"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Selasa, 27 Julai 2010

ummi wi abi

Salam Syaaban buat semua...

AMARAN!! Gambar-gambar di bawah tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hanya sekadar gambar hiasan yang telah diculik melalui Encik Yahoo dan Puan Google.

Mari kita semua membawa minda kita semua meneroka pada 40 tahun atau 50 tahun yang akan datang. Mereka-mereka yang dahulunya cantik dan comel-comel, tampan dan gagah perkasa belaka, pastinya tidak lagi sedemikian rupa.Kenangan-kenangan itu semua akan hanya berada di dalam lipatan sejarah. Ketika itu, kita sudah tentu mempunyai sebilangan anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu.
Tidak mustahil bukan suatu hari nanti kita akan berkeadaan seperti nenek ini. Garis-garis tua dimukanya menceritakan segala-gala. Suka dan dukanya, perit dan jerih membesarkan anak-anak selama ini.

Adakah kita akan menjadi sperti datuk dan nenek di atas yang bahagia bersama sehingga kini kerana telah berjaya membesarkan anak-anak sehingga kesemuanya sekali berjaya dan menjadi insan-insan yang berguna?
Apakah nanti apabila tibanya musim raya, rumah-rumah kita akan dipenuhi dengan gelak tawa dan senda gurau anak, menantu dan cucu kita yang pulang beraya ke kampung halaman ?
Atau mungkinkah suatu hari nanti, apabila anak-anak kita sudah berjaya. Mereka tidak mahu lagi menjaga kita lalu menghalau kita keluar dari rumah kerana kita telah menyusahkan mereka. Di tepi-tepi jalan hari ini, masih kelihatan lagi warga emas yang terbiar. Dimanakah anak-anak mereka?
Bagaimana dengan saban tahunnya statistik yang menunjukkan bilangan warga emas di rumah orang-orang tua kian meningkat? Dimanakah letaknya akhlak anak-anak mereka yang kononnya bergelar seorang doktor, peguam, usahawan, pensyarah, akauntan dan lain-lain lagi?
Sanggup kita anak-anak membiarkan orang tua kita di rumah warga emas menanti kedatangan kita terutama apabila tiba musim perayaan. Benarlah kata orang tua-tua, seorang ibu mampu mengandungkan, melahirkan, membesarkan, dan mendidik tujuh orang anak-anak. Namun tujuh orang anak-anak itu belum tentu mampu untuk menjaga seorang ibu. Aku teringat kata-kata yang pernah kubaca di blog Ustaz Hasrizal(SaifulIslam) yang berbunyi lebih kurang.

Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!

Ingin aku bercerita kepada kamu semua tentang tentang satu kisah. Allah pernah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. dengan memberitahu bahawa kelak di syurga akan ada seorang pemuda yang akan menemaninya dan menjadi sahabatnya di syurga. Nabi Musa teringin untuk mengetahui siapakah pemuda itu lalu baginda pergi ke rumah pemuda yang dimaksudkan. Apabila diketuk dan diberi salam, pemuda itu membuka pintu dan mempersilakan nabi Musa untuk duduk.
Namun pemuda itu tidak mengendahkan langsung pada nabi Allah itu sebaliknya terus masuk ke dalam bilik dan mendukung seekor khinzir. Pemuda itu membelai, mencium dan memandikan khinzir itu dengan penuh kasih sayang. Melihat perbuatan pemuda itu, nabi Musa menjadi sungguh aneh. Kemudian pemuda itu membawa khinzir tadi masuk ke dalam bilik dan mengeluarkan lagi seekor khinzir yang lebih besar sedikir dari khinzir tadi. Pemuda itu membelai, mencium dan memandikan khinzir itu dengan penuh kasih sayang. Nabi Musa terus bertanya "Hai pemuda, kamu berpegang pada agama apa?" Jawab pemuda itu "Agama tauhid iaitu mengesakan Allah yang satu." "Jadi jikalau begitu, mengapa kamu memelihara khinzir? Bukankah agama kita melarangnya,"kata nabi Allah itu. "Jikalau engkau ingin kedua-dua ekor khinzir tadi ialah ibu dan ayahku. Biarlah dosa mereka dengan tuhan sehingga dihukum sebegitu rupa, tetapi tugasku sebagai anak mereka wajibku laksanakan,"balas pemuda itu. Mengertilah nabi Musa kini akan pemuda itu telah diangkat darjatnya menjadi anak soleh sehingga diletakkan sama syurga dengannya.

