Assalamualaikum semua, Apa khabar hari ini?
Jadi aku mahu bertanya adakah lagu ini dicipta kerana sekadar hiburan untuk kanak-kanak atau mempunyai maksud tersirat di sebalik lagu itu. Bolehkah jikalau aku menyamakan kitaran hidup rama-rama itu dengan kitaran hidup kita. Apabila tibanya saat kepompong pecah, maka bermula itulah kematangan kita (mengigit kuku sebentar, adakah aku sudah mencapai kematangan, ya, aku mengangguk tetapi aku rasa banyak lagi tindakan dan pemikiran yang belom cukup matangnya). Sungguh cantik aneka warna, itukan zaman remaja kita, yang boleh dikatakan semuanya akan menjadi indah. Tak percaya tanyalah atok dan nenek kamu. Mesti mereka akan berkata "Masa kami muda-muda dulukan......(kamu sambunglah sendiri)." Isap madu di pohon bunga itu zaman kita dewasa. Kita semua akan membanting tulang memerah tenaga untuk mencari rezeki. Akhir sekali tapi sayang hidup tak lama. Tafsirlah sendiri. Kamukan bijaksana atau kamu punya pandangan yang lain. Coretkanlah di komen entry aku ini.
Oh sudah dua perenggan aku melalut hanya kerana seekor rama-rama. Begini yang bakal aku ceritakan sebentar lagi ialah kisah benar. Tidak terlintas di hati ini untuk mengaibkan saudara seIslam sendiri. Cukup untuk kita renungkan dan ambillah iktibar. Kisah ini selalu didengar tetapi yang selalu didengar itulah yang selalunya manusia terlupa dan pura-pura endah tak endah. Manusia itu makhluk yang pelupa. Aku dan kamu semua secaranya lumrahnya pelupa. Jadi saling berpesan-pesanlah antara kamu. Mari aku mahu ingatkan kamu.
Manusia lupa, manusia alpha
Seorang mak cik berusia lewat 30an (berdasarkan pemerhatianku..haha) datang ke kedai runcitku semalam untuk membeli perencah nasi goreng dan beberapa biji telur. Dia sibuk menanyakan soalan-soalan kepada ayahku. Aku malas mahu mendengar dan campur tangan urusan orang tua kerana aku masih muda. Aku sekadar melemparkan senyuman. Tiba-tiba mak cik itu agaknya terlalu geram lantas terbuka tentang adik iparnya dan kali ini aku memasang telinga. Muahaha (oh tak sopan..tukar2) hehe..AWAS! Nama-nama mereka hanya rekaanku semata-mata dan tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau sudah meninggal. Begini kisahnya:
Adiknya, Limah telah berkahwin dengan Leman. Mereka dikurniakan beberapa orang anak. Rumah tangga yang dibina tidak bahagia dan retak maka berpisahlah mereka. Bergegarlah tiang arasyh. Nabi SAW yang bersabda:”Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah perceraian." Apabila sudah bercerai maka Leman telah bernikah dengan seorang lagi perempuan bernama Minah. Dalam baru sahaja bernikah dengan Minah, diam-diam Leman telah bertunang dengan perempuan lain pula bernama Sipah. Apabila isterinya yang dahulu, Limah datang menuntut nafkah untuk belanja seharian dan persekolahan anak-anak. Leman dengan sesuka hatinya tidak mahu mengaku bahawa itu anak-anaknya.
Apakah kategori suami dan ayah yang mahu ku tafsirkan ini. Fikirlah sendiri. Tepuk dada tanya iman. Aku agak serius untuk entry ini. Adakah aku sudang matang?