"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 18 September 2011

Seriusly lama tahap abah :P

Salam semua..

Ok seriusly lama tahap abah (eh ini bukan bermaksud abah aku, aku panggil ayah, perkataan abah ini aku perolehi dari kamus dewan pustaka cik nur atikah, ahli beit aku sorang tu, digunakan untuk menunjukkan kemelampauan melebihi had-had yang telak ditetapkan)punya aku tak updet blog ni lantaran tidak tahu untuk menaip ape. Memang banyak sebenarnya nak cerita tetapi semuanya lebih kepada beberapa perkataan yang bila aku gabung jalinkan hanya mampu untuk membentuk satu ayat sahaja. Jadi tak dapek la den nak berblogging, (ape kes tetiba nogori, ok ini sungguh takde kaitan) setakat satu ayat, baik aku pi taip dekat twitter. Biar penuh timeline twitter tuh, ngamok semua yang baca gara-gara twitter penuh dengan semua twitterku.Ade yang bahagia terkadang sedih. Sedih kerana sedang bermuhasabah diri. Laaa korang baru tahu aku ade twitter, a,aa memang ade, tak yah follow pun tak pe, tak de pekdah sangat. Lepas follow mesti nyesal, ce tanya deme-deme yang follow twitter teman. Pasti deme akan berkata tak sior teman. (udah teman cakap perak pule, udah takde keje la tuh )



Kuah sos merah lasagna yang kubuat ketika Ramdhan di sana. Caranya mudah. Hangpa kena buat dua sos. Satu sos merah, satu sos putih. Letak sos tuh berselang seli sambil jangan lupa pulak letakj pasta tuh. Keh2. Gi la klik google kalu nak tahu resepi panjangnya.
Ahaa di atas ialah menu nasi ayam. Terasa ukhwah tuh bile makan dalam dulang. Tengok pun dah tahu sedap, ayam goreng bersama kuah cili dan kicap. Kak Dila yang buat, senior tahun empat yang memang baik tahap abah dengan ahli beitku. Sayang dia. Kami iftor sama-sama. Air warna putih tuh ai soya, terbaikla dah lama tak rasa air soya masa tuh. Aku dan tikah pi beli kat U-Cafe (kedai ustaz-ustaz melayu), 7 genih satu botol besar. Memang sedap dan berbaloi.

Ok seriusly tengah lapar tahap abah. Bukan lapar makanan berat. Bukan juga lapar makanan ringan. Kalau makan makanan ringan bukan lapar namanya tuh, itu namanya cuci mulut. Keh3. Sebenarnya tadi jalan-jalan blog senior mesir yang aku tak kenal pun. Saje jalan-jalan tengok ape citer deme. Tetiba nampak pula menu-menu deme masak bersama ahli beit deme. Itu yang terus buat aku lapar tuh. Teringat time-time kat mesir yang rajin masak. Hidup di perantauan (wat nada sedih), teringin nak makan makanan Mesia macam-macam, nak tak nak, kome memang kene masak. Alhamdulillah daripada Norashikin yang tak tahu masak dulu. Sekarang dah boleh lah nak gendang-gendang, ketuk-ketuk kuali, main perang-perang kat dapur. Dulu penah buat donut, pizza, lasagna, dan macam-macam jenis makanan dan lauk pauk lain lagi. Norashikin memang suke memasak sebab memasak memberikan satu kepuasan. Dengan penat lelah dan usaha kita sendiri, memotong bawang dan ayam, memblender segala cili kering yang dah direbus, maka terciptalah satu resepi. Untuk memastikan masakan sedap secukup rasa, aku akan memanggil ahli beit pakar rasa merasa garam cukup atau tidak seperti Farah Ameera , Nur Atikah, dan Mira Nabila. Kemudian dihidang dan dimakan beramai-ramai. Ada yang memuji masakanku ( eh bukannya aku perlukan pujian, ini hanya untuk megukuhkan cerita) Lalu aku berlari-lari anak mengambil henfonku dan mengambil gambar masakan tadi. Itu lah yang aku rasa best sangat memasak tuh. Rasa berbaloi sangat. Aku suke mencipta resepi baru, idok le caca marba , alhamdulillah hidup je ahli-ahli beit aku tuh.
Ini namanya Nasi Hadramaut. Memang maut nak makan. Sedap memang sedap, tapi banyak tahap abah nasi dia, arab-arab slumber je habiskan. Tabik spring la kat ahli beit aku yang berjaya habiskan. Salah timing kot. Kalau waktu winter, mungkin aku akan berjaya menghabiskan nasi itu. Senior cakap kalau makan dengan kambing lagi sedap. Hui aku bau kambing dari jauh pun dah tak boleh. Tak pelah dengan ayam pun. Laziiz awi ammu.. (Sedap sangat pak cik) Syukran kepada Kak Anis dan Kak Zac yang rajin belanja adik-adik usrahnya yang banyak hei ni.

Ok seriusly, cuti ni banyak tahap abah, aku dapat buku-buku kerana dihadiahkan insan-insan tersayang.^^ Terimakasihsamasamajasamudikenang. Kejap dalam 6 buku macam tuh. (Ceh padahal ade je orang lain yang cuti ni satu hari satu buku dia habiskan. Betapa banyaknya dia shoping buku. Ayah dia toke kedai buku mungkin) Tapi tak kire jugak, bagi aku banyak tuh buku nak kene baca, belum aku darab tambah buku-buku medic tahun 2 yang baru dibeli dan yang aku pinjam dari seorang senior. Namanya Kak Amalina Fauzi. Jangan main-main, kakak EXCO PCT tuh. (padahal, ada la dalam beberapa muka surat aku baca buku medic tuh) Susah betul kat rumah ni nak study segigih aku study di mesir. Padahal aku dan kawan-kawan semangat kot pergi ke rumah kak2 senior di Kofr Isom. Rumah baru aku kat Awal Shuber. Gaya macam jauh je, dekat je pun, sambil jalan nikmati angin musim panas yang tak berapa sepoi bahasa sangat tuh. ( tak sabar nak winter, padahal waktu winter minta nak panas, inilah namanya manusia tak ingat nak bersyukur)

