"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Rabu, 24 Mac 2010

Rama-rama itu, dengarkan kisahku

Dari ulat jadi kepompong,
Tidur lena dalam kelongsong,
Cukup masa kepompong pecah,
Jadi rama-rama yang indah,
Rama-rama terbang merata,
Sungguh cantik aneka warna,
Isap madu di pohon bunga,
Tapi sayang hidup tak lama...

Assalamualaikum semua, Apa khabar hari ini?
Oh tidak, tiba-tiba aku merasakan aku sedang mengacarakan satu program kanak-kanak. Aku rasa kurang sesuai dengan suara aku yang ganas ini, mahu lari lintang pukang budak-budak tuh bila terdengar aku bersuara. Haha. Sebenarnya lagu di atas merupakan lagu kegemaranku waktu kanak-kanak ribena dulu. Emak aku suka mengajarkan lagu itu kepada aku dan adikku. Apabila aku masuk ke tadika, guruku mengajarkan perkara yang sama dan.. oh akulah orang yang paling hebat untuk menyanyi lagu itu. Comelkan waktu kecil-kecil. Aku jeles taw ramai orang letak gambar semasa mereka kanak-kanak di facebook. Aku tak mampu berbuat sedemikan. Muka kanak-kanakku sangat dan amat berhingus. Pasti akan digelakkan oleh rakyat alam buana. Haha.

Jadi aku mahu bertanya adakah lagu ini dicipta kerana sekadar hiburan untuk kanak-kanak atau mempunyai maksud tersirat di sebalik lagu itu. Bolehkah jikalau aku menyamakan kitaran hidup rama-rama itu dengan kitaran hidup kita. Apabila tibanya saat kepompong pecah, maka bermula itulah kematangan kita (mengigit kuku sebentar, adakah aku sudah mencapai kematangan, ya, aku mengangguk tetapi aku rasa banyak lagi tindakan dan pemikiran yang belom cukup matangnya). Sungguh cantik aneka warna, itukan zaman remaja kita, yang boleh dikatakan semuanya akan menjadi indah. Tak percaya tanyalah atok dan nenek kamu. Mesti mereka akan berkata "Masa kami muda-muda dulukan......(kamu sambunglah sendiri)." Isap madu di pohon bunga itu zaman kita dewasa. Kita semua akan membanting tulang memerah tenaga untuk mencari rezeki. Akhir sekali tapi sayang hidup tak lama. Tafsirlah sendiri. Kamukan bijaksana atau kamu punya pandangan yang lain. Coretkanlah di komen entry aku ini.

Oh sudah dua perenggan aku melalut hanya kerana seekor rama-rama. Begini yang bakal aku ceritakan sebentar lagi ialah kisah benar. Tidak terlintas di hati ini untuk mengaibkan saudara seIslam sendiri. Cukup untuk kita renungkan dan ambillah iktibar. Kisah ini selalu didengar tetapi yang selalu didengar itulah yang selalunya manusia terlupa dan pura-pura endah tak endah. Manusia itu makhluk yang pelupa. Aku dan kamu semua secaranya lumrahnya pelupa. Jadi saling berpesan-pesanlah antara kamu. Mari aku mahu ingatkan kamu.

Manusia lupa, manusia alpha
Manusia bersangka, manusia leka
Manusia berlari mengejar mimpi
Apa yang dicarinya hanya illusi
(Lirik Lagu Akbar-Manusia Lupa)


Seorang mak cik berusia lewat 30an (berdasarkan pemerhatianku..haha) datang ke kedai runcitku semalam untuk membeli perencah nasi goreng dan beberapa biji telur. Dia sibuk menanyakan soalan-soalan kepada ayahku. Aku malas mahu mendengar dan campur tangan urusan orang tua kerana aku masih muda. Aku sekadar melemparkan senyuman. Tiba-tiba mak cik itu agaknya terlalu geram lantas terbuka tentang adik iparnya dan kali ini aku memasang telinga. Muahaha (oh tak sopan..tukar2) hehe..AWAS! Nama-nama mereka hanya rekaanku semata-mata dan tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau sudah meninggal. Begini kisahnya:

Adiknya, Limah telah berkahwin dengan Leman. Mereka dikurniakan beberapa orang anak. Rumah tangga yang dibina tidak bahagia dan retak maka berpisahlah mereka. Bergegarlah tiang arasyh. Nabi SAW yang bersabda:”Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah perceraian." Apabila sudah bercerai maka Leman telah bernikah dengan seorang lagi perempuan bernama Minah. Dalam baru sahaja bernikah dengan Minah, diam-diam Leman telah bertunang dengan perempuan lain pula bernama Sipah. Apabila isterinya yang dahulu, Limah datang menuntut nafkah untuk belanja seharian dan persekolahan anak-anak. Leman dengan sesuka hatinya tidak mahu mengaku bahawa itu anak-anaknya.

Apakah kategori suami dan ayah yang mahu ku tafsirkan ini. Fikirlah sendiri. Tepuk dada tanya iman. Aku agak serius untuk entry ini. Adakah aku sudang matang?

Isnin, 22 Mac 2010

Dah lama tak dapat


KEPADA YANG MALAS HENDAK MEMBACA, SILA SCROLL HINGGA AKHIR ENTRY INI. KALAU MALAS JUGA TEKAN SAHAJALAH BUTANG PANGKAH TUH. AKU TAK MARAH.

Assalamualaikum semua..
Apakah gambar di atas ini? Ini ialah anugerah kepadaku daripada saudara Ameen Muslim. Terima kasih aku ucapkan kepadanya kerana selama aku menceburkan diri dalam dunia blog ini, baru kali kedua aku peroleh anugerah. Jadi mari sama-sama kita ikuti arahan yang telah diberi.

1.Thank and link the person that gave you the award.
Baik saya mengikut perintah. =)

2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
Oh yang ini aku tidak mahu ikut perintah boleh ke? Aku merasakan teman-teman bloggers ku lebih daripada 15 orang. Aku juga merasakan setiap blog pasti ade keunikan dan kecantikan masing-masing kan. Ada mereka yang begitu teruja untuk meletakkan award ini di blog mereka. Ada yang sedikit tidak kisah langsung akan anugerah ini. Ada yang mempunyai banyak masa dan ada yang masanya perlu dicuri-curi. Tidak kurang juga kepada mereka yang kebluran apabila mendapat award ini. (Itulah aku semasa masa mula-mula dapat award, blur-blur ayam habis). Oh manusia, banyaknya ragam kamu. Jadi tidak adil pada mereka yang tidak aku senaraikan. Jadi aku ingin mebuat sedekah amal jariah. Ambillah kepada sesiapa jua yang sering mengunjungi blogku, yang sekadar menjeling-jeling blogku lalu menekan butang pangkah, yang membaca sehingga ke akhir ayat dan kepada mereka yang hanya membaca isi penting sahaja ( baik mengaku, yang mana satu korang). Ambillah dan tampal di blog kamu. ( aku sedang membuat muka ikhlas).

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
Sudah, aku maklumkan di atas. =)

4. State 7 things about yourself.
Kenapa tujuh je? Banyak ni sebenarnya yang kamu semua tak tahu pasal aku, tak mengapa, aku cuba senaraikan sedaya mungkin.
- Aku seorang yang suka bercakap. Pasti ada yang tak kena jikalau suatu hari aku diam. Ada sahaja cerita yang aku hendak cerita. Boleh lah kalau mahu katakan aku penglipur lara. Kamu mahu aku ceritakan tentang kisah apa. Bawang goreng dan bawang hangit? Sidah rela? Pasti akan ku ceritakan.

-Aku seorang yang gemarkan warna biru. Apa jua barang, dan siapa yang punya, pasti akan ku jeling barang itu kerana cemburu, aku tidak dapat memilikinya. Jadi kepada sesiapa yang terasa ingin memberikan hadiah atau buah tangan. Sila pastikan ada warna biru walaupun sedikit. Jahat tak aku? (Baik geleng kepala kamu)

-Aku sangat takut anak kucing dan geli dengan kucing juga binatang berbulu lain seperti hamster dan seumpamanya tetapi tidak bermakna aku membenci mereka. Aku sukakan mereka kerana comel. Tolong bantu aku macam mana nak jadi seorang yang sangat penyayang terhadap haiwan. Trauma aku, boleh menjerit sampai ke anak tekak kalau anak kucing datang.

-Aku suka menyanyi. Tidaklah terlintas di hati ini untuk menjadi penyanyi. Astagfirullahalazim. Sekadar suka-suka mengisi masa lapang. Sekejap teringat sewaktu aku di Tingkatan 4, ketika itu aku sedang mencuci pinggan di dalam bilik air sambil menyanyi dan sahabatku menegur lembut. " Ekin, syaitan tengah menari-nari seronok." Aku terdiam sambil tersenyum sambil berkata "Oh sorry, ekin terlupe." Padan muka aku. Menyanyi lagi.

-Aku seorang yang kadang-kadangnya cemas dan kelam kabut. Kadang-kadang aku tidak suka berfikir panjang. Nanti di akhirnya timbullah penyesalan tak berkesudahan. Clumsy girl. Serabut dan huru- hara kadang-kadang tetapi aku akan cuba sembunyikan pada zahirnya dan pura-pura tenang.

-Aku seorang yang sensitif. Ya kadang-kadang aku tidak tunjuk tetapi boleh tahu, bila aku diam, bila tiba-tiba aku balik bilik dan aku tak mahu turun dewan makan, tiba-tiba aku mencapai diariku, menulis sambil bertemankan air mata, dan lain-lain tanda yang aku sendiri sudah lupa.

-Aku seorang yang suka memikirkan perkara yang remeh temeh. Kadang-kadang tuh sampai kusut otak memikirkannya. Bahaya tak aku? (Sila geleng) Itu namanya tiada kerja, cari kerja. Kadang tak perlu pun, tapi itulah aku.

-Aku seorang yang peramah dan riang. Aku mudah memulakan perbualan dengan seseorang walaupun baru kenal. Aku cepat mesra dengan sesiapa tetapi di alam maya ini aku harus berhati-hati umpama menarik benang di dalam tepung. AWAS! Mereka boleh menyamar menjadi seorang yang jahat menjadi seorang yang sangat baik. haha. Siapa yang menghulurkan salam persahabatan, pasti kusambut dan jangan khianati persahabatan yang telah terbina kerana aku pasti akan mencari kamu hingga ke lubang cacing..Haha main-main je, tiada kerja nak cari kamu sampai nak korek lubang. Sayang semua sahabatku.

Sudahlah jangan paksa aku menulis lagi, jari-jemariku sudah kekebasan. Aku juga tidak memaksa kamu untuk membaca. Sila tekan butang pangkah kalau terasa bosan dengan blogku. Mananya tidak asyik bercerita tentang diri sendiri je kan. Dah nama ini blog aku, tak kan la nak cerita pasal kamu pulak. Baik mari merenung kata-kata ini.
Menuntut kesenangan bukan disini tempatnya , bagi pencari tentulah sia-sia sahaja usahanya , kerana di sini adalah tempat yang fana , tidak diciptakan kesenangan melainkan hanyalah sebuah perjalanan yang menentukan destinasi kita; Al-Jannah atau Jahannam...



Sebentar tadi aku bersiar-siar di You Tube. Maka aku terjumpa video ini. Menarik sungguh. Selamat menonton. Semoga kita semua dirahmati Allah selalu. Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang kulakukan. Oh Tuhan Maha Kuasa. Terima taubat hamba berdosa.
p/s:Syue, ekin baru teringat pasal tag awk tuh. Sori. InsyaAllah entry akan datang ekin postkan.

Jumaat, 19 Mac 2010

Aku tak puas hati dengan cicak tuh

Allah tidak suka manusia yang mudah berputus asa
tetapi syaitan suka manusia yang mudah berputus asa...

Assalamualaikum semua..
Setelah puas ku congak, tambah, tolak, bahagi dan darab, tidaklah lama benar aku rasa aku tinggalkan Penaku Menari ini kerana belum cukup sebulan pun lagi. Tidak mengapa sewaktu aku sedang mengemas-ngemas blogku ini tadi, aku terjumpa dua ekor cicak sedang ... err sila jernihkan fikiran anda, sedang menetaskan telurnya di blogku..cis sudah pandai membuang najis di merata-rata tempat. Tidakkah cicak-cicak itu tahu blog aku ini bersih dan cantik. Jangan risau aku telah semburkan Ridsect sama itu cicak sambil berkata " Pasti tak beri peluang." (Ada tak orang bunuh cicak guna penyembur nyamuk? )



Aku bunuh seekor je, yang ni comei, tak sampai hati aku nak bunuh...hehe

Aku sedar blogku ini tidaklah ramai mana yang membacanya jikalau hendak dibandingkan dengan blog orang lain tapi terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada mereka-mereka (aku tak pasti cikgu aku pernah ajar tidak untuk gandakan kata ganti nama diri ini) yang sudi membaca blogku ini yang kadang-kadangnya kurang waras, kadang-kadangnya ilmiah dan kadang-kadanya beremosi. Maklum sahaja aku makhluk yang tercipta dari rusuk lelaki maka perasaan sedih dan apa jua perasaan lain memang tidak boleh lari dariku dan kerana itu jugalah aku membiarkan blog ini tidak berupdate. Aku risau kalau-kalau nanti banjir pula blog aku ni.

Aku tahu Allah hadirkan sesuatu itu mesti punya hikmah di sebaliknya kan? Aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu dan ayahku, rakan-rakanku (sayang korang semua) dan orang-orang di sekeliling ( kepada pihak-pihak berwajib dan kepada pihak-pihak yang tidak berwajib, yang terlibat secara langsung dan yang tidak terlibat secara langsung) kerana tidak henti-henti membuatkan diriku yang lemah tak berdaya akibat tarikh 11 Mac itu kepada seorang yang bersemangat kembali. Terima kasih atas segala nasihat, dorongan, semangat dan doa korang semua. Kepada mereka yang terasa, berasa atau merasa keadaannya lebih kurang seperti aku ataupun tidak, mari kita merenung ayat-ayat cinta Allah di bawah ini:

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)


Jadi usahlah kamu berduka lagi, tetapi aku tertarik dengan satu info pengetahuan am yang baru sahaja ku ketahui daripada Abang Baihaqi. Katanya " Air mata itulah punca kaum wanita usianya lebih panjang berbanding kaum lelaki kerana apabila kita menangis, segala sisa toksik akan keluar dari badan kita." Baguskan, makin kerap la aku menangis selepas ini. hehe. Baru ku tahu sebab dan puncanya puas serta lega setelah kita menangis. Udah-udah la tuh, usah di kenang perkara yang lalu. Mari ketawa bersama aku..Tiru budak kecik di bawah ini.

p/s: Indahnya hari ini, aku membuka lembaran lama, penuh perasaan aku membacanya semula, indah sangat indah meski ku tahu saat indah itu tidak akan berulang lagi kerana semuanya telah berubah. Aku akur dan takkan kulupa detik yang pernah berlalu, yang sedang berlalu dan akan berlalu itu. Moga ada saat indah lain yang menantiku di hadapan.

Khamis, 11 Mac 2010

Bacalah kalau rasa nak baca ...ermm

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan yang terbaik untukku. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui untukku. Aku tidak tahu lagi saat ini hatiku sedang bermain lagu apa. Puas aku berendam air mata semalam sedangkan orang di sekelilingku sibuk mengucapkan tahniah kepadaku. Langsung hatiku tiada perasaan mendengar ucapan tahniah itu. Semalam tarikh keramat yang membuatku rohku keluar sebentar dari jasadku. Aku menjadi sangat-sangat kebingungan.

Saat aku melihat slip keputusanku semalam, aku terasa bagai impian dan cita-citaku selama ini hancur punah berkecai digilis kereta api. Aku tidak tahu mahu menangis atau sepatutnya aku perlu bergembira. Aku di persimpangan. Sebenarnya aku sudah mengagakkan apa yang akan berlaku. Segala motivasi dan semangat dalam diri jadi ghaib serta merta. Kemana perginya aku yang sangat bercita-cita tinggi dahulu. Rohku aku yang keluar dari badan seolah-olah sedang mengejek aku.

Menyesalkah aku? Aku juga manusia penyesalan itu pasti timbul. Terimbau detik-detik ketika aku menuntut ilmu di MRSM Terendak. Penyesalan yang tiada berkesudahan sewaktu di Tingkatan 4. Aku sangat main-main, jujur aku katakan. Tingkatan 4 ialah zaman gelapku. Terkenang sewaktu aku di Tingkatan 5, itu kenangan terindah untukku, saat aku mula bangkit dari zaman kegelapanku. Aku cuba mengejar kembali apa yang aku ketinggalan dahulunya. Aku cuba menyamakan langkah larianku setanding denga kawan-kawanku yang hebat-hebat belaka. Aku tahu hidup ini bukan untuk dikesali. Jikalau kita terlajak perahu, mungkin kita boleh mngundurnya tetapi ini peperiksaan SPM dan keputusan sudahpun dikeluarkan.

Sungguh aku bersyukur dan redha dengan takdir walaupun hatiku luluh dan air mataku tidak berhenti-henti mengalir ketika melihat syarat-syarat Permohonan Biasiswa Tajaan JPA dan MARA. Terang-terangan aku terkeluar daripada carta. Jikalau layak pun bukan bidang yang ingin sangat aku ceburi. Aku tahu sekali kita jatuh tidak bererti kita jatuh selama-lamanya kan. Sekali aku terjatuh pasti akan meninggalkan parut dan luka tetapi apa yang perlu aku lakukan sekarang, bukannya duduk berdiam diri membiarkan parut dan luka itu bernanah. Aku harus mencari cara untuk membersihkan luka dan parut itu dan bangun kembali menyamakan langkahku dengan rakan-rakanku yang lain.

