Salam buat sahabat-sahabat sekalian..
(kalau rasa malas nak baca, tekan je lah pangkah, aku izinkan)Bulan Jun yang lalu,
(tarikh yang tak mampu aku ingati, percayalah bahawa aku sukar untuk mengingat sesuatu angka, jadi jikalau ada diantara kamu yang aku mampu mengingati tarikh lahir atau nombor telefonnya, bersyukurlah..hehe) ketika itu aku masih mengikuti pre Medic di UPM dan sedang khusyuk sekali mendengar tazkirah yang disampaikan oleh sahabat-sahabatku. Sekali-sekala aku menyampuk untuk berkongsi ilmu. Di penghujung tazkirah, aku mula berangan.
(haish, macam la kamu semua tak pernah buat, tidak kuduga fikiran kulari entah ke mana) Tiba-tiba, sahabatku Adibah
(dia pernah satu kelas denganku dahulu di SMKA (P) Al Mashoor) tampil ke tengah untuk memaklumkan akan diadakan satu forum bertajuk "Aduhai Cinta, Milik Siapakah Ia?" dan ketika itu aku masih lagi berangan tanpa mempedulikan apa yang dikatakan. Aku hanya tersedar selepas terdengar sebaris nama Fatimah Syarha kerana menrupakan salah seorang dari ahli panel untuk forum itu. Masakan aku tidak tersedar, beliau penulis novel islami yang kukagumi.

Inilah forum yang kumaksudkan dan pada hari inilah aku baru tahu yang rupa-rupanya
Ustaz Hasrizal (Saiful Islam) juga merupakan salah seorang ahli panel forum. Gembiraku tak terkata, akhirnya doaku dimakbulkan. Dapat juga aku berjumpa dan mendengar ceramahnya.

Di sinilah lokasi di mana forum itu berlangsung. Kami orang pertama sampai di masjid itu untuk mendengar forum rasanya. Padahal forum akan bermula selepas Isyak. Tak nak semangat lagi, padahal perut aku dah bermain lagu keroncong, ghazal meminta makanan.

Cantikkan gambar Masjid Al-Azim. Pandaikan aku tangkap gambar. Aku memang berminat dalam bab-bab fotografi ni. Tak payah pergi belajar. Pandai-pandai la kamu nak amik gambar macam mana.

Cuba teka yang mana satu aku. Soalan ini khas untuk mereka yang tidak pernah mengenali aku. Kami semua dalam perjalanan untuk mencari makanan. Perut kami semua dah mula menari-nari lagu Hinndustan. Tak nak jauh lagi kami pergi beli makanan. Tercabut skru kaki aku.

Baiklah forum sudah bermula. Aku duduk paling hadapan. Sangat semangat nak mendengar. Nampak tak yang Fatimah Syarha tak dapat datang dan diganti oleh ustazah lain. Betapa kecewanya kami. Ramai kawanku dah siap-siap bawa novel nak minta autograf.
_________________________________________________
Ustaz Hasrizal kata cinta itu satu tenaga. Mengikut ilmu sains, tenaga itu tidak dapat dimusnahkan. Jadi jangan sesekali cuba untuk memusnahkan cinta kerana itu kerja yang sia-sia. Mungkin sebab itu juga aku merasakan ada anak yang sanggup meletakkan racun tikus di dalam makanan ayahnya kerana telah memutuskan percintaan dia dan kekasihnya. Sama juga situasinya kalau kita marah. Namun Islam menganjurkan kita cara bagaimana untuk mengatasi rasa marah itu.
Daripada 99 nama-nama Allah, ada dua nama sahaja yang sering diulang-ulang oleh kita iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim yang bermaksud Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Maknanya Allah mahu kita datang kepadaNya dalam keadaan penuh kasih dan sayang. Jangan jemu datang kepada Allah kerana Allah lebihkan keampunan daripada hukuman. Kau kita bergaduh dengan kawan-kawan, gaduh gila dasyat ni, kalah perang dunia, dan akhirnya kita berbaik semula, mungkin ada di antara mereka yang memaafkan tetapi susah nak lupakan peristiwa pergaduhan tuh. Bak kata pepatah orang putih
'Forgiven but not forgetten.' Sudah-sudah la tu, tak bagus, lupakan pepatah orang putih tuh mari guna pepatah orang Melayu ni
'Buang yang keruh, ambil yang jernih.'Allah itu tuhan yang penuh dengan kasih dan sayang. Nabi punya kasih sayang terhadap umatnya lagilah jelas. Banyak kali kita diperdengarkan kisah tentang cinta nabi terhadap umatnya. Nabi pernah bercakap kepada para sahabat bahawa di dalam dunia ini, ada satu kelompok manusia yang baginda teringin hendak berjumpa. Baginda berkata
"Aku rindu dan cinta akan saudara-saudaraku." Jawab sahabat
"Ya rasulullah, kami ini saudara-saudaramu, bukankah kami ini dihadapanmu, mengapa mahu merindui kami semua?" Baginda menjawab
"Kamu semua bukan saudara-saudaraku, kamu semua sahabatku." Sahabat kehairanan dan bertanya
"Siapakah mereka yang engkau maksudkan, ya Rasulullah?" "Mereka itu orang-orang yang beriman yang belum ada lagi di muka bumi ini," jawab rasulullah. Cuba kamu tengok tuh, betapa hebatnya cinta rasulullah, sedangkan orang yang cinta dan rindu itu masih belum wujudAlagi dalam dunia. Umpamanya lebih kurang ginilah, jin kata ni harta Ahmad Albab yang punya, masa tuh Ahmad Albab belum lagi lahir ke dunia. Ada kena mengena tak? He..
Ustaz Hasrizal bercerita ada seorang pelajar di Mesir sedang duduk termenung jauh di tingkap sambil mengorek-ngorek jerawatnya. Datang sahabatnya menyergah dari belakang.
Sahabat: Haa!! Enta, termenung jauh ni, teringat kat siapa tuh?Pelajar: Hui enta ni, luruh jantung ana. Ana teringatkan seseorang.Sahabat: Enta. haih lain macam bunyinya. Siapa tuh?Pelajar: Ana rindu bakal zaujah ana.Sahabat: Haih ni buat ana terkejut ni, tak ada guruh, tak ada kilat, enta dah ada calon ye, siapa?Pelajar: Tak ada lagi pun, saja ana nak rindu bakal zaujah ana.Yalah kerana cinta semuanya kita sanggup. Jikalau diberitahu kita akan ibu, ayah, abang, kakak, adik kita berada di sebuah bangunan pada tingkat lima. Ketika itu berlakunya kebakaran. Mahu atau tidak kita untuk pergi menyelamatkan ahli keluarga kita. Kerana apa kita mahu? Kerana cinta betul? Cinta itu tidak pernah bersalah, salahnya cinta itu apabila rosak keutamaan di dalam dunia ini. Mana yang patut diutamakan, perlu diutamakan. Yang tak penting tuh, kamu campak je dalam tong sampah. Flush dalam tandas boleh juga.

Bagaimana cinta itu boleh berikan kasih sayang? Ustaz hasrizal kata kasih sayang itu terbit dari cinta. Jikalau ingin mendefinisikan ayah Sazali, sudah tentulah kasih sayang yang dimaksudkan adalah dengan memberikan segala kemewahan, harta benda dan apa yang anaknya mahukan tetapi tak boleh pakai. Akhirnya, apa yang terjadi pada Sazali. Cepp anak derhaka. Makna sebenar kasih sayang itu adalah apabila kita berikan perhatian. Jikalau kita terdengar kisah-kisah gadis yang melarikan diri daripada rumahnya kerana mengikut lelaki entah mana-mana kerana apa? Lelaki itu sudah berjanji untuk memberikan segala perhatian dan kasih sayang dan tidak akan sesekali meninggalkan gadis itu. Haish yang si perempuan ni pun, aku tempeleng karang. Mamat Bangla yang tak hensem tuh pun dia nak ikut. Jadi samalah konsepnya sayangkan Islam dan ummah, berilah perhatian.
Hebatnya seorang laki-laki kerana kejantanannya. Kejantanan seorang laki-laki apabila dia panjang berfikir. Tu sebab jatuhkan talak tidak diberi kepada si isteri. Kalau terjadi hal itu, berlunggok-lunggok fail kes cerai di mahkamah syariah. Hebatnya seorang wanita kerana emosinya. Tuh sebab kerja mengandung dan melahirkan anak bukan pada si suami. Si wanita tiap-tiap tahun dok berjihad lahirkan zuriat. Si laki-laki kamu bila lagi?
Aku rasa nak berhenti kat sini je lah.Dah penat ni aku menaip dari tadi, kamu semua bukan baca pun, scroll je. Kalau yang rajin tuh, cari isi penting je, lepas tuh cepat-cepat pangkah. Aku dah faham sangat dah. Peduli, aku nak taip panjang-panjang juga.
MANUSIA YANG EFEKTIF TIDAK AKAN TERPENGARUH DENGAN KEADAAN SEKELILING



Bersama ashabi (sahabat-sahabatku)