Dengan nama tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku memulakan penulisan aku di blog ini. Agak lama ku tinggalkan Penaku Menari lantaran kekeringan idea jua ketiaadan mood untuk berblogging. Aku gembira sejak akhir-akhir ini. Bersyukur dengan segala ujian dan nikmat Allah. Aku baru sahaja lega dari demam. Sakit itu ujian Allah untuk hamba-NYA dan ujian itu hanya untuk manusia yang terpilih sahaja jadi bersyukurlah kita semua. Hidup ini jangan terlalu banyak merungut. Kena percaya pada diri sendiri dan yakin dengan segala-galanya yang berlaku. Pasti punya hikmah di sebalik tiap kejadian.

(Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". (Al-Kahfi:10)

Apabila kita cuba mendekati seseorang, perkara yang pertama kita mesti berbaik-baik dengannya. Aku mengenali dia dan bagaimana dia kerana dia sahabatku. Apakah perlu di dalam sebuah persahabatan, kita hanya berkawan dengan orang yang alim-alim dan baik-baik sahaja, jadi bagaimana dengan nasib kawan-kawan yang lain yang seharusnya dibimbing. Jadi alang-alang kita ingin berlari di dalam taman bunga, mari sama-sama kita mengajak rakan-rakan yang lain juga turut sama berlari di dalam taman bunga. Hadir seorang sahabat dan berkata "Ekin, kita nak berubah. Kita nak jadi baik. Ekin bimbing kita macam mana nak jadi baik." Saat itu tanpa aku sedari, mataku berkaca. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hatinya untuk berubah. Apa yang perlu ku balas untuk kata-kata sahabatku tadi.
A: Errr awak , Ekin bukan ustazah. Macam mana Ekin nak bimbing awak?
B: Alamak. Dosa Ekin pun bergunung ganang. Macam mana nak bimbing awak?
Aku gembira akan kemahuan sahabatku itu untuk berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah, akan kubimbing diri kita sama-sama. Aku sedar diri ini tidak sebaik mana. Masih banyak lubang-lubang yang perlu ditampal dengan kain perca. Sekurang-kurang kita cuba melakukan perubahan ke arah kebaikan sedikit demi sedikit. Itu lebih berkesan. Moga kita semua istiqomah di atas jalan-Nya.
ORANG YANG BAHAGIA TAK SELALUNYA SENYUM TETAPI ORANG YANG SENYUM SELALUNYA BAHAGIA
p/s: Aku bakal menyambung pelajaranku pre-Medic di UPM untuk persediaan ke Mesir. InsyaAllah semoga segalanya dipermudahkan urusan. Denyut Kasih Medik menantiku di sana. Semoga Allah permudahkan segala langkahku. Ameen. InsyaAllah sebelum sambung belajar nanti. Aku buatkan entry terakhir.
17 comments:
hehe,
ekin,
aq kenal sahabat kau yg nak berubah tu..
bimbing dye elok2,
dye tu sensitif..
insyAllah..
siapa ni ekin?
bila kite tolong org, insyaAllh urusan kte dipermudhkn nnt.
entry terakhir? TAMAU la! nak baca byk2 lg. isk isk...
sharil>>
insyaAllah don't worie..tengkiu
dinie>> sesorg..ok mudah2an..tengkiu dinie
isha>> x, mksud ekin trakhir sblum ke pre medic..nnt ekin post lg kalo dh blik umah hehe
entry yg menarik skali..
erm,smbung blaja kt mesir ek,alhamdulillah ar cmtu..rezeki ekin tu..smga sgla urusan dpermudahkn..amin
fik>>ape yg mnarik..ekin x nmpak ape yg mnrik pun
a,aa insyaAllah..alhmdulillah..moga Allah permudahkn segalanya..aminn..tengkiu fik
semoga dipermudahkan urusan olehNya... amiin.. (^^,)
ekin. da pegi mesir jgn lupe aku tau.
yay , dapat gak ekin g mesir . hehee :) jangan lupe aku nnt ea . lupe jea kat faiq tu . hahaha
kak aien>> ameen..tengkiu doakn ekin..may Allah bless u
faiq>> ok x kan la lupakn kwn kot..hehe
abg baihaqi>> insyaAllah Tanta univrsty..terima kasih doakn ekin..ameen..nta juga smga berjaya
nadia>>itu la naddy..cita2 dr f3..huk3..ok ekin akan ingt naddy..jgn risau..hehe
mcm tula kwn yg baek, ajak kwn yg laen ke arah kbaikan..
keep it up, gurl~
ekin g msir t, elok2 ye.. stdy elok2, it's ur dream.. all the best =)
wah ekin..congratz!!!
n smoge bjye kt sne :))
princess ilah>>a,aah itu la..insyaAllah, ajak kwn2 ke arah kebaikan
a,aa fadnor tengkiu wishkn ekin..terharu..
fdnor nnt pun stdy elok..gud luck =)
noor>>terima ksih noor
noor pun smga berjaya jugak..gud luck..hehe =)
dr. ekin!
goodluck study :D
sob2..eja pnggil ekin dr..terhari tengkiu juga dr.eja
good luck juga tuk eja
so nanti belajar elok2 taw..... jd doktor yang berpengang dgn ajaran islam so boleh latolong orang ok.....
aku doakan ko berjaya ye......
jgn lupa allah so allah takkan lupa kat kita....
ok syamin..tengkiu
gud luck utk ko juga..ir syamin
Catat Ulasan