Ok seriusly tahap abah, jeles tengok-tengok kawan-kawan dan senior-senior yang tak balik Mesia dok sambut adik-adik Tahun Satu baru sampai masa tuh. Nak jugak sambut, nak jugak beramah mesra dengan adik-adik. Hui kenangan habis masa-masa aku mula-mula sampai Mesir, dengan panik tengok jalan raya yang ade dua lane jadi lima lane. Orang arab lintas jalan raya dengan keadaan jalan raya penuh sesak abah punya. (Korang jangan bayangkan jalan mesir sesak macam jalan kat mesir, sila jauhi angan-angan tuh). Terkezut mule-mule, lintas jalan sambil menjerit sebab arab bawa kereta. Fuhhh banyak je incident2 yang aku bakal kena langgar dengan tut-tut, ngan tremco, lori kecik, lori besar,kerbau pun pernah. Nasib baik, Allah masih sayangkan aku. Bernyawa lagi di bumi Allah ini. Pengajaran kalau takut nak lintas jalan kat mesir, silalah follow mak cik arab, pakcik arab, memana orang arab yang nak lintas jalan juge. Pasti selamat. Petua yang diamalkan oleh aku dan ahli beitku tikah, kerana di kalangan kami ahli beit kami yang enam tuh, aku dan dialah yang paling "berani" nak lintas jalan. KEH3

Cuti-cuti begini menjadi kurang bagus kalau masa-masa kosong diisi dengan termenung, gigit kuku lalu dibebeli emak dan ayah kerana pulang ke rumah bukannya boleh diharap. Cube le kome-kome rajinkan diri nolong-nolong emak ayah kat umah ke. Aku ade le jugak jenguk-jenguk kedai ayah, layan soalan pakcik makcik. Biasalah. Depa lama tak jumpa. Tadi aku ade tengok-tengok tv, ade perbincangan2 menarik bersama beberapa orang ustaz terkenal. Isunya tentang akhlak-akhlak anak muda hari ini. Aku malas nak kabo, kome pun tahu sendiri. dah besar pandai-pandai fikirkan sendiri. Mari kita sesama kembali ke jalan yang lurus. Jalan yang tak ramai gemarkannya kerana jalan untuk melakukan kejahatan itu indah kata orang. Tapi mana lagi indah antara dosa dan pahala jua antara syurga dan azab siksa kubur&azab siksa neraka.
Firman Allah: ...........Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. (Ali 'Imran:185)

RABBANA ZALAMNA ANFUSANA WA ILLAM TAGFIRLANA WA TARHAMNA LANAKUNANNA MINAL KHASIRIN.
“YA TUHAN, KAMI TELAH MENGANIAYA DIRI KAMI SENDIRI, DAN JIKA ENGKAU TIDAK MENGAMPUNI KAMI DAN MEMBERI RAHMAT KEPADA KAMI, NISCAYA PASTILAH KAMI TERMASUK ORANG-ORANG YANG MERUGI).


# seriusly tak suka perbezaan waktu ini, sabar, tabah dan redha untuk menempuh hari bahagia mendatang. :P

Sabtu, 27 Ogos 2011

^^ Khusyuk aku baca

بسم الله الرحمن الرحيم

Jam menunjukkan pukul 4 petang, aku keluar dari bilikku lalu ke ruang tamu untuk melipat kain-kain yang sudah kering dijemur. Memang menjadi rutin harianku menolong emak melipat kain. Setiap hari aku menunggu sesuatu, namun tiada berjawapan. Aku memujuk diriku sendiri, "Hujan lebat hari ni, posmen tak boleh datang." Alhamdulillah. Tepat pukul 4.15 petang hari ini, penantianku berakhir apabila pintu rumah diketuk. Emakku yang membuka pintu dan mengambil bungkusan itu.

Tersenyum lebar aku apabila membuka bungkusan itu dan melihat isi di dalamnya. Segera aku capai 'Rindu Bau Pohon Tin.' Khusyuk sekali aku membacanya. Terasa benar-benar hidup cerita ustaz itu. Sudah separuh buku kuhadam. Aku turut terasa seperti berada di dalam cerita. Rinduku pada ardu kinanah datang dengan tiba-tiba.

sangatsangatsukarasanakgulinggulinglompatlompat---terimakasih^^

Teringat akan pesanku pada sahabat. "Jangan pernah menyesal kerana tercampak di bumi asing ini. Meskipun tiada kemodenan. Pandanglah sesuatu daru sudut mata hati. Pasti ada hikmah Allah hantar kita ke bumi Mesir ini. Sedangkan ramai yang menangis kerana tidak berpeluang belajar di sini. Kita yang sudah punya peluang ini, gunakan sebaiknya."

"Carilah permata-permata ilmu di sebalik lubuk-lubuk pasir,"
pesan salah seorang seniorku sebelum aku dan sahabat-sahabat berangkat ke Mesir. Pesanan yang masihku ingat hingga ke hari ini.

Terlena seketika di dalam pelukan buku Rindu Bau Pohon Tin. Terkadang terasa sesak nafas dengan sikap adik-adik. Bila berjauhan rindu tersangatlah rindu. Jauhku melarikan diri membawa diri bersama buku itu sebagai peneman. Tatkala tersedar dari tidur, segera jari ini menyelak kembali helaian muka surat tempat ku berhenti membaca sebelum aku tidur tadi. Lagi sedikit hendakku ku khatamkan buku. Banyak ibrah di dalam buku itu.

Ramadhan masih berbaki beberapa hari. Aku perlu segera mengkhatamkan bacaan surat cinta Allah itu. Jika tidak aku juga yang rugi dan pasti menyesal.

Jikalau anggota badan kita terluka, mungkin kita boleh menjahitnya dengan sepuluh jarum atau dua puluh jarum. PERSOALANNYA - Jikalau keimanan dan ketakwaan kita terkoyak. Sedarkah kita yang kita perlu menjahit kembali keimanan dan ketakwaan kita itu?

Litar kehidupan kita ini terkadang indah jalannya, terkadang penuh onak duri, PERSOALANNYA - Adakah litar kehidupan kita ini menjauhkan diri kita dengan pencipta kita atau Makin mendekatkan diri kita dengan Allah SWT...?

Sesungguhnya kebaikan itu terkumpul dalam empat perkara iaitu percakapan, diam, pandangan dan perbuatan kita, Jika keempat-empat perkara itu tidak disertakan bersama Allah, maka semuanya menjadi sia-sia dan lalai belaka.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAUDARA MARA, GURU-GURU,SAHABAT-SAHABAT DAN SEMUA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT. MAAF DIPOHON ANDAI ADA TERSALAH SILAP DIRI INI LAKUKAN. (awal sangat ke aku wish ni, tak kisah la, esok lusa, belum tentu aku nak blogging lagi :P)

Rabu, 10 Ogos 2011

Dapat tengok baby lahir depan mata ^^

Alhamdulillah, tamat sudahlah pengajianku untuk tahun ini, sedang meghitung hari untuk pulang ke Malaysia, tidak sabar untuk bertemu emak, ayah dan adik-adik, rindu wajah-wajah yang kusayang. ^^

Teringat akan soalan terakhir emak sewaktu menelefonku, "Kakak dah kemas beg nak balik belum?" Di dalam hatiku, "Awat la mak tanya soalan ni punya awai, lambat lagi kot anak dia nak balik, kot ya rindu sangat pun." tetapi itu hanyalah jawapan yang terzahir di hati bukan di mulut lalu aku membalas,"Belum lagi mak, nanti kak kemas na." "Mira, hari ni berapa hari bulan?" tanyaku seolah-olah telah terlupa segala hari dan tarikh yang wujud sewaktu di Masjid Az-Zahra. Itu masjid yang seringaku kunjungi untuk solat terawih. Masjid yang betul-betul berhadapan dengan rumahku. Kalau merangkak dalam empat lima rangkak, insyaallah sampai betul-betul depan pintu masjid. Kalau nak bergolek, dalam enam tujuh golek, insyaallah masuk terus dalam masjid. Kebiasaannya aku berjalan kaki, dalam satu dua langkah kalau langkah korang dalam satu meter setengah. Kalau langkah aku, dalam empat lima langkah sudah cukup untuk berada di hadapan pintu masjid.Aku tak tahu la kalau ada orang saje-saje naik motorsikal ataupun kereta ke sesuatu tempat yang hanya di hadapan mata. "10hari bulan, kenapa?" balas sahabatku. "Eh tak sedar, lagi lima hari nak balik, patutlah mak asyik tanya dah kemas beg ke belum." aku tersenyum di dalam hati. Perasaan berbunga-bungi hendak pulang ke Malaysia.

"Kakak, mak tengah buat kuih raya ni," beritahu emakku dengan nada suara yang ceria. "Yeke, besnya, mak buat kuih apa?" " (nama kuih yang mak aku sebut, langsung aku tak ingat sebab pelik sangat namanya,)"sebut emakku. "Ape dia mak, mak buat kuih apa?" Bukan aku yang pekak, nama kuih tuh yang pelik sangat. Over taw orang yang mula-mula buat resepi dan bagi nama tuh. Pelik-pelik je nama kalau baca buku resepi kuih raya. 'Biskut Jalinan Kasih', 'Biskut Mawar Mekar', 'Biskut Ombak Rindu.' Haa lebih kurang macam tuh la nama biskut yang emak aku sebutkan tuh. Nama biskut ke tajuk novel cinta nih? Konfius juga. Lalu aku pun berpura-pura dengar, kesian pula emak nak ulang nama biskut sampai sepuluh kali. "Mak, nak buat banyak lagi ni. Nanti kakak balik, kita buat sama-sama."kata emakku. Mendengar kata-kata emakku itu, bertambah-tambahlah perasaan tidak sabarku untuk pulang ke Malaysia.

"Kakak balik na, nanti kita pi shoping raya sama-sama. Haikal dah beli baju raya, seluar raya, kasut raya. Semua dia punya 600 lebih." kata ayahku. Terkejut beruk
aku yang mendengar perihal shoping Muhammad Haikal Hakimi yang baru berusia 4 tahun itu. Baju budak-budak yang berjenama mahal kan. Apalah yang budak kecik ni shoping. Grgrrrr.

Cerialah dengan bersyukur atas segala nikmat Allah kurniakan kepada kita. Senyumlah agar alam turut tersenyum kepadamu. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tahun ini tanpaku duga aku pulang ke Malaysia. Padahal sebelum ini, aku memang tekad dan nekad untuk beraya di Mesir. Apakan daya emak dan ayah rindukan anak sulungnya yang comel dan baik hati. (masuk baku angkat sendiri) Jadinya agak di saat-saa
t terakhir jugalah aku membuat keputusan dan membeli tiket kapal terbang (tak kan kereta api pula ye). Alhamdulillah mujurlah tiketnya masih ada dan masih murah. Kalau tak tah
un ni, menangis-nangis lah aku sambil berwebcam dengan emak ayah. Sedih melihat saudara mara sibuk mencicah ketupat dengan rendang. Rindunya ketupat tok. Ketupat tok tak da sapa boleh kalahkan. Lemang tok wan terbaik punya. Nantikan kepulangan cucu kesayanganmu ini.

Kalaulah aku tahu yang aku nak balik tahun ni, bolehlah aku mendaftar diri di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat attachment. Biarpun aku baru bergelar first year medical student. At least dapat belajar something kan. Teringat akan pesan senior-senior, "Tak pe wat je attachment, walaupun baru pre clinical year, sebab kalau doctor tanya dan kita tak tahu, tak kene marah, tapi kalau dah clinical year, buat attachment, doctor tanya soalan dan kita tak tahu, kene marah time tuh." Tak mengapa, pengalaman melihat baby lahir di depan mata tahun ini sudah cukup menggembirakanku.

Ya Allah limpahkan rezekiMU kepadaku dan permudahkanlah segala urusanku... Ameen ya rabb ^^

Kalau tak dpt hari ni, maksudnya Allah nak bagi nanti...Allah nak bagi yang l
ebih baik ^^ Gambatte neh.