Aku harus menukar haluanku untuk menuju jalan itu. Mungkin dahulu sepatutnya jikalau keputusanku lebih baik, aku akan menggunakan jalan A untuk sampai ke destinasiku tetapi apabila sebaliknya aku tidak mahu melupakan cita-citaku. Aku akan cuba untuk menggunakan jalan B pula untuk sampai ke destinasiku. Moga-moga rezeki Allah itu menyebelahiku nanti. Aku tahu pintu rezeki Allah itu masih banyak yang penting kita jangan berputus asa dan teruskan berusaha. Biarlah kawan-kawanku yang lain berlari meninggalkan aku. Walaupun aku cuma berjalan kaki, aku akan cuba untuk berjalan laju dan pantas. Ya, aku cuba. InsyaAllah.

Dalam aku bersedih aku tahu mesti ada yang lagi bersedih daripadaku. Semalam juga hati yang tidak kuat ini terus menjadi kuat tatkala memujuk seorang sahabat. Aku faham perasaanya. Siapa yang tidak sedih, mereka yang gembira itu pastinya kerana keputusannya sangat cemerlang. Menangislah semahu-mahunya tetapi jauh lagi perjalanan kita mahu tempuh. Agar terbit kembali mentari pagi setelah malam kita berduka. Terima kasih aku ucapkan kepada ibu dan ayahku, guru-guru dan sahabat-sahabatku yang tidak putus-putus meberi kata-kata semangat dan motivasi pada diri ini. Dalam kegelapan aku teraba-raba mencari kembali diri ini.

p/s: rohku masuk semula dalam diri ini pagi tadi, memaksa aku menulis di blog ini. Tidak perlukan aku nyatakan keputusanku walaupun tidak seteruk mana cuma aku segan dengan kamu semua yang mendapat straight A's. Tahniah aku ucapkan kepada mereka semua yang berjaya.
bm A
bi A-
ag A
sej A+
math A+
add math B
akaun A+
fizik B
kimia B
biologi B+
RESULT SAPE ENTAH KAT ATAS TU..AKU TAK TAHU..TERIMA KASIH AKU UCAPKAN KEPADA IBU DAN AYAH, GURU-GURUKU, DAN RAKAN-RAKANKU YANG SUDI MENCURAHKAN ILMU KEPADAKU.

Khamis, 4 Mac 2010

Ni lah orang kita..ermm

Assalamualaikum semua
Sebenarnya aku nak post entry baru ni semalam tetapi kerana tanganku yang hampir longlai, mataku yang telah kuyu, badanku yang sengal-sengal akibat banyak pula lori yang datang menghantar barang-barang yang ditempah ke kedaiku, aku tangguhkan niat aku untuk mebuat entry baru. Semalam juga dalam keadaan percaya dan tidak, tarikh keluarnya keputusan SPM telahpun diumumkan. Jangan ditanyakan perasaan aku saat ini dan aku juga tidak mahu mengetahui perasaan korang saat ini. (Jahat tak aku? hehe) Sebenarnya aku sudah tahu, kita semua sedang berkongsi perasaan yang sama bukan. Ada yang terasa bagai usus hendak tercabut, biji mata hendak tersembul, urat hendak terputus, dan jantung bagaikan hendak pecah. Ada tak yang rasa macam tuh, baik jangan sebab teruk sangat dah gayanya tu. Baik, mari kita sama-sama menghayati kata-kata ini yang aku peroleh dari seseorang:

Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira air matamu,
titis-titis air matamu,
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu,
Bia engkau kebuntuan akal,
maka Allah adalah penunjuk jalan,
apabila engkau telah berazam,
maka bertawakkallah kepada Allah...

Sudah hayati? Cepatlah hayati. Jadi sekarang aku ingin menanyakan kamu semua beberapa soalan. Apakah rasanya jikalau seekor kucing yang rajin menonton siaran bola di televisyen tetapi satu hari televisyennya rosak? Apa rasanya kalau seekor monyet yang selalu menyanyi tetapi satu hari suaranya hilang? Apa rasanya kalau seekor arnab selalu menulis diari tetapi satu hari diarinya hilang? Mesti tak faham kan, baguslah aku memang tak nak korang faham pun. Apa rasanya senyum dalam gelap? (Isha pinjam nama blog awak dulu kejap..hehe). Jawab la cepat, aku tak dengar pun.
**********
Yang di atas tadi hanyalah mukadimah sahaja, yang sebenarnya begini. Kejap kenapa aku rasa macam tak reti nak taip ni. Tak tahu nak cakap ape. Kelmarin dahulu ayahku ada memberitahuku sesuatu ketika di dalam kereta:

Ayah: Kakak, hari Ahad ni kita off kedai sebab kita kena balik kampung nak ziarah kakak sedara ayah.
Kakak: Ohh ok, haa sakit, sakit ape ayah?
Ayah: Ada orang buat macam Mak Teh kena masa tu.
Kakak: Haisyh ni lah orang kita, sikit-sikit buat orang, sikit-sikit santau, sikit-sikit jumpa bomoh. Percaya sangat kat hantu syaitan tu. Iman tak de, ini jadinya. (mulut aku agak sesuka hati, sebab geram sangat, padan muka)
Ayah: tak solat, tu jadi macam tu.

Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.(Surah al-Ankabut: Ayat45)

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang kusyuk di dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.(Surah al-Mukminun: Ayat 1 - 3).

Betul juga cakap ayah aku tu sebab kerana solat akan menjaga kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mungkar tetapi ramai je manusia yang solat tetap juga melakukan kemungkaran. Aku rasa mesti dalam solat tu ada yang tak kena, pasti dalam solat itu ada cacat celanya, itu tak dapat jaga diri daripada buat maksiat tuh. Apabila solat itu hati akan merasa tenteram dan pabila tidak tenteram itu bolehlah diumpamakn kain yang putih tetapi telah dikotorkan oleh kita sendiri ataupun aku rasa aku patut berjumpa dengan mereka yang berkenaan tuh dan berkata. "Wahai sipulan bin sipulan hang tak yah solat lah lagi bagus, sama ja kan hang solat ke tak, maksiat hang buat jugak, malaikat baru nak tulis pahala hang, tiba-tiba kena catat pula dosa hang." Aku tahu mestilah dia akan membalas dengan angkuh, "Eh budak kecik, hang sibuk pasai pa, kuboq lain-lain." Aku akan menjawab dengan bongkak sekali, " Tu la pasai aku taw kuboq lain-lain, aku pun tak mau dok kubuq sekali ngan hang, satgi hang kena seksa, aku kena tempias, tak mau aku, hang dok amal la ilmu hitam gelap sana sini, bela hantu sana sini, esok ni, tanah tak mau terima hang, baru hang nak taw."

Jikalau benar kita solat sehari-hari, fahami dan hayatilah makna yang terkandung di dalam surah al-fatihah iaitu ibu segala surah.

Pada ayat keempat tertulis:
[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Jika kita menghayati maksud ini pasti kita tidak akan berani untuk melakukan kejahatan kerana kita tentu akan mengetahui di akhirat kelak segala amalan baik dan buruk kita akan dihitung. Pada ayat keenam pula tertulis:
[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Itu antara doa kita sehari-hari meminta agar tidak dipesongkan jalan dariNYA.

Aku sangat pelik dengan orang kita, jikalau pasal harta dan tanah, boleh bergaduh sesama adik-beradik sendiri. Sudahlah bergaduh, mesti nak pergi jumpa bomoh sebab nak sakitkan adik-beradik tu pula. Macam-macam dibuatnya tanam tangkal depan rumah la, buat orang tu rasa panas bila dalam rumah, buat orang tuh sakit sampai tak boleh bangun dan macam-macam lagi. Aku tahulah harga tanah tu mahal, sebabkan harta jadi macam tu, taw nak harta mak ayah je kan, kerjanya malas. Bukan ke mana pun, mati duit seringgit kalau bawa pun tak boleh beli apa-apa. Kalau rasa nak makan pasir, makanlah percuma sahaja. Tak payah angkut korang punya peti harta karun tu kerana apa?

Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah saw bersabda:

Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya”.

Cuba jadi macam aku, kalau orang nak bagi wasiat harta, aku ambil, kalau tak dapat, biar jelah. Tak payah lah nak pergi jumpa tok bomoh tu. Aku tahu korang berebut harta sebab tak cukup duit kan, jadi tak payah la, nak laburkan lagi wang korang yang sudah sikit tuh untuk tok bomoh. Suka sangat berkawan dengan hantu syaitan yang buruk rupa tu. Nanti lama-lama syaitan pun pening, mana satu manusia, mana satu syaitan ni sebab perangai korang dah 2x5, 5x2. Sama sahaja macam mereka.
**********

Tamat sudahlah bebelanku, aku ingin menjamu mata korang semua gambar-gambar di kebun yang diusahakan oleh sahabatku yang terletak di Batu Pahat, Johor. Kebun datuknya kata sahabatku itu. Ni lah orang kita yang patut dipuji. Dua bidang sekali gus, pertanian dan perniagaan. Haa, bagus-bagus.

