"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 14 Februari 2010

Al-kisahku

Assalamualaikum semua..

Ayah: Kakak, ayah pi solat Jumaat sat, kak jaga kedai ok, sat lagi ayah habis solat, ayah mai balik.
Aku: OK, nanti ayah mai balik na.


Alkisah bermula pada hari Jumaat yang lalu, seronok aku melihat semua kaum-kaum bapa, pemuda-pemuda dan anak-anak lelaki semuanya berpusu-pusu ke Masjid Al-Ridwaniah bersebelahan kedaiku. Pelbagai ragam dapat kulihat, ada yang berserban, berkopiah, bersongkok, berjalan kaki, berbasikal, yang memandu kereta, yang sempurna dan yang kurang sempurna. Semuanya bersemangat menuju ke masjid untuk untuk memunaikan solat Jumaat.
Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar.
Tiba-tiba, aku ternampak dua orang pemuda berusia dua puluhan ( aku agak la ). Dalam hatiku tertanya-tanya, "Tak pi solat ke abang-abang ni, dengan rambutnya warna macam bulu ayam kat sekolah aku." Maka aku lupa seketika tentang mereka, khusyuk aku mendengar khutbah (masjid tu pasang speaker luar la). Dalam hati aku terfikir lagi, untungnya jadi laki-laki sebab kalau kalian malas sangat nak pergi dengar ceramah agama dan solat berjemaah, setidak-tidaknya dalam satu minggu ada satu hari kalian akan mendengar khutbah dan bersolat jemaah. Kemudian aku ternampak kembali dua pemuda tadi. "Lah tak solat rupenya. Adoi dah besar gini malas nak pergi solat ke? macam mana nak jadi ketua keluarga nanti, habis satu family tak betul sebab nahkoda kapal suka benar tinggal kewajipan agama" tapi semua tu dalam hati sahaja, tak berani pula aku nak pergi tegur nanti tak pasal-pasal aku yang kecil ni ditempeling.

**********

Alkisah hari ini cuti sebab Tahun Baru Cina, tetapi waktu-waktu sebeginilah orang-orang Melayu sibuk meyusun agendanya untuk mengadakan kenduri kahwin. Maka hari ini sahaja aku ke dua buah rumah, banyaknya aku makan. Kalau orang jemput kita wajib pergi.

Menurut islam, hukum memenuhi undangan ke kenduri kahwin adalah wajib. Sebagaimana Rasulillah s.a.w berkata dengan bermaksud, Apabila seorang daripada kamu di undang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya,” (Riwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim)


**********

Alkisah lagi.. apa Valentine Day? Sesungguh Islam itu punya identitinya yang tersendiri kerana di dalam Islam, setiap hari itu ialah hari berkasih-sayang kerana fitrah setiap manusia itu ingin mencintai dan ingin dicintai. Semua maklum akan Valentine Day itu sempena apa dan mengapa ianya disambut? Banyak cerita dan versi yang kita dengar bukan? ( kalau tak pasti carilah kat internet) Jadi tidak usahlah kamu smua meniru amalan orang kafir itu kerana agama kita ini sangat sensitif dengan perkara-perkara yang berkait dengan akidah. "Jikalau kamu mencontohi sesuatu kaum itu maka kamu tergolong dalam kaum itu." Maka haram hukum menyambutnya. Jangan contohi budaya negatif barat sebab otak mereka karat.

13 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam
banyak sungguh alkisah...huhu
btw...betul tuh ekin,,,sye da sakit,pedih nengok kaum lelaki nih ponteng jumaat jer...kekadang timbul rasa pelik tak terbilang...namun sedar akhernye bhw itu sume hati masing2...
sedeyh tp mungkin kite boleh memaksa golongan2 yg rapat ngan kite....all da best!
err...valentine...rase makin menyampah dah sejak tengok berita td....ramai sungguh anak melayu berasamaradana ditangkap...

