"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Rabu, 26 Januari 2011

Aku nekad ..sungguh ni

بسم الله الرحمن الرحيم
26 Januari 2011,
11.30pagi
Aku mula resah gelisah memandang jam, cuba untuk membaca buku tetapi seolah-olah sedang merenung tulisan-tulisan di dalam buku. "Ekin tenang, janganlah gelabah sangat,"aku bermonolog. Terasa seperti ingin bangun dan duduk laju-laju. Semuanya jadi serba tidak kena. "Meera, macam mana ni? Ekin cuak nak amik test anatomy ni, padahal test je pun, bukannya exam mid sem lagi," aku cuba untuk mengadu. "Ekin, tenang-tenang, kita kan dah usaha, jadi kita tawakal je la, mesti Allah tolong," Meera cuba memujukku.
Firman Allah tentang tawakal di dalam al Quran terlalu banyak. Antaranya:
(QS. 8 : 61)
“Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Sahabat-sahabat percayalah, perkataan tawakal itu tidak akan wujud dalam diri jika kita tidak berusaha. Kisah benar telah pun berlaku di mana seorang gadis ini berasa amatlah panik melihat sahabat-sahabatnya yang lain sibuk menghafal untuk kuiz physiology. Gadis itu cuba untuk membaca pada saat-saat akhir namun terasa apa yang dibacanya seolah-olah masuk mata kanan, keluar mata kiri. Dia sungguh menyesal kerana tidak mengulangkajinya semalam walaupun itu hanyalah kuiz yang tidak diambil markah. Sahabatnya berpesan supaya bertawakal lalu dia menjawab, "Saya tak study physio semalam, saya tak berusaha, macam mana saya nak bertawakal." Haa, nampak tak bahawasanya perkataan tawakal itu tidak akan hadir tanpa usaha.

1.00petang
Assessment Anatomy pun berlangsung di Anatomy Department. Meja kami disusun di sepanjang laluan makmal. Nampaknya doktor-doktor mula sibuk mengedarkan soalan. Ammu (pak cik) makmal sungguh cemas, berlari ke sana ke sini mengambil kertas-kertas soalan. Aku menahan tawaku melihat situasi itu ditambah lagi dengan telatah doktor yang mengajar kelasku topik Pelvis. Ayat kegemarannya, "What's this?" "What's this?""What's this?" Detik masa berlalu dan alhamdulillah, tamatlah test anatomy yang aku cuak-cuakkan tadi.
Aku dan sahabat sempat ke DreamTop, sebuah kedai fatira dan pizza yang popular di sini. Haa yang kami tengah makan tuh, fatira coklat, laziz awi. Selepas itu kami ke kedai roti untuk memborong ish (roti ) panjang. Nampak tak tuh 40 batang kami beli, eh betul ke batang, habis takkan la helai pulak. Semuanya stok bekalan sarapan pagi di rumah. Arab tuh macam percaya tak percaya je yang kami nak beli 40 roti tadi. Tak kesahlah yang penting roti tuh masih panas dan lembut. Aku nampak macam nenek kan kalau pakai cermin mata tapi aku terpaksa pakai tadi sebab tudungku dah selebet sangat dah tuh. Huh, tudung degil.

Rasulullah -Sholllallahu alaihi wa sallam- bersabda,“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke surga”. [HR. muslim(2699)].
Aku mendongak ke atas untuk menatap bulan dan bintang. Indahnya ciptaan tuhan. Lama kumerenung bulan dan bintang, namun aku dibiarkan seorang diri. Aku menanti esok harinya cuti, mujurlah mentari datang menyapa dan meceriakan aku. Aku lihat pada detik waktu yang berlalu. Menatap lama pada tarikh keramat itu dan memangkah pada badannya. Perasaan takut itu semakin hari semakin hampir. Teringat pesan yang sering ayahku tuturkan kepadaku. "La Takhaf Wa La Tahzan, Innallaha Ma'ana; Jangan takut dan jangan bersedih hati, Sesungguhnya Allah (sentiasa ada) bersama-sama kita semua."Aku menggapai sehelai kertas dan sebatang pen yang berdekatan. Penaku menari melakarkan, aku mula menyusun langkah dan strategi dan ku berikannya nama 'Jadual'. Buku-buku tersusun kemas di atas meja memberi amaran bahawa aku perlu mengkhatamkan mereka. Jalan mujahadah itu susah tetapi indah pada akhirnya. Good luck Ekin.

Sungguh sukar untuk aku membuat keputusan meninggalkan yang aku sayangi. Sebahagian hatiku menjerit untuk terus bertahan dan sebahagian lagi hati kecilku menjerit untuk tidak bertahan.(Aku benar-benar maksudkan ini).Namun aku rasa inilah keputusan terbaik yang aku mampu buat untuk diriku jua seisi alam sama ada yang di langit (ayam yang sudah lulus lesen terbang dan dinasor yang ada sayap) jua yang ada di darat (ikan yang nampaknya gembira setelah menjalani pemindahan paru-paru kerana insangnya telah rosak). Uhh..tak boleh, susahnya, go go Ekin.. Malaysia boleh, Norashikin lagilah boleh. Setelah aku mencongak-congak add math seperti 2+2 jawapannya masih lagi 4 dan 5 kali 3 jawapannya tetap 15. Aku nekad..sungguh ni. Dengan ini saya mengumumkan Penaku Menari akan bercuti buat seketika waktu kerana empunya blog akan menduduki peperiksaan pertengahan semester tidak lama lagi.(12 Februari) Jadi pesanan saya kepada sahabat-sahabat yang masih di bumi ataupun yang sudah tergerak hatinya untuk tinggal di Marikh, silalah mendoakan kejayaan saya dan rakan-rakan yang lain untuk menempuhi peperiksaan akan datang.

Isnin, 24 Januari 2011

Acid atau Alkali. Neutral je la :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ermmmmm, aku buntu bagaimana untuk menaip di blogku ini. Sekejap sila beri aku 3 saat untuk berfikir. 1,2,3 ok aku tak dapat. Jadi hari ni aku telah membuat keputusan untuk tidak menaip apa-apa di blog ini. Jadi korang bolehlah tekan butang pangkah. http://www.emocutez.com(Haha, mesti semua dalam hati mengucap kesyukuran yang tak terhingga kerana kali ini Norashikin tidak membebel panjang-panjang dan tiada sesiapa mahu membaca.) Esok gamaah (universiti) cuti sempena Hari Polis Mesir. Menurut cerita daripada doktor yang mengajarku, katanya Once upon a time, in year 19_ _ (baiklah, aku tak dapat mengingat tahunnya) pihak Jerman telah menyerang Mesir. Ketika itu ramai polis yang telah terkorban dan hari ini sempena memperingati perjuangan polis-polis Mesir yang terkorban ketika pertempuran itu. Baiklah yang cuti itu gamaah, Norashikin boleh bercuti tak? Nope, you can't.. sehinggalah hari terakhir peperiksaan pertengahan semester akan datang.

"Hidup ini umpama jambatan. Tempat kamu menyeberanginya dari alam arwah menuju alam Akhirat. Tiada orang yang berakal sanggup membina kediaman yang mewah di tengah-tengah jambatan tersebut, kerana ianya bukanlah tempat untuk menetap, tetapi tempat untuk melaluinya semata-mata."


Hendak tanya satu soalan boleh tak? Adakah hidup ini sebuah pilihan? Sukarnya dalam proses menjadi pra-dewasa. Lebih senang melihat anak kecil. Berlari ke sana ke mari, berlompat ke sana dan ke sini, bergelak tawa sesuka hati, apabila lapar disuapkan makanan dan apabila dahaga diberikan air, tanpa perlu memikirkan apa-apa jua perkara, masalah dan tanggungjawab.http://www.emocutez.com Semua keputusan terletak pada ayah dan ibu. Jikalau begitu semua orang mahu menjadi anak kecil. Hidup dalam dunia khayalan sendiri yang hanya tahu bermain, makan dan tidur. Mungkin mereka yang pendek akal akan berkata sedemikian rupa. Adakah aku pendek akal? Huh, kadang-kadang aku jarang berfikir panjang tetapi setelah perkara itu berlaku barulah yang aku tersedar yang rupanya salah keputusanku itu tetapi yang di atas itu hanyalah sebuah imaginasiku.

Allah s.w.t. berfirman:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُون

Maksudnya: "Adakah kamu menyangka Kami (Allah) menciptakan kamu sia-sia dan kamu tidak akan kembali kepada Kami?" (Surah Al-Mu'minun:115)


Semuanya tidak akan berlaku kerana itu bukan tujuan kita dan kehidupan ini diciptakan. Kehidupan terjadi kerana adanya cerita dan cerita terjadi kerana adanya kita. (Oh, aku tak suka sangat mengarut sebenarnya). Jikalau tiada cerita, perkara, masalah dan tanggungjawab, itu bermaksud tiada kehidupan kerana semua anak kecil akan tetap mengecil dan tidak akan membesar. Apakah peranan kita? http://www.emocutez.comFirman Allah SWT:

Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Al-Baqarah: 30)
Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku”. (Ad Dzariat: 56).

soalan anatomy beratus-ratus di atas meja:
pH below 7.0 is considered acid, pH of 7.0 is considered neutral,pH ABOVE 7.0 is considered alkaline. Norashikin sedang dan bakal menjalani hari-harinya dengan senyuman.http://www.emocutez.com

Sabtu, 22 Januari 2011

.::Hai Sang Mentari::.

Deru ombak, pecah berderai, mengulang pantai, datang dan pergi

Merenung langit biru sepi
merenung sawah hijau kaku
merenung tanah merah kosong

Esok pelangi muncul
Lusa pelangi akan muncul
Tulat pelangi mesti muncul

Sang mentari menyapa
menyinar alam buana
bunga-bunga ketawa riang
senang akan kehadiran mentari

Mungkin esok, lusa atau tulat
dia mungkin masih berdiri
dia mungkin masih di sini

Mungkin esok, lusa atau tulat
dia belum tentu masih berdiri
dia belum tentu masih di sini
Tahu DIA lebih mengetahui

.::Norashikin Abdullah::.
22-Jan-2010
1838
di kamar ketika merehatkan diri selepas pembacaan

Aku ingin mencintai-MU
setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Khamis, 20 Januari 2011

Laa..hang orang utara rupanya..

بسم الله الرحمن الرحيم

(Sejak dua menjak ini aku merasakan yang blogku sudah bosan. Apabila aku cuba membelek-belek entry-entry yang lepas, aku merasakan entry-entry yang lepas jauh lebih menarik. Mungkin kerana ketika itu aku kelapangan. Maklumlah selepas tamat SPM dan idea-ideaku untuk menulis blog bagaikan coklat mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah coco crunch. Eh, aku sorang je kot yang rasa macam tuh, padahal pembaca-pembaca blog semua cakap, blog ni dari dulu sampai sekarang memang tak best pun. Haha. Biarlah sekali sekala, aku nak juga masuk bakul, angkat sendiri.)

Sedang aku sibuk membakar test tube yang mengandungi Fehling Solution dan sugar solution untuk Fehling Test, tiba-tiba ada satu suara menegur aku dari belakang. "Ni, hang Penang kan?" Sejak bila aku jadi Penang. Aku masih manusia lagi kot. Kuatnya
suara mamat ni, dia nak tanya aku ke, satu kelas ni. Habis semua rakan yang ada di situ berhenti dan memandang ke arahnya gara-gara suaranya yang kuat tuh. "A,aa..awat?" balasku acuh tak acuh. "Hang taw dak, pasai pa, depa nak nama, maklumat diri budak-budak Penang tadi?"tanyanya lagi. "Tak taw," jawabku pendek. "BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) Penang nak kot, hang taw dak sapa yang mintak?" Banyak gila soalan budak ni. "Ya kot, Mira Nabila cakap tadi, Farhana kelas sebelas yang suruh tolong mintakkan." balasku mengharapkan itu soalan yang terakhirnya tetapi malangnya. "Sapa Farhana tuh?" tanyanya lagi. " Laa, hang ni yang dok kalut sangat nak taw, pasai pa? Hang tak kenal pun kalau aku cerita." balasku. "Ni hang dok wat ramai pulak."Ewah-ewah, dia yang dok buat ramai, dia cakap aku pulak.

Sebaik sahaja budak itu pergi, soalan pertama dari seorang kawanku. "Laa, Ekin orang Penang ke?" Aku dah agak dah soalan ni akan muncul. "Kenape, Ekin tak de rupe orang Penang ke? A,aa.. Ekin tinggal kat Penang tapi kampung mak ayah kat Kedah." jawabku sambil menahan tawa. "Ohh, a,aa, Ekin tak de rupe orang utara. Macam belah KL selangor siket." Huk3 kesianku sampai tak de rupe orang utara. Manalah bahasa utara aku tak hilang, 5 tahun aku mengaji di MRSM Terendak, Melaka. Tak dak sorang pun yang cakap utara masa tuh, semua sahabat kebanyakannya orang KL dan selangor. Makanya lama kelamaan bahasa utaraku yang asalnya pekat pun sudah hilang. Teringat pulak kelas akidah oleh Ustaz Nazrul minggu lepas. Aku ketawa bagai nak pecah segala stomach, pancrease, small intestine, large intestine dan liver. Mananya tak aku jadi begitu, ustaz buat lawak tahap sempoi punya dengan pekatnya bahasa Kedah dia. Rinduku pada kampung tak terkata apabila terdengar Ustaz Nazrul berceramah.

Sebelum ini aku hanya pernah mendengar seorang seniorku bercerita (ketika dia menyampaikan kelas tutorial kepada kami) tentang pengalamannya, bahawasa ada seorang doctor ( pensyarah) yang jenis, sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas, dia akan terus mengunci kelas dari dalam. Makanya sesiapa sahaja yang jalan berlenggang-lenggang Mak Enon di luar, yang pergi ke toilet, yang pergi mengambil angin di luar, yang pergi membeli makanan, atau dengan ayat pendeknya, lambat masuk ke dalam kelas pastinya akan terkandas di luar kelas kerana pintu sudah di kunci. Jadi kebiasaannya, apabila pelajar-pelajar nampak sahaja kelibat doctor ini menuju ke kelas. Semua akan berlari di hadapan dan memotongnya kerana takut pintu akan dikunci. Haha, seram sungguh ketika mendengar cerita itu, aku hanya ketawa.

Maka terjadilah sebuah cerita Selasa yang lalu, seorang doctor memasuki kelasku untuk mengajar Anatomy bahagian Pelvis kerana buku Abdomen sudahpun dikhatamkan. "P
elvis is applied to skeletal ring formed by 2 hip bones, the sacrum and the coccyx..bla..bla..bla.." Dia pun mula mengajar kami. Tiba-tiba pintu kelasku dibuka oleh pelajar-pelajar lelaki yang kelewatan masuk ke dalam kelas. Dia terus ke arah pintu sambil berkata "No..no you are late." Doctor menutup pintu kelasku kembali. Aku tertawa tetapi kesian pula dengan budak-budak kelasku. Kebiasaannya jikalau terlewat sedikit tak mengapa. Doctor kali ini sedikit tegas. Bagus juga, untuk mendisplinkan diri dan menghormati doctor sebagai guru kita. Cuba bayangkan apa yang ak0an terjadi jikalau seorang doktor terlewat ke hospital untuk menyelamatkan nyawa seorang pesakit?
*************
Barang siapa yang berusaha, dia akan mendapat kejayaan. Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri Surah Ar-Ra'd (ayat 11).
Jadi kejayaan itu milik mereka yang berusaha, bukan milik orang-orang yang cerdik dan pandai sahaja, tetapi boleh jadi orang yang cerdik pandai itu mereka yang kuat berusaha, dan boleh jadi juga orang yang kuat berusaha itu bukan di kalangan cerdik pandai. Kalau kita hendak berjaya, kita kena pandang ke belakang, pandang balik bagaimana majunya Islam suatu ketika dahulu. Ulama-ulama tak duduk saja. Mereka berusaha, kaji itu dan ini. Umat Islam hendak berjaya kerana dunia dan akhirat. Moga kita dapat kedua-duanya..Ameen

Di pagi yang sejuk membeku, dalam perjalanan ke gamaah untuk program Way Of Wisdom.

Di makmal anatomy bersama Encik Skeleton Bin Rangka. Kami dalam perjalanan ke Restoran Epal untuk menyambut hari lahir Mira Nabila. ( tengah tuh )

Terbang tinggi2, di sana ada bahagia.. pasti !!

Sabtu, 15 Januari 2011

You Came To Me

بسم الله الرحمن الرحيم

MySpace
You came to me in that hour of need,

When I was so lost, so lonely,
You came to me took my breath away,
Showed me the right way, the way to lead

Di suatu masa dahulu terdapat seorang wanita yang berkahwin dengan seorang lelaki. Suaminya sering mendera dia. Begitulah yang berlaku pada setiap hari. Sehingga lebam-lebam sudah penuh satu badan. Namun dia tetap bersabar dan sayang akan suaminya. Dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

MySpace

You filled my heart with love,
Showed me the light above,
Now all I want Is to be with you,

Sehinggalah suatu hari dia tidak dapat menahan kesakitan lantaran sering didera. Di melarikan diri dan ingin berjumpa dengan seorang ahli sihir terkenal. Dia ingin belajar ilmu sihir daripada ahli sihir itu supaya dia tidak lagi didera oleh suaminya. Perjalanan ke tempat ahli sihir itu sungguh jauh. Namun wanita itu nekad juga dengan keputusannya untuk berjumpa dengan ahli sihir.

MySpace

You are my one true love,
Taught me to never judge,
Now all I want Is to be with you,

Setelah berhari-hari dalam perjalanan, maka dia pun dapatlah bertemu dengan ahli sihir itu. Wanita itu menyampaikan hasratnya untuk berguru dengan ahli sihir itu. Ahli sihir itupun bersetuju dan membawanya ke satu tempat berdekatan dengan Segi Tiga Bermuda. Bermacam-macam peristiwa pelik disaksikan wanita itu. Antaranya manusia berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas.

MySpace

ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa,
'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa,
(O God! Send Your Blessings upon our leader, the chosen one (Muhammad (peace upon him)),
Upon Your Beloved, Your Prophet, the chosen one)

Dan tibalah wanita itu bersama ahli sihir di suatu tempat yang mempunyai unggun api yang besar. Ahli sihir menyuruh wanita itu membuang air kecil di unggun api itu. Wanita itu berjalan ke arah unggun api dengan ketakutan untuk membuang air kecil. Maka dia berjalan bermundir di situ sambil berfikir mahu buat atau tidak. Maka dia pulanng balik berjumpa dengan ahli sihir dan memberitahu bahawa dia sudah buang air kecil. Ahli sihir bertanya "Apa yang kamu nampak dalam unggun api." Wanita itu memberitahu yang dia tidak nampak apa-apa. Jadi ahli sihir tahu bahawa wanita itu berbohong dan menyuruhnya melakukan sekali lagi.

MySpace

Showed right from wrong,
Taught me to be strong,
Need you more than ever,
Ya Rasul ALLAH (O Messenger of God (Muhammad (peace be upon him))

Jadi wanita itu berjalan semula ke arah unggun api itu dan ingin membuang air kecil. Namun dia berasa takut dan berjalan mundar mandir di situ. Setelah dia berfikir-fikir, sudahlah jauh dia ke sini. Alang-alang dia ikut sahajalah arahan ahli sihir itu. Lalu dia pun membuang air kecil di unggun api itu dan terlihat akan seorang tentera yang lengkap berperisai sedang bersedih. Wanita itu berjalan semula ke arah ahli sihir dan memberitahu akan apa yang dilihatnya. Ahli sihir itu pun mengajarnya bermacam-macam ilmu sihir sehingga wanita itu hebat dalam ilmu sihir.

MySpace

You came to me,
In that hour of need,
Need you more than ever,
Ya Rasul ALLAH

MySpace

Setelah itu, wanita itu ingin pulang semula ke rumahnya. Namun di dalam perjalanan dia pulang ke rumahnya, dia mula memikirkan akan perbuatannya yang belajar ilmu sihir. Dia tahu yang dia salah dan dia sungguh menyesal kerana terlalu mengikut nafsunya. Dia ingin segera pulang untuk berjumpa dengan rasulullah. Namun dia sudah terlambat, sebaik sahaja dia sampai dan ingin berjumpa dengan rasulullah. Rasulullah sudah wafat ketika itu.

.::Sesungguhnya iman akan menghalang kita daripada melakukan kejahatan -Itu yang berkali-kali wanita itu bermundir-mandir dan tidak mahu membuang air kecil di unggun api
tetapi apabila kita membuat kejahatan, maka iman kita akan keluar-saat wanita itu membuang air kecil, dia ternampak seorang tentera sedang bersedih, itu menggambarkan imannya yang sudah keluar::.


RobbighfirliiYa Allah ampunilah dosa kami
Warhamnii Ya Allah sayangilah kami
WajburniiYa Allah tutuplah kelemahan kami
Warfa’nii Ya Allah angkatlah darjat kami
Warzuqnii Ya Allah berikanlah kami rizqi
Wahdinii Ya Allah tunjukilah kami
Wa’aafinii Ya Allah sihatkanlah kami
Wa’fu’annii Ya Allah maafkanlah kami

Khamis, 13 Januari 2011

Terdiam, Tak sedih, Tapi dah berkaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Minggu ini, moodku seakan sedang berlari-lari di atas satu landasan. Adakalanya ia berlari perlahan dan adakala berlari laju. Mujur moodku itu belum terkeluar daripada landasan. Aku tetap meneruskan perjalanan sambil menyusun langkah agar tidak kelihatan sumbang. Teringat pesan sahabatku, "Ekin kan kuat." "Ekin kan kata nak jadi kuat." "Ekin kena kuat." Ya, betul tuh. Aku kena kuat, sampai bila nak jadi macam ni tetapi dalam mulut sibuk mengingatkan hati supaya terus kuat, air mataku tumpas juga tatkala mengadu padaNYA. Air mataku tumpas lagi ketika dipujuk ayat-ayat cintaNYA.

Life's changing every moment...Life is now a shade...Life is now sunshine "every moment on earth...live life to fullest...Whatever time you have is yours...for tomorrow might never come

Menarik analogi kakak naqibah aku berikan, hidup ini umpama sebuah permainan. Andaikan permainan yang dimaksudkan adalah bola jaring.

Pertama sekali, apabila kita setuju untuk bermain bola jaring bererti kita telah bersetuju untuk menerima Islam sebagai cara hidup kita.

Di dalam permainan bola jaring ada undang-undangnya tersendiri seperti tak boleh pegang bola lebih dari 3 saat, tak boleh gerakkan kaki dan lain-lain. Begitu juga ceritanya dengan Islam, Islam juga telah menggariskan syariat-syariat yang kita semua perlu patuhi.

Di dalam sebuah permainan, ada menang dan ada kalahnya. Dalam kita makan, minum, belajar, ibadah, kerja dan tidur, ada juga saat duka dan tawa.

Di dalam permainan, kita berkerjasama dan berukhwah untuk menjaringkan gol. Begitulah juga kita sekarang, berukhwah dan bekerjasama tidak lain dan tidak bukan kerana ingin mencapai matlamat kita semua.

Setiap pemain memegang posisi masing-masing dan mempunyai peranan yang tersendiri. Kita juga punya tanggungjawab dan peranan kita.

Aku sibuk mengunyah fatira coklat ( roti bersalut coklat seperti roti canai) ketika mendengar tazkirah dari kakak naqibah. Hehe..

Buku menjerit namaku: Norashikin, sila study sekarang. Esok ada meeting rumah sukan Hornet sempena Family Day Tanta :)

##SESUATU TELAHPUN TERJADI##

Kenapa aku cakap aku tolak ye? Patutnya aku terima la kan.Ye, aku terima. Andai itu takdirNya. Aturan Allah itu cantik :D

Jumaat, 7 Januari 2011

Bumi Tanta hujan dan baju tak kering

بسم الله الرحمن الرحيم

"Korang hujan lagi kat luar, cepat angkat baju." Diolog yang tetiba sahaja aku terdengar dari luar bilik. Semua serentak menyerbu ke arah bilikku untuk mengangkat jemuran yang sudahpun basah kerana tidak kesedaran hujan sudah lama turun. Patutlah sejuk yang amat aku rasa. Dengan penuh kemalasan aku bangun dari meja belajar, pergi mengambil bakul pakaian di luar , " Alaa, tengok kan dah kena basuh baju lain, penat la macam ni, masuk ni dah 3 kali asyik basuh baju je sebab hujan." "Ekin, tak baik mengeluh," kata Tikah ahli baitku. Aku terdiam.

Aku tidak terus diam, (nampak tak ciri-ciri budak degil kat situ..haha)sambil memungut kain baju yang basah di ampaian " Penat la macam ni, asyik kena basuh ja,"tambahku lagi. "Ekin, sabar-sabar, " kata Amira Nabila, ahli baitku jua. Aku terdiam lagi.

Aku membuat muka masam dan duduk semula di meja belajar sambil melihat ke arah teman sebilikku sambil berkata " Meera, tengok tuh, ekin kena basuh balik baju tuh semua." "Ekin, sabar la, dugaan tuh."Kali ni aku benar-benar terdiam, terharu dengan sahabat-sahabat. (Korang diam, jangan gitaw diorang yang aku terharu sebenarnya, sahabat-sahabat yang baik adalah yang sentiasa menuturkan kata-kata yang baik untuk sahabatnya).
Itu hanyalah sedikit sedutan episod harianku. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa, yang kadangnya terlalai dan tersedar. Moga lalaiku itu bukan lalai yang jauh dari jalanNya. Jangan mengeluh kerana itu bukan tujuan hidup ini diciptakan. Yakin dan yakinlah, bahawa tiap-tiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Memang kita boleh merancang, contohnya aku menjemur pakaian dan mengharapkan pakaian itu kering dan boleh terus dilipat, tetapi ketahuilah sahabat-sahabat bahawasanya Allah itu sebaik-baik penentu, perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan untuk. Maka hujanlah bumi Tanta petang tadi.

