"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 31 Mei 2009

6 perkara Allah SWT sembunyikan


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalamsolat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Sabtu, 30 Mei 2009

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku......mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku......mak
Yang selalu nasihat aku....mak
SAYANG EMAK..TERIMA KASIH LAHIRKAN KAKAK

Pengutus rinduku buatmu

percayakah engkau sahabatku
kehadiran warkah-warkahmu
menceriakan hatiku
percayakah engkau sahabatku
aku boleh menjerit, ketawa dan menangis
tatkala membaca warkahmu
gelang biru itu
masih lagi dalam simpananku
buku nota kecil itu masih belum digunakan
sayang kataku
kehadiran warkahmu
sering ku nantikan
itu sahaja
pengutus rinduku buatmu

isha ekin x taw nape
ekin ske kalo kol isha
sbb dgr suare isha
hehe
ekin ske dgr

Hanya kau dan aku..aku rindu saat itu


Ika....aku sayangkan kau. Terima kasih kerana sudi menjadi teman yang sanggup berkongsi suka dan duka dengan aku. After all, you are the only person who know every single thing about me. I really appreciate that.


Pejam celik, pejam celik..dah lima tahun kita kawan kan ika. Rase macam x percaya pulak, yelah mungkin sebab aku nampak kau membesar depan mata aku..hehe, dari same tinggi ngan aku, dah pun tinggi lagi dari aku. Kan dah sweet 17. Umphh ingat lagi zaman kanak-kanak hingusan, pakai tudung pun x btul lagi ( itu yang aku ingat)..


Mase baik ngan Tzen and Sharil dulu, mane2 kite pergi mesti berempat. Sorang nak pi bilik guru, 3 org lagi pun nk ikut jgak..eishh x paham btul hehedah mcm rombongan che kiah ( sharil la che kiah 2..hehe gurau je)


Ni belum cter + + pasal abang angkat ksyangan diorang..abg kery..huhuh kalo bergabung diorang tue, boleh bukak konti hot fm block A.( ini bukan ngumpat taw, cume terkenang kisah lame yang msih terlekat di kotak memori)


Kau ingat lagi x ika, smer2 tue?? Bezkan mase tue.Andai dapat kuundurkan putaran dunia..Ape2 pun..abg kery pun dah lme abez f0rm 5, Sharil pun dah pi MRSM taiping, cuma Tzen n kita jelah yang tinggal di Terendak..x pe lah ade hikmah yang tersembunyi.

Haaa..baru aku teringat, kita ber4 ade tanda persahabatan.Kita semuakan ade sapu tangan tue..

sapu tangan aku warna biru muda..kau pink, Tzen biru tua n sharil warna hitam. Aku masih simpan lagi. aku taw kau pun same, tapi badak 2 orang tue mcm kena tnye blik sbb bdak2 lelaki 2 orang tue bukan boleh harap sgt, entah mane2 diorang letak barang2 kita bagi


Ika, aku mohon maaf jika aku ade kesilapan yang pernah aku lakukan selama ini menyakitkan hati kau. Aku harap persahabatan kita akan kekal smpai bila2.Ukhwah fillah.Thanks for being my best friend.Luv u


Sharil, ingat lagi x mase kite kat knvensyen pum ari tue.Ergh, taw x penat aku ikut ko msuk setiap gerai, sumer org ko kenal..tp x pe bez..


Zenn, biskut ekin bg ari tue dah abez mkn ke?? bnyak tue..

Jumaat, 29 Mei 2009

Kata-kata terakhir orang Mesir itu

27 Mei 2009

masih aku ingat apa yang diungkapkan itu
sebentar tadi
ustaz mengingatkanku kembali tentang dirinya
terlayar kembali di mata
kata-kata yang pernah diungkapkan itu
setelah sekian lama
baru hari ini aku temui jawapan
setelah mendengar pendapat sahabatku
setiap yang berlaku
pasti ada sebabnya
kudoakan dirimu bahagia dunia akhirat
semoga beroleh kejayaan
bi taufik wa najah


p/s: Ustaz Shahril jangan salah faham..semuanya ok je di sini

Saat buzy itu ( last project b4 pencen)


Oh tuhan je yang taw
rasa buzyku saat itu
mengalahkan wakil rakyat
tugas dipikul
sebagai pengurus projek sambutan Hari Guru
ingatkan senang
rupenya..
huii sangat banyak kejenya
pening bagai nak pitam
habis je kelas
aku berlari jumpa cikgu penasihat
habis je kelas lagi satu
jumpa cikgu ni pulak
waktu rehat aku korbankan
pergi ngadap PC siapkan kerja
sebelum balik sekolah
jumpa cikgu lagi
berlari-lari, terkejar-kejar
rasenye boleh jadi johan
kalau masuk acara marathon
sampai cikgu-cikgu pun perasan
aku buzy sangat
yelah jumpa anak-anak buah lagi
tanya dah settle keje belum
termasuk kelas lambat pun ada
nasib cikgu tue memahami
BWP buzy la kan
tapi x pe lah
smer buzy tue nanti yang aku akan ingat
lepas abes sekolah
walau apapun yang terjadi
TQ korang smer
cuz berjaya jugak menjayakan ari guru tue
simple but grand (itu Madam Wan yang cakap..haha)


p/s: sorry to smer BWP 08/09..sebab x sempat nak wish TQ kat korang..Shamy, aku akan ingat saat gimik majlis tue terjatuh..haha..gempak what..boleh yengok gimik awal2, x yah kelam kabut esok pagi.. slise shows yang fidot wat pun aku ske, ayat dia menyentuh kalbu =P


101A menanti kita di penghujung jalan..

when you came to my life,
the sky suddenlly seemed bluer,
the sun seemed brighter
and it felt like spring all the time
"KADANGKALA ALLAH SWT HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI.
KEMUDIAN DIA DATANGKAN PULA GURUH DAN KILAT.
PUAS KITA MENANGIS MENCARI DIMANA MATAHARI.
RUPA-RUPANYA ALLAH INGIN MENGHADIAKAN PELANGI."
Aku tahu betapa perit hatimu
saat kau ceritakannya
mutiara jernih jatuh dipipiku
tapi kau harus tabah
dan bangkit dari semua itu
perjuangan kita msih belum tamat
101A MENANTI KITA DI PENGHUJUNG JALAN
hatiku ini juga pernah terluka sepertimu
perit untuk aku cerita
cuma kau sahaja yang tahu
segala isi hatiku empat tahun lalu
tiada yang mengetahui
selain penciptaKu
telah kututup cerita hatiku itu rapat-rapat
tak ingain aku buka lagi buku itu
yang pernah membuat aku rasa
apa yang x pernah aku rasa
walaupun benda tu mungkin remeh temeh bagi orang lain
tapi telah menjadi sebahagian sejarahku
sejarah yang aku jadikan pengajaran & pengalaman
benarlah kata orang
semua insan pasti melaluinya
Bila kukenang kembali
tersa bgitu jahilnya diri ini
pengalaman hidup banyak mengajar ku erti dewasa
hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji naluri
moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan bahagia

Kata-katamu itu


3 April 2009


pada mlm bicara motivasi di surau al-isyraq, MRSM terendak


ekin jadi pengerusi pada malam itu




Malam itu terasa seperti ingin menangis, aku tidak dapat menahan sedih ini, aku terasa diriku begitu banyak sekali dosa, terasa diriku begitu kerdil sekali di hadapan-Nya, air mata keinsafanku menitis, aku takut, dimanakah nanti aku ditempatkan di akhirat kelak??




Aku begitu kagum sekali dengan Cikgu Syarifah, kata-katamu itu x ubah persis seorang mujahidah yang berjihad di atas muka bumi Allah. Segala petikan al-Quran dan hadis yang kau lontarkan pada bicara malam itu, mengkagumkan diriku. Terfikir aku, mampukah aku menjadi sepertimu. Aku teringin sekali sekali untuk mencontohi akhlak mulia dirimu itu.




"Oh tuhan, apa yang hamba dapat lakukan? Hamba berdosa, Tuhanku, hamba terlalu ingin menyucikan diri hamba. Hamba mengalirkan air mata keinsafan. Tuhan, hamba merenung noda-noda semalam yang ditinggalkan, yang melakar dosa-dosa yang hamba lakukan. Ya tuhan, adakah hanya saat ini? Saat hamba tekun di sejadah, hamba terasa akan hadir-Mu. Bantulah hamba, wahai Tuhan yang Maha Pengampun."




9.15 malam