Kelmarin aku jalan jalan di blog Kak Aien.Aku lihat kuiz ini macam mnenarik. Jadi teringin pula aku nak cuba..
1. adakah anda rasa anda HOT?

Kepada sesiapa pengunjung blogku ini, jikalau mahu mengambil tag ini. Silalah ambil ..
PELANGI-Hidup harus dijalani dgn Ikhlas. Kaya, kujalani. Miskin, juga kujalani. Senang, kujalani. Susah, juga kujalani. Jd, knp tidak menjalaninya dgn senyuman?

Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada kegelisahan dan dukacita. Aku juga berlindung dengan Engkau daripada sifat lemah dan malas. Aku juga berlindung degan Engkau daripada takut juga kedekut. Seterusnya aku berlindung dengan Engkau daripada belenggu hutang dan kekerasan manusia..Salam alaik...
Jikalau korang terfikir ada atau tidak manusia di dalam dunia ini yang dengan hanya satu perkataan yang kau lontarkan membuatkan seseorang itu terfikir sejenak. Fahamkah maksudku itu? Sudah tentu ada, akulah orangnya. Aku suka berfikir tentang apa yang jua, walaupun kadang-kadang benda itu hanyalah remeh temeh sahaja.Tetapi aku tidak pernah memandang bahawa semut itu kecil dan gajah itu besar kerana masing-masing ada kelebihan bukan.
Teringat aku cerita tentang seorang sahabat yang cuba merendah diri kerana merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi seorang BADAR (Badan dakwah dan Rohani). Aku kata kepadanya, tahukah siapa yang layak atau tidak. Bagaimana mahu menguji ketinggian iman seseorang itu baru boleh dilantik menjadi BADAR? Iman kita ini tidak tetap dan berbolak-balik. Berubah-rubah senantiasa kerana kita manusia biasa, bukan para rasul dan nabi juga para malaikat. Mereka sentisa taat padaNYA.
Semalam rasa macam terkena penampar. Walaupun tidak mengebaskan pipiku tetapi berjaya mengilukan pipiku. Tamparan ayat dan kata-kata dari seseorang. Syukran menyedarkanku. Aku terlupa pula hadis yang pernah kupegang. Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Jadi dalam hidup ini, buatlah apa korang nak buat, yang penting memberi manfaat dan mengikut syariaat. Haa, mudah bukan.
" Biar waktu yang akan membuktikan …….
Salam alaik
Assalamualaikum...Sungguh masih kuingat lagi kenangan aku bersama badan kepimpinan BWP 08/09. Kenangan yang paling kuingati ialah saat kita bersama-sama membersihkan court futsal.Ya Allah, habis basah semua orang tak pasal-pasal sebab semua main air sabun.Encik Che Saiful hafiz pun sekali, tak percaya aku, yelah kan selama ni macam control machokan?hehe look like matured. Actually tak pun..hehe..Aku akan selalu ingat sebab dalam meeting BWP, aku selalu kena marah dengan dia sebabnya aku selalu bercakap dengan setiausaha kami, Cik Mira Afiqah dan bendahari kami, Cik Nik Shahira serta aku juga suka menyampuk. Itu kata Sepop. Kadang-kadang aku bukan nak menyampuk pun, tapi aku nak buat pertanyaan ataupun cadangan.Aku tahu Sepop sengajakan nak sakitkan hatiku.Panas sahaja. Sebaik sahaja balik bilik, akan kujerit puas-puas sebab ketidakpuasan hatiku pada Sepop.Kesian roomate-roomateku.Jadi mangsa.Sememangnya dulu aku menganggap dia musuhku tanpa pengetahuan dia..hehe yelah mana tidaknya asyik bergaduh dari Tingkatan 3 lagi memandangkan kami sekelas.Tak mengapalah dah tinggal kenangan dah..dalam lipatan sejarah dah kan Sepop.Itu dulu, sekarang dah kawan baik dah dengan dia..hehe Sepop Sepop..jangan marah, bukan mengumpat ni, bercerita..hehe
Assalamualaikum..
