"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 5 Julai 2009

Renek-renek hujan jatuh menyentuh jiwa, membawa cinta


Islam sangat mementingkan perihal rakan , teman, kawan atau sahabat. Benda ini bukan remeh dan memang dititikberatkan dalam menjalani kehidupan.
Jika seseorang mencintai saudaranya, maka khabarkanlah bahawa ia mencintainya. Tapi perlu betul. Saudara biar yang sama jantina.
Sayidina Ali pernah berkata, selemah2 manusia ialah orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari.
Bagaimana mahu menjadi sahabat yang baik?
Carilah sahabat yang akan engkau beri ketulusan dan hak ukhwah, bukannnya yang engkau harapkan menerima sesuatu daripadanya.
Tambahan, ciri2 sahabat yang baik ada pada Sayidina Abu Bakar r.a. sendiri. Sahabat paling rapat Rasulullah SAW. (Selawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW)
Mari kita menyingkap tabir sirah, sewaktu peristiwa hijrah , dalam lelah ingin terlena, Abu Bakar memberikan pahanya sebagai lapik tidur Baginda.
Pepatah Arab ada mengatakan, kalau kita bersahabat dengan penjual kesturi, baunya pasti terlekat wangi. Kalau bersahabat dengan orang yang kerjanya membakar arang, mengetuk besi, pasti badan berbau asap, baju kita mungkin terkoyak terkena bara api...

3 comments:

ABU NUAIMAN berkata...

Sungguh Hebatnya Cinta Sayidina Abu Bakar Al Siddiq R.A
Carilah Kisah Cinta Hebat Sayidina Abu Bakar R.A Terhadap Junjungan Kita Rasulullah Saw
Kamu Akan Mengkagumi Sayidina Abu Bakar Al Siddiq R.A

Norashikin Abdullah berkata...

insyaallah

aras nura berkata...

Semoga cerpen ini memberi kebaikan :)