"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Selasa, 17 Mac 2009

Mungkinkah Ajal Kita Esok


Ingin aku berkongsi suatu cerita duka yang terjadi keatas diriku.Moga menjadi iktibar kepada semua.Ahad lalu, ayahku menerima panggilan dari kampung yang mengatakan bahawa kezenku hilang gara2 lemas mandi di tasik.Selepas beberapa ketika, panggilan kedua menyusul yang mengatakan bahawa pihak penyelamat telah menjumpai jenazahnya.Kalimah innalilahi wainalilahi rojiun terus meniti di bibirku.Aku terus bersiap untuk pulang ke kampung.Aku nekad ingin membaca surah Yassin kepada arwah.Yassin sebesar saiz poket telah pun kuletakkan di dalam tas tanganku.Sesampai saja di rumah, orang ramai berkumpul di hadapan rumah dan aku terus bersalam dengan mereka yang lebih tua dariku.Ayahku terus memanggil aku untuk melihat jenazah.Sebaik sahaja melihat jenazah yang telah dimandikan itu (muka jenazah yang pucat,hidung yang telah disumbatkan dengan kapas dan diikat kepala) aku terus menjadi kaku.Aku tidak mengerti, perasaan apa yang telah menyelinap di dalam hatiku.Segala kata2 ustazku terngiang di telingaku."Kematian itu pasti akan tiba".


“Bersabarlah engkau hari ini, mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan ataupun pada umur yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini? Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi”



Aku tidak menyangka arwah yang baru sahaja berusia 16 tahun itu pergi meninggalkan kami dahulu. Benarlah analogi mengapa buah muda jua boleh gugur.Itulah diibaratkan,manusia yang muda jua pasti akan pergi.Hati aku menjadi sangat sebak.Aku terbayangkan segala siksaan yang telah dijanjkan Allah buat mereka yang tidak beriman.


Aku bimbang..amat bimbang

Imanku masih terumbang-ambingKetika aku di dalam kubur..

adakah orang yang akan mendo'akan?

Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an

Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan

Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?

Hilang aku dari pandangan..

hilanglah aku dalam kenangan.

Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?

Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome..

Aku bimbang..sangat bimbang..

Amal ibadahku sangat berkurang

!WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang



Aku tidak dapat membacakan yassin kepada arwah kerana terlalu sebak.Kutahan kolam air mataku ini.Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, kolam air yang tanggung sebentar tadi, tidak dapat ku tahan lagi,maka gugurlah air mataku..


Sedekahkan Alfatihah ke atas arwah Muhammad Ridzuan atas pemergiannya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh2 orang yg beriman.amin.


0 comments: