"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 19 Mac 2009

Tinta Kesyukuran


Senyumlah di dalam kesedihan
ukirlah kemanisan di arca kepahitan
segala duagaan
mihnah dari tuhan
menguji keimanan
ada rahsia yang disembunyikan
ada hikmah pada setiap ketentuan
titisan air mata menjadi rintihan
tinta kesyukuran...
ada senang ada sukar
harungilah dengan sabar
suratan takdir telah direncana
terimalah dengan hati terbuka
itulah janji insan berjaya
semailah rasa syukur
di hamparan tafakur
bersyukur itu bunga peribadi
akhlak mulia menghiasi diri
tiada erti dalam kehidupan
andai ketandusan rasa kesyukuran
selesa dengan segala yang ada
bukanlah alasan untuk tidak berusaha
sekiranya kita telah berusaha
segala wawasan akan terlaksana
semailah rasa syukur
di hamparan tafakur
kita hamba yang dipagari takdir
namun bukanlah rentak usaha yang terakhir
banyakkan berdoa
sujud kepadaNYA
yang maha kuasa
semailah rasa syukur
di hamparan tafakur



malam2 terakhir sebelum daku pulang ke hostel
sedey plus terkilan...ade something yang tersirat di hati..tidak mengape.. mungkin sempat

Rabu, 18 Mac 2009

Hazihi Sanah...

Detik berlalu pantas
menenggelamkan memoriku
bersama seribu duka dan ketawa
tanpaku sedari
diriku sudahpun bergelar form 5
yang bakal menduduki SPM ..


Takut..takut yang amat sangat..
Di hati ini hanya tuhan yang tahu
tetapi diriku sentiasa teringat pesanan ayahku
Jangan takut dan jangan gentar, Allah sentiasa bersama kita
kehidupan mesti diteruskan
untuk menggapai cita2ku nan satu itu


Hidup ini umpama roda
kadangkala kita di atas
kadangkala kita di bawah
namun takkan kita terus cepat mengalah
itulah kunci yang menghalang kejayaan
ya, putus asa
harus aku singkirkan jauh2
kerna aku yakin dan pasti
man jadda wa jada wa man zara'aa hashoda


Harus aku bangkit dari kegagalan yang lalu
untuk membina kecemerlangan di kemudian hari
mara dan terus mara
tanpa menoleh ke belakang lagi


Destinasi yang ingin kutuju
terlalu banyak rintangannya
namun itu bukanlah alasan
yang menghalang aku untuk menggapai kejayaan
akan ku tepis sedaya upayaku
moga di penghujung jalan ini
aku bertemu hikmahnya....


"Senyumlah di dalam kesedihan, ukirlah kemanisan di arca kepahitan, segala dugaan menguji keimanan, ada rahsia yang disembunyikan, ada hikmah pada setiap ketentuan, titisan air mata, menjadi rintihan, menyulam tinta kesyukuran.."


"Bersyukur itu bunga peribadi, akhlak yang mulia perhiasan diri, tiada erti dalam kehidupan, andai ketandusan rasa kesyukuran, selesa dengan segala yang ada, bukanlah alasan untuk tidak berusaha, sekiranya kita telah berusaha, segala wawasan akan terlaksna"



p/s: ku hargai kata2 itu

Shoppingku Kali Ini..



Ermm pade mulenye rase mcm malas je bile mak ajak nak pi shopping..haha..ngantok ( terukkan ) ..tapi mengenangkan kembali banyak barang rasenye perlu dibeli (sebenarnye tak pun) kuturut juga kata emakku itu..tapi dl hati memang nak pi pun..hehe





Hehe..sempat lagi aku berposing kat kedai cuci gambar tue..hehe




Cantikkan kasut2 tue..urm aku beli dua pasang..





Cantikkan beg2 tue..tapi tas tanganku masih baru n cantik lagi..simpanlah dulu niat tue..hehe




Ni adikku punya kerje..nak beli purse la pulak..tapikan purse biru tue macam lawa pulakkan..




Tue la kasut yang aku beli..lawa x??

tue kasut wat jalan..


Ni pulak aku beli khas untuk bawa balik maktab..pakai prep ma..senang..tak payah bertali2..cantik x??hehe






Selasa, 17 Mac 2009

Duhai Sahabat

Harishah Halim

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir
Mengenali dirimu merupakan sesuatu yang indah buat diriku.Betapa kubersyukur kepadaNya kerana menemukan diriku dengan dirimu.Mungkin diriku tidak seindah dirimu dan tidak sepintar dirimu, namun kucuba untuk memperbaiki diri ini. Tatkala mendung menjelma di hatiku,kau hadir bagai sang suria.Tatkala diriku buntu,kau hadir menguraikan kekusutannya.Aku tidak tahu jikalau diriku ini tidak dipertemukan dengan dirimu, mungkinkah hujan lebat yang sentiasa melanda hatiku akan teduh.Walaupun kita tidak pernah bertemu, namun aku yakin suatu hari nanti kita akan dipertemukan.Aku sentiasa mendoakannya.Moga kejayaan dunia dan akhirat selalu mengiringi kita.











Mungkinkah Ajal Kita Esok


Ingin aku berkongsi suatu cerita duka yang terjadi keatas diriku.Moga menjadi iktibar kepada semua.Ahad lalu, ayahku menerima panggilan dari kampung yang mengatakan bahawa kezenku hilang gara2 lemas mandi di tasik.Selepas beberapa ketika, panggilan kedua menyusul yang mengatakan bahawa pihak penyelamat telah menjumpai jenazahnya.Kalimah innalilahi wainalilahi rojiun terus meniti di bibirku.Aku terus bersiap untuk pulang ke kampung.Aku nekad ingin membaca surah Yassin kepada arwah.Yassin sebesar saiz poket telah pun kuletakkan di dalam tas tanganku.Sesampai saja di rumah, orang ramai berkumpul di hadapan rumah dan aku terus bersalam dengan mereka yang lebih tua dariku.Ayahku terus memanggil aku untuk melihat jenazah.Sebaik sahaja melihat jenazah yang telah dimandikan itu (muka jenazah yang pucat,hidung yang telah disumbatkan dengan kapas dan diikat kepala) aku terus menjadi kaku.Aku tidak mengerti, perasaan apa yang telah menyelinap di dalam hatiku.Segala kata2 ustazku terngiang di telingaku."Kematian itu pasti akan tiba".


“Bersabarlah engkau hari ini, mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan ataupun pada umur yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini? Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi”



Aku tidak menyangka arwah yang baru sahaja berusia 16 tahun itu pergi meninggalkan kami dahulu. Benarlah analogi mengapa buah muda jua boleh gugur.Itulah diibaratkan,manusia yang muda jua pasti akan pergi.Hati aku menjadi sangat sebak.Aku terbayangkan segala siksaan yang telah dijanjkan Allah buat mereka yang tidak beriman.


Aku bimbang..amat bimbang

Imanku masih terumbang-ambingKetika aku di dalam kubur..

adakah orang yang akan mendo'akan?

Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an

Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan

Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?

Hilang aku dari pandangan..

hilanglah aku dalam kenangan.

Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?

Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome..

Aku bimbang..sangat bimbang..

Amal ibadahku sangat berkurang

!WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang



Aku tidak dapat membacakan yassin kepada arwah kerana terlalu sebak.Kutahan kolam air mataku ini.Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, kolam air yang tanggung sebentar tadi, tidak dapat ku tahan lagi,maka gugurlah air mataku..


Sedekahkan Alfatihah ke atas arwah Muhammad Ridzuan atas pemergiannya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh2 orang yg beriman.amin.


Isnin, 16 Mac 2009

Kursus Kepimpinan MJSC TDK

hehe ..bru abez wat aktiviti msukkan tayar kat tiang netball..failed..

mentang2 lah diriku ini ringan, maka diorang angkat ekin ramai2

persembahan dari BWP-dikir barat n lakonan..Ekin jd HEP..jgn men2

mlm persmbahan tue ekin jd mc ngan Tzen..Ekin MC BM..Tzen MC BI..hehe peace



erm kursus rasenye mcm biase je..tp rasenye msih lg dikenang oleh memori ini sbb bez ade kwn2..dekat je kat mktb ..pada 7 Feb -8 Feb..Aktiviti pun okey





Akhirnya..hasratku termakbul


urm alhamdulillah

punyalah lame mase yang diambil untuk aku menyiapkan blog yang satu ni..dengan name yg entah ape2..lantak la engkau..hehe

punyelah perasaan ini kupendam sekian lame kerana jeles tengok blog orang len

tapi mcm x yakin pulak ble nk wat blog sndiri.. last2 kuyakinkan jgak diriku ini

maka siaplah blog yang kucipta (bukan dgn sendirinya) ini... hehe..dan ku namekan kau

" PENAKU MENARI"


nape rase kelaka??? umphh diriku yg menaip name tu lagi la rase kelaka..tp mcm ok je..byangkan jelah yang sebatang sedang menari di atas sehelai kertas kosong mencoretkan sesuatu..tak ke mcm btul je name tuh..