"Sekadar menaip, sekadar berkata-kata , memanglah senang, cuba kau kat tempat aku. Kau sendiri pun kadang-kadang tak mampu bersabar walaupun sedar akan hakikat perlu bersabar dan sedar akan tiap yang berlaku ada hikmahnya." Mungkin itu kata-kata yang akan terkeluar setiap kali ada orang berbicara tentang sabar dan ada hikmah setiap yang berlaku.

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar, (yaitu) orang - orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun” (QS Al-Baqarah: 155 - 156)

STORI-MORI

Terdapat sebuah kisah, ada seorang raja di sebuah negara ingin mencemar dulinya untuk masuk ke dapur dan masak. Puas pembantu raja menghalang raja untuk masuk ke dapur kerana dikhuatiri terjadi apa-apa. Maklumlah raja tidak pernah membuat kerja-kerja itu sebelum ini. Sesungguhnya sahabat-sahabat, malang itu memang tidak berbau. ketika raja sibuk memotong bahan-bahan masakan, raja itu terpotong jarinya sendiri. Raja itu terus memarahi pembantunya kerana tidak menghalangnya untuk masuk ke dapur sedangkan sudah berbuih mulut pembantu raja itu menasihatinya. Raja itu murka lalu menyumbatkan pembantunya masuk ke penjara bawah tanah.

Suatu hari raja pergi berburu dalam hutan tanpa ditemani pembantunya kerana pembantunya sudah disumbatkan ke dalam penjara bawah tanah. Tiba-tiba raja itu terjumpa sekumpulan manusia yang makan manusia. Raja itu ditawan dan dikat untuk dipanggang. Sebelum itu, kumpulan manusia itu hanya makan manusia yang tidak cacat sahaja. Setelah dibelek-belek raja itu, terlihat akan jarinya yang telah terputus akibat terpotong dahulu di dapur. Jadi raja itu dilepaskan. Kumpulan manusia itu tidak jadi makan raja. Jikalau pembantu raja bersama raja, sudah tentu dia akan menjadi makanan untuk sekumpulan manusia itu. Jadi tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, nampak tak akan hikmahnya, jari raja terputus ketika masak dan pembantu raja disumbat masuk ke dalam penjara.

nota-nota yang masih belum selesai: mataku mula berat tetapi buku-buku sedang menjerit-jerit namaku. laskar pelangi,tak kan terikat waktu

Rabu, 5 Januari 2011

Jangan curi dia... celikkan hatimu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedang aku sibuk menghafal Anatomy dan bersoal jawab dengan teman sebilikku kerana sebentar lagi akan diadakan kuiz Anatomy, tiba-tiba bilikku diserbu oleh ahli bait (rumah) yang lain bagaikan nak pecah bilik. Aku kebluran tahap 5, tak sempat bertanya apa yang terjadi, semua berlari sambil menjerit. "Kat luar hujan, hujan dah lama turun..." Aku kebluran lagi, baiklah hujan kat luar, jadi apa nak buat . Hui lambat betul aku mentafsir peristiwa itu, dan seketika aku tersedar bahawasanya bilikku berdekatan dengan beranda dan terdapat ampaian di beranda makanya "Ohh tidaakkk, bajuku basah." Kelam kabut aku mencapai kain tuala yang berdekatan untuk menutup kepala dan segera berlari untuk mengambil kain baju di ampaian. ketika menyuakan tangan untuk mengambil baju, terasa sejuk air hujan seperti batu ais. Penat aku basuh, kan dah kena basuh lain. Padahal mesin basuh yang tolong basuhkan. (^_^)

2006
Ketika itu cuti pertengahan semester selama seminggu pada bulan Mac dan aku berkesempatan untuk pulang ke rumah dari asrama. Ketika sahaja aku tiba di rumah, perkara pertama yang emak tanyakan kepadaku, "Kakak, nak adik tak?" Aku hanya tergelak dan ketika itu usiaku ialah 14 tahun. "Kenapa mak tanya?" "Mak mengandung," jawab emakku tenang. Aku terkejut tetapi masih tidak mempercayainya dan menyangkakan emakku sekadar bergurau. Sehinggalah esok paginya, aku melihat sendiri, emak muntah-muntah dan ayah menolong emak dengan menepuk belakang emak, barulah aku percaya yang emak betul-betul mengandung dikuatkan lagi dengan bukti emak menunjukkan kepada aku kad-kad pemeriksaan bulanan ibu-ibu mengandung kepadaku.

Fuh, macam tak percaya yang aku nak dapat adik. Memanglah aku suka bermain dengan budak kecik ketika berkunjung ke rumah jiran atau saudara mara tetapi aku tak terfikir yang mak akan melahirkan seorang adik untukku ketika aku sudah di Tingkatan 2. Apa ya perasaan yang ada ketika itu, cemburu sambil memikirkan yang adik aku bakal menjadi anak emas kepada emak dan ayah. Haish sangat tak matang.

Pada cuti pertengahan tahun, aku pulang lagi ke rumah dan ketika ini, aku sudah betul-betul menerima hakikat yang aku bakal mendapat seorang adik kerana melihat perut emak yang semakin membesar. Kesian mak, ke sana dan ke sini dengan pergerakan yang terbatas dan aktiviti yang juga terbatas. Terdetik di hati, beginilah keadaan emak agaknya ketika mengandungkan aku.
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapan di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku

4 Januari 2011 ( ahaa korang sedar tak ni dah masuk tahun baru, kalau dah sedar baguslah, kalau belum sedar, silalah sedarkan diri anda sendiri, mungkin dengan cara menampar pipi dengan menggunakan selipar atau menghantukkan kepala ke dinding sehinga berdarah. Ya baik-baik, minta maaf mengarut sekejap. Usia semakin bertambah, semoga diri ini dan diri korang juga sentiasa dipelihara oleh Allah. Ameen ya Rabb.. dan imtihan (peperiksaan) semakin hampir...aaaaa... aaaaa)

Di keheningan, kesunyian, kesepian, kedinginan serta kebekuan, jam Mesir menunjukkan pukul 3.45 pagi dan aku sedang mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi...
Aku: Assalamualaikum mak
Emak: Waalaikumsalam, anak mak tengah buat apa?
Aku: Kakak tengah study.
Emak: Kakak, hari ni bufdei Haikal.
Aku: (Menggaru-garu kepala yang tak gatal) Eh yeke? Ya Allah, kakak terlupa hari ni 4 haribulan. Mana Haikal mak? kak nak cakap dengan dia.
Emak: Dia dah pi sekolah, masuk ni dah dua hari dia sekolah, semalam mula. Tadika Al Azhar. Comel sangat pakai baju sekolah warna merah jambu denga kopiah merah hati.
Aku: (Sibuk membayangkan kecomelan adikku yang sorang tuh) Haha, mesti comelkan.
Emak: Tadi sebelum dia ke sekolah, mak dah packkan gula-gula dalam plastik. Mak suro dia bagi kat kawan-kawan dia.
Aku: Haha seronoknya dia, nanti mak tolong cakapkan kat dia, selamat hari lahir ...
Semoga Muhammad Haikal Hakimi menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat serta menjadi apa yang ayah impikan selama ini (RAHSIA). Rindunya dekat dia,rindu nak peluk cium dia, rindu nak main bola sama-sama, menyanyi sama-sama, menari sama-sama, ajar dia mengaji, menulis dan membaca. Walaupun Muhammad Haikal Hakimi tak dapat membaca blogku sekarang, aku tahu suatu hari dia akan membesar dan ketika itu akan ku tunjukkan entry ini kepadanya.

Beberapa minit yang lalu, seorang ahli baitku masuk ke dalam bilik. "Ekin, esok ade kuiz muscle and nerve kan?" "Haa, yeke, doktor ade cakap ek?"tanyaku. "Ada-ada, doktor nak ambil markah,"balas sahabatku. Haha, ok korang semua, selamat menjaga diri sendiri, minta diri dulu. Perut dah bergendang gendut dah ni, ahli bait masak apa la ni, lama betul.











































Haikal comel seperti kakaknya kan..Hehe ye ye faham-faham. Semua orang diam tanda setuju dengan pernyataan tuh. Perghh arab bising gila kat luar, berpesta apa entah, mesti ada orang kahwin ni. Oho lupa pulak, esok orang-orang mesir beragama kristian koptik cuti. Raya diorang kot.