"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 10 Januari 2010

Kanvas yang indah

Salam alaik
MyEm0.Com
Tanggal 4 Januari yang lalu, adikku yang bongsu genap berusia 3 tahun. Muhammad Haikal Hakimi namanya. Emak aku kata aku sudah mula belajar solat pada usia ini. Ikut sahaja apa yang orang buat. Malam itu rumahku dipenuhi dengan kanak-kanak sebaya Haikal. Pada mulanya aku agak terkejut, mereka berkejar-kejaran. Ketawa dan cakap sangat kuat. Ada yang jerit-menjerit kegirangan.Terbeliak biji mataku. Ruang tamu rumahku seumpama taman permainan kanak-kanak. Akhirnya bila aku melihat reaksi mereka, aku tergelak sendiri. " Biasalah tu Ekin, budak-budak, kau dulu masa kecil-kecil pun macam tu jugak,"aku bermonolog sendirian sambil tersenyum. Lalu aku mengeluarkan kamera dari kamar tidurku, ya Allah lagi menjerit-menjerit mereka kegirangan hendak bergambar. Dasyat sungguh. Tergelak-gelak aku bersama emak melihat telatah mereka yang terlalu teruja hendak bergambar. Sedang aku sibuk mengangkat hidangan, tiba-tiba seorang budak perempuan bertanya kepadaku.

Budak 1: Kakak, bila kakak nak balik Kelantan?
Aku: (dahi berkerut) Haa, kenapa nak balik Kelantan.
Budak 1: Kakak tak sekolah ke?
Aku: Eh, kakak dah habis sekolah la. Kakak belajar kat Melaka bukan Kelantan. Awak darjah berapa?
Budak 1: Saya Darjah 1..
Aku: Ooo seronok sekolah ?
Budak 1: Seronok..

Aku tersenyum, manalah budak ini mendapat informasi yang salah. Seelang lima minit, ada seorang budak perempuan lagi berkata-kata kepadaku.

Budak 2: Eh, kakak muka kakak macam cina.
Aku: Haa, macam tak je. (muka terkejut)
Budak 2: Ye, muka kakak macam cina.

Tergelak sahaja yang aku mampu. Sejak bila pula mata aku sepet ni. Budak-budak biarlah. Mungkin dia tersalah menilai tuh. Tidak mengapa dik...dimaafkan... hehe..

Seronok pula bila aku melihat mereka, teringin pula aku kembali ke zaman kanan-kanakku. Emakku pernah berkata "Kakak nakal masa kecil-kecil dulu."Aku hanya mengiakan kerana memang aku nakal semasa kecil-kecil dahulu. Ya Allah perangai aku macam budak-budak lelaki. Jikalau pada waktu petang aku tidak pergi bermain bersama-sama budak-budak perempuan yang lain sebaliknya aku mengikut budak-budak lelaki bermain. Pergi menangkap ikan berudu di longkang besar, masuk ke dalam semak-samun semata-mata ingin mencari belalang kunyit dan banyak lagi. Aku pun kurang pasti kenapa aku gemar bermain dengan mereka. yang aku amat pasti ketika itu ialah seronok sangat. Itu sebablah sehingga sekarang aku tidak mahir bermain batu seremban. Permainan yang sepatutnya budak-budak perempuan kuasai. Tetapi aku sedar aku sudah mula berubah ketika di Darjah 5. Ketika itu aku sudah mula bertudung di sekolah dan aku sudah menjauhkan sedikit diri dengan budak-budak lelaki. Mungkin aku sudah mula sedar erti kematangan diri. Aku lebih gemar bergaul dengan budak-budak perempuan. Kelakar pula jikalau dikenangkan semula.
MyEm0.Com
Itu kisah yang bermula sewaktu aku setahun jagung dahulu. Indahnya hidup ini kan umpama kanvas yang indah dan mengasyikkan. Tetapi dalam keindahan itu juga, ada terpalit warna yang mencomotkan. Cuma aku berharap, apabila masa berlalu dan semakin banyak warna indah yang tercalit, warna yang comot itu akan tenggelam. Tidak hilang, masih kekal di situ, tetapi ia akan bersebati menjadi sebahagian yang utama pada kanvas.
MyEm0.Com

3 comments:

sarah Sofiah berkata...

haha..sbb ko putih kot bdk2 2 igt ko cina..

mane ko dpt gmbr animated 2???nak gak..

p/s..nice layout.

HH berkata...

woo! haikal baring atas spe tu? gf ke? haha~

Norashikin Abdullah berkata...

to sarah sofeah
haha
bdak2 tuh rbun mata tuh
ohh
ko pi kat sini
http://www.myem0.com/


to Harishah Halim
ohh kwn2 dia jgak
tu la over excited smernya
hehe