"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Isnin, 20 September 2010

Kesekian kali budak perempuan itu

Salam alaik.. :D

Hari ini aku ingin bercerita tentang kisah seorang budak perempuan yang comel. Setiap hari aku berjumpa dengannya. Hampir semua kisah hidup dan rahsianya aku tahu. Suatu hari dia bercerita kepadaku tentang kisahnya yang berlaku kira-kira 13 tahun dahulu. Ketika itu ayahnya sering membawa kereta dan mesti melalui jalan lapangan terbang. Apabila dia ternampak kapal terbang di luar tingkap keretanya, dia terus memanggil ayahnya yang tengah memandu, "Ayah, bila nak bawa kakak naik kapal terbang pi luar negara?" Ayahnya mesti akan tersenyum atau tertawa kecil, "Kakak kena belajar pandai-pandai dulu, nanti kakak boleh naik kapal terbang pi luar negara." Dia terdiam dan mula memasang cita-citanya.

Sejaknya kecil, emaknya selalu menanyakan soalan yang sama. "Kakak, bila besar nanti nak jadi apa?" Lantas dia akan menjawab, "Doktor." Barangkali mahu menguji kesetiaan anaknya terhadap cita-cita. Dia juga tidak pasti sejak bila dia mahu pergi ke Mesir, yang dia pasti sewaktu dia di Tingkatan 3, dia benar-benar nekad mahu menyambung pelajaran di Mesir. Adakah kerana dia terpengaruh dengan filem dan novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih? Adakah dia mahu berjumpa Fahri dan Khairul Azam? Haha, aku sengaja menyakatnya.

Dia tergelak. Dia membisik padaku dan memberitahu. Perginya kali ini membawa segala amanah insan-insan tercinta iaitu emak dan ayahnya. Dia tidak mahu menghampakan harapan emak dan ayahnya setelah banyak sangat perngorbanan mereka terhadapnya. Sungguh tidak terkira!! T_T. Jadi matlamatnya harus jelas.

pergi ke mesir ingin mencari redha Allah dan RasulNya
pergi ke mesir membawa harapan ibu bapa untuk melihat anaknya berjaya
pergi ke mesir dan pulang untuk menjadi mutiara ummah
pergi ke mesir untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, tidak kira sama ada di dalam kuliah (subjek perubatan) atau di luar kuliah (ilmu agama dan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat).

Moga ini yang sentiasa tersemat di kalbunya.
1. perlu bersabar dengan setiap dugaan yang bakal ditempuhi
2. tidak sekali-kali berputus asa daripada kegagalan yang diterima
3. redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah


(Terima kasih kepada Ustaz Pamiesz kerana menyiarkan ini di blognya. Terima kasih juga kepadanya yang menemukan budak perempuan itu dengan blog ini :D)


Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang didepanmu
Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi

Teka-teki kali ini SIAPAKAH BUDAK PEREMPUAN COMEL DI ATAS? (mesti semua dah muntah hijau, merah, biru, kuning, haha)

Sekalung terima kasih ku ucapkan kepada sahabat-sahabat yang terlalu baik hati sehingga menghadiahkan aku beberapa buku dan novel untuk menjadi bahan bacaanku. Mari sini aku nak komen sikit pasal buku-buku di bawah.













Novel Versus: Novel ini sangat seronok, jangan kau lihat kulit bukunya yang tidak menarik bagiku tetapi ilmu di dalamnya. MasyaAllah. Sesuai sangat buat mereka yang merasa diri mereka kurang baik sepertiku dan ingin menjadi lebih baik ataupun buat mereka yang baik dan ingin menjadi lebih-lebih baik. Sini aku letakkan sedikit sedutan episod di dalam novel ini (Jam menunjukkan waktu burung hantu berkokok, fius otakku mula longgar)

"Sebab Allah dah kata, .It's iya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaaffah. It's in al-Baqarah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata 'masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata'. Maknanya tak boleh la nak practise Islam tu secara juz'ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yang rasa kita nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrace Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya."

Buku Motivasi Mencari Makna Hidup: Aku tidak mengomen panjang tentang buku ini kerana aku baru sahaja membaca prakata. Namun aku tertarik dengan ayat penulisnya.

Hidup ini satu perjuangan . Tidak ada kejayaan yang dapat diraih tanpa perjuangan, tiada hasil dalam hidup tanpa keringat dan air mata. Malah Thomas Alva Edison berkata kejayaan adalah 1 peratus kepintaran dan 99 peratus adalah usaha keras.Semakin kita berjuang untuk hidup, semakin hampir kita menemukan erti kehidupan yang sebenar.

Buku yang ketiga aku belum baca lagi, tapi kata-kata depan buku itu menarik.Nanti kalau aku dah baca, aku cerita ye.
"Serlahkan potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran."

p/s: Seorang budak pernah berangan agar bunga-bunga di tamannya berbau harum dan segar. Dia tidak mahu memetik bunga itu, biarlah diperhatikan sahaja dari jauh :D

Khamis, 16 September 2010

Lagu itu bergema lagi

(Salam semua, penaku menari bertinta kembali sambil berlatarbelakangkan muzik ini.)

Lagu itu berkumandang kembali dan fikiranku melayang beberapa kilometer jauhnya. Aku kembali menatap screen laptop. Mencari jawapan pada tiap persoalan yang wujud di benakku. Aku temukan jawapannya dan berhenti!!! Aku tidak mahu mebayangkannya lagi. Aku tahu apa yang akan berlaku lalu aku terdiam. Berderai-derai mutiara jernih jatuh.

Semalam aku mengharapkan agar sang waktu berhenti dan bergerak perlahan kerana aku merasakan semuanya terlalu pantas berlaku di sekelilingku. Aku terdengar DJ di radio IKIM berkata, biarlah masa yang kita ada itu sedikit, tapi manfaatkan setiap detik yang ada dan itulah yang dipanggil masa yang berkualiti walaupun tempohnya tidak lama.

sang waktu ada tiga, masa lampau. masa kini. masa hadapan. ...
"masa kini" meninggalkan kite kerana "mase hadapan" sgt merindui kite,
mase kini pula teringin sgt utk terpahat di dalam hati kite sebagai sebuah kenangan atau nostalgia sekaligus mem
bentuk "mase lampau". kerana ia akan memberikan sebuah pengalaman yg akan mendewasakan kite. jadi semakin banyak "masa lampau" kite itu bermakna kite semakin dewasa.

jadi bersedialah utk menerima kehadiran "mase hadapan".
hargailah "masa kini" kerana dia juga dahulu adalah "mase hadapan" yg sgt merindui kite dan akan terpahat di hati kite sbg kenangan. kenangilah "mase lampau" kerana disana byk pengajaran bagi kite dalam menanti kehadiran "mase hadapan".

semoga terus sukses dalam hidup dunia akhirat. This emoticon has been enhanced by Facicons

---------------------------------------------------

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran." Al Asr

Terima kasih pada Akmal kerana memberikan kata-kata ini. Aku kira dia seorang pakar motivasi yang bagus walaupun dia seorang engineer. Ada benar apa dia katakan itu. Aku pasti akan merindui sang waktu itu. Ya, pasti.

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

p/s: Mesti tertanya2 kan mengapakah postingku kali ini begini.ni Dalam bulan ini banyak betol peristiwa aku sedih dalam gembira berlaku. Terkini, aku sedang sibuk mengemas-ngemas lugageku untuk ke Mesir. Segala perasaan macam menyelubungiku, aku sahaja pura-pura tidak kisah dengan perasaan itu. Wahai hati Norashikin Abdullah, semoga kamu tenang-tenang sahaja ya. Aku akan sentiasa ingat kata-katanya, "Moga kita terus menjadi orang yang cuba mendaki sejauh langit yang tinggi kejayaan dunia dan akhirat." Sob3, nak tisu.


Isnin, 6 September 2010

Ramadan dah nak pergi...

Salam Ramadan untuk semua...
Sudah tiga minggu aku tidak mengupdate blogku. Semuanya gara-gara laptopku yang buat perangai. Korang sedar tak ni? Eh belum cakap lagi, korang sedar tak yang kita dah nak raya. Maknanya apa? Ramadan dah nak berakhir. Pantasnya masa berlalu. Sesetengah ulama ada berpendapat, jika kita merasakan setahun itu bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam, satu jam bagaikan satu minit, satu minit bagaikan satu saat, (huuuhhhhh...ambil nafas kejap) itu bermakna kita di akhir zaman. Macam terasa baru je puasa hari tuh dah nak raya, macam rasa baru je sahur dah nak berbuka. Tapi kalau ada yang rasa 6 tahun macam 6 minit. Itu aku tak tahu nak cakap apa dah. Dasyat sangat tu.

Apa yang mampu kita lakukan ialah berdoa moga dipertemukan semula dengan Ramadan akan datang. Semoga ibadat-ibadat kita semua diterima oleh Allah SWT dan tidak hanya di bulan ini. Moga ibadat-ibadat ini juga berterusan di bulan-bulan yang lain. Madrasah Ramadan itu banyak mendidik kita dan kita sudah hampir pun memasuki hari kemenangan iaitu hari konvokesyen walaupun Aidilfitri itu bukanlah hari kemenangan sebenar umat Islam. Antara hari kemenangan umat Islam yang sebenar ialah apabila kita berjaya memasuki syurga Allah. Itulah kemenangan kita yang sebenar.

Sewaktu solat terawih di surau taman rumahku tadi, aku lihat juga pada bilangan saf , alhamdulillah, tidak berkurang, masih sama, sebaliknya bertambah sedikit jumlah jemaah. Aku memandang pada arah mereka, kelihatan mereka seperti lebih muda dariku. Mungkin mereka pelajar-pelajar sekolah yang tinggal di asrama. Aku teringat ketika aku pulang dari asrama dulu, seronok bukan kepalang hendak pulang ke rumah utuk menyambut hari raya. Dalam kesibukan kita membuat persiapan menyambut lebaran, mungkin ada yang mengetahui dan sedar, mungkin juga ada yang mengetahui tetapi tidak sedar ,mungkin juga ada yang tidak mengetahui tetapi sedar dan mungkin juga ada yang tidak mengetahui dan tidak sedar akan malam yang penuh kemuliaan itu. Hidupkanlah malam.

SURAH AL QADR

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan 4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan. 5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Hadis Nabi menyatakan “carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, dari malam 21 sehingga malam 29 atau malam 30″

****************

Aku akan pulang ke kampung pada hari Khamis ini, kalau di belah utara, ketupat yang memang terkenal dan tidak asing lagi ialah ketupat daun palas. Kegemaran aku. Hushh kalau makan dengan serunding ni atau rendang, mahu aku tambah tiga empat pinggan. Hehe. yang paling seronoknya, aku tolong nenek aku buat ketupat palas ni. Nampak macam senang, tapi nanti balutan ketupatku mesti buruk.Hehe..

Nanti datukku, ayah, pakcik suadara, dan sepupu lelaki pula sibuk membakar lemang. Aku juga sibuk menolong mereka. Tolong apa? tolong tengok..hehe.. Aku tak tahan asap, nanti pedih mata-mata aku. Buat sendiri dan beli di tepi jalan, lain rasanya. Percayalah..hehe..ni haa sekarang dah moden. Adabi ada buat lemang segera, rebus ja. Zaman makin canggih.

Aku bukan kaki makan kuih raya sangat, sekadar dua tiga ketul sudah memadai. yang aku cari ialah rumah-rumah yang buat bihun sup, mee kari, laksam, laksa dan seangkatan dengannya. Haha, jangan lupa jemput aku, kalau emak korang masak makanan-makanan tu.

Dulu kecil-kecil, aku semangatlah kot nak kumpul duit raya. Sekarang pun semangat lah juga tapi kena cover la sikit dah besar. Tapi setahu aku, makin besar, makin besar jumlah wang yang kita dapat. hehe. Budak-budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak. Bahaya.

Apenya? Korang nak duit raya? Aku belum kerja la. OK, baik. Kalau nak juga, ambilah duit kat atas ni. Print la sendiri. Hahaha.. Bye2, mata aku dah berat.

Bersempena Syawal yang bakal tiba, Selamat Hari Raya diucapkan buat ibu dan ayah dan keluarga tercinta, sahabat-sahabat yang mengingati diri ini, guru-guru dan profesor-profesor yang telah mencurahkan segala ilmu kepada diri ini dan buat semua muslimin dan muslimat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA :)