"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Selasa, 30 Jun 2009

Coretanku di pantai


Mengenalimu suatu keindahan
Bergurau denganmu suatu kebahagiaan
Menyakiti hatimu cuba kuelakkan
Tapi satu pintaku
Moga persahabatan ini kekal berpanjangan
Masa berlalu pantas seperti berlari
dan diantara waktu itu
ada cerita antara kita
saat ketawa
saat berduka
walaupun ia berlalu pergi
ingatlah ia pernah abadi

Selasa, 16 Jun 2009

Munajat Cinta


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Yang menguasai di Hari Pembalasan

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Tunjuklah kami jalan yang lurus,

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Assalamualaikum wbt

hatiku begitu tertarik dengan novel ini sejak terpandangnya didalam Berita Harian, sisipan Ratu dalam ruangan sastera..entah mengapa aku juga tidak mengerti. Mungkin juga kerana aku seorang penggemar novel islamik. Banyak ilmu yang boleh diperoleh di dalamnya. aku masih teringat pada pg itu, aku berkata kepada sahabatku bahawa aku nekad untuk membelinya selepas SPM..tetapi dengan tidak disangka2.ptg itu aku menerima sebuah bungkusan dari sahabat baikku nun jauh di Pontian.dia telah menghadiahkan aku novel tersebut sempena ulangtahunku..aku menjerit kesyukuran ( mcm mne tuh) hehe

tetapi tuntutanku sebagai pelajar membuatkan aku tidak abez lagi membaca novel itu..namun apa yang dpt aku katakan..novel itu betul2 bgus..terkesan di jiwaku..belilah..tue sinopsisnya


Ruwayda, gadis yang dikurniakan dengan kecerdasan istimewa, lahir daripada keluarga yang kaya, tiba-tiba perlu berhadapan dengan kenyataan pahit yang menimpa keluarganya.

Ayahnya bankrap! Cita-citanya mahu menjadi mahasiswi terkandas. Hampir setiap hari ibu bapanya bertengkar kerana hutang. Jiwa Ruwayda goncang. Kebankrapan memporak-perandakan keharmonian cinta ayah dan ibunya.

Di atas tanah perkuburan Paponan di daerah Parakan, Ruwayda berada pada tahap jiwa yang kritikal. Antara menjadi pelacur supaya mendapat wang cepat atau mengakhiri hidup yang penuh sengsara. Hilang pesona imannya sebagai Muslimah gara-gara belenggu wang, cinta, harga diri dan kebahagiaan.

Novel Islami ini penuh dengan pergolakan jati diri seorang gadis yang mencari jalan hidup, cinta dan imannya. Ia penuh dengan plot, ketegangan, getaran, kasih sayang serta air mata.




SYUKRAN ISHA

LUV U

Isnin, 8 Jun 2009

Waaaa...Kena balik awal


Assalamualaikum w.b.t

sempena cuti nih..mktab ade wat kem kecemerlangan SPM..so kenalah balik awal
urmm taw x..sedey sgt..kena blik awal..bermksud kena tinggalkan org yg aku syg..mak,ayah, adik2..urmmm..henfon..laptop..hehe
x pe lah ekin
taun ni kena berkorban
berkorban untuk menggapai kecemerlangan akan datang (cewwah..poyo je ayat tu)
101A menantiku di penghujung jalan (amin)

Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah ni kena yakin dan tawakal



ALLAH berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka , dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Nya, menjadikan mereka bertambah iman, da kepda Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Al-Anfal 2)



Umar r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu bertawakkal (berserah) kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh, nescaya ALLAH akan memberi rezki kepada mu sepertimana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan kembali pada petang dengan kekenyangan" (Attirmidzi)


Disini dapatlah difahamkan bahawa tawakkal perlu kepada usaha atau ikhtiar seperti contoh yang diberikan Rasulullah terhadap burung yang berusaha keluar pada pagi hari untuk mencari rezeki..urm korang paham tuh..so kita semua kenalah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam SPM taun nih..(dalam apa2 jua pun sebenarnya)

Jumaat, 5 Jun 2009

wasiat hassan albana

tue..tue ade wasiat untuk kiter sumer

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.

* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi

* untuk menghapuskan kemungkaran


* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan

* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.


9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!!

Rabu, 3 Jun 2009

Syurga Cinta




















Korang smer kena tgk cerita bermanfaat nih..bez taw cerita nih..caye x ekin nangis smpai bengkak mate..bnyak sgt part sedey..nak ekin cter sket?
Cerita bermula begini..seorang pemuda bernama Irham yang amat jahil ilmu agama, akhirnya memperoleh hidayah dan jatuh cinta pada seorang gadis yang kuat pegangan agamanya bernama Cikgu Syuhada..Kehidupannya berubah apabila mengenali cikgu tue..dia mula mengenal agama Islam..
Sedey sangat mase part Irham dah mule bertaubat..sedey sgt
mase part Cikgu Syuhada tahu dia hanya dipermainkan oleh Irham..Katenye
cinta dihatinya hanya untuk insan yang benar2 mencintainya..bukan untuk dipermainkan atau dipersendakan..
Cikgu Syu tu jgak ade cakap kat Irham
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu
melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri
Atuk Cikgu Syu pun ade ckp kat Irham
Jodoh itu datang dari 3 perkara
yang pertama jodoh dari syaitan
contohnya lelaki berkenalan dgn perempuan..mereka melakukan maksiat dan akhirnya mereka terlanjur..selepas mereka berkahwin
yang kedua jodoh dari jin
contohnya lelaki meyukai perempuan tetapi perempuan tidak menyukai lelaki tersebut. Maka lelaki tersebut menggunakan bomoh untuk membuat perempuan suka padanya dan akhirnya mereka berkahwin
yang ketiga dari Allah SWT
contohnya lelaki dan perempuan berkenalan. Bila terpandang terus jatuh hati dan si lelaki masuk meminang dan perempuan menerima..mereka berkahwin dan bahagia berkekalan..
itulah yang dinamakan SYURGA CINTA

Isnin, 1 Jun 2009

Lawakkan dunia hari ini


Salaam semua..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya....."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka blog ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam