakan bahawa umur aku sudah 24, 25 dan bertanyakan Haikal itu anak akukah. Ya rabbi, mak cik muka saya ni muda lagi. Eh pening pula aku mahu menepis soalan-soalan itu.




p/s: Aku teringin benar mahu ke negara ini. Ok jom, kita pergi sama-sama. Kamu taja aku tiket kapal terbang. Aku taja kamu seat, toilet, makanan. air cond dalam kapal terbang tuh.punya banyak aku taja macam tuh kamu tak mahu. Baik, kita tukar kenderaan. Kita naik unta ya. Aku dengar unta sekarang sudah pandai berenang. Jadi kalau kita lemas, tak payah risau, unta kan ada. Bagus tak idea aku itu? Baguskan. Aku dah tahu lama dah.

24 comments:

cikfaiq berkata...

ekin da tua owh.
da layak dipanggil makcik. hahaha.

camne rupa suami & anak2 kau nanti?

lalala~

JK Promosi berkata...

Assalamualaikum...

Mase berlalu pantas en.. tp mase Ekin lgi pantas kot,org sekeliling igt ekin da ade anak... Muke ekin stress sgt la tuh,org igt da ade family je.. haHA!

Good Luck in your next step...

Norashikin Abdullah berkata...

faiq n murt: ish geram pula dgn komen korang nih..bukan nk sokong ekin muda lg..
org tuh yg rbun..lempang laju2 nnt baru taw..
faiq: ko bygkn je hero yg ensem2
baby yg comei2

murt: tengkiu..:P gd luck to u too

fik-autoz berkata...

smoga impian ekin utk p mesir akan trcapai 1 hari nnt..........amin

Norashikin Abdullah berkata...

hah...amin...tengkiu fik autoz
nnt ekin krim unta kat kamu ye

fikrahuddin berkata...

tua. haha..=p

sian anda byk berkorban..kite tukar, nak?
sy taja yg lain, kamu taja tiket flight jer?
ya Allah nape aku 'ithar' sgt ni??hehe

Norashikin Abdullah berkata...

tak ekin muda lg
eh x mo lah..x pe..ekin snggup bkorban..haha
eh ithar tuh ape?

tepianmuara berkata...

Salam
ithar= melebihkan org lain.

tlg jawabkan.
ha..

mahu ke mesir??
aha...sila2.
(macam tuan rumah lak, pdhal jiran je)

Norashikin Abdullah berkata...

wslm..oh itu mknenya,,
syukran tepianmuara
hah..ok tnggu ye sy dtg
a,aa jiran..jordan kn

Centado berkata...

ye betul
bukan senang nak jadi senang
dan bukan juga senang nak jadi susah
:D

Norashikin Abdullah berkata...

hah,,sy setuju...
:)

HH berkata...

bkn senang nak jd senang.
mcm kat wall amir.
muahahahha.
ok, jom pergi mesir.
teheeeee :)e

Norashikin Abdullah berkata...

hehe..ek..ade ek kat wall dia..x perasan plak..
jom2.naik ape unta ek

HH berkata...

naik unta gagah. nanti x cepat penat :P

Norashikin Abdullah berkata...

haha..ok tp kena tahan bau busuk dia..yeah kita naik yg ade 2 bonngol tuh..ekin dpn, isha blkang..huhu mcm bes je kn.hehe

HH berkata...

ekin saja ke mesir, isha dok diam2 dalam msia. selamat berjuang. jgn sia2kan masa kat sana. study hard, work smart :)

Norashikin Abdullah berkata...

isha tengkiu..isk3
isha pun..selamat berjuang..stdy hard, work smart too..:)

Tanpa Nama berkata...

seronoknya berkongsi kegembiraaan..mabruk a'laiki..itulah nikmat jika kita dr golongn yg bersyukur( tadabbur surah Ibrahim ayat 8)

Nabi saw kata : org yg plg cerdik dalam kalangn ummatku ialah org yg sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan utknya.

~ org yg plg kuat dlm kalangn ummatku ialah org yg boleh menahan dirinya drpd marah.

~ org yg plg bahagia ialah org yg meletakkan akhirat di dlm hatinya, dan dunia berada di dlm genggamannya.

~ org yg plg kaya ialah org yg banyk berinfaq(membuat amalan kebaikan) di jalan Allah swt.

~ org yg plg rugi ialah org yg bnyk bergurau(mematikan hati) dan suka membuang masa.

~ org yg dijamin oleh allah swt ialah org yg selalu membuat setiap perkara hnya keranaNya, bukan kerana dunia yg sgt sementara.

Jadikan diriMu seorg yg luar biasa dan jgn benarkannya utk jadi biasa2, kerana Allah swt menjadikanmu sebaik-baik kejadian bukannya utk disia-siakan.salam jordan

Norashikin Abdullah berkata...

waalaikumslm
syukran..insyaAllah.. nnt ekin taddabur blik ayat tuh..syukran kongsi ilmu
ye untk mnjadi seorg yg hebat..kita msti mnjadi lain dr yg lain..
selamat maju jaya wahai org jordan..
=)

super eja berkata...

ekin!
same la kite.
kite slalu ckp klu sedu nanti tinggi.
haha

Norashikin Abdullah berkata...

haha..ek..
bgus2
ade org sokong fkta tuh

RuGGers |8| berkata...

aigoya..pjngnye~~
anyway, add my fesbuk ya!rudy haha

Norashikin Abdullah berkata...

haha..abg rudy..sy x ske tulis pndek2
ok nnt ekin add

Unknown berkata...

salam ekin...eheh bez pnyer post! bout mase yg kite lalu...
eheh nk ikut ekin g negare yg ade byk piramid tue ble x???
kte cari penaje same2...heh,kalaula ade penaje yg baek hati...