"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 30 Disember 2010

+ve walla (atau) -ve

Assalamualaikum semua !! (Gaya memberi salam seperti satu kampung tengah membaca Penaku Menari..Malaysia tengah demam bola ye sekarang? Tahniah kepada pasukan harimau malaya. Pehh jauh dari malaysia, tak dapat rasa demam bola tuh. Amaran!! entry ini panjang..aku menaip tanpa sedarkan diri)

Usai solat isyak, mataku terasa seperti sedang menampung gula seberat 2kg. Aku gagahkan juga diri untuk terus menongkat mata tanpa menggunakan batang mancis kerana malam masih muda. Jam baru menunjukkan pukul 6.50malam. Uishh mana boleh tidur lagi, buku-buku sedang menanti, berbloglah sekejap. Sejak dua menjak ini, aku telah menukar waktu tidurku kepada pukul 9 malam, yang pada kebiasaannya aku akan tidur pada pukul 12 tengah malam. Apabila tidur awal, maka bangun tidurnya juga mestilah awal. Ada seorang ustaz pernah berkata bahawasanya musim sejuk ini diumpamakan sebagai musim bunga untuk orang Muslim. Kerana apa? Haaa kerana waktu siangnya lebih pendek dan malamnya lebih panjang. Dapatlah orang Muslim bangun untuk beribadat kepada Allah. Jangan main-main, korang ingat tak seksa ke, nak bangun di tengah malam untuk mengangkat selimut yang tebal pada musim sejuk dan membuka air sudah tentunya sejuk untuk mengambil wudhuk. Fuh, nikmatnya tidur tetapi lebih nikmat lagi apabila memikirkan janji-janji Allah. “adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana Aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka Aku ampunkan segala dosa-dosanya dan memohon sesuatu maka Aku berikan kepadanya.”
Adakah korang tidur secomel kartun ni? Ayuhal Muslimin, Assalatu khairum minan naum - Prayer is better than sleep..Berulang-ulang kali kalimah itu dilaungkan oleh bilal masjid-masjid di Tanta tiap-tiap kali tengah malam.

Aku masih meraba butang-butang huruf di laptopku dan sedang merangka-rangka ayat untuk terus mengarut dan akhirnya korang akan menekan butang pangkah dengan segera. Berbalik kepada ceritaku tadi, aku rasa aku dah jumpa jawapan kenapa mataku berat semacam je ni. Petang tadi aku pergi membeli barang-barang dapur dengan berjalan kaki kerana semua pakcik-pakcik teksi tidak mahu menghantar kami ke Fathallah, sebuah supermarket yang agak terkenal di Tanta. Hebat tak hebatnya supermarket ni, apabila terdapat sebuah troli A yang lalu arah dari bertentangan dengan kita, kita terpaksa mengundurkan troli kita ke belakang untuk memberi laluan kepada troli A tadi. Dapat gambarkan atau tidak keluasan Fathallah tadi?
Sedang dalam perjalanan ke fathallah, aku bersama sahabat singgah di sebuah kedai roti untuk mengisi perut yang lapar. Sebaik sahaja roti dibayar, aku terus memakan roti yang berintikan jelly kuning bersalutkan coklat akibat kelaparan. Ermm... laziiz awi (sedap sangat), terlupa pulak nak tanya ammu (pakcik) kedai tuh, apa nama roti tuh. Sedang khusyuk aku makan roti itu, tetiba sekumpulan abang-abang arab lalu sambil memandang pelik ke arah kami . Aku bermonolog, "Alah, orang makan roti pun pelik ke? Macamlah dia tak pernah makan roti kat tepi jalan macam ni." Haha tengok cepat betul hati aku bersangka buruk.Eh Ekin, cubalah kau berfikiran positif sikit, Entah-entah abang-abang arab tuh saja nak pandang dinding belakang tuh ke kan. Entah-entah dia saja nak pandang makcik-makcik arab yang lalu tuh ke. Kan senang bersangka baik macam tuh.

Aku tahu memang susah, sebab kita manusia, memang tak lari dari nak berfikiran negatif tetapi kerana kita manusia jugalah, kita kena berfikiran positif. Cuba dan cuba...Bebaskan dirimu dari dibelenggu, Teruskan langkahmu ayuh kita maju..Bercerita tentang sikap positif, banyak tauladan yang boleh kita peroleh dari al Quran. Ketahuilah 3/4 di dalam al Quran itu terdiri daripada cerita-cerita dan ambillah ibrahnya (pengajaran). Aku tertarik dengan cerita yang diceritakan oleh seniorku. Mari kita menyingkap surah an-Naml.
  1. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). (QS. 27:17)
  2. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: "Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari"; (QS. 27:18)
  3. maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Rabbku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (QS. 27:19)
Lihat pada ayat dia atas, malulah kita pada seekor semut yang selama ini kita selalu pijak-pijakkan kerana sesungguhnya semut lebih berfikiran positif daripada kita semua. Cuba bayangkan situasi semut di atas,. Ketika semut itu nampak akan angkatan tentera nabi Sulaiman sedang mara ke arah mereka, beerti angkatan tentera nabi Sulaiman amatlah hampir dengannya. Jikalah semut itu mementingkan diri sendiri. Nescaya dia akan berlari menyelamatkan dirinya tetapi sahabat-sahabatnya yang lain akan mati dipijak oleh tentera-tentera nabi Sulaiman. Namun semut itu masih bukan seperti, semut itu sempat berfikiran positif, walaupun nyawanya hanya dihujung tanduk, dia masih sempat memberitahu sahabat-sahabatnya yang lain agar segera bersembunyi malah bertambah hebat lagi semut ini kerana dia sempat berhusnuzon ( bersangka baik) apabila berkata takut akan sahabat-sahabatnya dipijak oleh tentera Sulaiman tanpa mereka sedari. Dah kata semut tuh kecik. Semut itu tahu, bahawasanya tentera-tentera nabi Allah adalah tentera yang baik-baik belaka.
  1. Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung hud-hud 1094, apakah dia termasuk yang tidak hadir". (QS. 27:20)
  2. Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang". (QS. 27:21)
  3. Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba 1095 suatu berita penting yang diyakini. (QS. 27:22)
  4. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita 1096 yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. (QS. 27:23)
  5. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, (QS. 27:24)
Kisah yang kedua adalah sikah postif seorang pemimpin adalah dengan tidak cepat melatah. Lihat sahaja pada sikap Nabi Sulaiman. Dia tidak terus menghukum apabila burung hud-hud tidak menghadirkan diri dalam perhimpunan pada pagi itu. Sikap positif seorang pemimpin yang lain juga adalah tegas, lihat sahaja akan ketegasan Nabi Sulaiman yang memberitahu aku menghukum hud-hud jika datang tanpa alasan yang munasabah. tengok betapa coolnya Nabi Sulaiman.Inilah baru namanya raja yang adil, bukan menghukum tanpa usul periksa. Dan jika diteliti kisah selanjutnya, betapa beraninya hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman menceritakan tentang perihal Ratu Balqis. Walaupun hud-hud lambat untuk menghadirkan diri ke perhimpunan tersebut kerana dia telah terbang jauh ke negara Saba' lalu pulang untuk menyampaikan perkara tanpa sedikitpun rasa takut. Apakah sikap positif yang boleh diambil. Ya, jawapannya Hud-hud berani kerana dia benar. dia berada di atas kebenaran.

aku melangkahkan kaki, berjalan, melihat, mentafsir, jatuh tersungkur lalu bangkit semula kemudian berjalan kembali ke destinasi











Itulah roti yang aku makan di tepi jalan tadi. He..strawberi berlunggok-lunggok musim sejuk ni. Sedapnya cicah dengan coklat. Bungkusan kotak dari Malaysia, berat yang amat. Mak hantar macam-macam sampai 16kg lebih. Target yang pelik dan orang yang pelik. Hoit siapa cakap kejayaan tuh milik orang yang pandai je, kejayaan tuh milik orang-orang yang berusaha. jadi Norashikin cepatlah, apa lagi..pergi baca buku sekarang jugak.. OK pergi dulu korang...

Sabtu, 25 Disember 2010

Engkaulah ratu hatiku

Salam alaik kepada semua, dengar sini semua orang kampung. Hari ini ingin aku membuat satu pengumuman yang bahawasanya hari ini adalah hari lahir ratu hatiku.

"Emak, Selamat Hari Lahir kakak ucapkan. Moga dirimu dipanjangkan umur dalam keadaan mentaatiNya, moga dirimu dimurahkan rezeki dan diberikan nikmat kesihatan berpanjangan. Anakmu yang sudah besar panjang ini sentiasa merinduimu setiap detik dan saat kerana anakmu ini tidak pernah melupakan siapa yang melahirkannya untuk melihat dunia. Terima kasih kerana membesarkan dan mendidik kakak. Kakak ingat lagi, dulu kecik-kecik, setiap hari emak akan mengajar kakak menulis dan membaca di meja belajar. Restulah anakmu yang jauh di perantauan ini dan doakan kejayaannya. Sayang kakak pada emak hingga ke syurga. T_T"

Walaupun sekarang kakak dah pandai masak macam-macam, masakan emak tetap bertakhta di hati. Kakak rindu masakan emak.

Ibu, ibu Engkau
lah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu, ibuEngkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu, ibu Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cerita terindah
Di saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu
Ku ucapkan kepada dirimuAku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh jiwa ragakuKuingin kau tahu ku slalu milikmu
Yang mencintaimu sepanjang hidupku

Nota-notaku yang bersepah-sepah di atas meja: Terkejut tak, baju Penaku Menari sudah bertukar. Aku ada duit lebih sikit apalah salahnya aku belikan baju baru untuk blogku. Aku juga sudah bosan melihat blogku yang lama. Aku tidak berniat untuk menghupdate blogku dalam masa terdekat ini, mungkin juga aku akan menghuudate blogku dalam masa terdekat ini jika terbuka pintu hati dan ringan tangan untuk menaip. Banyak perkara yang ingin aku sampaikan sebenarnya, cuma aku belum pandai mencuri masa juga ketiadaan mood. Mungkin juga suatu hari nanti, blogspot hanya perlu mengesan suara aku bercakap dan terus menaipnya. (Sangat pemalas punya budak).
Kuiz dan test berlunggok-lunggok setiap minggu. Buku-buku perlu dihadap tiap-tiap, jika tidak penyesalan berpanjangan akan berlaku. Pernah terbayang atau tidak jika semua buku di atas meja itu dapat berkata-kata. Pastinya diolog sebegini akan berlaku...
"Eh Ekin, kau kena hafal thorax dan abdomen cepat sebelum test bulan satu nanti," jerit buku Anatomy.
"Eh tak lah Ekln, aku yang kena kau hafal semua structure sekarang jugak
sebab nanti cikgu soal dalam kelas," jerit buku Biochemistry.
"Semua salah, aku yang kene baca dulu sebab minggu ni ade kuiz," jerit pulak buku
Histology.
"Bacalah diorang semua, tak payah baca aku," kata buku Physiology yang nampaknya mula merajuk.
Sekarang musim sejuk sudah lama bermula. Dahulu aku menyangkakan bahawa Mesir tak sejuk sangat kot. Setelah melaluinya sendiri, aku terpaksa membuang perkataan tak dan kot lantas menjadi Mesir sejuk sangat. Aku tak dapat bayangkan kalau aku ada di barat. Mungkin aku akan bercakap. Sejuk sangat, sangat dan sangat.

"What are some of the secrets of success in life?"

I found the answer right there in my very room....
The Fan said - Be cool.
The Roof said - Aim high.
The Window said - See the world.
The Clock said - Every minute is precious.
The Mirror said - Reflect before you act.
The Door said - Push hard for your goals.
And don't forget, the Carpet said - Kneel down & pray


Hey Kamu...Semoga


cepat sihat ツ


Jumaat, 3 Disember 2010

You are my hero

Salam alaik...
Aku tahu sudah lama benar aku tidak mengupdate blogku ini. Bukan aku sengaja untuk tidak mengupdate blogku tetapi sungguh aku tidak punya kesempatan. Aku dahulukan yang mana patut dahulukan. Aku juga tahu blogku ini juga semakin bosan. Banyak perkongsian yang ingin aku kongsikan sebenarnya, banyak cerita yang ingin aku
ceritakan tetapi tidak dapat kuceritakan semuanya hari ini. InsyaAllah akan datang, akan kukongsikan. Doakan aku tabah dan kuat menempuh hari-hari dan hidup yang mendatang. Doakan kejayaanku di sini. (kerjaku melekat di meja belajar, doakan moga istiqomah)


Aku melarikan diri sebentar dari meja belajar pada malam ini, hanya kerana satu perkara. Tanggal 4 Disember, hari ini hari lahir ayahku. Setiap tahun, aku pasti ada ketika menyambut hari lahir ayah. Kesedihan di dalam hati, tuhan sahaja yang tahu. (air mataku tak berhenti-henti mengalir).
Kakak sayang ayah!!
Gambar terakhir di airport, sebelum aku ke Mesir.

"Salam ayah, Selamat hari lahir kakak ucapkan. Moga ayah dipanjangkan umur dalam keadaan mentaatiNya. Moga ayah sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan berpanjangan dan rezeki berlipat ganda. Anakmu ini tahu dia bukan anak yang baik, anakmu ini tahu dia anak yang degil, anakmu ini tahu ayahnya telah terlalu banyak berkorban untuk dia, anakmu ini tahu apa yang ada di dalam hati ayahnya, walaupun ayahnya tidak pernah memberitahu. Kakak doakan kesejahteraan ayah dari jauh, doakan kejayaan dan restukan anakmu ini. Ketahuilah anakmu ini sangat kagum dengan kesungguhan, kesabaran dan ketabahan ayahnya. Kakak tak nak kecewakan ayah lagi. Kakak sayang ayah!! "
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

T_T nak tisu.....lagu ni sedih

Khamis, 28 Oktober 2010

Genap sebulan di bumi anbia

Salam penghulu segala hari kepada semua...
Teringat lirik lagu Raihan, "Alhamdulillah, pujian bagi Allah,Subhanallah, Maha Suci Allah,Allahuakbar, Allah Maha Besar, Segala puji hanya bagi Allah". Pernah atau tidak dalam hidup kita cuba untuk megenang kembali apakah kita ini seorang hamba yang selalu bersyukur? Berapa banyak kali dalam satu hari kita menyatakan kesyukuran kita pada Allah? Bagaimana kita menunjukkan rasa syujur kita pada Allah? Apakah dalam setiap perbuatan kita sentiasa mengingati Allah? Hanya sekadar muhasabah untuk mengingatkan diri aku dan juga korang. Banyak lagi persoalan yang boleh korang cipta untuk memuhasabahkan diri kita. InsyaAllah kita cuba yang terbaik.

Alhamdulillah masuk hari ini, sudah sebulan aku berada di bumi anbia. Pelbagai pengalaman juga sudah dilalui. Aku juga sudah lali dengan keadaan di sini. Dahulu ketika mula-mula sampai. Aku sangatlah terkejut. Begini Mesir rupanya. Setiap hari aku mengingatkan diri agar bersabar dan mengingatkan diri sendiri kembali akan tujuan aku ke sini. Bukan ilmu perubatan sahaja yang aku ingin peroleh malah ilmu agama sekali agar mampu menjadi dukturah muslimah yang bukan sahaja mampu merawat fizikal malah rohani dan jasmani. Isi-isi buku juga semakin hari semakin bertambah untuk dibaca,difahami dan diingati. Moga Allah permudahkan segala urusanku. Kerinduan pada ibu ayah dan adik-adik, Allah sahaja yang tahu. Moga mereka sihat-sihat dan gembira di sana. Aku harus meneruskan tugasan sebagai seorang anak dan pelajar.
**********
Pada suatu hari, sedang aku sibuk makan burger wi firah (burger ayam), tiba tiba aku terdengar satu suara orang menjerit-jerit seperti orang bergaduh. Aku memandang ke luar kedai dan ternampak dua orang arab lelaki hampir bertumbuk-tumbuk untuk menaiki bas. Aku ingin mengambil gambar tetapi tidak berani.
Ahaa inilah bas yang orang arab selalu rebut-rebutkan tuh. Aku tak faham betul, sampai tarik-tarik baju, tolak sana sini, bertekak-tekak. Perempuan jangan naik bas untuk keselamatan sebab dalam bas kalah tin sardin.

Aku buat cubaan berani mati, ambil gambar ketika hendak melintas jalan raya mesir yang keretanya bagaikan air yang dicincang tidak akan putus jua, hon di sana sini, pakcik-pakcik mesir bawa kereta, kalah pemandu F1.
Ahaa, mak tengok ni, mesti tenang hati. Anak dia belajar rupanya. Haha. Aku bosan, ambillah gambar meja belajar.

Hari Selasa yang lepas, aku telah mencuba satu resepi baru yang senang dan sedap iaitu puding kek lapis. Macam mana nak buat? Senang je, semuanya di hujung jari. Sila klik sini
Agar-agar perisa strawberry. Gaul sehingga mendidih dan di dalam resepi perlu masukkan cocktail, tetapi di mesir anggur terlalu banyak dan murah, makanya aku hanya menggunakan anggur sebagai pengganti cocktail.
Potong kek gulung dan susun di dalam bekas. Letakkan bahan-bahan yang telah siap dimasak ke atas kek gulung tersebut.
Jangan lupa masukkan ke dalam peti ais dan biarkan sehingga membeku. Sedap sangat. Cubalah sendiri.
Semalam seorang sahabatku jatuh sakit kerana keracunan makanan, makanya aku dan sahabat membuatkannya bubur ayam. Sedap.
Sarapan pagi tadi, aku makan nasi lemak yang ahli baitku masakkan. Sedapnya, terubat rindu kat Malaysia. Kelakar je, blog aku kali ni, banyak pulak gambar makanan, ni bukan blog masak-masak, Jangan salah faham.

**********
Cici: Eh Caca, bukankah si Coco tuh pakai tudung labuh, muka nampak baik je, tapi dia mencarut.
Coco: Jangan menilai luaran orang, kenali hatinya.

Dudu: Eh Dodo, ayah si Didi tuh bukan ke imam kampung kita ni, kenapa dia macam x de rupa anak imam je.
Dodo: Iman itu tak dapat diwarisi, hidayah itu bukan milik semua orang.
***********
(^_^)Kau tak pernah jauh

Khamis, 21 Oktober 2010

Siapakah aku? Dimanakah aku?

Salam alaik semua....
Aku baru sahaja pulang dari Quranic Circle dengan tajuknya hari ini " The Love Letter". Maaf kerana pengisian-pengisian yang lepas tak dapat dikongsi bersama kerana punya urusan lain untuk diuruskan. InsyaAllah hari ni nak berkongsi sedikit apa ilmu yang telah diperoleh dari Kak Farhana, Tahun Kedua Perubatan, Tanta University dan Kak Aimi, Tahun Keempat Perubatan, Cairo University.

"This is the Book; in it guidance sure, without doubt; to those who fear Allah." (Al-Baqarah:2)

Andai suatu hari, sedang sibuk kita membelek-belek buku di perpustakaan, tiba-tiba di tengah-tengah helaian buku kita terselit satu surat cinta daripada orang yang kita suka. Apakah perasaan kita ketika itu? Adakah kita akan membaca surat itu dengan sekadar baca sambil membuat muka ketat tiada perasaan ataupun bersungguh-sungguh membacanya sehingga menangis-nangis ataupun tersenyum sehingga ke telinga. (aku bukan menyuruh korang menghantar surat cinta, sekadar contoh)

Bagaimanakah pula dengan keadaan kita ketika membaca ayat-ayat cinta dari Allah SWT? Sahabat-sahabat dahulu menangis teresak-esak ketika membaca al Quran kerana takut dengan azab yang Allah janjikan buat mereka yang kufur. Ketika orang-orang kafir Quraish mendengar ayat-ayat Quran yang dibacakan oleh rasulullah, mereka juga tahu untuk berasa takut sehingga berkata, " Cukup-cukup ya Rasulullah, kami tahu ajaran yang dibawa oleh engkau itu benar, namun ini adalah agama adat resam nenek moyang kami, kami harus pertahankannya."

Sedangkan kita membaca ayat-ayat cinta Allah tanpa punya sedikit perasaan kerana apa? kerana al Quran itu di dalam bahasa arab dan ramai yang tidak mengetahui maksud sebenar ayat yang dibaca. Itulah gunanya al Quran terjemahan. Rugilah kita kerana kita tidak tahu bagaimana mahu berinteraksi dengan al Quran. Seolah-olah kita suka mendapat surat cinta dari orang yang kita suka tetapi satu reaksi apa pun tidak dapat kita berikan.

Buat penggemar-penggemar novel, mereka akan membaca novel itu dengan sepenuh hati, sehinggakan mencurah-curah air mata ketika membaca babak sedih. Jikalau mereka membaca buku anatomy, mereka akan menggunakan sepenuh akal mereka untuk mengingat sebetul-betulnya di manakah origin , insertion, elevation, action muscles yang ada pada anggota badan. Begitu juga adanya manusia yang membaca al Quran dengan akal, hanya ingin mencari kaitan Islam dan sains. Bacalah al Quran itu dengan hati.
SEANDAINYA AL QURAN MAMPU BERBICARA
Aku pasti ada di setiap rumah muslim, tetapi aku pasti tiada di jiwa setiap muslim Aku pasti diletakkan di rak yang tinggi, tetapi aku jarang dibaca Terkadang aku diletak di tempat-tempat yang kotor, kata mereka untuk menghalau jin dan syaitan Aku dikucup selepas dibaca dengan penuh rasa tanda kasih dan hormat, tetapi isiku dilupakan selepas membaca.

Kehebatan al Quran yang mengandungi 6,236 ayat sebagai petunjuk kepada manusia bukanlah rahsia. Namun, masih ramai yang tidak mahu menjadikannya sebagai panduan hidup. Jahilnya orang arab jahiliah dahulu kerana tidak lagi diturunkan al Quran lagi ketika itu. Jahilnya umat Islam hari ini selepas nabi Muhammad meninggalkan kita al Quran. Sedihnya.

*********************
Sedikit ceritaku dari bumi Mesir, sudah hampir tiga minggu lebih aku di sini. Sudah dua minggu aku memulakan kelas, timbunan-timbunan buku sedang memanggilku untuk membaca mereka. Baik-baik akan ku baca mereka semua. Memandangkan sudah 3 bulan lebih aku meninggalkan kenangan pre medic di UPM dahulu, aku juga sudah lupa bahawa aku pernah mengorek-ngorek perut cadaver (mayat). Baru-baru ini, aku masuk ke lab anatomi dan ternampak sekujur cadaver di atas meja. Teringat kata-kata seorang senior " Kakak tak pernah letak buku-buku kakak atas meja lab anatomy sebab atas meja itulah diletakkan cadaver." Aku pun tidak jadi meletakkan barang-barangku di atas meje lab itu. Tiba-tiba aku berasa nerves, mungkin kerana sudah lama tidak berdepan dengan cadaver.
Kemudian doktor masuk dan menerangkan sambil mengorek-ngorek badan cadaver. Tiba-tiba bau yang kurang enak masuk ke hidungku, mungkin kerana itu cadaver lama. Aku terpaksa menutup hidungku dengan buku pratikal anatomi sambil mendengar penerangan doktor kerana aku lupa untuk membeli mask.

Ketika pulang dari gamaah(universiti), teringat pesan salah seorang ahli bait yang menyuruh aku membeli ayam. Aku dan sahabat pun singgah di kedai untuk membeli ayam, aku hampir termuntah kerana bau kedai itu yang sangatlah harum, jadinya sepanjang membeli ayam itu, aku terpaksa menutup hidungku dengan hujung kain tudungku. Pedulilah sama arab, walaupun melihat aku dengan keadaan yang pelik kerana menutup hidung sambil mennuggu ayam siap diproses. Haa membeli ayam di mesir tidak sama gayanya membeli ayam di Malaysia. Cara membeli ayam di sini, ayam akan ditarik keluar dari sangkar dan akan ditimbang berat untuk mengetahui harganya, seterusnya ayam itu akan dimasukkan ke dalam sebuah mesin untuk menggelupurkan ayam itu dan direndam air panas untuk memudahkan proses mencabut bulu ayam. Akhir sekali ayam akan disembelih dan dipotong mengikut kemahuan kita.

Kalau nak beli bawang merah atau putih juga, tidak sama seperti di Malaysia. Disini, kita kena bawang putih siapa berakar-akar ada tanah lagi melekat, samalah seperti bawang merah yang perlu dicabut dari daunnya. Memang mencabar betul. Nanti akan datang akan kuceritakan tentang cabaran-cabaran yang ada di Mesir. InsyaAllah. Hidup di perantauan boleh melatih kita menjadi chef-chef terkemuka. Pelbagai masakan yang telah kumasak. Setakat nasi goreng, cucur goreng, kanak-kanak tadika pun powerkan. Tempoh hari giliran aku memasak untuk ahli bait (rumah). Menunya ialah ayam masak merah bersos dan sayur telur ikan bilis. Haha, nama menu yang baru diberi 1 saat yang lalu.










Yang pastinya sedap, sebab licin ahli baitku makan. Sesungguhnya memasak itu perkara yang mudah dan senang. Hanya perlu sedikit kemahiran dalam campak mencampak ke dalam kuali. Tersalah campak, padan muka, tak jadilah lauk korang.

Ok ok timbunan buku-buku sedang memanggil, pergi dulu, selamat beramal.

“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”

Jumaat, 15 Oktober 2010

Ke Gamaah (Universiti)

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikiralam penuh rahsia
anugerah yang Maha Esa

Salam alaik kepada semua...
Alhamdulillah seorang budak kecik bernama Norashikin binti Abdullah sudah pun selamat melangkahkan kakinya ke gamaah. Perjalanan ke gamaah memakan masa selama 15minit. Aku terpaksa melintas jalan raya mesir yang sangatlah sibuk, namun itu semua sudah lali bagiku. Di Mesir ini kena berani. Pensyarah-pensyarah yang baik hati dan tidak kedekut ilmu. Mujurlah slang english mereka dapat difahamiku. Cuma seperti yang kamu semua sudah maklum. Semua huruf P akan menjadi B. Jadi akan kedengaran pelik pada sesetengah perkataan umpamanya :
Blood is bumbed from the heart.....
Blasma is a yellowish fluid.....
the anatomical bosition is.....
(sila tukar huruf P kepada huruf B pada perkataan yang telah diboldkan)
Haa itulah dia gaya-gaya sebutan pensyarah di gamaah. J
adi kena betul-betul fokus untuk mendengar perkataan english yang dislangkan arab dan untuk memahami ilmu perubtan itu sendiri..Kelihatan pelajar-pelajar sedang berpusu-pusu menuju ke gamaah. Itu pintu pagar depan gamaah. Di sekeliling gamaah, terdapat banyak hospital-hospital. Hospital kanak-kanak ada, hospital sakit jiwa pun ada. Ada sesiapa nak saya daftarkan namanya di sanakah?
Ahaa inilah dia Gamaah Tanta, Kuliyat Tibb (Universiti Tanta, Kuliah Perubatan), tempat di mana aku menimba ilmu.
Ini adalah hari pertama aku memulakan kuliah. Ada tak kelihatan obor bara api yang sedang membara di wajahku. Hehe, mestilah tak nampak kan. Ye begitulah perasaan yang ada di dalam hatiku ketika itu. Bersemangat untuk memulakan kuliah.Bersama semua ahli baitku (rumah). Dari kiri: Hajar, Aisyah, Ehem-ehem, Farah Ameera, Mira Nabila dan Atiqah. Sayang mereka semua.
Pada hari kedua, aku yang berjubah pink err ungu-ungu siket, entah aku tak pasti warna sebenarnya.
Suatu hari ketika baru pulang dari kuliah, aku mengajak sahabatku ke kedai asir asob( air tebu) yang berdekatan. Aku memang suka sangat-sangat asob mesir. Tiada tandingan.
Jikalau aku tidak sempat pulang ke rumah, aku akan hanya bersolat di gamaah. Ketika itu pertama kali aku bersolat di sana. Aku dapat melihat sahaja dua buah bilik yang kecil dan mereka bersesak-sesak untuk menunaikan solat jemaah. Kebiasaanya muslimah menggunakan telekung solat untuk menunaikan solat. Namun di sana semuanya tidak memakai telekung. Cukup sekadar pakaian yang telah dipakai. Aku melangkahkan kaki untuk menunaikan solat di dalam bilik itu, aku tidak tahu ketika itu, satu perasaan yang aku sendiri tidak dapat aku ungkapkan masuk ke dalam diriku. Yang pasti aku berasa tenang sangat dengan perasaan itu.

Sekadar peringatan buat muslimah semua, kita saling ingat mengingati walaupun ramai yang sudah mengetahuinya. Aku juga punya dosa yang tak terhitung banyaknya, sama-sama kita tegur menegur ye. Aku tahu ade sesetengah muslimah yang bila sahaja kita memanggilnya muslimah. Mereka akan berasa pelik dan tidak layak untuk gelaran itu kerana pada pemikiran mereka itu, muslimah itu untuk mereka yang ustazah-ustazah, golongan-golongan yang kuat agamanya, yang sentiasa memakai purdah, tudung labuh. Jikalau sedemikian rupa, habis kita mahu menggelarkan diri kita sebagai apa. Apakah maksud muslimah itu sebenarnya?

Ada juga di antara muslimah-muslimah yang selalu teragak-agak dalam menutup aurat, sering memikirkan adakah diri ini benar-benar menutup aurat dan sekadar menutup aurat. Berbeza ayat sekadar dan benar-benar itu. Jadi caranya mudah sahaja, ketika berpakaian, fikir sama ada pakaian ini boleh dibawa untuk menunaikan solat ataupun tidak. Selamat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita semua.
************
Diri ini sangat merindui ibu ayah, adik-adik, tok dan tokwan, saudara mara dan sahabat-sahabatku di Malaysia. "Di mana bumi dipijak, di situlah ISLAM dijunjung" ^_^

p/s: Air mataku baru sahaja berlinangan ketika membaca dua pucuk surat darimu. Tanpaku sedar, ada orang yang benar-benar ikhlas menyayangi diriku dan menerima diriku seadaanya. Pujianmu buatku itu terlalu melangit tinggi kerana aku rasa aku tidaklah sebaik itu. Aku juga tidak menyangka kau sanggup menyediakan satu ruang untuk mengingati segala memori yang pernah berlaku antara kita sehinggakan perkara yang kecil-kecil pun, kau mampu mengingati. Sungguh aku juga sayang dan rindu padamu. InsyaAllah suatu hari kita pasti dipertemukan semula. Terima kasih atas segalanya, tiada apa yang mampuku balas. Untukmu Najihah Muhamad (Adik junior kesayanganku)


Sabtu, 9 Oktober 2010

Khabar dari bumi Mesir :)

Pemandangan ketika di luar Cairo Airport. Suasana ketika berdebu dan panas. Sekarang on the way winter. Angin yang bertiup sangat sejuk dan aku tak tahan. Kena pakai sweater banyak siket.
Pemandangan Tanta dari atas rumahku. Ladang gandum kerana orang arab suka makan roti.
Roti bijan aku suka sebab macam manis sikit.


Salam alaik kepada semua pembaca :)

Masuk hari ini sudah dua belas hari aku berada di ardhul 'anbiya' wa
ardhul kinanah. Aku belum pernah lagi menceritakan tentang keadaan aku di sana. InsyaAllah hari ini aku akan menceritakan kepada semua yang sudi membaca kerana kisahnya panjang dan aku tidak tahu bagaimana mahu memendekkan ayat. Berikut ad
alah link-link kisahku di Mesir di blog sahabatku, Harishah Halim.

Sila klik tajuk-tajuk entry di bawah untuk membaca:
Pelbagai makanan arab juga telah dicuba, bergadoh dengan orang arab juga sudah dicuba, apa lagi aku tak buat, nanti-nanti lah ye pulak aku cuba pulak perkara lain. Hidup di bumi mesir kena banyak bersabar. Itu kuncinya. Esok aku akan memulakan kuliah, tadi aku ke gamaah(universiti) untuk mengambil segala buku-buku kuliah esok. Doakan aku mumtaz(cemerlang) sentiasa ye. Ameen. :)


Ini asir asob (jus tebu). Air tebu di Mesir bukan seperti di Malaysia tuh. Ini air tebu asli, tidak dicampur air lain dan gula pun, tuhan sahaja yang tahu nikmat ketika minum air itu. Kalau aku ke awaal bah. Aku wajib beli asob. Jus-jus buah di Mesir semuanya sedap-sedap belaka. Tak percaya? Datanglah sendiri, nak asir mangga yang macam dalam cerita ayat-ayat cinta, maria pesan klat fahri tuh pun ada. Berlunggok. :D Sedap tau

Ini namanya bizza suber sbring dan diminum bersama bepsi. Haha, arab tak pandai sebut huruf P. habis semuanya jadi B. Bepsi kat sini tak bagus, banyak sangat gas. Dibeli di fast food bernama Cook Door.
Ini tokmiyah namanya. Sejenis makanan dibuat dari kacang. Sedap juga kalau minum dengan shay(teh) petang-petang. Hehe
Inilah sahabat-sahabatku dari gamaah Tanta dan Azhar. Kami makan di fast food bernama Mo'men. Sedap juga burgernya.

Khamis, 7 Oktober 2010

Sebelum ke Mesir-

Salam alaik semua pembaca blogku (bajet ramai pulak yang baca)

Sesungguhnya ini adalah satu pemberitahuan untuk mereka yang belum tahu, aku mempunyai seorang sahabat baik sejak dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Sesungguhnya aku sayang dia dunia dan akhirat. Ya Allah, janganlah engkau pisahkan hati-hati kami yang telah bersimpul keranaMu. Cerita tentang persahabatan kami, ianya sesuatu perkara yang sangat indah, duka tawanya, duka tawaku juga. Sebelum aku ke mesir tempoh hari, ayah dan ibuku membawa aku menziarahinya di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak. Bahagia di hati tidak terkata. Cerita di bawah adalah segala kata-kata sahabatku diblognya. (Ini blog sahabatku)

double 'E'

ekin-eka..
Ya Allah.. tenangkan la hatiku ini..
Sebnrnye ak sndri x percaye ngan diri sndri skrang..hati slalu sebak rase cam nak nangis x abis2..knape..?? yes,sbb teringatkan kwn terbaik ak..(da mula berkaca ni, cover2)..semlm, norashikin abdullah dtg kmpk..
syukur yg teramat sgt,dpt jugak ak peluk cium ekin bfore die fly demi cita-citanye..

Semlm,lebih kurang pukul 2.30 pm ekin, pakcik abdullah, cik shimah ngan haikal yg comei tu smpi dpn asrama ak.x pndang kiri kann sbb time tu cume nmpk ekin..trus peluk ekin (alamak,pipi da basah..lap cepat kang kantoi..). pas salam mak ayah ekin, kiteorg ddk kat wakaf depan asrama sri intan.mcm2 kiteorg borak.. gelak2..
paling klakar cite pasal basuh baju..srious lawak..

Then ak bawak ekin ngan haikal masuk bilik (t 3.27..ske num bilik ni)..Ya Allah,haikal sangat hyper.. berpeluh ak ngan ekin kejar die...smpi berus gigi ak pun jd mangsa..kakaka.xpe..nasib baik comei..dipendekkan cite..ekin da kene pegi sbb ad bayk lg keje die nk sttle kat kl (such as new handphone..best2..).bfore that, kiteorg tangkap gmbr sme2.. aduii..buruk gle muke ak time tu..ngan tudung indon yg menampkkan ak lg tembam..huiii... aahhh x kisah la yg tu,yg pnting ade gmbr kiteorg bfore ekin pegi t.

Okay,ni la sesi paling ak x ske..ak salam mak ayah ekin...dpt duit raye dr ayah ekin jgak.. hehe(thank you pakcik abdullah)..lastly, ekin...ak salam ekin..try tahan dr nangis...tp x b'jaya.time peluk ekin ak x tahan..
basah pipi ak menangis2..mengharapkan friendship kiteorg xkan putus..5 thun bkn 5 hari..ak rase x percaya sgt2.. dpt ke ak jumpe kawan sehebat ekin..mne ak nk cr kawan mcm ekin yg cukup paham ak..sgt saba ngan ak.5 thun kiteorg kwn,mcm2 kiteorg lalui sama2..skrang ni ak mule rse tkut..dpt ke ak thn,x dgr suare ekin nyanyi,ekin yg slalu nangis,share mcm2 story ngan ekin..smua benda la ngan ekin(ingat ekin,jgan terlalu prnoid okay..)
ekin,dlm hadis ad ckp, kwn yg baik adalah ble kite tgk die kite akan ingat pd Allah.bg ak ko la kwn yg dimksdkan 2.ko kawan terhebat ak..kwn dunia akhirat ak..(x leh nak cntinue sbb terlampu sebak skrang nie..)

p/s :jgn lpe ak ngan jam besi ak stiap kali ko bgun pg okay..
~sory sbb ayat agak etah ape2..tp syukur,sekurung-kurangnye ak cube express kan feeling ak..=)

Inilah sahabatku. Namanya Nurul Syafiqah Mohamed Mustakim.


p/s: Alhamdulillah aku sudah selamat di bumi mesir selama 12 hari. Memandangkan aku masih belum memulakan kuliah, jadi memang akan selalu nampak aku on9. Kuliah akan bermula pada 10 Oktober 2010. Jadinya untuk entry akan datang, aku akan bercerita tentang bumi anbia ini tetapi ada sahabat-sahabat aku yang dah tahu cerita panjangnya. Tak mengapa, aku cerita untuk kamu-kamu yang masih belum tahu ceritanya. Aku sedang gembira, sahabat aku dari Azhar datang ziarah rumah.

Isnin, 20 September 2010

Kesekian kali budak perempuan itu

Salam alaik.. :D

Hari ini aku ingin bercerita tentang kisah seorang budak perempuan yang comel. Setiap hari aku berjumpa dengannya. Hampir semua kisah hidup dan rahsianya aku tahu. Suatu hari dia bercerita kepadaku tentang kisahnya yang berlaku kira-kira 13 tahun dahulu. Ketika itu ayahnya sering membawa kereta dan mesti melalui jalan lapangan terbang. Apabila dia ternampak kapal terbang di luar tingkap keretanya, dia terus memanggil ayahnya yang tengah memandu, "Ayah, bila nak bawa kakak naik kapal terbang pi luar negara?" Ayahnya mesti akan tersenyum atau tertawa kecil, "Kakak kena belajar pandai-pandai dulu, nanti kakak boleh naik kapal terbang pi luar negara." Dia terdiam dan mula memasang cita-citanya.

Sejaknya kecil, emaknya selalu menanyakan soalan yang sama. "Kakak, bila besar nanti nak jadi apa?" Lantas dia akan menjawab, "Doktor." Barangkali mahu menguji kesetiaan anaknya terhadap cita-cita. Dia juga tidak pasti sejak bila dia mahu pergi ke Mesir, yang dia pasti sewaktu dia di Tingkatan 3, dia benar-benar nekad mahu menyambung pelajaran di Mesir. Adakah kerana dia terpengaruh dengan filem dan novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih? Adakah dia mahu berjumpa Fahri dan Khairul Azam? Haha, aku sengaja menyakatnya.

Dia tergelak. Dia membisik padaku dan memberitahu. Perginya kali ini membawa segala amanah insan-insan tercinta iaitu emak dan ayahnya. Dia tidak mahu menghampakan harapan emak dan ayahnya setelah banyak sangat perngorbanan mereka terhadapnya. Sungguh tidak terkira!! T_T. Jadi matlamatnya harus jelas.

pergi ke mesir ingin mencari redha Allah dan RasulNya
pergi ke mesir membawa harapan ibu bapa untuk melihat anaknya berjaya
pergi ke mesir dan pulang untuk menjadi mutiara ummah
pergi ke mesir untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, tidak kira sama ada di dalam kuliah (subjek perubatan) atau di luar kuliah (ilmu agama dan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat).

Moga ini yang sentiasa tersemat di kalbunya.
1. perlu bersabar dengan setiap dugaan yang bakal ditempuhi
2. tidak sekali-kali berputus asa daripada kegagalan yang diterima
3. redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah


(Terima kasih kepada Ustaz Pamiesz kerana menyiarkan ini di blognya. Terima kasih juga kepadanya yang menemukan budak perempuan itu dengan blog ini :D)


Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang didepanmu
Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi

Teka-teki kali ini SIAPAKAH BUDAK PEREMPUAN COMEL DI ATAS? (mesti semua dah muntah hijau, merah, biru, kuning, haha)

Sekalung terima kasih ku ucapkan kepada sahabat-sahabat yang terlalu baik hati sehingga menghadiahkan aku beberapa buku dan novel untuk menjadi bahan bacaanku. Mari sini aku nak komen sikit pasal buku-buku di bawah.













Novel Versus: Novel ini sangat seronok, jangan kau lihat kulit bukunya yang tidak menarik bagiku tetapi ilmu di dalamnya. MasyaAllah. Sesuai sangat buat mereka yang merasa diri mereka kurang baik sepertiku dan ingin menjadi lebih baik ataupun buat mereka yang baik dan ingin menjadi lebih-lebih baik. Sini aku letakkan sedikit sedutan episod di dalam novel ini (Jam menunjukkan waktu burung hantu berkokok, fius otakku mula longgar)

"Sebab Allah dah kata, .It's iya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaaffah. It's in al-Baqarah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata 'masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata'. Maknanya tak boleh la nak practise Islam tu secara juz'ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yang rasa kita nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrace Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya."

Buku Motivasi Mencari Makna Hidup: Aku tidak mengomen panjang tentang buku ini kerana aku baru sahaja membaca prakata. Namun aku tertarik dengan ayat penulisnya.

Hidup ini satu perjuangan . Tidak ada kejayaan yang dapat diraih tanpa perjuangan, tiada hasil dalam hidup tanpa keringat dan air mata. Malah Thomas Alva Edison berkata kejayaan adalah 1 peratus kepintaran dan 99 peratus adalah usaha keras.Semakin kita berjuang untuk hidup, semakin hampir kita menemukan erti kehidupan yang sebenar.

Buku yang ketiga aku belum baca lagi, tapi kata-kata depan buku itu menarik.Nanti kalau aku dah baca, aku cerita ye.
"Serlahkan potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran."

p/s: Seorang budak pernah berangan agar bunga-bunga di tamannya berbau harum dan segar. Dia tidak mahu memetik bunga itu, biarlah diperhatikan sahaja dari jauh :D