"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Selasa, 27 Julai 2010

ummi wi abi

Salam Syaaban buat semua...

AMARAN!! Gambar-gambar di bawah tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hanya sekadar gambar hiasan yang telah diculik melalui Encik Yahoo dan Puan Google.

Mari kita semua membawa minda kita semua meneroka pada 40 tahun atau 50 tahun yang akan datang. Mereka-mereka yang dahulunya cantik dan comel-comel, tampan dan gagah perkasa belaka, pastinya tidak lagi sedemikian rupa.Kenangan-kenangan itu semua akan hanya berada di dalam lipatan sejarah. Ketika itu, kita sudah tentu mempunyai sebilangan anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu.
Tidak mustahil bukan suatu hari nanti kita akan berkeadaan seperti nenek ini. Garis-garis tua dimukanya menceritakan segala-gala. Suka dan dukanya, perit dan jerih membesarkan anak-anak selama ini.

Adakah kita akan menjadi sperti datuk dan nenek di atas yang bahagia bersama sehingga kini kerana telah berjaya membesarkan anak-anak sehingga kesemuanya sekali berjaya dan menjadi insan-insan yang berguna?
Apakah nanti apabila tibanya musim raya, rumah-rumah kita akan dipenuhi dengan gelak tawa dan senda gurau anak, menantu dan cucu kita yang pulang beraya ke kampung halaman ?
Atau mungkinkah suatu hari nanti, apabila anak-anak kita sudah berjaya. Mereka tidak mahu lagi menjaga kita lalu menghalau kita keluar dari rumah kerana kita telah menyusahkan mereka. Di tepi-tepi jalan hari ini, masih kelihatan lagi warga emas yang terbiar. Dimanakah anak-anak mereka?
Bagaimana dengan saban tahunnya statistik yang menunjukkan bilangan warga emas di rumah orang-orang tua kian meningkat? Dimanakah letaknya akhlak anak-anak mereka yang kononnya bergelar seorang doktor, peguam, usahawan, pensyarah, akauntan dan lain-lain lagi?
Sanggup kita anak-anak membiarkan orang tua kita di rumah warga emas menanti kedatangan kita terutama apabila tiba musim perayaan. Benarlah kata orang tua-tua, seorang ibu mampu mengandungkan, melahirkan, membesarkan, dan mendidik tujuh orang anak-anak. Namun tujuh orang anak-anak itu belum tentu mampu untuk menjaga seorang ibu. Aku teringat kata-kata yang pernah kubaca di blog Ustaz Hasrizal(SaifulIslam) yang berbunyi lebih kurang.

Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!

Ingin aku bercerita kepada kamu semua tentang tentang satu kisah. Allah pernah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. dengan memberitahu bahawa kelak di syurga akan ada seorang pemuda yang akan menemaninya dan menjadi sahabatnya di syurga. Nabi Musa teringin untuk mengetahui siapakah pemuda itu lalu baginda pergi ke rumah pemuda yang dimaksudkan. Apabila diketuk dan diberi salam, pemuda itu membuka pintu dan mempersilakan nabi Musa untuk duduk.
Namun pemuda itu tidak mengendahkan langsung pada nabi Allah itu sebaliknya terus masuk ke dalam bilik dan mendukung seekor khinzir. Pemuda itu membelai, mencium dan memandikan khinzir itu dengan penuh kasih sayang. Melihat perbuatan pemuda itu, nabi Musa menjadi sungguh aneh. Kemudian pemuda itu membawa khinzir tadi masuk ke dalam bilik dan mengeluarkan lagi seekor khinzir yang lebih besar sedikir dari khinzir tadi. Pemuda itu membelai, mencium dan memandikan khinzir itu dengan penuh kasih sayang. Nabi Musa terus bertanya "Hai pemuda, kamu berpegang pada agama apa?" Jawab pemuda itu "Agama tauhid iaitu mengesakan Allah yang satu." "Jadi jikalau begitu, mengapa kamu memelihara khinzir? Bukankah agama kita melarangnya,"kata nabi Allah itu. "Jikalau engkau ingin kedua-dua ekor khinzir tadi ialah ibu dan ayahku. Biarlah dosa mereka dengan tuhan sehingga dihukum sebegitu rupa, tetapi tugasku sebagai anak mereka wajibku laksanakan,"balas pemuda itu. Mengertilah nabi Musa kini akan pemuda itu telah diangkat darjatnya menjadi anak soleh sehingga diletakkan sama syurga dengannya.

Berbuat baiklah akan kedua ibu bapamu, nescaya anak-anak akan berbuat baik kepada kamu

p/s: Aku tidak sabar-sabar mahu menyambung pelajaran semula.

10 comments:

HH berkata...

isha teringat kata2 seorang ayah kepada anaknya (dalam buku apa entah):

"ayah harap ayah tak panjang umur sehingga nyanyuk. sebab ayah bimbang nanti anak2 ayah jadi derhaka."

harap2 kita sentiasa blh buat baik dgn mak ayah, dan harap2 nanti tua kt x nyanyuk.

p/s : ekin x sabar nak sambung study ke, x sabar nak ada anak ni? HAHAHAHA

Norashikin Abdullah berkata...

oh bgus2..tengkiu isha kerana bercerita
jgn2..harap2 kita x buat mcm tuh
eh isha x sabar nk stdy la
haha
ape plak nk anak...isha nk kena cubit pipi ni

miranabila azlan berkata...

ekin,ak suke do bace mnde2 neh. post lg beb! pleasee... :)

Norashikin Abdullah berkata...

mira. tengkiu sudi baca..insyaAllah...
:)

fik-autoz berkata...

biarpon dh brjaya 1hari nt...kita kna ingt pd org tua kita...tnpa mreka siaplh kita..=p

cikfaiq berkata...

ingatlah orang yang tersayang.
anda mampu mngubahnya. :)

hamzah ian berkata...

nice enty... jarang bace pasal mende ni kat blog laen

Norashikin Abdullah berkata...

faiq: kau sdg buat iklan ke..hehe nice2

hamzah lan:
tengkiu sudi baca :)

Unknown berkata...

niceee...
pics say louder...touched sket ngn gmbr2 trsebut...
dan lg touched ngn quote dr ust hasrizal tue...
mabruk alaiki, ekin!

Norashikin Abdullah berkata...

Syukran mersi asyue, 2 lah ekin pun ske kta2 tu:-)