"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 28 Februari 2010

Permulaan hari yang baik, insyaAllah :)

I have a dream, a song to sing,
To help me cope, with anything
If you see the wonder, of a fairytail
You can take the future, even if you fail
Assalamualaikum semua...
Tersenyum aku tatkala teringat lagu ini, dahulu aku kerap benar menyanyikan lagu di atas sambil menari gaya ballet di hadapan kaca televisyen. Semua orang punya cita-citakan. Manusia yang tidak bercita-cita selalunya tidak tahu apa yang dicari dalam hidupnya. Moga kita tidak begitu. Hari ini tanpaku sedar kita sudah melangkah ke 1 Mac (itupun selepas aku menonton Malaysia Hari Ini pada pagi tadi). Tarikh yang mungkin tidak memberi sebarang erti pada orang lain tetapi mungkin sedikit sebanyak memberi penangan kepada calon-calon SPM 2009. Hari yang dinanti-nanti bakal tiba. Aku tahu mereka semua juga sama seperti, perasaan berdebar-debar, rasa tidak sabar-sabar dan rasa tidak mahu tahu keputusan pun ada juga. Betapa pantas masa berlari.

Bengkak mataku ketika hendak lena semalam. Aku bangun tika dini hari. Aku bangun meyerahkan diri kepada sang pencipta. Bengkak lagi mataku. Aku teringat pesanan daripada seorang abang.

apa yang perlu ekin wat sekarang ni selalu minta pada Allah k, jangan wat benda Allah larang, pasti apa yang ekin nak akan tercapai sebab Allah ni segan sangat kalau dia tak memenuhi permintaan hambanya yang sungguh-sungguh.

Aku tahu saat ini tawakal yang aku perlu. Aku akan redha dengan segala keputusan SPMku kelak. Aku berharap keputusan SPMku kelak tidak akan mengecewakan hati ibu dan ayahku yang bersusah payah untuk ku selama aku hidup di dunia ini.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seingat-ingat aku aku memang gemar benar berkongi tentang kesedihanku, pada sesiapa jua aku rasa aku senang untuk mengatakan yang aku sedang bersedih. Bukan salahku, itu cara aku menzahirkan perasaan aku tapi aku jarang bercerita kepada orang mengapa aku bersedih. Jikalau ditanya juga, aku pasti seboleh-bolehnya tidak bercerita. Aku merasakan bukan semua insan itu boleh menjadi pendengar yang baik. Aku merasakan kadang-kadang sebab aku merasa sedih itu harus dirahsiakan. Hanya mereka-mereka yang tertentu sahaja yang aku selalu bercerita tentang kesedihanku.

“La Takhaf wa la Tahzan, Innallah ha ma’a na”
“Janganlah kamu takut dan jgnlah kamu bersedih hati , sesungguhnya Allah bersama-samamu”

kalimah yang pasti akan memujuk hatiku. Ayahku kerap benar menyuruh aku mengamalkan kalimah itu. Sebentar tadi aku baru sahaja tamat berbual dengan sahabatku di alam dunia maya ini. Aku memberitahunya aku agak manja dengan kedua orang tuaku memandangkan aku hanyalah dua adik beradik sebelum kedatangan adikku yang bongsu ketika aku berusia 15 tahun. Tiba-tiba dia terus menceritakan tentang kisah hidup dan keluarganya yang selama ini dia rahsiakan dan hanya sahabat baiknya sahaja yang mengetahui. Basah lagi mataku ketika membaca tentang kisah hidup dan keluarganya. Sebak rasanya jikalau aku di tempatnya. Aku menaburkan sedikit nasihat untuk dirinya. Semoga dirinya terus kuat. Aku tahu aku juga kadang-kadang tidak kuat tapi aku akan sentiasa ingat bahawa kekuatan itu tidak perlu dicari tetapi perlu dibina. Aku tidak boleh bercerita tentang kisah hidupnya kepada sekalian pembaca semua tapi cukuplah untuk aku katakan betapa hidup ini Allah aturkan dengan cukup cantik. Maka bersyukurlah sekalian kamu semua yang ada pada hari ini.

Jika kita merasakan derita yang ditanggung oleh kita hari ini sudah cukup untuk membebankan bahu, menyesakkan dada, dan mengusutkan akal fikiran. Renunglah dengan matamu, bukalah pintu hatimu, luaskan akal mindamu, lihat di luar sana, bahawa ramai lagi sebenarnya insan yang menderita di atas bermacam-macam penderitaan tetapi kita mesti tidak pernah kisah akan semua itukan. Sedang kita mengalirkan air mata atas alasan yang apa-apa kerana menyangkakan itulah sebenarnya derita hidup, ramai lagi yang mengalirkan air mata disebabkan memang benar-benar derita hidup. Mesti ramai yang akan berkata hidup selalunya tidak indah seperti apa yang diimpikan. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di siang hari dan bermacam-macam lagi. Tapi siapakah kita? Siapa kita untuk tahu takdir dan hikmah di sebalik tiap kejadian. Itulah lukisan Alam.

Allah berfirman:
“Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfudzh)? Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.” (QS. Al Hajj: 70).

Abdullah bin Umar Berkata, “Aku pernah mendengar Rasululah bersabda:
“Allah telah menulis (menentukan) takdir seluruh makhluk lima puluh ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi.” (HR. Muslim).

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
(sekadar renungan, lirik lagu Lukisan Alam oleh Hijjaz)

Gambar yang sempat kutangkap sebelum matahari menyembunyikan dirinya. Subhanallah..

Khamis, 25 Februari 2010

Apabila seorang anak Adam meninggal, al-fatihah untuk sahabatku


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati


Salam penghulu segala hari dan salam Maulidur Rasul semua..

Semalam tepat 12.11 malam telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej masuk daripada sahabatku, Khairi:

Shikin, I heard that Nizam meninggal. Need confirmation..

Aku terus terpinga-pinga sambil tanganku ligat mendail nombor sahabatku, Fifi untuk mendapatkan kepastian tentang mesej yang aku terima sebentar tadi.

