Salam penghulu segala hari untuk semua...
Aku merasakan tidaklah lama benar aku tidak mengupdate blogku ini tetapi ramai kawan-kawanku sudah mula bertanya bilakah aku mahu membuat entry baru. Kebanyakan jawapan yang aku berikan ialah "Biarlah blog tuh berhabuk, bersawang dan berlumut dahulu." Hasrat hati sebenarnya ingin mula membuat entry baru bila aku sudah menyambung pengajianku semula tetapi aku menjadi serba salah pula bila sahabat-sahabat bertanya. Aku sangat risau untuk berblogging semula kerana aku takut aku merapu-rapu dan yang paling aku takut segala perasaan sedih aku terhumban di blog ini. Aku tidak mahu menagih simpati sesiapa.
Biarlah segala yang terjadi antara hamba dan penciptanya sahaja yang mengetahui. Biarlah ibu dan ayah juga sahabat baikku sahaja yang ketahui. Benarlah bukan senang untuk menjadi senang. Dalam aku bangkit meneruskan perjalanan, kadang-kadang kakiku terseliuh, kadangnya aku terluka kecil. Aku akui aku mudah untuk menangis di atas kegagalanku. Terkadang satu hari suntuk aku menangis hingga lebam mata-mata sehingga aku tidak mahu bercakap dan tidak peduli keadaan sekeliling. Kasihan ibu dan ayahku yang berusaha keras memujuk anak mereka yang seorang ini. Kata-kata motivasi dilontarkan tetapi aku diam tidak berkata apa-apa melainkan menangis sahaja.
Alhamdulillah mujurlah tangisku tidak lama, keesokkan harinya aku kembali mengutip sisa-sisa cebis semangat. Hendak berjuang tidak boleh cepat mengalah. Benarlah tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah hilangkan mentari, puas kita menngis mencari, rupanya Allah nak beri kita pelangi. Ya, mungkin sahaja aku sudah bertemu pelangi setelah aku menangis2 kerana kehilangan mentari tetapi biarlah buat masa ini aku berdiam diri dahulu.Suatu masa nanti pasti akan ku beritahu kepada kamu semua. Selagi blog ini masih bernyawa dan selagi aku masih lagi bernafas. InsyaAllah. Mahu nyanyi boleh ka? Tak mahu dengar tutup telinga tuh.
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati
(Dehearty-Pasrah segalanya)
Semalam hingga ke hari ni, aku kerap tersedu sahaja. Teringat orang tua-tua kata, tersedu itu tandanya mahu tinggi. Eh kalau benar, akulah orang yang bahagia saat ini. Teringin betul aku mahu tinggi. Sekejap benar masa berlalu, tamat sudah alam persekolahan aku, kini alam lain mula menjengah. Alam itu sedang bermain cak-cak denganku dan aku pula terkadang berlari kuat dan terkadang berlari perlahan untuk menuju alam itu. Takut sebenarnya tetapi adab orang berjuang, mana boleh berhenti melangkah. Bila aku terdiam, banyak benda yang aku fikirkan tentang kehidupan. Diam-diam orang yang berilmu itu, berfikir bagaimana mahu memajukan diri. Diam-diam orang yang
%@#$%, berfikir bagaimana mahu membinasakan orang lain.
Bercakap tentang soal kehidupan, memang cukup seronok kerana dalam hidup ini banyak perkara yang kita akan lalui. Begitu juga selepas kematian kita,banyak perkara juga yang kita akan lalui. Menyentuh soal kehidupan, ada lima perkara yang kita akan lalui dan pasti akan dilalui oleh setiap manusia.
1. Hari yang telah berlalu.Sewaktu zaman bayi dan kanak-kanak kamu, degil tidak mendengar cakap ibu dan ayah.Sewaktu zaman sekolah rendah dan menengahmu yang mana tugas kamu hanyalah belajar dan hari yang telah berlalu itulah perkara yang paling jauh. Tak akan dapat kalau kamu kejar naik kapal terbang sekalipun.Melainkan mahu meminjam mesin masa dari doraemon gemuk dan bulat itu.
2. Hari sekarang yang tengah berlakuAmal dan dosamu yang tidak terkira. Ingatlah bahawa beruntunglah manusia jikalau hari ini lebih baik dari semalam. Rugilah manusia jikalau hari ini sama dengan yang semalam dan celakalah manusia jikalau hari ini lebih buruk dari hari esok.
3. Hari yang akan datangYang mana hari ini belum pun berlaku lagi dalam hidup kita. Tidaklah kita ketahui kerana semuanya rahsia pencipta. Usahlah sibuk-sibuk mahu bertanya,
" Berapakah gaji aku bila sudah bekerja nanti? " Bagaimanakah rupa suami dan anak-anakku nanti?" Aku lempang juga kalau kamu bertanya. Haha.
4. Hari sakaratul mautHari dimana nadimu tidak lagi berdenyut dan nafasmu telah terhenti. Tiada harta karun yang boleh dibawa kedalam liang lahad melainkan tiga perkara. Kamu semua dah tahu. Apa lupa? Tak pa, mari sini aku ingatkan. Tiga perkara je taw kamu bawa nanti; amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh.
5. Hari yang kekal abadi dan tiada berpenghujungSaat di akhirat kelak dan kita semua akan dibangkitkan, ditimbang amalan kita di neraca mizan. Semuanya Allah sudah janjikan dalam kalamNya. Inilah harinya.
Cukuplah tuh. dah panjang kan. Gembira tak aku dah buat entry baru. Baik cakap ya. Nanti aku mengamok baru tahu. Eh nak tahu tak. Biasalah kan, kehidupan aku di kedai runcit sebagai seorang cashier, memang akan memmbuatkan aku berjumpa pelbagai jenis manusia. Ya aku mestilah maintain cool walaupun kadang-kadang gelabah. Kalau bosan, aku akan menjadi sangat ramah. Adalah seorang dua tiga dan empat pak cik dan mak cik ni bertemu bual denganku. Ada yang tidak percaya bahawa aku sudah tamat sekolah. Agaknya bila tengok aku yang kecik ni. Ada yang menyangkakan aku sudah berada di universiti. Aku buat reaksi apa? Aku mestilah akan tergelak kecil dan menafikan. Cewah lagak gaya macam artis je. Yang paling melampau, ada yang mengatakan bahawa umur aku sudah 24, 25 dan bertanyakan Haikal itu anak akukah. Ya rabbi, mak cik muka saya ni muda lagi. Eh pening pula aku mahu menepis soalan-soalan itu.
p/s: Aku teringin benar mahu ke negara ini. Ok jom, kita pergi sama-sama. Kamu taja aku tiket kapal terbang. Aku taja kamu seat, toilet, makanan. air cond dalam kapal terbang tuh.punya banyak aku taja macam tuh kamu tak mahu. Baik, kita tukar kenderaan. Kita naik unta ya. Aku dengar unta sekarang sudah pandai berenang. Jadi kalau kita lemas, tak payah risau, unta kan ada. Bagus tak idea aku itu? Baguskan. Aku dah tahu lama dah.