Berbuat baiklah akan kedua ibu bapamu, nescaya anak-anak akan berbuat baik kepada kamu

p/s: Aku tidak sabar-sabar mahu menyambung pelajaran semula.

Ahad, 18 Julai 2010

Aduhai C.I.N.T.A

Salam buat sahabat-sahabat sekalian..(kalau rasa malas nak baca, tekan je lah pangkah, aku izinkan)

Bulan Jun yang lalu, (tarikh yang tak mampu aku ingati, percayalah bahawa aku sukar untuk mengingat sesuatu angka, jadi jikalau ada diantara kamu yang aku mampu mengingati tarikh lahir atau nombor telefonnya, bersyukurlah..hehe) ketika itu aku masih mengikuti pre Medic di UPM dan sedang khusyuk sekali mendengar tazkirah yang disampaikan oleh sahabat-sahabatku. Sekali-sekala aku menyampuk untuk berkongsi ilmu. Di penghujung tazkirah, aku mula berangan. (haish, macam la kamu semua tak pernah buat, tidak kuduga fikiran kulari entah ke mana) Tiba-tiba, sahabatku Adibah (dia pernah satu kelas denganku dahulu di SMKA (P) Al Mashoor) tampil ke tengah untuk memaklumkan akan diadakan satu forum bertajuk "Aduhai Cinta, Milik Siapakah Ia?" dan ketika itu aku masih lagi berangan tanpa mempedulikan apa yang dikatakan. Aku hanya tersedar selepas terdengar sebaris nama Fatimah Syarha kerana menrupakan salah seorang dari ahli panel untuk forum itu. Masakan aku tidak tersedar, beliau penulis novel islami yang kukagumi.
Inilah forum yang kumaksudkan dan pada hari inilah aku baru tahu yang rupa-rupanya Ustaz Hasrizal (Saiful Islam) juga merupakan salah seorang ahli panel forum. Gembiraku tak terkata, akhirnya doaku dimakbulkan. Dapat juga aku berjumpa dan mendengar ceramahnya.
Di sinilah lokasi di mana forum itu berlangsung. Kami orang pertama sampai di masjid itu untuk mendengar forum rasanya. Padahal forum akan bermula selepas Isyak. Tak nak semangat lagi, padahal perut aku dah bermain lagu keroncong, ghazal meminta makanan.
Cantikkan gambar Masjid Al-Azim. Pandaikan aku tangkap gambar. Aku memang berminat dalam bab-bab fotografi ni. Tak payah pergi belajar. Pandai-pandai la kamu nak amik gambar macam mana.
Cuba teka yang mana satu aku. Soalan ini khas untuk mereka yang tidak pernah mengenali aku. Kami semua dalam perjalanan untuk mencari makanan. Perut kami semua dah mula menari-nari lagu Hinndustan. Tak nak jauh lagi kami pergi beli makanan. Tercabut skru kaki aku.
Baiklah forum sudah bermula. Aku duduk paling hadapan. Sangat semangat nak mendengar. Nampak tak yang Fatimah Syarha tak dapat datang dan diganti oleh ustazah lain. Betapa kecewanya kami. Ramai kawanku dah siap-siap bawa novel nak minta autograf.
_________________________________________________
Ustaz Hasrizal kata cinta itu satu tenaga. Mengikut ilmu sains, tenaga itu tidak dapat dimusnahkan. Jadi jangan sesekali cuba untuk memusnahkan cinta kerana itu kerja yang sia-sia. Mungkin sebab itu juga aku merasakan ada anak yang sanggup meletakkan racun tikus di dalam makanan ayahnya kerana telah memutuskan percintaan dia dan kekasihnya. Sama juga situasinya kalau kita marah. Namun Islam menganjurkan kita cara bagaimana untuk mengatasi rasa marah itu.

Daripada 99 nama-nama Allah, ada dua nama sahaja yang sering diulang-ulang oleh kita iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim yang bermaksud Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Maknanya Allah mahu kita datang kepadaNya dalam keadaan penuh kasih dan sayang. Jangan jemu datang kepada Allah kerana Allah lebihkan keampunan daripada hukuman. Kau kita bergaduh dengan kawan-kawan, gaduh gila dasyat ni, kalah perang dunia, dan akhirnya kita berbaik semula, mungkin ada di antara mereka yang memaafkan tetapi susah nak lupakan peristiwa pergaduhan tuh. Bak kata pepatah orang putih 'Forgiven but not forgetten.' Sudah-sudah la tu, tak bagus, lupakan pepatah orang putih tuh mari guna pepatah orang Melayu ni 'Buang yang keruh, ambil yang jernih.'

Allah itu tuhan yang penuh dengan kasih dan sayang. Nabi punya kasih sayang terhadap umatnya lagilah jelas. Banyak kali kita diperdengarkan kisah tentang cinta nabi terhadap umatnya. Nabi pernah bercakap kepada para sahabat bahawa di dalam dunia ini, ada satu kelompok manusia yang baginda teringin hendak berjumpa. Baginda berkata "Aku rindu dan cinta akan saudara-saudaraku." Jawab sahabat "Ya rasulullah, kami ini saudara-saudaramu, bukankah kami ini dihadapanmu, mengapa mahu merindui kami semua?" Baginda menjawab "Kamu semua bukan saudara-saudaraku, kamu semua sahabatku." Sahabat kehairanan dan bertanya"Siapakah mereka yang engkau maksudkan, ya Rasulullah?" "Mereka itu orang-orang yang beriman yang belum ada lagi di muka bumi ini," jawab rasulullah. Cuba kamu tengok tuh, betapa hebatnya cinta rasulullah, sedangkan orang yang cinta dan rindu itu masih belum wujudAlagi dalam dunia. Umpamanya lebih kurang ginilah, jin kata ni harta Ahmad Albab yang punya, masa tuh Ahmad Albab belum lagi lahir ke dunia. Ada kena mengena tak? He..

Ustaz Hasrizal bercerita ada seorang pelajar di Mesir sedang duduk termenung jauh di tingkap sambil mengorek-ngorek jerawatnya. Datang sahabatnya menyergah dari belakang.
Sahabat: Haa!! Enta, termenung jauh ni, teringat kat siapa tuh?
Pelajar: Hui enta ni, luruh jantung ana. Ana teringatkan seseorang.
Sahabat: Enta. haih lain macam bunyinya. Siapa tuh?
Pelajar: Ana rindu bakal zaujah ana.
Sahabat: Haih ni buat ana terkejut ni, tak ada guruh, tak ada kilat, enta dah ada calon ye, siapa?
Pelajar: Tak ada lagi pun, saja ana nak rindu bakal zaujah ana.

Yalah kerana cinta semuanya kita sanggup. Jikalau diberitahu kita akan ibu, ayah, abang, kakak, adik kita berada di sebuah bangunan pada tingkat lima. Ketika itu berlakunya kebakaran. Mahu atau tidak kita untuk pergi menyelamatkan ahli keluarga kita. Kerana apa kita mahu? Kerana cinta betul? Cinta itu tidak pernah bersalah, salahnya cinta itu apabila rosak keutamaan di dalam dunia ini. Mana yang patut diutamakan, perlu diutamakan. Yang tak penting tuh, kamu campak je dalam tong sampah. Flush dalam tandas boleh juga.

Bagaimana cinta itu boleh berikan kasih sayang? Ustaz hasrizal kata kasih sayang itu terbit dari cinta. Jikalau ingin mendefinisikan ayah Sazali, sudah tentulah kasih sayang yang dimaksudkan adalah dengan memberikan segala kemewahan, harta benda dan apa yang anaknya mahukan tetapi tak boleh pakai. Akhirnya, apa yang terjadi pada Sazali. Cepp anak derhaka. Makna sebenar kasih sayang itu adalah apabila kita berikan perhatian. Jikalau kita terdengar kisah-kisah gadis yang melarikan diri daripada rumahnya kerana mengikut lelaki entah mana-mana kerana apa? Lelaki itu sudah berjanji untuk memberikan segala perhatian dan kasih sayang dan tidak akan sesekali meninggalkan gadis itu. Haish yang si perempuan ni pun, aku tempeleng karang. Mamat Bangla yang tak hensem tuh pun dia nak ikut. Jadi samalah konsepnya sayangkan Islam dan ummah, berilah perhatian.

Hebatnya seorang laki-laki kerana kejantanannya. Kejantanan seorang laki-laki apabila dia panjang berfikir. Tu sebab jatuhkan talak tidak diberi kepada si isteri. Kalau terjadi hal itu, berlunggok-lunggok fail kes cerai di mahkamah syariah. Hebatnya seorang wanita kerana emosinya. Tuh sebab kerja mengandung dan melahirkan anak bukan pada si suami. Si wanita tiap-tiap tahun dok berjihad lahirkan zuriat. Si laki-laki kamu bila lagi?

Aku rasa nak berhenti kat sini je lah.Dah penat ni aku menaip dari tadi, kamu semua bukan baca pun, scroll je. Kalau yang rajin tuh, cari isi penting je, lepas tuh cepat-cepat pangkah. Aku dah faham sangat dah. Peduli, aku nak taip panjang-panjang juga.

MANUSIA YANG EFEKTIF TIDAK AKAN TERPENGARUH DENGAN KEADAAN SEKELILING




Bersama ashabi (sahabat-sahabatku)

Israk dan Mikraj di bulan Rejab, Syaaban tingkatkan amalan



Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa ada kawan, walaupun keseorangan, lebih-lebih lagi jika kita dikelilingi insan tersayang, kosongnya hati kita dari mengingati Allah akan membuat kita kesepian walaupun barada di tengah ramai orang, penuhi hidup dengan kasih sayang dan perhatian dari Allah..

Salam alaik..
Bulan Rejab sudah pun melabuhkan tirainya dan kini Sya'aban muncul tiba. Di dalam bulan Rejab inilah telah terjadi suatu peristiwa terhadap jujungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa israk dan mikraj. Allah berfirman dalam Surah al-Israa' pada ayat pertama yang bermula dengan subhanallah:
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Aku tidak mahu bercerita tentang israk dan mikraj keranaku pasti ramai yang sudah mengetahui apa yang sudah berlaku dalam peristiwa itu kerana kini masjid-masjid dan surau-surau giat bercerita tentang peristiwa itu, tidak kira semasa khutbah jumaat dan ceramah-ceramah. Seingat aku ketika aku di darjah 3, ustazahku ada bercerita tentang israk dan mikraj. Semoga kita dapat menghayati setiap perkara yang berlaku dan mengambil iktibar daripadanya dan kita dapat meningkatkan lagi amal ibadat dan takwa kita kepadaNya.

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah.
Tempoh hari aku ada mendengar di radio IKIM berkenaan bagaimana mahu menjwab persoalan orang-orang bukan Islam jika mereka menanyakan berkenaan bagaimana mereka ingin percaya akan kisah Rasulullah saw telah menunggang ‘buraq', seterusnya dibawa ke ‘Sidratul Muntaha’.
Maka seorang ustaz dari mentor Imam Muda (aku terlupa namanya) telah membuat satu analogi untuk menjawab soalan itu. Analoginya begini:

Ditakdirkan oleh Allah bahawa seekor semut dari semenanjung sedang berjalan-jalan dan termasuk ke dalam poket seluar seorang pemuda. Pemuda ini pula berada di lapangan terbang dalam perjalanan ke Sabah. Makanya pemuda ini tadi telah ber
sama-sama seekor semut ke Sabah tanpa disedari. Apabila pulang semula ke semenanjung, si semut tadi telah memanggil semua sahabatnya dan berkata "Aku baru sahaja pulang dari Sabah." Sahabat-sahabat mentertawakannya dan semua tidak percaya akan ceritanya. "Mana mungkin seekor semut boleh terbang sebegitu jauh hingga ke Sabah dengan kudrat yang terhad,"kata sahabat semut itu. Dari jauh kedengaran suara seorang sahabat yang lain,"Aku percaya, tidak mustahil dengan semua izin Allah."


Maka kesimpulannya tiada apa yang mustahil jika Allah berkehendakkan.Kun Fayakun!

p/s:Sebenarnya benda lain yang aku nak cakap,next entry adalah perkara sebenar yang aku mahu sampaikan kerana sudah tertunda dari bulan lepas..InsyaAllah..perkongsian
..Update status: Aku kini sedang sibuk membeli belah, beli itu dan ini..Tak menang tangan aku dibuatnya, aku memang gemar membeli belah..