"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Isnin, 28 Jun 2010

Bila hati dan akal tidak sehaluan

"Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."

Salam alaik semua sahabatku..
Sudah masuk tiga hari aku di rumah selepas pulang dari pre medic dan sudah masuk tiga hari juga aku kerap benar menatap PENAKU MENARI tanpa mempunyai sedikit perasaan pun. Sahabat-sahabat sudah mula bertanya bilakah aku mahu mengupdate blog. Bukan aku tidak terlintas di hati ini untuk mengupdatenya tetapi aku ketiadaan mood. Namun setelah berfikir sejenak, aku gagahkan diriku untuk menaip juga. Aku rindu untuk bercerita itu dan ini di blogku sendiri.

Aku tidak sedih sebaliknya aku gembira dapat berjumpa dengan ahli keluargaku dan sahabat-sahabat (di facebook). Bukanlah aku putus cinta akibat cinta adam dan hawa kerana belum tiba masanya. Cuma ada sesuatu yang cuba untuk meyekat kegembiraanku itu. Cukuplah aku katakan yang saat ini hati dan akalku sedang bergelut sesama sendiri. Masing-masing ingin menegakkan benang yang basah. Aku tersepit di antara mereka .(korang sila bagi tazkirah atau motivasi pada aku)

Manusia memang mudah begitu. Bila hati dan akal tidak sehaluan bermacam-macam perkara yang boleh kita lakukan. Misalan akal memberitahu bahawa perkara yang bakal kita lakukan itu adalah salah, namun hati menentang apa yang disampaikan akal. Itu yang terjadi pada masyarakat kita sekarang, mengetahui akan perihal tindakan itu salah namun hati mereka berkeras untuk melakukannya juga. Maka terhidanglah segala maksiat yang ada di dada-dada akhbar dan di kaca telvisyen.

Dalam sebuah hadis rasulullah juga telah dinyatakan sepertimana ramai di antara kita yang telah mengetahuinya tentang seketul daging iaitu hati yg menentukan baik atau buruk seseorang itu.

RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati.. "



Memandangkan aku baru sahaja pulang dari pre medic. Ingin aku bercerita tentang kisah hidupku sepanjang dua bulan aku di Universiti Putra Malaysia. Kenangan bersama sahabat-sahabat dan pensyarah-pensyarah tidak mungkin aku lupakan. Sewaktu di sana aku seakan-akan mengerti kekangan waktu yang selalu diceritakan oleh senior-seniorku yang belajar dalam bidang perubatan.

Namun aku berasa amat seronok sekali kerana inilah impianku sejak dari kecil lagi. Aku masuk ke makmal anatomy dan belajar menggunakan mayat(cadaver). Itulah pertama kali dalam sejarah hidupku, aku begitu berani untuk mengorek segala apa yang ada dalam cadaver untuk belajar segala sistem badan manusia yang telah dipelajari oleh pensyarah. Kenangan terindah semasa aku sibuk mengorek belakang liver kerana ingin mencari gall blader dan aku sibuk mengorek perut cadaver nak cari spleen.

Pagi dan petang sibuk mendengar apa yang dikatakan oleh pensyarah. Selepas tamat sesi kuliah pagi dan tutorial di sebelah petang. Aku bergegas pula ke bilik tutorial sekali lagi untuk kuliah arab ammiyah yang diajar oleh seorang pensyarah yang berasal dari Iraq. Sangat menarik untuk aku katakan tentang bahasa arab ammiyah ini kerana terdapat sedikit perbezaan dengan bahasa arab fushah yang pernah ku pelajari di sekolah dahulu. Contoh terdekat yang boleh aku berikan ialah:

Bahasa Melayu: Apa khabar?

Bahasa Arab fushah: Kaifahaluka ?(L)/Kaifahaluki ?(P)

Bahasa Arab Ammiyah: Izaayak? (L)/ Izaayik? (P)

Pada malam harinya, kami akan ke surau untuk solat berjemaah dan perkara wajib selepas solat berjemaah ialah sesi tazkirah. InsyaAllah majlis-majlis ilmu itu adalah salah satu dari taman-taman syurga. Maka banyak juga ilmu yang dapat ku korek dari sahabat-sahabat yang tentunya ilmu agama mereka lagi tinggi. InsyaAllah akan diselitkan untuk perkongsian-perkongsian akan datang. Dah panjang berjela aku mengarut, baik aku berhenti menaip.

Semalam adalah kenangan,Hari ini adalah kenyataan,Esok Adalah Impian,so,Lupakan Kenangan. Hadapi Kenyataan,Realisasikan Impian...

p/s: Mesti bosan kan baca entry aku kali ni. Aku sendiri yang baca pun rasa bosan. Sila nantikan next entry. InsyaAllah menarik.