"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 24 Mac 2011

Awatlah hang dok pelik bila orang buat baik? Aku musykil...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alkisah maka tersebutlah kisah. Tayyib. Sang kancil datang beramai-ramai mengadap duli yang maha mulia sultan firaun. Norashikin teramatlah geram kepada internetnya yang bernama Waleednet. Memang ammu (pak cik) Waleednet sengaja mencari pasal, itu sebablah ramai sahabat-sahabatku yang sudah ramai melarikan diri dengan membeli broadband Etisalat setelah TP-LINK yang dahulu percuma kini menghilangkan diri. Walaupun begitu, sedikit perubahan postif telah dilakukan oleh Waleednet iaitu daripada dahulu sejak aku sampai Mesir hinggalah sekarang hanyalah satu bar dan kini telah menjadi dua bar (padahal macam kura-kura juga). Namun syukurlah jua kerana masih dapat mengonlinekan diri dan menghupdate blog sekali sekala, walaupun tiada siapa yang ingin membaca.

Kuliah telah lama bermula dan pada hari pertama kuliah, aku tersangatlah teruja. Seolah-olah seperti budak-budak kecil yang berusia 7 tahun ingin mendaftar Darjah 1. Barangkali mungkin kerana terlalu lama bercuti. Sebaik sahaja tiba di pintu masuk gamaah (universiti), aku melihat dari jauh, segala pokok besar dan kecil dan segala jenis tiang yang ada juga semuanya sudah dicat dengan warna bendera Mesir. Doktor-doktor yang mengajar kelasku semuanya gembira kami semua sudah selamat kembali dari Malaysia dan mereka tersangatlah gembira dengan segala apa yang berlaku di Mesir. Jelas dari raut wajah mereka dan betapa semangatnya mereka bercerita tentang apa yang berlaku di Dataran Tahrir. Mereka gembira dengan kejatuhan pimpinan kerajaan yang lepas. Alhamdulillah.

Seterusnya Norashikin malas hendak bercerita lagi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Huih penat aku dok cakap bahasa baku kat atas. Dahla lama tinggal sekolah, jadinya karangan pun mestilah dah fail kalau cikgu suruh buat ni. Disebabkan aku telah memengsankan sebentar facebookku, tidak dapatlah aku berkonsi gambar-gambarku di Mesir bersama keluarga tercinta. Walaupun Tanta ni, tak da lah ada apa-apa sangat. Sapa cakap tak dak apa-apa. Hang taw dak Tanta ada pizza besar. Puas dah aku makan semalam.

Aku dan pokok yang berbajukan bendera Mesir. Agak-agaknya lah kan kedai cat semua habis laku. Dapat keuntungan berganda-ganda. Semua rakyat Mesir pakat nak beli cat kat dia. Lepas nih dia kata, kena order tiga warna je la, merah, putih dan hitam. Warna lain tak laku.
Tuh dia Kuliah Perubatan. Terbentang kain rentang bendera Mesir di hadapan bangunan. Tapi awatlah yang belah kanan tuh lagu tuh. Angin tiup naik ke atas.
Haa nampak dak. Sebelum-sebelum ni, tong sampah tuh tak dak warna pun. Tiba-tiba ja dah jadi warna merah jambu.
Inilah hosmet-hosmet kesayanganku. :P Ada cerita di sebalik kasut pink aku tuh. Begini kisahnya. Sedang aku menunggu dua orang sahabatku yang masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba seorang makcik arab dari jauh senyum ke arahku dan memanggilku. Di dalam hatiku, mesti mak cik ni nak ajak bersembang. Layan je la. Diolog berlangsung dalam arab ammiyah. Ini terjemahannya.

Mak cik: Cantik kasut. Beli mana? Sini atau negara kamu? Nak tengok boleh?
Aku: (Menanggalkan kasutku sambil tersenyum dan menghulurkan kepada mak cik itu) Beli kat Malaysia.
Mak cik: (sedang membelek-belek dan memicit-micit kasutku) Makcik berkenan dengan kasut kamu, kasut kamu ni kalau pakai tak sakit kaki. Kaki mak cik ni sakit. Mahal tak kasut kamu ni? Berapa? Malaysia pakai duit apa? Genih juga ka?
Aku: Alamak, saya lupa harganya. Malaysia pakai Ringgit Malaysia. Lagi besar dari genih.

Mak cik itu pun memulangkan semula kasutku. Kami berbalas senyuman. Aku memanggil sahabatku agara segera keluar dari toilet lalu kami pergi ke surau sambil senyum kepada Mak cik tadi dan mengucapkan "Salam alaik. Maas salamah."

Begitulah cerita kasut pink di atas. Manalah aku nak tahu harga. Ayah pos dari Malaysia. Terima kasih Mak sebab belikan kakak kasut yang cantik. Tengok, makcik arab pun dah berkenan. Nasib baik tak sama saiz kaki. Hehe.
Kami semua pergi menyambut hari lahir seorang sahabat dengan membaham sebiji pizza yang amatlah besaq. Kurang dari 1 meter. Mat9am ini bernama Dahab. Punyalah kalut dok tanya arab, "Salam alaik, Law samath, Mat9am Dahab fayn?". ("Salam ke atasmu, exuse me, kat mana tempat makan nama Dahab?")Seorang pakcik ni menunjuk jalan ke arah utara. Seorang makcik menunjukkan kami jalan ke arah timur. Memang depa punya pi makan mat9am Dahab kat tempat lain-lain kot? Last-last tanya kakak arab, baru dapat jalan yang betul. Tengok tuh muka aku jakun tak jadi sangat. Keh3.
Jangan terkejut hosmet aku semuanya kuat makan termasuklah aku. Keh3, Ya Allah, ok padam-padam, semuanya sopan-sopan. Makan pizza sikit je. :P Cepp tipu, semua makan banyak dan habis. Bila letak atas pinggan, pizza siap terkeluar dari pinggan. Besaq sangat. Aku pun macam tak percaya sampai sekarang. Aku mampu habiskan pizza yang besar tuh. Tahniah Norashikin.
Tuh dia, mak tengok ni, anak mak siap bawa nota, sambil duduk-duduk kat taman, tunggu kuliah. Ni hangpa bukak ja buku tuh kan, bukan dok baca. Toksah dok pura-pura buat muka suci. Hehe tapi Norashikin sungguh dia membaca notanya.
Pokok tuh tak dak daun. Angin pakat tiup habis semua kot. Mak, jangan risau. Walaupun anak mak makan banyak. Dia masih maintain. Dia tidak akan mengembang juga mengempis kerana dia bukanlah belon. Eh tak, sori mak, maksud kakak. Kakak tak gemuk lagi. Anak mak sihat kat sini. Kak rindu nak peluk mak ayah, adik-adik. Waaaaaa
Mak, sinikan dah tumbuh banyak pokok bunga cantik-cantik. Bunga-bunga di atas tidak cukup cantik. Ada lagi cantik daripada ni tapi pak guard arab tuh banyak songeh. Depa tak bagi kak amik gambaq. Nanti nak panggil ayah la tolong siku kepala depa semua. Berani depa mengahalang kakak untuk ambil gambar tunjuk kat mak ayah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Joyah: Tipah, Aku risau tengok anak Kak Piah tuh. Sejak-sejak masuk sekolah agama tuh bukan main dia bertudung labuh kalahkan ustazah.
Tipah: Hang dok pelik apanya. Dia buat benda baik apa. Bukan benda jahat pun.
Joyah: Dok aih, aku yang tengok ni rimas mata memandang. Orangnya kecik je, sibuk nak pakai tudung labuh.
Tipah: Ni aku lagi pelik tengok hang, hang dok rimas. Padahal bukan hang yang pakai tudung labuh tuh pun.
Joyah: Yelah tudung dia dah macam tudung saji aku tengok. Silap-silap ni, kalau nak terjun bangunan, anak kak Piah tuh senanglah tak yah pakai payung terjun. Tudung dia ja dah macam payung terjun.Tak bergaya langsung.
Tipah: Amboih mulut hang macam nak kena cilikan. Patutnya kan hang kene pelik kenapa anak-anak muda hari ni depa pakai baju lagu tak cukup kain. Padahal depa ni mampu nak beli kain lebih. Pasai pa anak-anak muda la ni suka sangat dok pi berhibur benda-benda tak elok bukannya depa nak pi join majlis-majlis yang bermanfaat. Cuba hang kaji sat pasai pa depa suka sangat berzina, bukannya nak nikah. Lepas tuh, depa main campak baby-baby comel lote tuh macam campak anak patung.

###dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kene mengena dengan mereka yang tinggal di Bumi, Marikh juga Uranus. Moga-moga kita semua sentiasa berada di jalanNya. Saya rindu mak ayah dan adik-adik. T_T Selamat berpindah rumah untuk yang di sana. :D

Surah at-Tahrim 66:6

Wahai orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, atasnya (penjaganya) para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan.

14 comments:

fikrahuddin berkata...

=D

ok ini sgt tak aci. asal tanta lawa??

u zagazig macam harammmmm.....

kena gi sekali nih tanta, bantai piza besar!!!

Norashikin Abdullah berkata...

tanta mmg lawa, jgn jeles..

haha..yeah tanta ade pizza besar..zgzig x de

bibik mas berkata...

nak kasut ekinnnn.....hehheh...bgla gmbaran besar kasut tu...nk tgk cntek x...hehheheh

SHM berkata...

1st : blikn la mkck 2 spasang kasut pink..tkut ngidam plak :D
2nd : mmg cukup bsr pizza tuh..brpa org mkn?
3rd : lumrah manusia..pki mcm ni slh, pki cm2 pon slh gak..

Norashikin Abdullah berkata...

to naurah: hehe ala malu la mas..kasut murah je pun...hehe

JK Promosi berkata...

haHA,ekin2..

Norashikin Abdullah berkata...

to SHM:waa mne nk cari ksut mcm ni kt mesir..tp ksut mesir pun cntik2..wrna wrni..mkcik tuh je yg x nk beli

besar2, satu potong dalam saiz 5-6 kping piza large biasa
tp kmi mkn 6 org ja..licin smer mkn bnyk..haha

erm btul2,tuh la, mnusia mmg mcm tuh

Norashikin Abdullah berkata...

murt: awat yang hang..haha..ekin2..
apa salah ekin...? haha

HH berkata...

manusia.. mmg begitu.. takpe, teruskan yg baik2. haaa terliur tgk piza bsr tu. isha dtg mesir ekin kena belanja tau! :p

Norashikin Abdullah berkata...

insyaAllah..nk buat bnde baik mmg kene tutup tlinga dr mulut org2 yg dengki...hehe sedap giler isha...
ok pasti..ekin pasti bawa isha jln2..blnja mkn

Akmal berkata...

Pergh.....Norashikin, sy baru tgk jer pizza tu dah terasa kenyang kaw kaw nih...xdpt bayangkan nak xsumbat mana dah....haha....
nway selamat hari lahir utk kawan ekin tu. =)

Norashikin Abdullah berkata...

haha..a,aa mmg besar..kenyang perut suke hati..alhmdulillah :)

Tanpa Nama berkata...

seriusly, saya suka tengk awak pakai tudung labuh.. cute n comel sgt :) ciri muslimah sejati sebaik perhiasan duniawi

Satu hari tu kan, ada pertandingan panjat pokok di antara binatang2 utk mendapatkan sebiji batu di hutan rimba.. yg masuk bertanding adalah cicak, harimau dan kumbang.. maka dipendekkan cerita tibalah hari pertandingn, tembakan pistol dilepaskan.. mereka berlumpa lah utk sampi ke atas puncak pokok.. tiba2 dalam bertanding, ada seekor tupai yg sgt kaya dtg, dia kata pada yg bertanding td, buat apa kamu penat2 berlumba, nah saya bg hadiah pada kamu tanpa penat lelah.. maka kumbang dan harimau td berhenti dan turun dari pokok tersbut, tingallah cicak seekor yg meneruskan perlumbaan.. binatang2 yg melihat sebgai penonton, mereka mngutuk cicak dan memakinya, dah ada org nak bg hadiah free, berhenti jela, tengking mereka.. maka cicak pn meneruskan pertandingn tanpa hiraukan mereka.. akhirnya, cicak dapat mencapai ke puncak utk mendapatkan sebiji batu, bintang2 yg menenking td terus memuji dia di ats usahanya yg kuat dan tabah utk menghabiskan pertandingn.. lepas mngambil hadiah, dia ditemu bual oleh wartawan.. mereka tanya, apakah rahsia anda menang ni? sedangkan penonton2 semua mngutuk kamu td.. maka jawapan cicak td dngn ringkas, dia kata "saya pekak, tak dengr pn apa yg mereka kata pada saya td" mcm tak msuk akal je ye cerita ni, hehe

So. ibrahnya.. ada setengh perkara yg kita perlu pekakkan telinga tanpa menghiraukan mereka yg jahil dan tidak memahami :)

Norashikin Abdullah berkata...

terima kasih bg cerita comel kat ats..sy suke cter tuh :)
insyaAllah moga istiqomah segalanya..ameen :)