Assalamualaikum semua, Apa khabar hari ini?
Jadi aku mahu bertanya adakah lagu ini dicipta kerana sekadar hiburan untuk kanak-kanak atau mempunyai maksud tersirat di sebalik lagu itu. Bolehkah jikalau aku menyamakan kitaran hidup rama-rama itu dengan kitaran hidup kita. Apabila tibanya saat kepompong pecah, maka bermula itulah kematangan kita (mengigit kuku sebentar, adakah aku sudah mencapai kematangan, ya, aku mengangguk tetapi aku rasa banyak lagi tindakan dan pemikiran yang belom cukup matangnya). Sungguh cantik aneka warna, itukan zaman remaja kita, yang boleh dikatakan semuanya akan menjadi indah. Tak percaya tanyalah atok dan nenek kamu. Mesti mereka akan berkata "Masa kami muda-muda dulukan......(kamu sambunglah sendiri)." Isap madu di pohon bunga itu zaman kita dewasa. Kita semua akan membanting tulang memerah tenaga untuk mencari rezeki. Akhir sekali tapi sayang hidup tak lama. Tafsirlah sendiri. Kamukan bijaksana atau kamu punya pandangan yang lain. Coretkanlah di komen entry aku ini.
Oh sudah dua perenggan aku melalut hanya kerana seekor rama-rama. Begini yang bakal aku ceritakan sebentar lagi ialah kisah benar. Tidak terlintas di hati ini untuk mengaibkan saudara seIslam sendiri. Cukup untuk kita renungkan dan ambillah iktibar. Kisah ini selalu didengar tetapi yang selalu didengar itulah yang selalunya manusia terlupa dan pura-pura endah tak endah. Manusia itu makhluk yang pelupa. Aku dan kamu semua secaranya lumrahnya pelupa. Jadi saling berpesan-pesanlah antara kamu. Mari aku mahu ingatkan kamu.
Manusia lupa, manusia alpha
Seorang mak cik berusia lewat 30an (berdasarkan pemerhatianku..haha) datang ke kedai runcitku semalam untuk membeli perencah nasi goreng dan beberapa biji telur. Dia sibuk menanyakan soalan-soalan kepada ayahku. Aku malas mahu mendengar dan campur tangan urusan orang tua kerana aku masih muda. Aku sekadar melemparkan senyuman. Tiba-tiba mak cik itu agaknya terlalu geram lantas terbuka tentang adik iparnya dan kali ini aku memasang telinga. Muahaha (oh tak sopan..tukar2) hehe..AWAS! Nama-nama mereka hanya rekaanku semata-mata dan tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau sudah meninggal. Begini kisahnya:
Adiknya, Limah telah berkahwin dengan Leman. Mereka dikurniakan beberapa orang anak. Rumah tangga yang dibina tidak bahagia dan retak maka berpisahlah mereka. Bergegarlah tiang arasyh. Nabi SAW yang bersabda:”Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah perceraian." Apabila sudah bercerai maka Leman telah bernikah dengan seorang lagi perempuan bernama Minah. Dalam baru sahaja bernikah dengan Minah, diam-diam Leman telah bertunang dengan perempuan lain pula bernama Sipah. Apabila isterinya yang dahulu, Limah datang menuntut nafkah untuk belanja seharian dan persekolahan anak-anak. Leman dengan sesuka hatinya tidak mahu mengaku bahawa itu anak-anaknya.
Apakah kategori suami dan ayah yang mahu ku tafsirkan ini. Fikirlah sendiri. Tepuk dada tanya iman. Aku agak serius untuk entry ini. Adakah aku sudang matang?
11 comments:
nice entry....
erm,saling ingat mengingatilah antara kita semua...
hah tengkiu :)
sampaikanlah drku walaupun sepotong ayat
masih bukan pengkomen nombor satu.. ehm,suami yg bercinta bukan kerana ALLAH... tu je komen ku!
haha
hemph betul tuh murt..niatnya bukan kerana Allah
tuh jd mcm tuh
mak selalu pesan,
cari suami nanti,
cari yg beriman,
solat x tinggal.
rasa2nya mcm dah jumpa :D
cuma masih doa2 pd Allah,
agar itu jodohnya.
ekin, kite pun blajar lagu rame2 tu kat tadika.
ayah kite slalu psan. cari laki yg gilakan kita. jadi die boleh trima kite dalam ape keadaan sekalipun.
isha betol tuh, mak ekin pun slalu ckp mcm tuh..a,aa ustzah ekin kata kalo nk doa pasal jodoh..doa dr sekarang walaupun lmbt..
eja..yeah..betol..menerima kita apa adanya
kena check solat si leman...di situ mungkin punchanyer
wah, sibuk berbincang pasal ni ye..patutlah meriah je ye, he, abg nk share ilmu skit bleh..pertamanya sekali, klu kita belajar ulum quran, pasti kita akan jumpa tajuk yg membahaskan tentg ilmu munasabat..
ringkasnya ilmu munasabat ini membncangkan kenapa ayat al-quran menceritakan kisah ini, tiba2 next ayat terus masuk ayat yg menceritakan kisah lain pula, bila fikir balik mcm xmasuk akal je kan..tp Al-quran adalah dr Allah, sebaik2 mukjizat, jd semuanya ada hikmah cthnya, Allah swt telah menceritakan ayat pasal talaq di surah al-baqaroh ayat 237(cuba cek dan tadabbur) dan ayat nextnya cerita pula ayat tentg jaga solah jemaah wusto(solah yg plg berat) di surah yg sama ayat 238..
rupa2nya, Allah nak menceritakan bahawa apabila baik solat dan jemaahnya(mestilah ikhlas dan khusyuk) pasti akan menjamin keharmonian rumah tangga, sbb apa? Allah dan janji, apabila kita jaga hubungnnya dengn Allah pasti Allah akan jaga hubungn kita sesama manusia( yakni famili kita xkiralah isteri ke, anak2 ke, suami ke, ayah ke, ibu ke)insyaallah hidup bahagia, tp apabila kita lihat disekeliling kita, kenapa bnyknya keruntuhan rumah tangga berlaku? sbb dia tidak menjaga solatnya dengn baik..
abg join sbb abg akan respect sesiapa sahaja utk jalan dakwah..sebelum tu nasihat abg, jadikan malu itu sebagai pakaian kamu..abg risau semakin bnyk remaja yg tercemar mutaakhir ni..moga2 kita sama2 intabih :) salam dari jordan
lagi satu, kenapa kita solat, tp xselesai pun masalah kita tensyen,keliru, rasa boring hidup,rasa xtahu nk fikir apa, kat situ kita dah bleh nilai blik solat kita.. adakah Allah mngkir janjinya??hmm, ni lg satu masalah kita..kita mmg solat, tp hnya pada jasad, tidak ada roh khusyuk..apbila kita solat, kita bnyk memngingati benda yg lain, apa yg perlu kita buat lepas ni, kat mana brg yg hilang tu ye, teringt org lain.. jd inilah peranan agama, belajar bagaimana cara solat yg plg sempurna, cara khusyuk yg nabi ajar, tadabbur setiap ayat yg kita baca di dlm solat, bagaimana cara nak melatih hati, bagaimana baca al-fatihah yg plg sempurna, klu semua ni sempurna insyaallah semua masalah yg dtg kita akan rasa mudah nak selesaikan, sentiasa petunjuk dr Allah.. sampikan pada sahabat kita yg lain, semoga sama2 merasa nikmat yg plg dahsyat ni :)
muadzmuhammad: yeah solat itu yg mnjaga dirinya dan keluarga..
dia mcm x so...(husnozon)
dia solat2
anonymous: wah jauh dr jordan turun..oh masyaAllah ..syukran abg ats ziarah dan komen...penergan yg pnjng tp padat..betul segala apa yg abg ckpkn..ahli al-quran..ekin x boleh sngkal..
oh insyaAllah nnt ekin balik tadabur balik ayat2 yg abg ckpkn tuh
Catat Ulasan