"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 27 Februari 2011

Kek Coklat :'(

Pengakuan ikhlas. Aku tak suka dengar muzik kat blog aku sekarang. Lagu winter sonata yang menggambarkan kesedihan yang melampau. Daun-daun oren jatuh gugur, wajah-wajah yang diam seribu bahasa, lorong- itu dan lorong ini sepi, semuanya sepi-sepi belaka dan yang hanya kedengaran alunan muzik violin dan piano yang mengalunkan muzik winter sonata. Imaginasi melampau dariku tetapi aku malas untuk menukar lagu blog ini buat sementara waktu. Maka silalah mutekan speaker anda jikalau anda tidak suka mendengar lagu ini. "Di manakan ku cari ganti.... T____T ishaaaa waaaaaaaa"

Dulu-dulu, aku selalu beritahu pada sahabat-sahabat baikku. Aku tidak akan berbuat begitu. Kalaulah perkara itu terjadi, bukannya dariku tapi itu dulu. Dulu dan sekarang itu berbezakan. Budak tadika pun akan cakap iye. Lain dari segi ejaan, keadaan, masa dan tempat. Baiklah aku sedang mengarut. Jadi abaikan. Baik aku duduk diam-diam.

Aku nak bagitahu. Tengoklah video kek coklat di bawah kerana ia bukanlah sekadar kek coklat yang sedap dan lazat penuh berkrim serta diminati ramai itu. Di situ ada tarbiyah (pendidikan). Ya!! TARBIYAH... Sila menonton dengan mata hati. Moga-moga sampai mesejnya kepada semua.



Sebelum itu pergi bawah sekali dan pause la muzik yang tak sedap ni.
"We can't have a rainbow without the RAIN"
Jangan berduka duhai sayang. Lihat ke awan bulan tersenyum girang. Pandang ke lautan ikan-ikan galak berenang. Selak tabir malam kelip-kelip bercahaya riang. Nantikan hadir siang dengan jiwa penuh harapan. Jangan ditangisi luka semalam. Biarkan ia terhapus bak debu berterbangan. Nun disana sinar terang menantimu di hadapan. Ayuh tinggalkan kegundahan lalu rapati ketenangan. Sungguh dikau layak mendakap kebahagiaan. ^_^ (itu kenangan)

Isha cakap. Cuma nak tau dia masih wujud dan sihat. Semoga sihat-sihat sentiasa. T____T Perit kerana hanya mampu memandang dari jauh. Norashikin, kuatlah anda. Hiduplah. Walaupun susah.

5 comments:

HH berkata...

kuat ye? :')

Norashikin Abdullah berkata...

ok my dear :')

:) berkata...

sedap lagu.=)

Muhammad Syamin berkata...

aku suka entry yang sebelum ni....pasal muslim 15 rules for life...senyuman memeng memberi 1 erti buat kita tapi 1000 erti buat orang lain..oleh itu senyum la banyak2...tp terlebih byk org ingat org gila la hahaha.... forgive,forget,smile...nice word eh...that the true best people...kita bley lupakan tapi kita tak boleh memaafkan kerana itu yang paling berat...pape pun your smile is the best :)
so smile always....

Norashikin Abdullah berkata...

nazihah: a,aa sedap..ekin pun suke.

syamin: 15rules 4 life
a,aa snyum tq syamin
syamin..x de sape wat salah kat aku la..kalo ade pun..sy budak baik yg after 10 minit..pasti dh maafkan..hehe :)