"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Isnin, 16 Ogos 2010

Ahlan Ahlan Ya Ramahan :)

Salam Ramadhan buat semua..

Ada rasa nak tergelak tak baca tajuk entry kat atas. Sudah hampir masuk Ramadhan yang ke 7, aku baru terhegeh-hegeh nak ucap. Sama tak kalau aku andaikan perkara ini seperti sahabat-sahabat datang bermalam di rumahku selama seminggu dan pada hari ke7, aku baru mengucapkan selamat datang kepada mereka. Hoh sungguh inilah tuan rumah yang paling kejam pernah kujumpa. Tidaklah, aku rasa selagi kita masih di dalam bulan Ramadhan, kita mesti meraikan bulan yang mulia ini.

Ini semua salah laptopku yang buat perangai. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah penciptaan laptop tidak semudah penciptaan televisyen. Aku sahaja tanya soalan tak patut ni. Cuba tengok remote astro korang, dilambung, dicampak, dipijak, dihumban dan pelbagai keganasan lagi yang dilakukan, remote itu tetap berfungsi untuk tuannya. Di rumahku, remote astroku pernah berselotape, pernah diikat getah gara-gara semua isinya hampir terburai, tetapi televisyen di rumahku tetap juga berfungsi. Cuba lihat televisyen, nak tutup dekat mana-mana pun boleh, dekat remote boleh, dekat televisyen boleh, dekat suis pun boleh ataupun cara yang paling malas, tak payah tutup langsung. Meletup tanggung sendiri.

Tempoh hari aku telah pergi menduduki imtihan kecil dan berjumpa denga para senior dari Mesir. Sungguh banyak pengalaman dan cerita yang telah dikongsikan bersama. Apabila namanya hidup, mestilah ada suka dan duka. Penipu besar kalau hidup korang tak pernah ada duka. Itu syurga namanya. Memang tiada duka di sana. Aku terhibur mendengar cerita dan pengalaman senior-seniorku. Aku kira mereka yang belajar di sana itu tentu orang-orangnya terdiri daripada orang-orang yang tinggi tahap kesabarannya. Aku ingin bercerita pada korang tetapi biarlah dahulu kakiku berpijak di bumi sana, baru aku boleh bercerita panjang tentang apa yang ada di sana. InsyaAllah. namun aku tertarik dengan kata-kata seorang seniorku, katanya "Di sebalik lubuk-lubuk pasir itu, carilah permata-permata ilmu."

****************************************
Alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan umur, dipertemukan kita Ramadan sekali lagi pada tahun ini. Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan." Pernah seorang ustaz bercerita perihal Nabi Daud yang puasanya adalah selang sehari sepanjang tahun bermakna sehari puasa. Habis sehari makan, sehari puasa, sehari makan. Aku percaya jikalau demikian jugalah puasa kita, nescaya habis kurus-kurus semua orang di Malaysia. Kadar obesiti di negara pastinya akan menurun. Habis aku yang sudah kurus ini akan tinggal apa? Tulang yang dibaluti kulit sahajakah? Hehe. Sabda Rasulullah SAW: "Seandainya saja umatku mengetahui keistimewaan Ramadan, maka mereka pasti mengharapkan sepanjang tahun mereka menjadi Ramadan."

Inilah gayanya bazar Ramadan di Malaysia. Segala bentuk makanan yang tidak pernah kita jumpa sebelum ini, semuanya boleh didapati di sana. Pergilah ke sana untuk membeli juadah tetapi jangan pula berlebiahan. Belilah dan niatkan pembelian kita itu sebagai satu sedekah kepada peniaga itu. Sesungguhnya makanan yang dimasak oleh emak kita itu lebih sedap. hehe..Bercakap soal sedekah, teringat akan satu peristiwa yang ketika aku kecil-kecil kerap benar aktiviti ini aku lakukan. Aku tahu korang pun selalu buat. Cuma sekarang ni aku dah pencen melakukan kerja-kerja itu. Segala tugas tersebut aku serahkan kepada adik-adikku. Haa apa agi bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Contohnya kelmarin rumahku mendapat roti jala dan semalam mendapat cucur goreng. Tak rugi punyalah, pahala bertambah, juadah berbuka juga bertambah.

Ada orang pergi ke pantai dan memandang pantai itu dengan pelbagai cara. Jika mereka hanya menggunakan mata, maka pantai itu akan dipuji air biru dan tenang, pasirnya putih lagi mendamaikan. Jika mereka memandang pantai itu dengan nafsu, pasti tujuannya ke sana adalah untuk berfoya-foya. Jika mereka menggunakan hati, pastinya pemilik semesta alam ini dipuji kerana hebatnya Allah menciptakan laut yang luas terbentang. Ada orang memandang Ramadan itu dengan pelbagai cara. Jika mereka memandang Ramadan itu dengan nafsu, sudah tentu mereka akan berkata, " Laaaa, dah tak boleh makan, nanti mesti aku lapar punya." Jika mereka memandang dengan akal, "Ya, inilah masanya untuk aku berniaga, mengaut segala keuntungan kerana orang suka membeli belah di bulan Ramadan." Jika mereka memandang Ramadan ini dengan hati sudah tentu dialognya begini. " Semoga Ramadan kali ini merupakan Ramadan yang terbaik buatku. Moga segala amal ibadatku dapat ditingkatkan dan diterima Allah SWT." Kita memandang dengan cara yang mana??

Eh dah panjang rupanya aku membebel. Hehe. Akhir sekali, jangan lupa yang ini:


p/s: Aku tidak sabar menunggu sabtu ini. Ada temujanji. Ahakss (^_^). Selamat beramal ibadat semua. Cuba kau bayangkan, inilah Ramadan terakhirmu, pastikan kamu inginkan yang terbaik. :)

Isnin, 2 Ogos 2010

Jigsaw puzzle: ujian dan kehidupan

Salam syaaban buat semua
Kenapa tajuk entry kali ini ujian dan kehidupan? Kenapa bukan cinta dan pengorbanan? Kenapa bukan hujan dan matahari? Kenapa bukan aur dan tebing? Boleh, semua tajuk yang kalian mahu, boleh. Buatlah entry sendiri. (aku sedang gelak macam orang jahat). Sedar dan tidak sedar Ramadhan makin menghampiri kita semua. Moga kita di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk Ramadhan kali ini.

"Allahuma Bariklana Fii Rajab Wa Sya'ban Wa Baligna Ramadhan"
"Ya Allah, Berkahilah kami di bulan rajab dan sya'ban dan sampaikanlah pada Ramadhan"

Dalam syair indah yang pernah didengar ada mengatakan, ramai orang yang menghasilkan karya yang baik kerana pernah menghadapi derita sebelum ini. Bak kata pepatah Inggeris, no pain, no gain. Jikalau kita tidak pernah berasa sakit, tidak akan ada peningkatan kejayaan dalam kehidupan kita. Allah berfirman dalm surah At-Taubah ayat ke 46 :
Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”.
Itu perihal akan orang-orang yang tiada semangat. Kawan-kawan, dalam hidup ini janganlah kita menjadi orang yang layu pada kehidupan kita. Ketahuilah bahawasanya kekuatan itu tidak pernah datang dari kekuatan fizikal, walaupun si Awang itu mempunyai badan yang sasa, dan berketul-ketul otot di badannya, tetapi kekuatan itu datangnya dari semangat yang tidak pernah malap.
Bagaimana jikalau kita mengandaikan kehidupan kita ini umpama jigsaw puzzle? Kepingan-kepingan jigsaw puzzle itu umpama cerita-cerita yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.

Andai kita ditimpa masalah dan musibah, apakah minda kita akan berserabut seperti jigsaw puzzle di atas? Tidak tahu apa pokok pangkalnya masalah, tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah dan musibah itu? Berserabut bukan mahu menyusun semula kepingan-kepingan jigsaw puzzle yang bersepah-sepah ini.
Dalam hidup ada sahaja cerita dukanya, merasa diri ini tidak cukup sempurna dan berlaku kegagalan seperti kekosongan pada jigsaw puzzle di atas. Kepingan-kepingannya yang hilang entah ke mana.
Jadi, takkanlah kita mahu membiarkan sahaja jigsaw puzzle itu kosong, tidak diselesaikan sehingga habis. Haa, tunggu apa lagi, cepatlah cari semula kepingan-kepingan yang hilang itu dan menyelesaikannya sehingga habis. Bangkit dan bangunlah, cari semula semangat dan binalah kekuatan kalian yang hilang dan teruskan berlari, terus bersaing bersama mereka yang lain.
Akhirnya hasil kepercayaan kita pada diri sendiri, kita berjaya. Berjaya dalam segala-galanya. Selesai sudah misi kita untuk memenuhkan ruang-ruang kosong jigsaw puzzle tadi. Makanya senyuman kesyukuran pasti akan terukir di pipi.

Tanamkanlah dalam diri bahawasanya, setiap ujian itu pasti punya hikmah. Allah, sedih pula rasanya, diri ini juga sering diuji. Firman Allah SWT:
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi(derajatnya) jika kamu orang-orang beriman.(Ali Imran: 139)
Hai orang-orang yang beriman, dan janganlah kamu berkeluh kesah, rasa macam nak marah, dan sedih yang teramat sangat apabila kamu itu ditimpa musibah. Allah Swt berfirman:
Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah swt, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah kepada) musuh. Allah swt menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran: 146)

CERITA-CERITI
Maka terjadi sebuah diolog antara Abu dan Ali. "Eh Ali, kau nak tahu tak, aku ini sentiasa malang, tiap-tiap hari pula Allah uji aku dengan bermacam-macam dugaan. Semua yang aku inginkan dan idamkan, tak pernah aku dapat. Segala macam yang aku doa, tidak pernah satu pun termakbul. Lainlah macam kau, semuanya ada, semua yang kau minta dapat, kau dah la pandai, tiap-tiap kali peperiksaan, semua keputusan kau mesti cemerlang. Bersyukurlah kalau aku jadi kau." bebel si Abu. "Eh Abu, tidakkah kau rasa apa yang kita berdua ini sedang diuji oleh Allah SWT, bukankah nikmat yang Allah berikan pada aku, musibah yang diberikan kepada kau itu namanya ujian. Cuma ujian kita datang dalam pakej yang berbeza sahaja. Maka kau juga harus bersyukur. Allah uji kita dengan apa yang kita mampu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu."balas Si Ali.
#cerita hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena buat mereka yang masih bernyawa atau sudah di alam barzakh.

p/s: Norashikin sila berhenti menaip dan membuka buku untuk mengkhatamkan pelajaran upper limb kamu. Nanti kamu tuh ada imtihan kecil. Baik-baik, saya berhentilah ni. Air di dalam liverku kini semakin hari semakin tersejat ke udara. Inilah saat-saat yang kunantikan. Gembira sekali dengan perubahan terbaruku. Tak sabar nak jumpa sahabat-sahabat ku 9 Ogos ini. Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah. Ameen :)