Aku: Assalamualaikum Fifi, Ekin ni, sori ganggu hang, aku nak tanya betul ke Nizam dah meninngal?
Fifi: Waalaikumsalam ohh Ekin, a,aa petang tadi, dia eksiden, aku pun baru taw, aku baru balik kerja ni.

“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”

Saat itu aku terkedu, terdiam tiada tahu apa yang patut kubuat, mengalirlah mutiara jernih dari mataku. Terus kotak memori ku melayang sewaktu tahun 2004. Ketika itu aku masih di darjah 6, arwah gemar bergurau di tangga bersama Annas yang menaruh hati kepada sahabatku, Syamimi. Selepas 5 tahun, hujung tahun lepas aku berkesempatan bertemunya di majlis reunion sekolah rendahku. Aku rasa bersalah kepadanya kerana sebelum ini aku pernah berbalas SMS dengannya dan selepas itu arwah ada lagi mengirim SMS padaku.Tiada satu yang kubalas.(Aku malas dan sengaja ketika itu, jahatnya aku.)

**********
Bercakap soal kematian, aku pasti pasti ramai yang takut akannya, hatta mereka yang sedang bergelumang dengan maksiat sekalipun, kalau dibicarakan tentang kematian, azab kubur dan seksaan api neraka, pasti mereka akan takut, cuma sewaktu mereka sedang sedang melakukan maksiat itu, mereka terlupa langsung akan soal kematian. Tidak kurang juga segelintir manusia yang tidak pernah takut menghadapi hari kematian. Pernah terdengar diolog ini:
" Susah je hidup kat dunia ni, banyak betul masalah, mati lagi senang, tak de sape-sape nak kacau aku kat kubur." Sesenang manakah kehidupan kita selepas mati? Sesenang manakah kehidupan di alam kubur jikalau amalnya hanya boleh dibilang dengan jari tangan dan kaki? Bagaimana dengan certa-cerita ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah tentang dasyatnya seksaan di alam kubur dan di akhirat kelak bagi mereka yang melanggar perintah Allah. Jangan kata tentang azab sahaja, bagaimana nyawa kita akan dicabut nanti?

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”(QS. Ali Imran : 185).

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” (QS. Luqman : 34)

Di kawasan tempat tinggalku ini sahaja, sudah tiga orang berturut-turut pergi mengadap ilahi kerana sudah tentu ajal mereka sudah sampai. Berita kematian dalam kalangan orang tua itu sudah menjadi kebiasaan, tetapi aku ngeri jikalau yang meninggal itu orang muda. Betapa benar analogi yang pernah Rasulullah s.a.w (jangan kedekut, selawat cepat) berikan kata ayahku suatu ketika dahulu bahawa buah kelapa muda pun boleh gugur. Sungguh aku jarang benar menziarahi orang meninngal, kecil-kecil dahulu selalu juga, tetapi apalah yang anak kecil-kecil seperti aku ketika itu mengerti. Lagi tertanya-tanya di dalam hati ada lah., puas emakku nak menjawab semua soalanku.

"Asal ramai betol orang datang rumah tokwan aku ni."
"Eh ada pulak ramai orang mengaji baca al-quran keliling tok wan aku."
"Kenapa ayahku, makku, pak cik dan mak cikku menangis ni."
"Ayah, kakak nak ikut ayah pi kubur hantar tok wan," kataku pada waktu itu.
"Tak boleh, kak dok dengan emak," balas ayahku

Sejak besar ni pernah aku menziarahi kematian sepupuku dahulu. Aku pernah menceritakannya suatu ketika dahulu. Klik sini.

Sedekahkan Alfatihah ke atas arwah Zulhanizam Badrul Hisham atas pemergiannya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh2 orang yg beriman.amin.

Isnin, 22 Februari 2010

Aku cemburu melihatnya, air dicincang tidak akan putus

Assalamualaikum semua..
Kejap aku tengok berhabuk tak blog aku ni? Okey kot tiap-tiap hari aku bersihkan dengan bulu ayam. (pupuslah ayam-ayam tu semua, gara-gara manusia mengambil bulu-bulunya, tak pe haiwan tu senang nak dibiakkan, ayam tidak termasuk dalam haiwan yang perlu dipulihara dan dipelihara..bagi kat PERHILITAN pun kena reject.) Aku bukan juga hendak mengajarkan kamu semua peribahasa kerana aku bukan guru Bahasa Melayu. Puas aku memikirkan nasib Penaku Menari yang terabai selepas pulang dari percutiannya. Merajukkah aku? (Alasan yang direka-reka, padahal puas memerah otak, idea tak keluar-keluar juga, kawan-kawan dah tanya, bila nak update blog? Padahal blog mereka sendiri pun tidak berupdate..kuikuikui)

Sebentar tadi datang dua orang kanak-kanak ke kedaiku. Banyak je budak-budak kecik datang, beli gula-gula, keropok, segala macam lagi yang akan merosakkan gigi mereka tetapi aku tertarik dengan dua budak-budak ni. Kisahnya tentang seorang abang dan seorang adiknya perempuan. Aku mengagakkan abangnya berusia 6 tahun dan adiknya 4 tahun. Suka hati aku je, alaa terlupa pulak nak tanya budak-budak tuh. Maka si abang pun masuk ke dalam kedaiku. Kedai ayah aku sebenarnya, tapi ayah aku suka cakap ni kedai aku, okeylah tu. Si abang terus mencapai sebuku sabun basuh baju, pasti dipesan oleh ibunya, dia nak buat apa pulak dengan sabun tuh. Aku tersenyum. "Baiknya, dah la kecik dan comel, dengar cakap mak pulak tuh," aku bermonolog.
Firman Allah SWT: ' Janganlah kamu sembah kecuali Allah (a.w) dan kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik (kepada mereka) ' [Ayat 83, Surah al-Baqarah]

Aku pun segera membungkuskan sabun tersebut ke dalam plastik dan aku terpandang adik perempuannya. Dia tersenyum kepadaku lalu aku membals senyuman itu. memang kerja aku hari-hari lontarkan senyuman sahaja pada pelanggan yang datang ke kedai. ( Eh korang suka ke kalo masuk kedai tuh, tuan punya kedai masam je, mesti rasa nak hempuk dengan kerusi kan3x, tak pe aku mengerti situasi itu, jadi aku elakkan). Aku cuba untuk menjadi seorang yang murah dengan senyuman walaupun tak manis. Tiba-tiba si adik menarik tangan si abang dan membawa ke balang gula-gula. Haa, comelnya dua beradik ni. Maka si abang pun membayarkan gula-gula yang diambil oleh si adik sebentar tadi. Sehabis sahaja mereka membayar kepadaku, tanpa meraka sedari, aku mengintai mereka. ( aku memang suka buat kerja part time ni )

Ketika mereka hendak melintas jalan, si abang menghulurkan tangan kepada si adik lantas si adik menyambutnya. Terharu aku melihat abang yang masih kecil menunjukkan keprihatinan kepadanya yang mestilah lagi kecil daripadanya. Aku mebayangkan mesti ibunya telah berpesan, "Sat lagi nak lintas jalan, pegang tangan adik, tengok kiri kanan, tak da kereta, baru lintas jalan na." Mana aku tahu, aku agakkan saje. Setelah dilihat kiri dan kanan, tiada kenderaan, maka melintaslah dua beradik tadi. Aku buat apa? Aku masih memerhatikan mereka sambil berangan-angan. " Alangkah seronoknya kalau aku punya abang yang begitu prihatin dan penyayang sebegitu. pasti segala kemahuanku diturutkan."

Di dalam Islam, hubungan kekeluargaan adalah hubungan yang cukup akrab. Hubungan darah daging itu tidak terhenti setakat pada nama sahaja. Antara contoh-contohnya seperti adik beradik lelaki perempuan diharamkan nikah, tidak batal air sembahyang. Dalam urutan wali, saudara lelaki boleh menjadi wali kepada saudara kandung perempuannya. Begitulah eratnya hubungan adik-beradik kandung. Kita dilarang memutuskan silatur ahim sesama muslim, tambahan sesama saudara kandung sendiri.

Kata angan-angan, jadi yang tinggal hanyalah angan-angan. Tidak mungkin aku akan punya seorang abang lagi kerana aku anak sulung yang punya dua adik di bawahku. Kejap aku nak check diri kejap. Aku ini kakak yang baikkah? Rasanya macam tidak, tetapi aku cuba untuk menjadi kakak yang baik, kakak yang membantu adik-adiknya di dalam pelajaran, kakak yang sentiasa menasihatkan adik-adiknya kepada kebenaran, kakak yang boleh menggantikan tugas ayah dan emakku sewaktu ketiadaan mereka di rumah dan kakak yang sentiasa mendoakan mereka agar bahagia dan berjaya dunia dan akhirat. Kejap tiba-tiba aku rasa macam sayu. Aku suka benar menyakat adik-adikku.
Sewaktu aku di asrama, serius aku rindu mereka yang teramat-amat. Mereka juga begitu. jadi aku cuba manfaatkan waktu yang ada ini untuk bergurau-gurau manja sebelum aku pergi melanjutkan pelajaran ke.....( err tak dapat jawab, aku tak tahu sambung belaja mana lagi..hehe)

p/s: Hari ini sahaja aku sudah kurang pasti berapa banyak kali aku bersin, mengikut jangkaan aku yang belum sah menjadi doktor ini. Aku bakal demam, batuk dan selsema. Doakan semoga tidak tepat semua jangkaanku itu. Berapa botol dah aku minum air masak ni, tapi badan, mata dan hidung aku masih terasa panas.

HENDAK LIHAT GAMBAR-GAMBAR ADIKKU. NAMANYA MUHAMMAD HAIKAL HAKIMI.
GAMBAR AKU DAN ADIK KEDUAKU, LIHAT SAHAJA PADA ENTRY YANG LALU.. (",)
Dia baru berusia 3 tahun
Aku terasa seperti ingin mencubit-cubit pipinya
Ni kerja adik aku yang nombor dua, mencacakkan rambut haikal

Sabtu, 20 Februari 2010

Penaku Menari kembali bertinta..lajunya masa


Penaku Menari: Assalamualaikum, hai ekin, rindunya kat kau..

Aku: Wslm, eh ko dah balik, cepatnya, tak sampai seminggu..

Penaku Menari: Eleh aku tak de 5 hari pun kau dah meronta-ronta sebut nama aku kan?

Aku: Cis penipu giler..Mana ole-ole untuk aku?


Assalamualaikum semua..
Penatnya aku menanti penaku menari pulang dari percutiannya. Timbul penyesalan dihati kerana aku memberikan cuti kepadanya terlalu lama. (dia tipu aku, kata nak bagi buah tangan smapai ke saat ini senyap je, malas aku nak tanya) Mana mungkin aku menanggung segala cerita yang terbuku di hati dan mindaku. Mungkin dahulu aku punya ramai teman bicara tetapi kini lain pula rasanya, diari 2009 ku tempat untuk aku meluahkan segala-galanya sepanjang percutian blogku. (diari 2010 belum beli lagi la, nantilah tunggu aku sambung belajar dahulu)

Ada kebenaran kata-kata sahabatku itu. Kata-kata yang dahulu aku tidak pernah endahkan tetapi hari ini aku temui kebenaran itu. 'Hujan hati siapa yang tahu.' Sudah lama aku tidak mendengar khabarnya. Aku akur tanpa sedikit bantahan ketika keputusan dibuat. Untuk kebaikannya juga. Semoga Allah merahmatimu selalu. (hoi sila jangan salah faham)

"Barangkali kamu pernah mengabaikan sesuatu, dan hari ini kamu pula diabaikan"

Aku bangun dari tidurku dan aku buka mata seluas-luasnya. Syukur masih diberi kesempatan hidup di dunia yang hanya menjadi tempat persinggahan kita semua. Moga kita semua mampu mengutip banyak bekalan untuk menuju akhirat kelak tetapi kadang-kadang aku terasa payah dan berat kakiku melangkah. Aku bangkit juga meneruskan kehidupan. Banyaknya dosa aku sehari-hari.

Allah Maha Pengampun
Bukankah sahabat Rasulullah, Anas bin Malik pernah menyatakan, dia pernah mendengar Rasulullah berkata, "Allah berkata padaku, wahai manusia, selagi kamu berdoadan berharapkan padaku, selagi itu aku ampunkan dosamu dan aku tidak peduli betapa banyak dosa itu. wahai manusia, sekalipun banyaknya dosamu sampai menceah awan, apabila kamu meminta ampun, aku akan ampunkan. Wahai manusia, apabila kamu datang dengan dosa-dosa yang sebanyak yang menutupi muka bumi, tetapi apabila kamu datang kepadaku dengan tidak menyekutukan aku walaupu sedikit, aku berikan kepadamu keampunan sepenuh muka bumi."

Aku melihat lagi pada laju dan banyaknya kenderaan di atas jalan raya. teringat statu facebook sahabat yang meanalogikan lajunya masa berputar seiring dangan banyaknya kenderaan di atas jalan raya. Pejam celik-pejam celik pantasnya masa berputar, meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai dan teraba-raba dalam dunia fantasiku. "Andai dapat kuundurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula...." tetapi Imam Al- Ghazalipernah berpesan :

Yang jauh itu MASA,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang indah itu SOLAT.

Kalau ditanya bagaimana masaku sekarang, Aku merasakan jam hidupku sedang merangkak+berlari. Ingin tahu mengapa? Masaku merangkak kerana aku takut untuk mengetahui keputusan SPMku. Berlari kerana aku tidak sabar untuk mencapai usia 18 tahun dan menyentuh erti dunia luar yang sebenar. (Isha, ekin tak sabar nak rasa apa yang Isha sudah rasa)

Sedikit cerita tentang masa:
Pernah suatu hari ustazahku sudah kelewatan untuk ke sekolah dan dia khuathir jika tidak sempat sampai ke sekolah jikalau dia membaca al-Quran kerana jalan pastinya sesak. Namun ustazahku tetap memabaca juga al-quran dan alhmdulillah perjalanannya lancar pagi. Tiada kesesakan lalu lintas. MasyaAllah, hebat bukan.

Demi masa...Sesungguhnya manusia kerugianMelainkan...Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran...Ingat lima perkara, sebelum lima perkara, Sihat sebelum sakit, Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati...

Isnin, 15 Februari 2010

Warkah Penaku Menari


Salam buat pembaca-pembaca blogku,
Semalam penaku menari berbisik di telingaku sebelum tidur.
"Ekin, aku jeles tengok semua teman-teman bloggers kau yang lain bawa blog-blog mereka pergi bercuti, aku pun nak jugak."
Dalam hati aku," Ewah-ewah, mengada-ngada pulak dia ni. yeke, penipu je dia ni"
Maka aku menjawab, "Kenapa kau dah penat menulis ke? Okeylah aku bagi kau pergi bercuti, pergilah mana kau rasa nak pergi, jangan lupa bawa balik buah tangan untuk aku, pergilah tenangkan fikiran kau yang bercelaru tu."
Dia menjawab,(cis sudah pandai melawan tuannya) "A,aa, kau asyik tulis mengarut-ngarut je atas badan aku ni, Eh cop, fikiran siapa yang bercelaru sebenarnya, engkau atau aku?"
Aku berkata " Kau senyap, kalau tak aku tak bagi kau cuti. Mana ada aku okey je ni, tengah senyum. ngee~~"

Jadi aku tidak pasti lagi bilakah penaku menari akan pulang dari percutiannya. (Aku tak pergi bercutilah, blog aku je, sape nak jaga kedai kalo aku pegi bercuti..dia pergi mane? Adalah, rahsia..adoiyai) Nantikan sahajalah. Aku sedang mendengar lagu Semalam dendangan kumpulan Mirwana. Jadi aku tinggalkan korang semua dengan lagunya tetapi dinyanyikan oleh kumpulan Muslim Voice. Aku suka mendengar nyanyian mereka kerana gemar membawa nasyid dalam versi acapella. Trimas aku ucapkan kepada Muhammad Firdaus. (aku rase dia x sempat baca ni, sibuk bekerja katanya.)



Semalam...
Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam
Sedetik...
Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi
Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa
Moga
hari esok ku lebih sempurna
Semalam...
Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam
Ku tinggalkan semalam
Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga esok ku kan lebih sempurna
Semalam
Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam
Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh
Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...

Ahad, 14 Februari 2010

Al-kisahku

Assalamualaikum semua..

Ayah: Kakak, ayah pi solat Jumaat sat, kak jaga kedai ok, sat lagi ayah habis solat, ayah mai balik.
Aku: OK, nanti ayah mai balik na.


Alkisah bermula pada hari Jumaat yang lalu, seronok aku melihat semua kaum-kaum bapa, pemuda-pemuda dan anak-anak lelaki semuanya berpusu-pusu ke Masjid Al-Ridwaniah bersebelahan kedaiku. Pelbagai ragam dapat kulihat, ada yang berserban, berkopiah, bersongkok, berjalan kaki, berbasikal, yang memandu kereta, yang sempurna dan yang kurang sempurna. Semuanya bersemangat menuju ke masjid untuk untuk memunaikan solat Jumaat.
Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar.
Tiba-tiba, aku ternampak dua orang pemuda berusia dua puluhan ( aku agak la ). Dalam hatiku tertanya-tanya, "Tak pi solat ke abang-abang ni, dengan rambutnya warna macam bulu ayam kat sekolah aku." Maka aku lupa seketika tentang mereka, khusyuk aku mendengar khutbah (masjid tu pasang speaker luar la). Dalam hati aku terfikir lagi, untungnya jadi laki-laki sebab kalau kalian malas sangat nak pergi dengar ceramah agama dan solat berjemaah, setidak-tidaknya dalam satu minggu ada satu hari kalian akan mendengar khutbah dan bersolat jemaah. Kemudian aku ternampak kembali dua pemuda tadi. "Lah tak solat rupenya. Adoi dah besar gini malas nak pergi solat ke? macam mana nak jadi ketua keluarga nanti, habis satu family tak betul sebab nahkoda kapal suka benar tinggal kewajipan agama" tapi semua tu dalam hati sahaja, tak berani pula aku nak pergi tegur nanti tak pasal-pasal aku yang kecil ni ditempeling.

**********

Alkisah hari ini cuti sebab Tahun Baru Cina, tetapi waktu-waktu sebeginilah orang-orang Melayu sibuk meyusun agendanya untuk mengadakan kenduri kahwin. Maka hari ini sahaja aku ke dua buah rumah, banyaknya aku makan. Kalau orang jemput kita wajib pergi.

Menurut islam, hukum memenuhi undangan ke kenduri kahwin adalah wajib. Sebagaimana Rasulillah s.a.w berkata dengan bermaksud, Apabila seorang daripada kamu di undang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya,” (Riwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim)


**********

Alkisah lagi.. apa Valentine Day? Sesungguh Islam itu punya identitinya yang tersendiri kerana di dalam Islam, setiap hari itu ialah hari berkasih-sayang kerana fitrah setiap manusia itu ingin mencintai dan ingin dicintai. Semua maklum akan Valentine Day itu sempena apa dan mengapa ianya disambut? Banyak cerita dan versi yang kita dengar bukan? ( kalau tak pasti carilah kat internet) Jadi tidak usahlah kamu smua meniru amalan orang kafir itu kerana agama kita ini sangat sensitif dengan perkara-perkara yang berkait dengan akidah. "Jikalau kamu mencontohi sesuatu kaum itu maka kamu tergolong dalam kaum itu." Maka haram hukum menyambutnya. Jangan contohi budaya negatif barat sebab otak mereka karat.

Khamis, 11 Februari 2010

Mahu berkongsi kegembiraan bukan kesedihan

Salam penghulu segala hari

Semalam aku di kedai duduk sambil mendengar radio IKIM. Kebetulan aku tidak membawa lap top dan hanya siaran radio IKIM sahaja yang line clear. Maka pada petang itu aku mendengar ceramah motivasi dari Dr Mohd Asmadi. Beliau menyatakan bahawa masyarakat pada zaman ini bukan lagi masyarakat pada zaman dahulu. (Aku mengangguk di dalam hati). Mengapa? ( Aku menjawab di dalam hati). Masyarakat pada zaman kini sudah mula mementingkan kejayaan di dalam peperiksaan. ( Aku mengiakan di dalam hati). kalu tidak percaya katanya lagi, cuba lihat situasi pada hari ini, bila mana keputusan UPSR, PMR, dan SPM keluar. Jiran tetangga kanan kiri depan belakang sibuk menanya, Pak Long Mak long, Pak Ngah Mak Ngah sibuk menelefon, nenk dan atuk di kampung juga. Semuanya tidak mahu ketinggalan ingin mengetahui keputusan yang diperoleh. ( Aku mengiakan berkali-kali di dalam hati). Tak usah pandang jauh-jauh, emak dan ayahku juga begitu.

Sedikit diologku di kedai ayah:

pakcik 1: kak long bila hang nak pi overc?
aku: tengah dok tunggu result, tak taw lagi.
pak cik 1: hang boleh punya, pak cik doakan hang berjaya

aku: ok pak cik , amin

pak cik 1: malam-malam, hang bangkit buat smbahyang tahajud, minta pada Allah, doa banyak-banyak, pasti dia bagi
aku: (tersenyum) insyaallah

pak cik 2: kakak dah abis sekolah dah?
aku: dah, dok tunggu rsult spm
pak cik 2 : oh blaja elok-elok, ni pak cik dok kerja kuat untuk anak pak cik
aku: dia blaja mana?

pak cik 2: dia wat medic kat bali, indon

aku: yeke, (aku teruja) pak cik, saya nanti kalau boleh nak wat medic jugak
pak cik 2: oh insyaallah boleh punya


Mungkinkah ini yang orang katakan sikap orang melayu yang suka menjaga tepi kain dan jikalau anak seseorang itu tidak cemerlang, maka bolehlah diumpat-umpat dan dijadikan bahan cerita untuk pengetahuan jiran sekampung.Seperti firman Allah:

"Dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya." (al-Hujurat: 12)

Tidaklah cuba kita memandangnya dari sudut positif. Mungkin dengan bertanyakan keputusan peperiksaan itu, maka dapatlah kita berkongsi bersama-sama kegembiraan yang kita kecapi teapi jikalau sebaliknya keputusan yang kita perolehi, mungkin nanti ramai yang akan cuba menasihati dan memotivasikan kita agar jangan berputus asa.

Semoga nanti aku berkongsi kegembiraan, aku tidak mahu berkongsi kesedihan.Semoga aku lulus dengan begitu cemerlang dalam keputusan yang akan keluar pada !@#$% (aku tak tau tarikh keluar result, banyak sangat yang aku dengar, ade sesiapa yang tahu?)

PENAKU MENARI MELAKARKAN ...

Aku selalu nampak langit tapi langit tu jauh dari aku. Aku selalu nampak bintang tapi bintang itu jauh dari aku. Pabila aku nampak sang rama-rama yang cantik, aku ingin menangkapnya tetapi rama-rama itu lari dari aku. Menangislah aku seorang diri...

Dari semalam aku mencari bintang tetapi tak kunjung tiba, mungkin aku yang tidak bersungguh-sungguh mencarinya, hari ini aku terus menunggu dan aku bersungguh-sungguh mencarinya, tetapi bintang itu seperti tidak pernah kisah akan pencarianku..mungkin, aku perlu berhenti mencarinya, berhenti dan noktah pencarianku juga segalanya..mungkinkah?

SOB..SOB WISH ME LUCK NAK PI AMEK TEST UNDANG2 NI

Rabu, 10 Februari 2010

Berniaga minat dan kerjayaku

Assalamualaikum semua
Rutin harianku kini bertukar..Aku bukan lagi surirumah sepenuh masa.Aku kepenatan hari ini. Sungguh aku tidak berdusta tetapi aku seronok sangat-sangat. Hari ini kedai runcit kecil-kecilan ayahku telah dibuka dan aku telah memulakan kerjaya sebagai cashier. Memandangkan hari ini hari pertama, banyak sedikit kerja sampingan yang aku buat. (tandakan harga pada barang-barang, susun barang-barang dan bla..bla..). Kepenatanku hilang bila melihat ramai pelanggan yang datang ke kedai ayah. Alhamdulillah.Sebenarnya minat berniaga aku diwarisi dari ayah. Sejak aku kecil lagi, ayah memang sudah berniaga. Itulah punca rezekinya selama ini yang menyara hidup kami sekeluarga selain daripada wang gajinya. (sob..sob..sayu kejap). Sebenarnya ayah ada buat bisnes lain, jadi kedai runcit ini hanya sebagai sampingan. Terisi juga masa lapang aku selepas SPM ni.

Pagi tadi aku berkira-kira apabila melihat kedai ayah. Kedudukannya sangat strategik untuk dimajukan memandangkan sekelilingnya adalah kawasan perumahan kampung, disebelah kiri kedai terdapat kedai makan, dan disebelah kanan terdapat tempat lepak orang-orang masjid dan sebuah masjid yang cantik. ( aku suka reka bentuknya, masjid baru tuh). Ada banyak sekolah ( sek rendah, sek men, sek rendah ag, sek men ag ) yang berdekatan dan tempat menunggu bas untuk pekerja-pekerja kilang. Memang menjadi laluan orang ramai. Alhamdulillah aku tak menang tangan tadi. Sepanjang hari ini kerjaku melontarkan senyuman yang paling manis aku boleh buat dan beramah mesra dengan pelanggan. Aku sentisa ingat apa yang mak aku pesan "jangan lupa senyum dan ucap terima kasih." Senyum itukan sedekah.

Seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

adik 1: wah cepat kakak kira..(aku tersenyum)
aku: hangpa tingkatan berapa?
adik 1: tingkatan 1

aku: ohh ade ko-Q ek kat sekolah?
adik: a,aa, pi dulu kak aku: ok datang lagi.
pak cik 1: wah ada kedai baru, macam-macam ada,beras, tepung gula, susu tin, lepas ni, x yah la pak cik pi kedai jauh-jauh.
aku: (ketawa kecil, senyum sambil menganguk) a,aa

Sebenarnya banyak lagi, aku suka berbual dengan pelanggan, mereka semua juga mesra rakyat, aku lagilah mesra rakyat. Memandangkan mataku sudah kuyu, aku sudah tidak mampu menaip lagi, nanti sahaja ok..Lihat sahaja telatah aku di kedai, bersama tudungku yang sudah serabai dan mukaku yang berminyak..

Ketahuilah 9/10 punca rezeki itu datangnya dari perniagaan. Semoga Allah melimpahkan rezeki terhadap perniagaan ayahku.

(gambar sebahagian kedai yang kecil-kecilan sahaja..nanti aku uploadlah lagi..malas nak upload)
p/s: tengkiu dan sayang emak sangat-sangat, bawakkan kakak nasi, nak nyanyi, ibu ibu, engkaulah ratu hatiku..

Ahad, 7 Februari 2010

Aku sudah pandai masak

Assalamualaikum..

Post mengejut tentang lambatnya aku tersedar...hehe ..Sebenarnya aku nak bagitau sesuatu yang sebentar tadi, aku sudah berjaya masak Kari Kepala Ikan. Makanan kegemaran ayah aku. Kesian aku kerana baru tersedar yang selama cuti ini dan tinggal di rumah, sehinggalah hari ini (sudah masuk hari ke#$%..bilang sendiri aku malas mau bilang) aku baru tersedar yang selama ini aku masuk ke dapur, entah apa yang aku dapat. Setiap hari aku masuk dapur yang aku tahu kerjaku ialah tukang tumbuk bawang dan cili, tukang blender bawang dan cili. tukang gaulkan apa yang patut digaul, tukang kacau apa yang patut dikacau, dan lain-lain yang aku kira itu sebagai membantu emakku di dapur (dah macam pembantu dapur kan..hehe). Hari ini mencatat sejarah yang aku bukan lagi membantu emakku memasak a.ka. pembantu chef tetapi aku sendiri yang masak. Tak percaya, telefon la mak aku.

Sebenarnya aku tidaklah kuno sangat sampai tak pandai memasak langsung. Banyak kali je aku masak selama ni tetapi setakat lauk yang simple-simple jelah.Contohnya, sambal ikan bilis, masak kicap,tomyam dan adalah lagi sebab aku memang suka gila memasak. Rancangan masakan kat tv tuh pasti akan aku tonton. Jangan risau walaupun chef terbaik dalam dunia ini lelaki yang memegang gelarannya. Hakikat kebenaran hidup masakan emak korang jugakan yang terbaik dan menjadi pilihan kan dan aku sudah menemuramah banyak chef -chef lelaki, apabila mereka pulang ke rumah, masakan isteri mereka juga yang pasti mereka cari. Jadi hebatkan kaum wanita.(jangan geleng kepala, angguk je, kalau tak, lepas ni jangan makan dah apa yang mak korang masak..hehe)

MyEm0.Com

Itulah manusia, suka sangat lambat tersedar dalam hidup tetapi walaupun kadang-kadang kita juga terlambat, sekurang-kurangnya kita kena belajar untuk bersyukur padaNya kerana masih lagi menyedarkan kita. Itu tanda kasih dan cinta Allah pada kita. Lihatlah sahaja di dunia luar, berapa ramai manusia yag masih belum sedar-sedar, yang tak akan sedarkan diri dan yang ke arah ketidaksedaran diri. Bahaya itu kan? Aku nasihatkan bila kita sudah tersedar untuk melakukan sesuatu kebaikan itu jangan ditangguh-tangguh lagi. Jangan disoalkan tentang dosa-dosa kita yang lepas itu ibarat gunung atau keliru dengan persoalan mahukah Allah menerimanya taubat kita dan mengampunkan dosa kita.Sesungguhnya Allah telah berfirman:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
" Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan"(Asy Syuura:25)
غَافِرِ الذَّنبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ
" Yang mengampuni dosa dan menerima taubat lagi keras hukuman-Nya; Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali (semua makhluk)." (Al-Mu'min : 3)

Jumaat, 5 Februari 2010

Kiriman yang tidak berbalas

Salam semua..

Masuk hari ini sahaja, sudah tidak terbilang lagi berapa banyak kiriman SMS dari rakan-rakanku dan nombor yang aku tidak kenali yang aku terima. Sejak dari hari itu ( tarikh yang tak kuingati ) sehinggalah hari ini, semua kiriman SMS tidak kubalas. Sombongkah aku? Mana mungkin. Aku selalu teringat kata-kata ini. Pabila kamu terbang tinggi di awan biru, sekali sekala pandanglah apa yang ada di bawah dan apabila tiba masanya untuk kamu pulang. Maka pulanglah.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan kamu tidak akan mencapai setinggi gunung.” (Surah al-Isra’, ayat 37)

Jelaskan pada kita bahawa perbuatan sombong itu tidak mebawa sebarang manfaat kepada kita. Kesombongan hanya akan merosakkan pergaulan dan merenggangkan pertalian juga dalam konteks yang besar sedikit, akan memecahkan perpaduan. Jangan merasa terlalu gembira dengan kebahagian hari ini sebaliknya bersyukurlah.
MyEm0.Com
Kebenaran di sebalik ceritaku ini sebenarnya, aku kehabisan kredit dan sekian lama aku malas untuk topup semula. Aku amat mengharapkan mereka memahamiku bukan kerana aku sombong dan bukan bermaksud aku sudah melupakan mereka. Aku tahu salahku kerana bila setiap kali emak dan ayahku bertanya sama ada aku mahu topup atau tidak. Jawapanku pastinya " Tak pa lah mak/ayah, nanti-nantilah." Sebenarnya itu sahaja cara untuk aku berpuasa bersms sekejap tetapi yang menjadi mangsa rakan-rakanku kerana aku tak membalas SMS mereka. Perasaan kasihan muncul apabila pengirim yang sama kerap kali menghantar SMS tetapi perasaan malas aku itu lebih tinggi sedikit peratusnya berbanding perasaan kasihanku. Semoga hari ini aku tergerak hati untuk topup handphoneku.


P/S: Semalam sahaja dari pagi sehingga ke malam aku asyik berfikir perkara yang sama. Kehulu ke hilir aku ke mari. Aku temui jawapan yang berbeza. Aku sendiri pun pening. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berdiam diri dan memandang dari jauh sahaja. Apakah perkaranya?Biarlah rahsia. Itulah aku, kuat benar berahsia.

Rabu, 3 Februari 2010

Open our eyes, our hearts, and minds

Assalamualaikum semua..

Sebenarnya aku kebosanan duduk di rumah ini. Jadi kerjaku mengadap laptop setiap hari. Aku tahu andai laptop ini boleh bercakap pasti dia akan menjerit padaku " Aku bosan melihat muka kau sahaja." Puas aku membelek-belek facebookku dan blogku. Aku beralih pula ke blog ustaz-ustaz dan laman web iluvislam untuk mendapatkan serba-sedikit ilmu kerana agaknya mindaku ini telah tumpul kerana tidak kerap diasah dan aku terus berjalan ke blog-blog yang lain. Aku memandang sepi pada buku undang-undang Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP). Bilakah agaknya aku hendak khatamkan buku itu, baru setengah yang berjaya aku telaah, risau pula aku jikalau tidak lulus ujian itu. Aku malas mahu mengulangi ujian itu. Doakan aku lulus sekali ujian sahaja.

Aku kira kerana kebosanan ini maka aku mencari kerja yang aku tidak tahu berfaedah atau tidak. "Ya Allah, ekin kau dah tak boleh berfikir ke?" Tidaklah mungkin juga aku boleh katakan tiada kerja dan aku sahaja mencari kerja. Sebenarnya baru aku perasan dalam diri aku tentang sesuatu. Aku mempunyai semangat ingin tahu (semangat inkuiri) yang sangat tinggi. Ya, sungguh aku perasan tuh. Pada hari ini sahaja, aku telah cuba menyelongkar tiga perkara yang sebelum ini aku belum tahu menahu dalam dunia maya ini juga tetapi daripada tiga perkara yang aku cuba selongkar itu hanya satu perkara yang aku temui jawapannnya. Biarlah rahsia.

"Barang siapa yang mengenal dirinya sendiri (Kenalilah Dirimu), bererti dia mengenal Tuhannya."

Pentingkan semangat ingin tahu kerana bila seseorang berasa ingin tahu maka dia akan berusaha untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk mengetahui apa yang ingin diketahui itu. Kebenarannya sudah lama terbuktikan. Aku mengandaikan , jikalau seorang guru sejarah itu sibuk bercerita tentang sejarah dunia yang tiada di dalam sukatan buku teks Sejarah. Sebaliknya pelajar-pelajar itu langsung tiada perasaan untuk ingin tahu apa yang di luar buku teks sejarah kerana apa yang sudah terkandung di dalam buku sudah cukup untuk memeningkan sekalian pelajar. Aku pasti dan mesti kamu semua juga pasti tidak tersampai cerita yang diceritakan oleh guru itu. Aku kira itu boleh dianggap sebagai satu displin ilmu yang perlu ada dalam diri kita untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan kita.


Dunia remaja kita juga boleh aku katakan dunia yang kita mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Itu sebab terjadinya bermacam-macam perkara dalam dunia akhir zaman hari ini. Ya, aku kira semua faham akan senario yang aku cuba katakna itu. Wahai sekalian pembaca blogku yang budiman. Kamu semua dikurniakan akal bukan, jadi gunakanlah akal kurniaan ilahi itu sebaiknya. Akal manusia itu jikalau digunakan dengan sebaik-bainya pasti mendatangkan manfaat. Semangat inkuiri yang akan melahirkan keberanian itu seharusnya kita gunakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Sewajarnya perkara yang baru itu biarlah ke arah positif pada diri, keluarga, negara, agama dan bangsa.

" Sesungguhnya, seburuk-buruk manusia melata di sisi Allah ialah mereka(manusia) yang tuli dan bisu, yang tidak menggunakan akalnya(la ya'qilun). [QS. Al-Anfaal/6:22]

Jika tidakkan semangat inkuiri ini lahir sejak zaman dahulu kala lagi, manakan lahirnya Kerajaan Islam yang hebat dan gilang gemilang itu, tokoh-tokoh ilmuwan yang sungguh bijaksana akalnya, dan harus ingat juga tentang masyarakat Eropah yang bangkit dari Zaman Gelapnya.
Dunia hari ini juga banyaklah penemuan baru dari individu, mahasiswa dan mahasiswi, saintis-saintis dan pelbagai lagi yang tidak perlu aku katakan. Kamu semua tahukan. Kerana apa semua ini? Dunia hari ini telah lahir ramai tokoh-tokoh pemikir dan ilmuan yang mana kerjanya memerah otak untuk memikirkan apa yang tebaik untuk masa hadapan.

Isnin, 1 Februari 2010

Ketika cinta bertasbih, Tuhan beri aku cinta, Ku menanti cinta

(Sebahagian OST Ketika Cinta Bertasbih)
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Assalamualaikum semua...
Setiap hari aku membelek-belek blogku, otakku sudah kepenatan memifirkan apa jua mahu kusumbatkan ke dalam blogku ini. Sedih aku lihat kerana tidak berupdate. Jikalau post terdahulu (klik sini) aku pernah bercerita tentang filem Ketika Cinta Bertasbih dan kini muncul pula sambungan dari filem itu, Ketika Cinta Bertasbih 2. Semalam jua kukhatam menonton cerita itu di You Tube (klik sini). Terima kasih aku ucapkan kepada Kak Rusyie. Sudah tak terkira berapa kali aku menitiskan air mata, aku sedih melihat banyak betul dugaan yang menimpa Abdullah Khaerul Azzam (watak utama). Akhirnya memang sudah tertulis jodoh olehNya bahawa Abdullah Khaerul Azzam bersama Anna Althafunnisa. Bersama ini aku sertakan sinopsis buat mereka yang berminat untuk menontonnya:

Sembilan tahun berpisah dengan ibu serta adik-adiknya membuat kepulangan Azzam dari Kairo memiliki sensasi yang luar biasa. Kerinduan yang meluber dari dadanya begitu menggelegak. Rindu kepada keluarga, rindu kepada negeri tercinta, rindu kepada senyum-senyum yang kerap semringah dari penduduk negerinya, meski dalam keadaan paling menderita sekalipun, membuatmua bergairah melangkahkan kaki di lantai bandara.
Lulus S-1 dari sebuah perguruan tinggi yang memiliki pengaruh wibawa “kealiman”, tidak menyebabkan Azzam mendapat kemudahan dalam segala urusan. Dia bahkan gamang untuk mendapatkan pekerjaan yang pas. Belum lagi cibiran tetangga yang mengira bahwa lulusan Al-Azhar University otomatis menjadi kiyahi, atau ulama besar. Itu kenapa Bu’e Malikatun, sang ibu menjadi gelisah, bahkan menyuruh adik Azzam, Husna untuk mencarikan pekerjaan, apa saja yang penting asal kesannya bekerja, keluar dari rumah. Dengan latar belakang pengalaman berwirausaha selama di Mesir, Azzam pun tidak patah semangat untuk membangun usahanya sendiri.
Tetapi bagaimana dengan menikah, hal yang selalu disinggung oleh ibunya. Wanita yang ia dambakan, Anna Althafunnisa telah dipinang sahabatnya sendiri. Sedangkan dengan Eliana yang jelas-jelas menaruh hati padanya belum bisa ia terima, karena ia masih mendambakan wanita muslimah. Azzam pun berusaha mencari tambatan hatinya, walaupun cukup banyak hambatan yang ia hadapi, yang kemudian membuatnya hampir putus asa. Bagaimanakah kelanjutan perjalanan cinta dan hidup Azzam ?..
Lalu bagaimana nasib pernikahan Anna & Furqon, mengingat Furqon masih menyimpan rahasia besar dalam hidupnya ?.. Akankah Eliana tergerak hatinya untuk menjadi wanita muslimah seutuhnya dan mendapatkan cinta Azzam ?..

Sebenarnya aku sendiri belum berkesempatan membaca novelnya atau mungkin juga dengan lain katanya, aku malas. Penatlah mencari novel di kedai-kedai buku tetapi tidak juga kutemui kerana kehabisan stok. Mana tidaknya novel ini sudah lama keluar di pasaran. Aku sahaja yang baru terkedek-kedek mahu membelinya..hehe..tetapi tidak mengapa bagi mereka yang ingin mebaca novelnya tanpa mahu membelinya (klik sini).

CERITA ISLAMI YANG SUNGGUH MEMBANGUNKAN JIWA PEMBACA NOVEL DAN PENONTON FILEMNYA !!