Alhamdulillah pertama kali di dalam hidupku, aku dapat melihat secara live baby dilahirkan secara normal dan juga C-section (Cesarean section). Perasaan yang sangat berdebar-debar ketika melangkahkan kaki ke hospital. Medical student dibenarkan masuk dengan syarat perlu memakai white coat. Ketika itu pukul 10.30 malam di Mesir, sengaja kami memilih waktu itu kerana kebanyakan kes berlaku pada waktu malam. Kami ke ke tingkat bawah dan meluru masuk melihat delivery room. Kosong ketika itu belum ada lagi patient yang ingin bersalin. Jadi kami ke bilik lain yang mana bilik itu meletakkan baby yang baru sahaja dilahirkan. Comel kecik je. Kami berjalan hingga ke penghujung koridor melihat wajah-wajah ibu yang gembira selepas melahirkan anak. Kami patah balik dan ke waiting room. Kedengaran beberapa ibu yang menjerit kesakitan. Baby mereka sedang menendang perut untuk keluar. Kami bertanyakan doctor dan doctor memberitahu bahawa mereka lambat lagi untuk melahirkan anak kerana pintu rahim baru terbuka 2-3 cm.
Bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Tanpa melengahkan masa. Kami bergegas ke lif yang menuju ke tingkat 3 untuk melihat baby lahir secara c-section. Alhamdulillah kami tiba tepat pada masanya, pembedahan baru sahaja hendak berjalan. Kami terus masuk ke dalam delivery room itu. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik itu, bau darah segar belegar-legar di hidungku. Kelihatan
pesakit sudah dibius oleh doctor, pesakit sedar cuma dibius agar tidak merasa sakit sewaktu operation nanti. Pandangan pesakit juga telah ditutup dengan sehelai kain yang diikat antara dua tiang. Apabila peralatan telah siap doctor melakukan horizontal incision pada perut ibu tersebut. Doctor mengoyak bukaan perut yang telah dipotong, peristiwa ini agak ngeri untuk diceritakan. Ketika itu aku mendengar si ibu berdehem dengan kuatnya. Air mata aku tidak semena-mena mengalir terkenangkan akan pengorbanan seorang ibu. Setelah berlapis-lapis perut dikoyak akhirnya air ketuban pun pecah dan terdengar suara baby. Seorang baby lelaki selamat dilahirkan. Doktor mengeluarkan placenta dan membersihkan semula rahim dan perut si ibu tadi sebelum menjahitnya. Mata yang melihat tentulah tidak sama dengan si ibu yang menanggung sakitnya.
Keadaan c-section, kain digunakan untuk mencuci dan melap darah.
Before either procedure, the mother is prepped and given pain medication. This usually comes in the form of an epidural, which numbs the mother from the abdomen down but leaves her awake for the birth of her child. In the operating room, the mother is covered with surgical drapes that block her view of the surgery.

To do a cesarean section, the doctor makes an incision. Usually it is a horizontal incision, made low across the belly, just above the pubic hair line. This may be called a “bikini cut.” Sometimes the incision is vertical, from the navel down to the pubic area.

Selepas itu, kami turun semula ke tingkat satu tadi dan bergegas ke delivery room. Kelihatan dua orang ibu sudah selamat melahirkan bayi mereka. Kami terlambat dan kami berpatah balik semula ke waiting room lalu sahabatku bertanya pada doktor masih ada yang akan bersalin lagi? Doktor memberitahu seorang namun pintu rahimnya baru terbuka 2-3cm . Jadi kami semua mengambil keputusan untuk pergi minum dahulu dan datang semula hospital selepas habis minum. Setiba kami kembali di hospital. Pintu wad ditolak dengan ganas dan muncul seorang makcik berniqob duduk di atas wheel chair mengerang kesakitan untuk melahirkan anak. Mak cik itu terus dibawa ke delivery room dan jeritan sakit makcik itu sehingga hari ini masih lagi terngiang-ngiang di ingatanku. YA RABB...........!!!!!! YA RABB.............!!!!!!!!. Jeritan makcik itu mengegarkan satu wad dan meremang bulu romaku. Tergambar kesakitan melahirkan anak itu. Teringat akan emak, "Dulu emak pun mesti macam ni masa nak lahirkan aku, Ya Allah kesiannya emak, bertarung nyawa," aku bermonolog menghilangkan rasa takut di hati melihat delivery secara normal itu. Seorang bayi lelaki selamat dilahirkan. Gembira makcik itu tidak terkata. Akhir kata, pancit menaip lama-lama, berbuatlah baik pada ibu bapa.

Firman Allah (SWT): ' ... Janganlah kamu sembah kecuali Allah (SWT) dan kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik (kepada mereka) ...' [Ayat 83, Surah al-Baqarah]

Sabtu, 9 April 2011

Ramadhan Ceria Penuh Cinta ^^

Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha di dalam kubu Salahuddin al ayubi. Binaan Masjid Biru di Turki ditiru bulat-bulat daripada masjid ini.


Assalamualaikum dan Ramadhan Kareem untuk semua ^^

Terlalu lama rasanya aku meninggalkan blog ini tanpa menghupdate apa-apa jua. Hampir 2 bulan lebih aku membiarkan Penaku Menari berdebu di sini. Terlalu banyak perkara yang terjadi kepadaku selama tempoh itu. Terkadang aku menangis dan terkadang aku ketawa. Namun perasaan yang satu itu mengatasi segalanya. Alhamdulillah. Terima kasih.^^

Jingga meretas di ufuk barat sana.. Lembayung senja berarak menembus mega.. Gemerlap sayap dara terpantul cahaya.. Mengiring syukur atas segala anugrah Cinta..

Suatu hari sahabatku bertanya kepadaku, "Ekin, kenapa dalam hidup ni, kita tak dapat je apa yang kita nak. Kan senang kalau macam tuh, Tak payah nak bersusah payah baca buku, hafal segala maklumat yang banyak ni." Aku tersenyum ketika mendengar soalannya sambil menyelak helaian buku yang perlu dibaca, "Maksud hang, hang nak kejayaan ni datang bergolek tanpa usaha." Dia tersengih kerang wangi duduk di tepi birai katilnya. "Mustahilkan Ekin tapi banyak sangat ni buku yang kene baca dan hafal," balasnya menyedari akan kelucuan soalan itu. Aku senyum lagi sambil mentafsir mungkin kerana sahabatku ini stress study, soalan sebegitu juga boleh muncul. "Memang mustahil pun, sebab itu bukan tujuan hidup ini diciptakan. Kalau semua benda yang kita minta dan terus dapat, jatuh 'kedebuk' depan mata. Itu namanya syurga bukan dunia." sambungku.

“Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam ni’mat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As Sajdah : 17)

Cuba beritahu pekerjaan apa yang tidak perlukan usaha. Sedangkan nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah itu lagi diuji dengan bermacam-macam dugaan. Baginda dicaci, dimaki, diherdik, dihina, dipulau ketika menjalankan dakwah Islam. Sedangkan baginda boleh sahaja untuk terus berdoa kepada Allah, kurniakan kemenangan untuk Islam. Namun bukan itu yang baginda lakukan, pelbagai usaha yangdilakukan sehinggalah Islam gemilang. Kerana apa baginda dan sahabat-sahabat melakukan semua ini. Kerana apa? Alhamdulillah mabruk semua, tepat sekali jawapan anda. Untuk memberi pengajaran kepada umat akan datang. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sahabatku masih duduk di tempat yang sama sambil termenung dan wajahnya seakan-akan ingin bertanya lagi. Aku bertanya kepadanya "Kenapa tuh?" Dia memandangku dan berkata"Tak de papelah." Cakap je la," aku berkata seolah-olah faham apa yang difikirkannya. "Dekat Malaysia ramai orang Cina yang berjaya dan kaya. Mana pergi orang Melayu?" "Orang Melayu pemalas," jawabku dengan yakinnya. Orang Melayu selalu busuk hati.

Di sebuah taman perumahan, Pak Mat berniaga goreng pisang dan goreng pisang Pak Mat itu sangatlah laris ( ya Allah, bulan puasa ni aku cakap pasal goreng pisang pulak, telan air liur je la yang membaca, yang menaip juga). Pak Salim yang ternampak akan situasi itu mula tersenyum. Di dalam hatinya, mula timbul niat untuk berniaga. Alhamdulillah, bagus sangatlah idea Pak Salim tuh. Berniaga pun sunnah nabi. Apa yang salahnya. Tiada salahnya pun malah digalakkan lagi. Pak Salim berfikir alangkahnya bagusnya kalau aku dapat berniaga pisang goreng seperti Pak Mat, dapatlah aku kaya seperti dia nanti. Bulan lepas dia baru sahaja membeli sebuah kereta mewah. Isteri aku juga sudah bising kerana melihat isteri Pak Mat memakai rantai emas labuhnya sampai ke perut. Pak Mat berfikir dimanakah tempat yang paling strategik untuk aku berniaga lalu dia berfikir tempat yangpaling strategik ialah betul-betul di sebelah gerai goreng pisang Pak Mat. Jarak antara gerai Pak Mat dan Pak Salim tidak sampai beberapa langkah. Itu yang salahnya. Yang sepatutnya apa? Mungkin Pak Salim boleh berniaga benda lain jika mahu duduk dekat dengan Pak Mat ataupun jika ingin juga berniaga pisang goreng. Carilah kawasan yang sedikit jauh dari gerai Pak Mat.

"Ekin nak tanya, Ekin bagi dua contoh situasi. Ah Chong dan Pak aji kedua-duanya punya persamaan. Mereka ada sebidang kebun. Pak Aji turun ke kebunnya selepas subuh, lalu mengorek tanah, meletakkan baja pokok dan menyiram tanah itu. Kemudiannya dia pulang semula ke rumahnya meneruskan solat dhuha, solat hajat, zikir, membaca al-Quran dan berdoa agar Allah menyuburkan tanamannya dan Pak Aji tidak pernah turun lagi ke kebunnya. Setiap hari dia sibuk berdoa kepada Allah agar menyuburkan tanamannya. Manakala Ah Chong pula turun ke kebun seawal pagi, Dia mengorek tanah, meletakkan baja yang kualitinya terbaik, menyiram tanah itu. Setiap hari Ah Chong turun ke kebunnya untuk menggembur tanah dan menyiram pokoknya. Rasa-rasa la kan, pokok siapa yang akan tumbuh dengan suburnya?" soalku kepada sahabatku itu. "Mestilah Ah Chong," balasnya dengan yakin.

Itulah namanya sunnatullah bukan syariatullah. Dua-duanya berbeza untuk setiap perkara. Allah tidak pula memberitahu untuk kita memastikan tanaman kita ini subur, perlulah kita bajainya dengan doa, siraminya dengan zikir. Tetapi bukankah alam memberitahu bahawa untuk tanaman itu tumbuh subur, tanaman itu perlukan air.

1.Syariatullah: Syariat ALLAH, iaitu hukum-hakam yang ditetapkan Oleh ALLAH dalam Al-Quran dan melalui Nabi Muhammad SAW.

2.Sunnatullah: Hukum-hukum Alam yang ALLAH tetapkan untuk dunia semesta ini. Dan Hukum ini tiada ALLAH jelaskan secara terperinci dalam Al-Quran. Kebanyakan ilmu tentang ini, Allah tinggalkan persoalan untuk dikaji. Secara Amnya, sunnatullah ialah hukum saintifik dan amal logik bagaimana alam ini bergerak.

"Ekin kan seronok kalau kita kaya, ada duit berjuta-juta. Boleh beli macam-macam yang kita nak."kata sahabatku lagi. "Buat apa ada duit terlalu banyak sampai macam tuh, lainlah kalau duit tuh dimanfaatkan. Ini kalau dah banyak sangat sampai tak taw nak buat apa, beli sehelai baju sahaja sampai beribu-ribu. Bukan lawa mana pun. Syukurlah, ade orang lagi susah dari kita."

Dan (ingatlah juga), takala Rabbmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS. 14:7)

Jika kita melihat sesuatu perkara itu yang mana akhirnya hanyalah dunia. Contohnya jiran kita punya kereta baru, sahabat kita punya handphone canggih. Cukuplah kita memandang orang yang ada di bawah kita. Yang lauk pauknya untuk berbuka hanyalah nasi kosong dan kicap. Kita akan sedar erti syukur. Jika sesuatu perkara itu yang akhirnya boleh dibawa ke akhirat kelak. Contohnya amal soleh dan ilmu. Pandanglah orang yang di atas kita. Yang setiap harinya tidak pernah meninggalkan al-Quran, zikir, tahajud, berbuat baik sesama insan dan lain-lain lagi. Berusahalah untuk mencontohi mereka. Perbanyakan amal di bulan Ramadhan ini.

Its true Ramadhan is annual thing, visiting us each year, but will you be here next year to welcome it? By Allah, one of these Ramadhan's will be our last, so what makes us sure it isn't this one?- Shawana Javaid

firman Allah:
Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu’min, maka mereka adalah orang-orang yang usahanya di balasi dengan kebaikan (QS. Al-Israa’ : 19)

Final examku selama dua bulan lebih pun sudah tamat. Aku juga sudah selamat berjaulah ke Alexandria dan Cairo. Semoga Allah memberkati segala usahaku dan mengurniakan aku kejayaan cemerlang. Ameen ya Rabb. Aku bertawakal kepada Allah. Tahun ini juga tanpaku duga aku pulang beraya di Malaysia. Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui. Allah jualah sebaik-baik perancang dan penentu. Mohon undur diri dahulu. Moga-moga Allah menerima segala ibadat kita dan keluar sahaja daripada universiti Ramadhan ini kita menjadi orang lebih bertakwa.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (QS. 2:183)

Rabu, 6 April 2011

Nak letak tajuk apa ni ye? Puas fikir tapi tak jumpa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah minggu ini, selesai sudah assessment cardiovascular system yang selama ini sungguh mendebarkan. Itu baru assessment, belum lagi final exam dah debar sampai macam itu. Cardiovascular System panjang sangat, jadi semua menyingkatkannya menjadi CVS. Aku sangat suka belajar tentang heart. Memang daripada zaman sekolah lagi, jikalau bab heart mesti markah tinggi. Dalam subjek CVS, aku sangat gemar topik Electrocardiogram (ECG) dan Cardiac Cycle.

Gambar dicuri daripada buku gamaah(universiti).
ECG- graphic record of the electric activity of heart by means of electrodes or leads placed on the surface of the body, on the arms, legs & chest.

Cardiac Cycle- involves rhythmic contraction (systole) of both auricles then of both ventricles & then relaxation (diastole) of the whole heart.

Mungkin kerana itu juga aku bercita-cita untuk menjadi cardiac surgeon namun apabila diberitahu oleh seorang doktor pakar O&G akan cardiac operation selalunya memakan masa dalam 8 jam. Kebiasaannya doktor perempuan tidak mampu untuk berdiri lama-lama. Katanya, biarlah doktor lelaki yang menjadi cardiac surgeon. Doktor perempuan lebih elok menjadi pakar O&G. Pakar O&G dalam kalangan doktor perempuan kurang katanya. Lagipun di dalam Islam sendiri, kan lebih elok doktor perempuan yang menyambut bayi, tidaklah segan para ibu.

Gambar yang sempat ditangkap oleh sahabat berdekatan Egypt Bank di dalam gamaah(universiti).
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."- Ali 'Imran:190

Minggu ini Tanta kerap kehujanan berserta bunyi guruh berdentum sekali. Maka jalan-jalan penuh berlecak dan berlumpur. Eh cop, lecak dan lumpur tuh sama ke lain? Nilah akibatnya apabila lama tinggalkan karangan bahasa Melayu. Memang menaip sekarang pun aku kekok kalau berbahasa baku. Jadinya setiap hari pergi ke gamaah dan pulang ke gamaah aku terpaksa berjalan dengan berhati-hati. Aku terasa seperti pencuri berjalan perlahan-lahan kerana takut tuan rumah terjaga. Dalam aku berjaga-jaga, lumpur tetap terpercik pada stokin dan kain baju kurungku. Haish!!!

Gambar yang sempat aku tangkap. Inilah rupa tanah berlumpur selepas kering. Tanah merekah-rekah. Cantik.
"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar." -Ar-Rahman:14

Gambar yang sempat diambil ketika pulang dari gamaah. Ketika itu langit sudah mendung. Tidak lama selepas itu, hujan mula turun dan kami mula berlari pulang ke rumah. Aku tidak pasti ini pokok apa. Nanti aku tanya pada senior. Subhanallah suka tengok. Sawah hijau luas terbentang.

Errr itu gambar dua oarang kanak-kanak ribena berlari keriangan di atas batas. Terasa ingin terjun masuk ke dalam sawah yang menghijau tuh.

Alhamdulillah. Tenang dan Bahagia. Terima Kasih

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya

Buku berlunggok-lunggok kene baca: Aku rasa lain macam je kali ni blog aku. Aku mengarut-ngarut kat atas.Tak taw nak taip apa. Bosan je aku baca. Aku dah tak pandai menaip blog lagi agaknya. Errr waa exam final dah nak dekat. Ok gerak dulu. Nanti kalau buzy sangat. Lain tahun lah aku update blog ni. :P

Sabtu, 26 Mac 2011

Dapur kami berasap

بسم الله الرحمن الرحيم
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Hidup di perantauan ini sememangnya seronok. Selain dapat berdikari, dapat juga pelbagai ilmu dan pengalaman hidup di negara orang. Lagi-lagi Mesir ini bumi barakah. Perasaan rindu akan ibu ayah dan adik-adik, itu sudah pasti akan sentiasa hadir. (Kejam sungguh hang kalau tak ingat kat mak ayah. Mak bawa hang dalam perut sembilan bulan. Ayah cari duit selama ni bagi hangpa makan. Tuh pun masih banyak ja lagi anak-anak yang kuang ajaq dengan mak ayah depa kat luaq sana. Apa depa semua tak pandai pikiq ka pengorbanan mak ayah kepada depa selama ni. Anak kucing pun taw sayang mak dia. Ni kalau hangpa, dok buat kuang ajaq ngan mak pak hangpa. Maknanya apa? Maknanya hangpa ni lagi teruk dari binatang. Sebab apa? Sebab binatang taw sayang mak depa. Hang manusia, ada akal, ni tok sah dok letak kat kepala lutut na. Satgi aku taboh seketul satgi. Kasaq gila Norashikin. Dok aih, bagi peringatan. Kadang-kadang kena garang sikit, lembut depa tak makan saman.)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia, yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai.” – (Surah al-A’raf, ayat 179).

Baik-baik, berbalik semula kepada topik. Bukan sahaja perasaan rindu terhadap keluarga, malah rindu pada masakan emak yang sedap tu. Jika lapar di sini, memanglah boleh sahaja beli makanan di kedai luar. Makanan arab sememangnya sedap. Namun sekali sekala teringin juga hendak makanan Malaysia di sini. Selepas habis berhempas pulas membuat nota Anatomy, memahamkan Biochemistry, melakarkan gambar-gambar cell Histology, dan mengingat proses-proses untuk Physiology, aku gemar untuk memasak. Inilah caraku untuk merehatkan diri selepas habis belajar. Itu juga satu riadah.

Alhamdulillah pagi tadi sebelum kakak naqibah sampai ke rumah, aku sempat masakkan mereka nasi lemak dan mahalabeyya. Sambal nasi lemak ini, resepi daripada emakku tercinta. Mahalabeyya itu sejenis puding susu. Manisan orang arab. Aku tak sempat pula nak ambil gambar. Housemate-housemateku membahamnya dengan begitu pantas. Sedap kata mereka.
Ini nasi lemak yang hanya diletakkan santan dan garam. "Semasa nasi sedang masak, hendaklah mengacau-ngacau nasi supaya santan tidak berkepala" pesan emakku semasa mengajar aku ketika aku balik ke Malaysia bulan lalu. Sayangnya tiada daun pandan di Mesir. Namun tidak mengapa, ini pun sudah cukup sedap.
Jeng-jeng siaplah nasi lemak kita yang tiada timun dan kacang goreng. Korang ingat ni Malaysia ke? Jangan mengada-ngada, makan aja apa yang ada. Keh3. Kalau nak cuba masak. Boleh klik sini. Aku malas nak taip menunya. Lebih kurang je la. Resepi emak saya rahsia.
Haa ini menu semalam. Nasi Ayam yang di masak Farah Ameera dan Nur Atikah yang masak. (Haa korang suke tak? nama korang dah masuk dah.) Sedapnya aku tengok ayam yang dipanggang tuh. Bau sampai ke bilik aku. Berasap-asap rumah bila aku buka pintu bilikku.
"Haaa yang atas kanan sekali. Tuh ayam aku." "Eh tak,ayam kau yang kecik tuh. Yang besar aku yang punya." Cepp berebut-rebut ayam macam kanak-kanak. Nampak sedapkan ayam kat atas.
Ini nasi ayam.

Ini sambal nasi ayam.
Ini sup nasi ayam. Fiz time aku tengok sup nasi ayam orang letak ubi kentang. Tak pe. hidup kat perantauan, campak je ape-ape dalam periuk tuh. InsyaAllah jadi je. Nampak tak sup bunjut tuh. Haa kami bawa dari Malaysia la.
Dan petang tadi, aku berasa lapar. Maka aku ke dapur lalu hendak membuat pizza. penat aku menguli tepung pizza tadi. Alhamdulillah fiz time buat sendiri enjadi. Sebelum ini pernah buat di sekolah semasa subjek Kemahiran Hidup dan buat bersama emak. Inilah rupa pizzanya sebelum dibakar. Sedapkan. hehe. Memang banyak isi aku letak, cili hijau, ayam, sosej, keju mozarella. Kawan aku cakap sedap. Licin kami makan tadi.
Inilah rupanya pizza yang telah setelah siap dibakar. Petua yang ingin kukongsi. Jikalau ingin roti pizza rangup. Bakar dahulu adunan tepung pizza tuh sebelum dituang sos dan isi-isinya. Kemudian baru bakar lagi sekali. Nampak tuh keju mozarella sudah mencair hingga ke ladang gandum maka apabila ditarik pizza itu kelihatan bertali-tali. Uishh sedap.
Aku malasnya nak taip resepinya sebab rahsia diri sendiri tapi kalau nak jugak. Klik la sini. Boleh la, lebih kurang je caranya. Tiba-tiba aku merasakan blog aku sudah menjadi blog-blog macam emak-emak orang. Yalah penuh gambar-gambar masakan. Esok dah mula kuliah. Oklah jumpa lain waktu. Aku nak pi baca buku. Nanti lain kali aku cerita lagi. InsyaAllah.
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Huh gila sedap sore mereke.Siap harmoni bagai.Hangpa kena dengar, pause dulu kat music box bawah. Rindu nak bernasyid dengan kawan-kawan.

##27 Mac 1992- Selamat Hari Lahir daku ucapkan kepada Nurul Syafiqah binti Mohamed Mustakim. Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Ameen ya rabb. Dialah sahabat karibku dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kami dulu bagaikan belangkas. ke mana sahaja, sentiasa bersama-sama. Aku sayang dia dunia dan akhirat. Moga rahmat Allah sentisa bersamanya.

Khamis, 24 Mac 2011

Awatlah hang dok pelik bila orang buat baik? Aku musykil...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alkisah maka tersebutlah kisah. Tayyib. Sang kancil datang beramai-ramai mengadap duli yang maha mulia sultan firaun. Norashikin teramatlah geram kepada internetnya yang bernama Waleednet. Memang ammu (pak cik) Waleednet sengaja mencari pasal, itu sebablah ramai sahabat-sahabatku yang sudah ramai melarikan diri dengan membeli broadband Etisalat setelah TP-LINK yang dahulu percuma kini menghilangkan diri. Walaupun begitu, sedikit perubahan postif telah dilakukan oleh Waleednet iaitu daripada dahulu sejak aku sampai Mesir hinggalah sekarang hanyalah satu bar dan kini telah menjadi dua bar (padahal macam kura-kura juga). Namun syukurlah jua kerana masih dapat mengonlinekan diri dan menghupdate blog sekali sekala, walaupun tiada siapa yang ingin membaca.

Kuliah telah lama bermula dan pada hari pertama kuliah, aku tersangatlah teruja. Seolah-olah seperti budak-budak kecil yang berusia 7 tahun ingin mendaftar Darjah 1. Barangkali mungkin kerana terlalu lama bercuti. Sebaik sahaja tiba di pintu masuk gamaah (universiti), aku melihat dari jauh, segala pokok besar dan kecil dan segala jenis tiang yang ada juga semuanya sudah dicat dengan warna bendera Mesir. Doktor-doktor yang mengajar kelasku semuanya gembira kami semua sudah selamat kembali dari Malaysia dan mereka tersangatlah gembira dengan segala apa yang berlaku di Mesir. Jelas dari raut wajah mereka dan betapa semangatnya mereka bercerita tentang apa yang berlaku di Dataran Tahrir. Mereka gembira dengan kejatuhan pimpinan kerajaan yang lepas. Alhamdulillah.

Seterusnya Norashikin malas hendak bercerita lagi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Huih penat aku dok cakap bahasa baku kat atas. Dahla lama tinggal sekolah, jadinya karangan pun mestilah dah fail kalau cikgu suruh buat ni. Disebabkan aku telah memengsankan sebentar facebookku, tidak dapatlah aku berkonsi gambar-gambarku di Mesir bersama keluarga tercinta. Walaupun Tanta ni, tak da lah ada apa-apa sangat. Sapa cakap tak dak apa-apa. Hang taw dak Tanta ada pizza besar. Puas dah aku makan semalam.

Aku dan pokok yang berbajukan bendera Mesir. Agak-agaknya lah kan kedai cat semua habis laku. Dapat keuntungan berganda-ganda. Semua rakyat Mesir pakat nak beli cat kat dia. Lepas nih dia kata, kena order tiga warna je la, merah, putih dan hitam. Warna lain tak laku.
Tuh dia Kuliah Perubatan. Terbentang kain rentang bendera Mesir di hadapan bangunan. Tapi awatlah yang belah kanan tuh lagu tuh. Angin tiup naik ke atas.
Haa nampak dak. Sebelum-sebelum ni, tong sampah tuh tak dak warna pun. Tiba-tiba ja dah jadi warna merah jambu.
Inilah hosmet-hosmet kesayanganku. :P Ada cerita di sebalik kasut pink aku tuh. Begini kisahnya. Sedang aku menunggu dua orang sahabatku yang masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba seorang makcik arab dari jauh senyum ke arahku dan memanggilku. Di dalam hatiku, mesti mak cik ni nak ajak bersembang. Layan je la. Diolog berlangsung dalam arab ammiyah. Ini terjemahannya.

Mak cik: Cantik kasut. Beli mana? Sini atau negara kamu? Nak tengok boleh?
Aku: (Menanggalkan kasutku sambil tersenyum dan menghulurkan kepada mak cik itu) Beli kat Malaysia.
Mak cik: (sedang membelek-belek dan memicit-micit kasutku) Makcik berkenan dengan kasut kamu, kasut kamu ni kalau pakai tak sakit kaki. Kaki mak cik ni sakit. Mahal tak kasut kamu ni? Berapa? Malaysia pakai duit apa? Genih juga ka?
Aku: Alamak, saya lupa harganya. Malaysia pakai Ringgit Malaysia. Lagi besar dari genih.

Mak cik itu pun memulangkan semula kasutku. Kami berbalas senyuman. Aku memanggil sahabatku agara segera keluar dari toilet lalu kami pergi ke surau sambil senyum kepada Mak cik tadi dan mengucapkan "Salam alaik. Maas salamah."

Begitulah cerita kasut pink di atas. Manalah aku nak tahu harga. Ayah pos dari Malaysia. Terima kasih Mak sebab belikan kakak kasut yang cantik. Tengok, makcik arab pun dah berkenan. Nasib baik tak sama saiz kaki. Hehe.
Kami semua pergi menyambut hari lahir seorang sahabat dengan membaham sebiji pizza yang amatlah besaq. Kurang dari 1 meter. Mat9am ini bernama Dahab. Punyalah kalut dok tanya arab, "Salam alaik, Law samath, Mat9am Dahab fayn?". ("Salam ke atasmu, exuse me, kat mana tempat makan nama Dahab?")Seorang pakcik ni menunjuk jalan ke arah utara. Seorang makcik menunjukkan kami jalan ke arah timur. Memang depa punya pi makan mat9am Dahab kat tempat lain-lain kot? Last-last tanya kakak arab, baru dapat jalan yang betul. Tengok tuh muka aku jakun tak jadi sangat. Keh3.
Jangan terkejut hosmet aku semuanya kuat makan termasuklah aku. Keh3, Ya Allah, ok padam-padam, semuanya sopan-sopan. Makan pizza sikit je. :P Cepp tipu, semua makan banyak dan habis. Bila letak atas pinggan, pizza siap terkeluar dari pinggan. Besaq sangat. Aku pun macam tak percaya sampai sekarang. Aku mampu habiskan pizza yang besar tuh. Tahniah Norashikin.
Tuh dia, mak tengok ni, anak mak siap bawa nota, sambil duduk-duduk kat taman, tunggu kuliah. Ni hangpa bukak ja buku tuh kan, bukan dok baca. Toksah dok pura-pura buat muka suci. Hehe tapi Norashikin sungguh dia membaca notanya.
Pokok tuh tak dak daun. Angin pakat tiup habis semua kot. Mak, jangan risau. Walaupun anak mak makan banyak. Dia masih maintain. Dia tidak akan mengembang juga mengempis kerana dia bukanlah belon. Eh tak, sori mak, maksud kakak. Kakak tak gemuk lagi. Anak mak sihat kat sini. Kak rindu nak peluk mak ayah, adik-adik. Waaaaaa
Mak, sinikan dah tumbuh banyak pokok bunga cantik-cantik. Bunga-bunga di atas tidak cukup cantik. Ada lagi cantik daripada ni tapi pak guard arab tuh banyak songeh. Depa tak bagi kak amik gambaq. Nanti nak panggil ayah la tolong siku kepala depa semua. Berani depa mengahalang kakak untuk ambil gambar tunjuk kat mak ayah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Joyah: Tipah, Aku risau tengok anak Kak Piah tuh. Sejak-sejak masuk sekolah agama tuh bukan main dia bertudung labuh kalahkan ustazah.
Tipah: Hang dok pelik apanya. Dia buat benda baik apa. Bukan benda jahat pun.
Joyah: Dok aih, aku yang tengok ni rimas mata memandang. Orangnya kecik je, sibuk nak pakai tudung labuh.
Tipah: Ni aku lagi pelik tengok hang, hang dok rimas. Padahal bukan hang yang pakai tudung labuh tuh pun.
Joyah: Yelah tudung dia dah macam tudung saji aku tengok. Silap-silap ni, kalau nak terjun bangunan, anak kak Piah tuh senanglah tak yah pakai payung terjun. Tudung dia ja dah macam payung terjun.Tak bergaya langsung.
Tipah: Amboih mulut hang macam nak kena cilikan. Patutnya kan hang kene pelik kenapa anak-anak muda hari ni depa pakai baju lagu tak cukup kain. Padahal depa ni mampu nak beli kain lebih. Pasai pa anak-anak muda la ni suka sangat dok pi berhibur benda-benda tak elok bukannya depa nak pi join majlis-majlis yang bermanfaat. Cuba hang kaji sat pasai pa depa suka sangat berzina, bukannya nak nikah. Lepas tuh, depa main campak baby-baby comel lote tuh macam campak anak patung.

###dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kene mengena dengan mereka yang tinggal di Bumi, Marikh juga Uranus. Moga-moga kita semua sentiasa berada di jalanNya. Saya rindu mak ayah dan adik-adik. T_T Selamat berpindah rumah untuk yang di sana. :D

Surah at-Tahrim 66:6

Wahai orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, atasnya (penjaganya) para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan.