"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 19 Julai 2009

Simpang siur kehidupan


Dalam simpang siur perjalanan, aku peroleh kematangan daripada serba-serbi pengalaman yang mendewasakanku. Usia hijau pucuk sepertiku manalah mengenal erti kehidupan kalau tidak bergurukan pengalaman.

Aku tidak mahu merungut atau mengalirkan lagi air mata percuma. Aku harus menjadi muslimah muda yang tegar. Muslimah juga sahabat yang cantikbudi dan baik pekerti. walaupun aku diuji Tuhan dengan ujianNya, aku tetap akan bangun daripada kesakitan. Bukankah kesakitan itu dugaan yang bakal membuahkan kebahgiaan

(SPM semakin hari semakin hampir. Moga usahaku untuk memperoleh 101A dimakbulkan. amin..)

Bahagiakah aku??
Aku akan mencari kebahagiaan itu. Aku mahu mencari cinta yang tidak pernah mengenal erti perpisahan. Tidak mengapa jikalau aku ingin menjadi musafir; pengembara setia yang mencari cinta. Mencari cinta yang kekal di dalam jiwa, jikalau sudah sekali memperolehnya persis Ruwayda dalam Munajat Cinta. Sudah tentu, allah yang Esa yang harus kudekati. Di situ sebenarnya terletak cinta, juga kasih sejati yang abadi..

Ahad, 5 Julai 2009

Renek-renek hujan jatuh menyentuh jiwa, membawa cinta


Islam sangat mementingkan perihal rakan , teman, kawan atau sahabat. Benda ini bukan remeh dan memang dititikberatkan dalam menjalani kehidupan.
Jika seseorang mencintai saudaranya, maka khabarkanlah bahawa ia mencintainya. Tapi perlu betul. Saudara biar yang sama jantina.
Sayidina Ali pernah berkata, selemah2 manusia ialah orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari.
Bagaimana mahu menjadi sahabat yang baik?
Carilah sahabat yang akan engkau beri ketulusan dan hak ukhwah, bukannnya yang engkau harapkan menerima sesuatu daripadanya.
Tambahan, ciri2 sahabat yang baik ada pada Sayidina Abu Bakar r.a. sendiri. Sahabat paling rapat Rasulullah SAW. (Selawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW)
Mari kita menyingkap tabir sirah, sewaktu peristiwa hijrah , dalam lelah ingin terlena, Abu Bakar memberikan pahanya sebagai lapik tidur Baginda.
Pepatah Arab ada mengatakan, kalau kita bersahabat dengan penjual kesturi, baunya pasti terlekat wangi. Kalau bersahabat dengan orang yang kerjanya membakar arang, mengetuk besi, pasti badan berbau asap, baju kita mungkin terkoyak terkena bara api...

Khamis, 2 Julai 2009

Kau Bukti Cinta Allah

mase kem matematik ari tuh..hehe peace


"Bunga melati di atas peti,
Daun selasih jatuh menyanyi;
Ukhwah bersemi terjalin di hati,
Kausemai kasih kutuai sayang."

Sahabatku
aku tahu apa yang tersirat di hatimu
mungkin aku tidak nampak
tapi aku tahu dari reaksimu
mungkin aku jua akan berperasaan sebegitu
jika aku di tempatmu
tetapi percayalah sahabatku
hati ini tidak pernah terlintas
untuk menyakiti hatimu
walaupun cuma sekali
ketahuilah
bahawa hatiku ini sentiasa menyayangimu
lontarkan jauh-jauh segala perasaan yang mengganggu mindamu itu

La yukminu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi
Tidak sempurna iman kalau tidak menyayangi saudaramu seperti mengasihi diri sendiri

Meskipun kisah persahabatan kita tidak sehebat Abu Bakar dengan Rasulullah SAW tapi sekurang-kurangnya kalau dihitung jumlahnya lebih banyak daripada bulu polar bear (itu katamu)

Sebesar-besar cinta ialah cinta Allah. Pernahkah aku merasai cinta Allah? Aku terdiam dan berfikir. Selama ini, aku merasai nikmat kesempurnaan dalam kehidupan. Kesempurnaan yang datang dalam bentuk nikmat juga ujian. Ya, kekurangan ialah ujian dan ujian untuk manusia seperti kita dan NURUL SYAFIQAH MOHAMED MUSTAKIM. Kau bukti cinta Allah.