"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 28 Januari 2010

Besar erti kemaafan itu

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita, Tetapi hanya dengan memberi kemaafan, kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas, umpama pisau bedah yang boleh menbuang segala parut luka emosi.

Assalamualaikum..

Ada kebenaran di sebalik kata-kata hikmah itu. Aku kira besar erti memohon kemaafan dan memberi kemaafan itu padaku. Di sebalik kisahnya begini, seorang hamba Allah yang aku jua tidak kenalinya mengunjungi wall facebookku. Aku tak mahu mengulas panjang mengenainya. Macam-macam ditulisnya di wallku. Baginya mungkin satu gurauan tetapi tidak bagiku. Aku tidak boleh terima gurauan kasarnya dan aku tak suka pada manusia yang perasan dirinya bagus. Mungkin sahaja sebelum ini dia sudah terbiasa bergurau dengan perempuan-perempuan lain sebegitu. Tetapi aku biarkan sahaja, aku ingat pesan mak aku tak baik balas dendam. Dendam itu jangan dinyalakan kerana kelak menjadi api dan akan memakan diri kita. Ingin sahaja mendengar nasihat sahabat-sahabatku, supaya delete sahaja namanya dari senarai. Tetapi aku masih tidak sampai hati. Sehinggalah dia melakukannya lagi, tiada apa yang mampu kubalas. Aku hanya mampu mendelete komennya.Tiba-tiba chat facebookku berbunyi.

Hamba Allah itu: Asal lu delete komen gue? Lu marah sama gue ek? Gue mintak maaf la janji tak komen fb lu lagi.Maafin gue..

Biarlah dah berlalu, aku malas mahu mengusutkan fikiranku. Aku tidak marah padanya cuma sakit hati sahaja tetapi sudah hilang selepas aku memaafkannya. Mungkin juga salah aku kerana tidak dapat menerima gurauannya itu. Tak mengapalah yang penting dia sudah memohon maaf dan aku juga sudah memohon maaf padanya. Semoga Allah merahmatimu selalu wahai hamba Allah.

"Cara terbaik menghukum orang yang telah memlakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya"

p/s: Kepada semua sahabatku kadang-kadang dalam hidup ini walaupun pahit. Kita kena telan juga sebab dalam kepahitan itu sebenarnya kita akan temui penawarnya. Tidak mengapalah pengalaman guru terbaik kita. Terubat rindu semalam berborak bersama Nik dan Dinie. Baru nak tegur Isha. Tiba-tiba ayahku sudah menyuruh aku menutup laptop kerana hari ini aku akan menghadiri ceramah KPP..nanti aku cerita ok..penat la..

Isnin, 25 Januari 2010

Bingkisan rindu kau dan aku

25 Januari 2010
Salam untuk semua
Saat aku menulis blog ini, aku juga kurang pasti dengan perasaanku sendiri. Sedih, terharu, gembira semuanya bercampur-baur menjadi satu. Sabtu yang lalu, aku menerima SMS dari sahabat baikku, Nurul Syafiqah. Dia sedang menjalani PLKN di Kem Gunung Semanggol, Perak.

Ika
Salam, ekin, aku nangis sebab kau tadi. Kau sihat?

Aku
Wslm, ika jangan nangis, kau buat aku sedih, Aku rindu kau jugak, Nape kau nangis? Alhamdulillah aku sihat. Kau sihat?

Ika
Sihat, tadi ada muhasabah diri. Dia pasang nasyid yang kau selalu nyanyi. Aku terus ingat kau. Aku dah tak boleh tahan, malu nak angkat muka.

Air mata yang kutahan dari petang tadi akhirnya mengalir jua. Berkaca mata aku tatkala membaca SMS tersebut kerana setahu aku Ika yang aku kenal, orangnya sukar untuk mengalirkan air mata. Orangnya kuat bukan sepertiku yang mudah benar mengalirkan air mata. Apabila dia mengalirkan air mata bermakna dia benar-benar kesedihan.

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya...
Kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya.

p/s: Nak peluk awan tuh boleh tak? Aku suka gila lagu ni. Kegemaran aku dan Ika. Nak taw tak, ayah dah daftar nama aku untuk pergi kelas memandu. Nanti boleh aku bawa kereta.

Khamis, 21 Januari 2010

Semuanya bermula dari seorang kanak-kanak...bernama Haikal

Assalamualaikum semua..
Cerita bermula begini, pada petang tadi aku telah menemani emakku untuk membeli belah di sebuah pasar raya. Setibanya di sana, adikku, Haikal mula meragam, menangis-nangis kerana tidak mahu duduk di dalam troli. Selaku kakak, aku membawanya ke sebuah kedai kek untuk memujuknya. Aku menunjukkan kepadanya kek yang mempunyai kartun-kartun Doraemon dan Mickey Mouse. Dia tertawa keriangan. Aku mengurut dada tanda kelegaan. Sedang aku melayan kerenah adikku, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena di kedai kek itu. Aku memandang ke sebelah kananku. Aku ternampak sekumpulan lelaki dan dan seorang wanita. Semuanya berjaket hitam. Aku memandang mereka dengan muka kehairanan. Kelihatan semuanya seperti ustaz-ustaz belaka. Akal fikiranku mula berteka-teki, siapakah mereka semua? Adakah pelajar-pelajar dari universiti atau dari JAKIM. Tiba-tiba, muncul seorang lelaki yang berjaket hitam seperti mereka, menarik keluar berkotak-kotak botol kaca sambil disebelahnya terdiri seorang cina tua dalam keadaan muka ketakutan. Aku jangkakan mungkin itu tauke kedai kek tersebut. Aku melihat ke dalam kotak tersebut. Walaupun aku rabun, namun aku belum buta lagi. Aku dapat melihat dengan jelas sekali. Ada arak di dalamnya. Maka terjawablah semua teka-teki sebentar tadi. Lantas kotak memori ku melayang:

(Tarikh yang tidak jua aku mampu ingati di rumah ibu saudaraku di Kajang. Aku sedang memerhatikan ibu saudaraku yang sedang membuat kek sempena hari lahir adikku)
Mak Jang: Kakak nak taw tak, kalau kat kedai depa guna icing murah bila buat kek, tu yang tak sedap.
Aku: Yeke Mak jang, oh patutlah kalo makan mudah rasa mual. Tak boleh makan banyak-banyak kek tuh.
Mak Jang: Lepas tuh selalunya kalau kedai cina, depa letak arak dalam icing depa, nak bagi sedap.
Aku: (Muka terkejut beruk) yeke mak jang, masyaallah baru taw, okey lepas ni suruh mak jang buat kek lah.

Tiba-tiba emakku memanggilku. tidak dapatlah aku menyiasat apa yang terjadi seterusnya dan siapa lelaki-lelaki sebentar tadi. Sebelum pulang aku sempat melihat tulisan yang tertera di belakang jaket hitam mereka. Tertulis 'KEMENTERIAN DALAM NEGERI.' Ternyata telahanku salah sama sekali. Kata sahabatku apa yang penting dari kejadian itu ialah pandanglah jaket bukan pada rupa.

Sabda Nabi s.a.w: “Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )”

Firman Allah swt :“Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan” (Al-Baqarah : 219)

Terima kasih kepada saudara Mohd Nor Akmal Shukor selaku penyelaras cerita kerana sudi mendengar ceritaku yang bosan ini. Jawatan yang diberi pada diri sendiri..hehe

p/s: sedihkan apabila sebenarnya kita pulang membawa hadiah yang besar, tetapi pemilik hadiah tersebut tidak menyambutnya lalu aku terpaksa menukar nama pemilik hadiah itu tanpa diketahui pemilik sebenar kepada manusia lain. Biarlah hati kecilku bernyanyi lagu duka.

Selasa, 19 Januari 2010

Lagi mimpiku..moga tenang tidurmu

Assalamualaikum semua..
Kusut otak aku memikirkan blog aku yang tidak berupdate ini. Apa jua hendak aku sumbatkan dalam blogku ini. Akhirnya hari ini berupdate juga. Kelmarin dulu yang aku jua tidak mengingati tarikh hari bulannya, aku telah bermimpi. Aku bukan bermimpi apakah unversiti yang akan aku masuki? apakah rupanya keretaku nanti, bukan jua rupa rumahku nanti? Bukan semua itu. hehe.Aku merasakan aku seorang sahaja yang ketinggalan kerana hampir suku sahabat-sahabatku telah bermimpi tentang itu. Semoga mimpiku itu tidak menjadi kenyataan.amin

Bangun sahaja dari tidur, aku tidak berani menceritakan pada sesiapa berkenaan mimpiku kerana dahulu aku pernah membaca satu artikel berkenaan mimpi di ruangan agama dalam keratan akhbar yang mengatakan tidak elok kita bercerita tentang mimpi kita. Petang tadi aku bersiar-siar di laman web iluvislam. Kebetulan pula aku terjumpa thread forum yang bebunyi Jom Kongsi Mimpi. Izinkan aku mengcopy apa yang dikatakan saudara Leokid. Sekadar renungan bersama.

Dari sudut Islam, mimpi merupakan sesuatu yang tidak banyak dijelaskan, namun kepentingannya sama sekali tidak dinafikan. Singkap sahaja lembaran sirah Nabi Yusuf yang bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya. Dan juga kisah baginda menakwilkan mimpi sang raja. Ya, mimpi ada kepentingannya.

“Dari Abu Qatadah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;mimpi yang buruk adalah dari syaitan, siapa yang bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya dan minta perlindungan (dengan membaca A’uzubillahi minassyaitannirrajim) Allah dari syaitan serta jangan diceritakan kepada orang lain; dan siapa yang bermimpi baik hendaklah ia bergembira dan jangan diceritakan kecuali kepada orang yang dipercayainya. Selain itu, larangan Rasulullah ini juga boleh jadi sebagai satu amaran – kerana sesungguhnya mimpi itu perkara ghaib yang tidak boleh ditentubenarkan kebenarannya. Setiap mimpi perlu ditakwil dengan berhati-hati. Dan hanya boleh ditakwil dengan orang yang memiliki ilmu mengenainya, jauh sekali kita hamba biasa yang ilmu-ilmu makrifatullah pun masih terkial-kial. Penakwil perlu mengetahui makna sesuatu di sebalik sesuatu, mampu mengenali yang tersurat di sebalik yang tersirat di dalam apa yang tersurat. Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda melalui salah satu sanadnya Abu Daud:

“Mimpi itu bagaikan sesuatu yang tergantung pada kaki burung, selama ia tidak diceritakan. Jika diceritakan terjadilah ia.”

Justeru, janganlah terlalu difikirkan mengenai apa yang kita mimpikan. Sebagaimana pesan orang-orang tua kita, mimpi itu adalah mainan tidur. Acapkali kita bermimpi, hendaklah kita berdoa semoga beroleh kebaikan dari mimpi itu dan dijauhkan dari keburukannya.
MyEm0.Com
Akhir kalam, bacalah doa sebelum tidur agar tenang dalam tidurmu, mudah tidak terganggu dengan fikiran-fikiran buruk dan mimpi-mimpi yang buruk.

Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Rabu, 13 Januari 2010

Hidup ini tidak pernah terjangkakan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Pagi tadi aku membelek-belek semula diariku yang telah lama kutinggalkan. Mungkin sahaja di rumah kurang sesuai untuk aku menulis diari. Mungkin sahaja. Sedang aku menyelak smabil tersenyum melihat tulisan tangaku yang aku ukirkan ketika kegembiraanku dan kesedihanku, jatuh sekeping nota ke pangkuanku. Nota yang sepatutnya aku berikan............tak mengapalah. Begini tulisannya:

Jangan sesekali kesombongan kata hati terdetik untuk menjangkakan hidup, kerana hidup ini tidak pernah terjangkakan. Bawalah dirimu, nafasmu, hidupmu dan perjalananmu menyelusuri jalan berturapkan paksi ketulusan. Pasti tuhan menyediakan sesuatu yang indah untukmu di hadapan. Jangan berhenti melangkah selagi belum ditemui kejayaan hakiki, sebelum denyut nadi bungkam terhenti.
Engkau ingin tahu sesuatu? Ajaibnya waktu, masa lalu yang menyakitkan lambat laun akan menjelma menjadi nostalgia indah yang tidak ingin dilupakan. Merungkai kata-kata dan satu persatu mimpi-mimpi yang tidak akan pernah terlenyapkan....

Lewat-lewat minggu ini, tidurkan malamku sentiasa ditemani lagu Ayushita itu. Gara-gara menonton filem Ketika Cinta Bertasbih. Aku jatuh cinta dengan melodi dan bait-bait kata dalam lagu itu. Walaupun lagu itu tiada kena-mengena dengan diriku. Walau aku senyum bukan berarti..Aku selalu bahagia dalam hari..(aku sedang menyanyi...lala..).

Cuti yang amat membosankan ini pernah mebuatkan aku terasa bagaikan tinggal di dalam balang kaca. Aku mampu melihat manusia di dunia luar. Penuh dengan pelbagai ragam dan gayanya namun apabila aku memanggil mereka, tiada siapapun yang mendengar panggilanku itu. Kala mentari tak lagi bersinar, saat awan hitam menghampiriku, tika rama-rama tidak lagi mampu terbang keriangan. Sahabatku hadir mencerahkan mentari, menjelmakan awan biru dan mebuatkan rama-rama mampu terbang keriangan. Katanya tarbiah dari Allah, Allah bagi kita rasa semua itu, belajar dari pengalaman bukan? Ya aku akan sentiasa ingat pengalaman merupakan guru paling terbaik untuk kita. Bukankah Allah telah berfirman dalam kitab suciNya:

Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dgn kesanggupannya.
Allah did not promise that life would be easy,but He promised that He will be by our side,in every step we take...to support and help us...as long as we are in His path...seeking and hoping...dying to gain His love and mercy....

Ahad, 10 Januari 2010

Kanvas yang indah

Salam alaik
MyEm0.Com
Tanggal 4 Januari yang lalu, adikku yang bongsu genap berusia 3 tahun. Muhammad Haikal Hakimi namanya. Emak aku kata aku sudah mula belajar solat pada usia ini. Ikut sahaja apa yang orang buat. Malam itu rumahku dipenuhi dengan kanak-kanak sebaya Haikal. Pada mulanya aku agak terkejut, mereka berkejar-kejaran. Ketawa dan cakap sangat kuat. Ada yang jerit-menjerit kegirangan.Terbeliak biji mataku. Ruang tamu rumahku seumpama taman permainan kanak-kanak. Akhirnya bila aku melihat reaksi mereka, aku tergelak sendiri. " Biasalah tu Ekin, budak-budak, kau dulu masa kecil-kecil pun macam tu jugak,"aku bermonolog sendirian sambil tersenyum. Lalu aku mengeluarkan kamera dari kamar tidurku, ya Allah lagi menjerit-menjerit mereka kegirangan hendak bergambar. Dasyat sungguh. Tergelak-gelak aku bersama emak melihat telatah mereka yang terlalu teruja hendak bergambar. Sedang aku sibuk mengangkat hidangan, tiba-tiba seorang budak perempuan bertanya kepadaku.

Budak 1: Kakak, bila kakak nak balik Kelantan?
Aku: (dahi berkerut) Haa, kenapa nak balik Kelantan.
Budak 1: Kakak tak sekolah ke?
Aku: Eh, kakak dah habis sekolah la. Kakak belajar kat Melaka bukan Kelantan. Awak darjah berapa?
Budak 1: Saya Darjah 1..
Aku: Ooo seronok sekolah ?
Budak 1: Seronok..

Aku tersenyum, manalah budak ini mendapat informasi yang salah. Seelang lima minit, ada seorang budak perempuan lagi berkata-kata kepadaku.

Budak 2: Eh, kakak muka kakak macam cina.
Aku: Haa, macam tak je. (muka terkejut)
Budak 2: Ye, muka kakak macam cina.

Tergelak sahaja yang aku mampu. Sejak bila pula mata aku sepet ni. Budak-budak biarlah. Mungkin dia tersalah menilai tuh. Tidak mengapa dik...dimaafkan... hehe..

Seronok pula bila aku melihat mereka, teringin pula aku kembali ke zaman kanan-kanakku. Emakku pernah berkata "Kakak nakal masa kecil-kecil dulu."Aku hanya mengiakan kerana memang aku nakal semasa kecil-kecil dahulu. Ya Allah perangai aku macam budak-budak lelaki. Jikalau pada waktu petang aku tidak pergi bermain bersama-sama budak-budak perempuan yang lain sebaliknya aku mengikut budak-budak lelaki bermain. Pergi menangkap ikan berudu di longkang besar, masuk ke dalam semak-samun semata-mata ingin mencari belalang kunyit dan banyak lagi. Aku pun kurang pasti kenapa aku gemar bermain dengan mereka. yang aku amat pasti ketika itu ialah seronok sangat. Itu sebablah sehingga sekarang aku tidak mahir bermain batu seremban. Permainan yang sepatutnya budak-budak perempuan kuasai. Tetapi aku sedar aku sudah mula berubah ketika di Darjah 5. Ketika itu aku sudah mula bertudung di sekolah dan aku sudah menjauhkan sedikit diri dengan budak-budak lelaki. Mungkin aku sudah mula sedar erti kematangan diri. Aku lebih gemar bergaul dengan budak-budak perempuan. Kelakar pula jikalau dikenangkan semula.
MyEm0.Com
Itu kisah yang bermula sewaktu aku setahun jagung dahulu. Indahnya hidup ini kan umpama kanvas yang indah dan mengasyikkan. Tetapi dalam keindahan itu juga, ada terpalit warna yang mencomotkan. Cuma aku berharap, apabila masa berlalu dan semakin banyak warna indah yang tercalit, warna yang comot itu akan tenggelam. Tidak hilang, masih kekal di situ, tetapi ia akan bersebati menjadi sebahagian yang utama pada kanvas.
MyEm0.Com

Rabu, 6 Januari 2010

Pilihan di tanganmu

Bismillahirahmanirahim

Huh, penat aku berjalan-jalan kelmarin dan semalam. Kemana? Tak jauh dekat sahaja, dalam internet. Aku bukanlah melawat tempat-tempat yang menarik seluruh dunia. Aku hanya ke laman-laman sesawang yang mempamerkan blog template. Sungguh macam-macam perasaan yang menyelinap ketika aku sedang membuat pilihan. Nak menjerit melalak pun ada, nak tergelak guling-guling pun ada. Ya Allah, lama-lama boleh masuk hospital bahagia kalau berterusan begini.Aku bukanlah dikategorikan seorang yang cerewet dan memilih tetapi kita mestilah hendak yang terbaik untuk blog kita. Sudahlah aku tidak mahu memilih warna lain selain biru, itulah yang menjadi kesukaran untukku kerana warna-warna biru semuanya tidak lawa dan ceria. Aku tahu korang pasti mengatakan bahawa background blog aku yang sekarang ini pun tidak lawa kan. Cukuplah, cakaplah apa sahaja, aku rasa macam sudah tidak berdaya lagi hendak tukar. Biarlah dulu dia bernafas di Penaku Menari ini. Tunggulah pula apabila mood aku dah baik. Aku pasti akan menukarkannya. Terima kasih aku ucapkan kepada Isha dan Fidot yang sudi membantuku. Maklumlah jahil sedikit.


Susah benar hendak buat pilihan dalam hidup inikan? Terkadang apa yang kita rasa elok itu sebenarnya tidak elok untuk kita. Tetapi yang kita rasa tidak elok itulah sebenarnya terbaik untuk kita. Pernah guru fizikku bercerita tentang seorang sahabatnya yang di dalam dilema kerana ingin dikahwini oleh dua orang pemuda iaitu Encik A dan Encik B. Selepas menunaikan istikarah, sahabat guruku itu mendapat ilham supaya berkahwin dengan Encik B tetapi dia tidak mengikut ilhamnya itu lalu berkahwin dengan Encik A kerana dia yakin Encik A dapat mebahagiakan hatinya. barangkali jua dia lebih mencintai Encik A, tetapi siapa kita yang hendak menentukan. Semuanya di tangan Allah.Akhirnya masjid yang mereka bina tidak dapat bertahan lama kerana tidak sefahaman dan sehaluan. Mereka berpisah akhirnya.

Jumaat, 1 Januari 2010

Hari ini dan semalam

Assalamualaikum..

Semalam hatiku terasa riang sekali. Seusai sahaja solat Subuh, aku menyertakan diri bersama emak di dapur. Emakku berkata "Kakak jom teman emak pi market." "Jom, kakak pun dah lama tak pi." balasku dengan nada yang ceria. "Hari ini mak nak masak nasi tomato dan mak nak buat bubur syura," cerita emakku. "Wah, sedap-sedap, kakak suka," balasku dengan tersenyum hingga ke telinga. Lantas aku terus masuk ke kamar tidurku, mencapai tudung, t-shirt dan tracksuit untuk kukenakan. Aku bersiap sepantas yang mungkin. Aku tidak mahu emakku tertunggu-tunggu aku. Aku bersiap ala kadar, tidak seperti selalu. Kebiasaannya, aku gemar bergaya. Tak mengapa, nak ke pasar sahaja, sesekali santai itu sudah memadai. Sudahlah aku tidak sempat mandi, hanya sempat menggosok gigi dan membersihkan muka. Peduli apa, tiada siapapun yang kisah ketika aku di pasar nanti. Perangai anak dara yang tidak sewajarnya dicontohi. Aku membonceng motosikal yang dibawa emakku. Suasana pagi itu, sangat mengasyikkan. Jarang aku peroleh peluang begini kerana aku malas untuk keluar. Maka aku nikmati sungguh-sungguh udara pada pagi itu. Aku pusing kanan, aku pusing kiri, aku lihat langit yang biru, aku lihat burung yang berterbangan, terasa ingin kuputarkan kepalaku 360 darjah agar aku dapat lihat apa yang ada dibelakangku. Maha Suci Allah. Terasa bagai ingin menyanyi satu lagu. Pagi, mengiring mentari, yang menjanjikan sebuah pertemuan, marilah kita, sama meraikan, hari gembira bersama semua..hehe. Setibanya di pasar itu, aku sedikit tersentuh. Melihat banyak sekali pak cik -pak cik dan mak cik yang sedang meminta sedekah. Kasihan pula melihat keadaan mereka. Mereka kelihatan sudah tua tetapi masih punya kudarat. Ada yang aku lihat sempurna sahaja tubuh fizikalnya ada yang tempang. Terfikir aku, ke mana pergi anak-anak mereka. Tiada siapa yang membela merekakah? Kalau benar tidak punya saudara, aku lihat pak cik-pak cik dan mak cik itu macam masih mampu untuk bekerja. Bukankah Islam melarang kita meminta-minta. Aku lupakan sebentar hal mereka, kerana ingin mengikut emak membeli barang dapur.

Kenangan bersama Mahie dan Ika selepas tamat annual dinner

Itu kisahku yang semalam, tetapi hari ini berlainan pula kisahnya. Entah mengapa hari ini hatiku diruntun sayu. Aku tidak menangis. Cuma sebak sahaja. Mungkin sahaja aku gemar benar melayan hati perempuanku yang kuat benar sensitifnya. Malam semalam sahaja, aku menerima satu mesej daripada sahabatku. Dia mengadu kesedihannya ditinggalkan orang yang tersayang. Sebagai sahabat aku cuba memujuknya. Aku juga pernah mengalaminya suatu ketika dahulu. Aku tahu perkara itu sangat melukakan. tetapi siapa kita untuk ketahui segala takdir yang Allah tetapkan. Pasti ada hikmahkan tiap-tiap seseuatu yang berlaku itu. Harap pengunjung blogku tidak tersalah faham, aku tidak pernah bercouple hingga ke saat ini. Cuma biasalah, aku juga sama seperti remaja yang lain. Pernah tersangkut dengan perasaan sendiri yang hanya mengusutkan jiwaku akhirnya. Tidak mengapa, Allah itu sayangkan hambaNya. Aku mengadu kepadaNya ketika itu agar menghuraikan kusutku itu. Akhirnya kusutku itu, hari ini terhurai. Hari ini juga aku sayu kerana dua seorang sahabat baikku Ika dan Mahie akan ke menyertai kem PLKN. Aku sudah menitipkan banyak ucapan dan pesanan kepada mereka. Supaya menjaga diri, menjaga akhlak..supaya gembira-gembira selalu di sana. Pernah suatu hari, Ika menyatakan kebimbangannya kepadaku. Dia takut suatu hari nanti, ketika kami sudah berjauhan, aku jauh daripadanya, aku akan melupakannya. Aku hanya mampu tersenyum ketika itu, tidak mahu aku mengalirkan air mata di hadapannya. Aku harus kuat. Sikit-sikit mahu nangis sahaja yang aku tahu. Tetapi hari ini, aku mengalirkan air mata. Aku cuba menafikan kata-katanya itu. Aku katakan yang aku tidak mungkin melupakannya. Lima tahun kita bersama. Jangan bimbang.

"Ukhwah itu bukan terletak pada sebuah pertemuan,

bukan pada manisnya ucapan,

tetapi terletak pada ingatan sahabatnya dalam doanya"

~Imam al-Ghazali~