Mohd AmiruL AsraF berkata...

ekin,tu bru yg ko nmpk...i mean bdak laki yg xsamyg tula...blom lg yg ko xnmpk..dun judge people by outside..kadang org yg rmbut berwarne.rmbut len mcm..pun dieorg g smayg..so,KESEDARAN is the most important than others..

memangla raye cine ni,maklumlah cuti tahap gaban bnyk org wat keje kawen..tgkla skrng kawen biase2 pun dkat 10ribu abes,blum kawen yg nk grand2 nye,mhu dkat 20-30 ribu..dunia skrng,xde duit jgn arap nk kawen..

memang terlampau bnyk risalah tntng haramnye smbut valentine tp klu risalah saje xkn ade effect ape2 sdangkn pihak berkuase xde amek tindakan ape2..sndri mau ingt jela..hebat kn barat pengaruh pemikiran anak2 mude supaya sambut valentine??!!pk2 la sndri,dunia semakin hampir kiamat..SUBHAHANALLAH..

aNoZ berkata...

hebat ekyn hebat! lain kali pergi je tegur 2 mamat tu. sebelum tego amek gmba dlu. kalo die tempeling, mmg kena la nnati. hehe.. anyway, nice job~ =)

Norashikin Abdullah berkata...

assyue: a,aa hehe, a,aa diorang dah besar tp tu lah kn iman kt hati masing2, bukan diorang tak tahu tu kwajipan, kalo kesdaran diri x de, susah tuh..anak2 mlayu tu je dia thu, berasmaradana, nk kwin duit tak de

mohd amirul asraf:a,aa kn, tu yg ak nmpak, yg brsmbunyi di mne2 tuh, adoii a,a ok tengs salam, ksedran itu pnting..tpkn slm, pnmpiln jga memainkn peranan..fiz impression

btul tu dunia skunk x de duit, smer x jln..

a,aa tu la td kat jln aku tgk org cina smer x pkai bju smfoo or cheongsam, dh hilang bdya..smer pakai jeans n tshirt je

anoz:
mne ade hbat,hbat kalo ekin p tgo..
hehe,a,aa cdgan yg bgus

Hami Asraff berkata...

Assalamualaikum w.b.t

Memang itulah dunia realiti sekarang. Amalan ini diambil mudah oleh segelintir kaum Adam. Masing-masing menunding jari. Ingin mencari puncanya. Tetapi apa jua punca, semuanya bermula dari diri sendiri.

Ada juga sesetengah yang hanya nampak solat hari Jumaat sahaja. Hari lain, faham2 sajalah. Tanda-tanda akhir zaman.

Pasal Valentine's Day pun 1 hal. Orang Islam yang tak berakal sahaja yang sambut Hari Kekasih Barat ni.

Sama-samalah kita memperingati sesama kita dan tingkatkan amalan. InsyaALLAH.

Wassalam.

Norashikin Abdullah berkata...

WSLM
yup btul tengkiu bro hami asraff,
a,aa kn ade jgak mnusia bgitu, solat sthun skli, solat hari raya..hehe
ok insyaAllah

fik-autoz berkata...

salam...mngenai solat jumaat tu,kt tmpt aku spekernya xberapa kuat lak,bila nk baca doa jer kurang dgr,huhu..

time smyg je adalh anak2 muda lepak kt bwh pokok..

senang2 mai la sini..http://fik-autoz.blogspot.com

Norashikin Abdullah berkata...

wslm, yeke, uishh tu kna ckp kat org kuat msjid tuh, suro tukar, hehe
dsyatkn bdak2 skunk, adoii

ok cek pi ..

super eja berkata...

mcm dulu abg teres pun tak pg solat jumaat.
orang perli pun die buat tak tau jek.

Norashikin Abdullah berkata...

a,,aa ekin ade dgr jga, org perli, dia wat x tahu..ape lah abg2 tu

diniesyafira berkata...

elok la tu adik beradik sorg biru sorg pink.

JK Promosi berkata...

Xtaw nk komen pe lg nie, coz da bnyak yg komen ekin.. haHA! Ehm,Bkn soal solat jumaat ke, valeentine ke, pemuda-pemudi ke.. Akidah utama tunjang dan paksi hakiki.. Makin rapuh... Salah siapa? tepuk dada tanye iman..

Norashikin Abdullah berkata...

dinie syafira:
hehe pakai ikut kaler fav..hehe

murt:
yeah sy sokong sgala2 Yg brhrmat Murthada berkata2
tepuk dada tnya iman