"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Isnin, 22 Mac 2010

Dah lama tak dapat


KEPADA YANG MALAS HENDAK MEMBACA, SILA SCROLL HINGGA AKHIR ENTRY INI. KALAU MALAS JUGA TEKAN SAHAJALAH BUTANG PANGKAH TUH. AKU TAK MARAH.

Assalamualaikum semua..
Apakah gambar di atas ini? Ini ialah anugerah kepadaku daripada saudara Ameen Muslim. Terima kasih aku ucapkan kepadanya kerana selama aku menceburkan diri dalam dunia blog ini, baru kali kedua aku peroleh anugerah. Jadi mari sama-sama kita ikuti arahan yang telah diberi.

1.Thank and link the person that gave you the award.
Baik saya mengikut perintah. =)

2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
Oh yang ini aku tidak mahu ikut perintah boleh ke? Aku merasakan teman-teman bloggers ku lebih daripada 15 orang. Aku juga merasakan setiap blog pasti ade keunikan dan kecantikan masing-masing kan. Ada mereka yang begitu teruja untuk meletakkan award ini di blog mereka. Ada yang sedikit tidak kisah langsung akan anugerah ini. Ada yang mempunyai banyak masa dan ada yang masanya perlu dicuri-curi. Tidak kurang juga kepada mereka yang kebluran apabila mendapat award ini. (Itulah aku semasa masa mula-mula dapat award, blur-blur ayam habis). Oh manusia, banyaknya ragam kamu. Jadi tidak adil pada mereka yang tidak aku senaraikan. Jadi aku ingin mebuat sedekah amal jariah. Ambillah kepada sesiapa jua yang sering mengunjungi blogku, yang sekadar menjeling-jeling blogku lalu menekan butang pangkah, yang membaca sehingga ke akhir ayat dan kepada mereka yang hanya membaca isi penting sahaja ( baik mengaku, yang mana satu korang). Ambillah dan tampal di blog kamu. ( aku sedang membuat muka ikhlas).

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
Sudah, aku maklumkan di atas. =)

4. State 7 things about yourself.
Kenapa tujuh je? Banyak ni sebenarnya yang kamu semua tak tahu pasal aku, tak mengapa, aku cuba senaraikan sedaya mungkin.
- Aku seorang yang suka bercakap. Pasti ada yang tak kena jikalau suatu hari aku diam. Ada sahaja cerita yang aku hendak cerita. Boleh lah kalau mahu katakan aku penglipur lara. Kamu mahu aku ceritakan tentang kisah apa. Bawang goreng dan bawang hangit? Sidah rela? Pasti akan ku ceritakan.

-Aku seorang yang gemarkan warna biru. Apa jua barang, dan siapa yang punya, pasti akan ku jeling barang itu kerana cemburu, aku tidak dapat memilikinya. Jadi kepada sesiapa yang terasa ingin memberikan hadiah atau buah tangan. Sila pastikan ada warna biru walaupun sedikit. Jahat tak aku? (Baik geleng kepala kamu)

-Aku sangat takut anak kucing dan geli dengan kucing juga binatang berbulu lain seperti hamster dan seumpamanya tetapi tidak bermakna aku membenci mereka. Aku sukakan mereka kerana comel. Tolong bantu aku macam mana nak jadi seorang yang sangat penyayang terhadap haiwan. Trauma aku, boleh menjerit sampai ke anak tekak kalau anak kucing datang.

-Aku suka menyanyi. Tidaklah terlintas di hati ini untuk menjadi penyanyi. Astagfirullahalazim. Sekadar suka-suka mengisi masa lapang. Sekejap teringat sewaktu aku di Tingkatan 4, ketika itu aku sedang mencuci pinggan di dalam bilik air sambil menyanyi dan sahabatku menegur lembut. " Ekin, syaitan tengah menari-nari seronok." Aku terdiam sambil tersenyum sambil berkata "Oh sorry, ekin terlupe." Padan muka aku. Menyanyi lagi.

-Aku seorang yang kadang-kadangnya cemas dan kelam kabut. Kadang-kadang aku tidak suka berfikir panjang. Nanti di akhirnya timbullah penyesalan tak berkesudahan. Clumsy girl. Serabut dan huru- hara kadang-kadang tetapi aku akan cuba sembunyikan pada zahirnya dan pura-pura tenang.

-Aku seorang yang sensitif. Ya kadang-kadang aku tidak tunjuk tetapi boleh tahu, bila aku diam, bila tiba-tiba aku balik bilik dan aku tak mahu turun dewan makan, tiba-tiba aku mencapai diariku, menulis sambil bertemankan air mata, dan lain-lain tanda yang aku sendiri sudah lupa.

-Aku seorang yang suka memikirkan perkara yang remeh temeh. Kadang-kadang tuh sampai kusut otak memikirkannya. Bahaya tak aku? (Sila geleng) Itu namanya tiada kerja, cari kerja. Kadang tak perlu pun, tapi itulah aku.

-Aku seorang yang peramah dan riang. Aku mudah memulakan perbualan dengan seseorang walaupun baru kenal. Aku cepat mesra dengan sesiapa tetapi di alam maya ini aku harus berhati-hati umpama menarik benang di dalam tepung. AWAS! Mereka boleh menyamar menjadi seorang yang jahat menjadi seorang yang sangat baik. haha. Siapa yang menghulurkan salam persahabatan, pasti kusambut dan jangan khianati persahabatan yang telah terbina kerana aku pasti akan mencari kamu hingga ke lubang cacing..Haha main-main je, tiada kerja nak cari kamu sampai nak korek lubang. Sayang semua sahabatku.

Sudahlah jangan paksa aku menulis lagi, jari-jemariku sudah kekebasan. Aku juga tidak memaksa kamu untuk membaca. Sila tekan butang pangkah kalau terasa bosan dengan blogku. Mananya tidak asyik bercerita tentang diri sendiri je kan. Dah nama ini blog aku, tak kan la nak cerita pasal kamu pulak. Baik mari merenung kata-kata ini.
Menuntut kesenangan bukan disini tempatnya , bagi pencari tentulah sia-sia sahaja usahanya , kerana di sini adalah tempat yang fana , tidak diciptakan kesenangan melainkan hanyalah sebuah perjalanan yang menentukan destinasi kita; Al-Jannah atau Jahannam...



Sebentar tadi aku bersiar-siar di You Tube. Maka aku terjumpa video ini. Menarik sungguh. Selamat menonton. Semoga kita semua dirahmati Allah selalu. Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang kulakukan. Oh Tuhan Maha Kuasa. Terima taubat hamba berdosa.
p/s:Syue, ekin baru teringat pasal tag awk tuh. Sori. InsyaAllah entry akan datang ekin postkan.

15 comments:

fik-autoz berkata...

salam ziarah...7 perkara mngenai ko,aku paling suka yang ni..peramah dan periang,hehe

Ameen Muslim berkata...

salam. tahniah buat ekin atas anugerah yang diterima. semoga selepas ni lebih giat dlm penulisan blog utk kebaikan manusia sejagat (wah, skema plak! hehe). btw, thanks for appreciating me. =)

Norashikin Abdullah berkata...

fik autoz: haha ye insyaAllah peramah dan periang ( rasa mcm nk tergelak) tengkiu

ameen muslim:
wslm..time kasih, insyaAllah , most welcam...
:)

Tony Saidi berkata...

blog ni bukan jer chantek mcm tuannya.. tp blog ni gak penuh ilmiah.. syabas kin..

Centado berkata...

menarik
bermaklumat
dan ada juga sense of humour nye..
am now be urs follower...
(be mine too ;))

Norashikin Abdullah berkata...

ustaz tony: sy tgh tergelak2 dpn latop..time kasih ustz..blog ustz jga cntik..sy jeles taw


centado: trima kasih
hehe...ok i'll be ur follower
=)

cikfaiq berkata...

ekin. kucing comel laa.
ta sngke lak ko takot kucing.
haha.

Centado berkata...

i read again ur post above..
congrat 4 the award!
:)
mmg beautifull
beautifull blogger

Norashikin Abdullah berkata...

faiq, memang la comel...
ak geli bulu dia
anak kucing..oh ak geli dan takut
haishh ksian ak

centado:
er..blurp
haha tengkiu again
:):):)

super eja berkata...

ekin. kite pun tak suke kucing! geli kan? hehe

Norashikin Abdullah berkata...

eh yeke..oh ingat eja x takut kcing.hehe
geli2

Nazira Nazri berkata...

haha..pnah dgo ekin jerit sbb kcg je kt dorm..pk apelh tyme uh..

Norashikin Abdullah berkata...

a,aa time tuh...mahi, ika n dya..jahat oo...bg kucing kat ekin mau x jerit lompat2..haha

diniesyafira berkata...

smelah kte ekin tkut kucing gk.tp yg org bela tu comel2.tp tk nk pgg.

Norashikin Abdullah berkata...

a,aa betol dinie..kdg2 jeles tgk depa belai2 kucing...waaa mau jga..tp x berani..haha