Apa ni? Aku tak dapat tolong lah kalau macam ni, tak payah makan la, sebab cili hijau pun tak tahu

Ini pokok namanya, besarkan kebun dia, kalau rasa macam nak tempah beli sayur online, telefon lah nombor ni. 04-6444..pastu suka hatilah nak tekan nombor apa.


Hah, aku tahu ni mesti kat tapak semaian lagi ni. Err, aku merepek suka hati je, sebab terlupa nak tanya kat tuan punya kebun.


Ni aku konfem jawapan aku seratus, ni namanya tomato cherry, comelkan. Ambilah bagi mak korang kat dapur tu..hehe

Selasa, 2 Mac 2010

Aku marah ni =ZZ..hati-hati bila membaca


Assalamualaikum semua..
Sejak-sejak akhir ni, aku asyik menerima komen-komen dari pembaca-pembaca blogku. Aku pun dah naik rimas dah dengan komen-komen mereka ni. Rasa macam nak lempang laju-laju pun boleh juga sebab suka-suka hati je nak komen-komen blog aku macam tuh. Aku marah betul dengan mereka-mereka tu. Korang tengok sendiri apa kata mereka:

Makhluk 1: Ekin, blog ko nih panjang sangat la, penat taw tak, aku nak baca.. (panjang ke, penipu besor, blog orang len berlunggok lagi panjang, tak pula kamu bising kat mereka, kat telinga aku juga kamu nak komen, aku tak suke le taip pendek-pendek, tak puas tahu tak)

Insan 2: Ekin, aku tak suka lah cara ko tulis kat blog ko, sastera sangat, guna bahasa melayu sangat ( ewah-ewah banyak pulak lemak kau, aku tak tahu le, aku tak leh nak salahkan cikgu Bahasa Melayu aku, kerja dia ngajar aku, cuma masalah aku ni le, bila menaip memang terautomatik pula bahasa kadang-kadang jadi bahasa melayu tulen..keh3x..karang aku tulis bahasa negara lain kang, konfem semua cepat-cepat tekan butang pangkah, malas nak tengok blog budak ni, padahal korang tak faham)

manusia 3: blog dia ni punya layout tak cantik,orang lain semua pakai template, dia dok pakai background lagi, lagunya tak best..( bro ke sis ke, nak yang best2, buatlah blog sendiri, haha..alaa taw tak semua template yang aku cari, semuanya aku tak berkenan di hati, persoalannya cerewetkah aku..ye kot, siket saja)

hamba Allah 4: alaa dia ni suka membebel, berleter, cerita tak menarik lansung, tak reti menulis.. (kureng asam betul siapa yang berani cakap macam tuh, sini jumpa aku, baru boleh cakap macam tuh, mesti tak berani kan, aku tau dah..kui3x)

orang 5: alaa, ekin ni, lagi-lagi sedih, lagi-lagi nangis ( nasib tak banjir taw blog aku ni dengan mutiara jernih aku, dah nama aku perempuan, normal la tu, tak boleh la berpisah dengan air mata, nanti aku pasti akan rindu dia)


Cukuplah tuh, penat tangan aku nak menaip semua komen yang aku terima. Korang nak tahu satu benda tak. Tapi janji jangan marah aku. Cepat la janji.(Tolong angguk kepala sekali). Sebenarnya komen-komen di atas hanyalah dongeng dan hikayat semata-mata. Alaaa, hari-hari terakhir nak ambil result ni, otak aku macam dah tak boleh berfungsilah. Haa sudah, tlg..tlg jangan tempah hospital bahagia untuk aku. Aku tak mahu makan free kat situ. Bukan sedap, aku tau la. Korang bukan taw ape-ape pun. Alaa, aku tahu tu kadang-kadang luahan-luahan hati pembaca yang tak sampai ke telinga aku. Kan3x. Korang takut aku marah korang kan.(ekin tu kecik je, tak payah takut dengan dia, takut dengan Allah lagi bagus). Korang takut aku ambil hati. (tak boleh la, nanti aku mati, susah pulak kang aku mati, amalan dah la ciput, dosa menggunung, habis lah aku, sape nak tolang-tolong tengokkan blog aku ni nanti, sape nak jaga mak ayah aku nanti, aku tak sempat jadi doktor lagi ni.)Alamak tiba-tiba tazkirah ustaz masuk dalam otak. Aku dah berburok sangka (Su’udzon) kat korang ni. Astagfirullahalazim.

Allah berfirman yang ertinya, “Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali.” (Al-Fath: 6)

“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”


Baik aku akan berbaik sangka (berhusnuzon)dengan korang semua. Kejap, sila beri aku 5 minit, aku nak clearkan otak aku. teeeeeetttt..ok dah..mesti korang semua,cakap laa cantiknya blog aku, sukalah dengan gaya penulisan kau, aku suka dengar lagu kat sini,..bla...bla...bla..Alamak lagi bermasalah pulak selepas aku dah clearkan otak aku. Aku rasa macam syaitan dah keliling aku sambil berbisik.

syaitan: Haa ekin ko pujilah lagi, blog kau memang cantik dan best pun. lagipun kalo ko tak puji diri sendiri, siapa lagi nak puji kau, inilah masanya,riak dan berbanggalah kau.
aku: cis bedebah kau syaitan (meniru gaya hang tuah menjerit pada hang jebat). Pergi main jauh-jauh dari aku, aku tak mau kawan dengan ko, udah la burok dan hodoh, tempat ko neraka jahanam, ko pergi kawan dengan enam jahanam, aku tak mau tinggal dengan ko. panas taw. Ko nak sesatkan aku kan. cis (sekali lagi) pergi kau main jauh-jau
(sambil menendang syaitan tu sekuat yang boleh, sampai ke neraka jahanam, masyaAllah sejak bile ko dah pandai menipu dan mengarut, alaa korang tu yang belum kenal aku.)

Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Allah berfirman dalam ayat ke 27 dari surah Al-Araf:

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.

Jadi apa patut aku buat, baik aku diam..ok diam semua..( berzikir lagi bagus)..Mari kite sama-sama sebut.subhanallah walhamdulilah wala'ilahailallah wallah hu'akbar. Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang, jiwa jadi lapang, mogailah Allah sayang. InsyaAllah.

Sebenarnya aku kurang pasti kenapa aku buat entry ni, aku bosan tengok entry aku yang lepas, semua orang ingat aku tengah sedih. (memang pun sebenarnya, sob3x) tapi jangan risau sekarang aku dah okey. Terima kasih aku ucapkan kepada hamba Allah-hamba Allah yang ada di sekelilingku. Mereka tak putus-putus meniupkan seribu satu keazaman dalam diri ini, walaupun kadang-kadang aku macam endah tak endah je kan. Aku hargai semua tuh sebenarnya.Mereka semua sayangkan aku, mereka semua masih menaikkan semangatku untuk terus hidup dan berjaya. Ye, terima kasih kepada mereka-meraka yang menyedarkan diriku ini yang bernama MANUSIA kerana penuh dengan sifat kealpaannya. Berpesan-pesanlah kamu di antara satu sama lain. Moga aku dan kalian masih mampu mengutip sisa-sisa barakah dalam hidup dan selamat meneruskan perjuangan kalian. (eh kalian pulak, tadi korang, kukuikui).

Ingatlah pesan rasulullah, nabi junjungan kita, manusia yang plaing terhebat di muka bumi ini sehinggakan semua alam menangisi permergiannya." Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." Bukak besar-besar siket mata korang tuh. jangan ingat sebab dia tuh dulu kaki botol, sekarang baru nak jadi alim, itu pun alim-alim taik ayam, korang tak nak dengar nasihat dia. Walaupun seorang budak berumur 3 tahun, menasihati kamu, tak perlu tunggu sampai dia baligh. Dengarlah nasihat mereka kerana sesungguhnya apabila seseorang memberi kita nasihat, jangan dipandang pada sikap dan rupanya, pandanglah pada nasihat. nasihat yang baik je la, yang suro kamu terjun lombong tuh, boleh juga kalo kamu nak ikut. Kerana apa aku berkata-kata sedemikan, kerana aku bukan seorang ustazah, bukan juga pelajar sekolah agama(ex je..hehe) hanya kerana aku saudara seIslammu yang masih ingin berpesan-pesan kearah kebenaran.

p/s: banyak lagi sebenarnya aku nak mengarut tapi kita berhenti di sini sajalah, jumpa di lain entry ok..maaf kalo kamu rasa otak aku fiusnya tercabut, siket je, tak banyak, matlamat aku tak sampai, lain sebenarnya yang aku nak cerita, lain pula jadinya..nak letak picture ape ye..kejap aku fikir. Maaf kalau rasa entry ni tak berfaedah, tak payahlah baca, kan senang, lempabg mau ke, mesti semua akan kate, lah tak sangka ekin macam ini rupanya, sape suro kamu tak sangka, sangkalah. Kejap aku baru sedar, lagi panjang dari yang biasa rupanya, padan muka kamu yang membaca.
PENANG DAH TAK PANAS SANGAT, SEMALAM HUJAN,ALHAMDULILAH, HUJAN RAHMAT, SEDAPNYA AKU TIDOQ, SAMPAI TAK QIAMULAIL.