"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Sabtu, 1 Mei 2010

Kakiku di alam lain..kaki kamu juga

Norashikin Abdullah mula menyedari bahawa aku kini bukan lagi aku yang dulu. Angin kadangnya berhembus perlahan. Air laut adakalanya surut. Kelakar teringat zaman muda-muda yang asyiknya duduk di atas awan. Sibuk berlari mengejar pelangi. Tak sanggup bermain ombak ganas lagi. SELAMAT TINGGAL EKIN YANG DULU.

Assalamualaikum semua...
Menghitung hari detik demi detik (sambunglah sendiri, aku sudah lupa liriknya). Pejam celik,pejam celik, aku masih di tempat yang sama. Memanglah sebab aku tidak bergerak. Pejam celik, pejam celik, dah besar aku rupanya. Walaupun umurku masih belum genap lagi 18 tahun. Tak kira, aku nak cakap yang aku dah besar juga. Siapa yang nak bantah tuh, sini jumpa aku. Aku kerat jari dia jadi 18 nanti. Sekejap lagi kita semua akan melangkah lagi ke alam lain. Alam yang tidak perlu membawa beg sekolah yang berat-berat. Alam yang tidak perlu lagi mengikut jadual waktu setiap malam. Alam yang tidak perlu lagi memakai uniform yang sama warnanya setiap hari. Alam itu telah lama berlalu lagi. Alam yang lain pula sedang menjengah. Mungkin ada yang akan berkata "Terasa macam nak balik masa dulu, waktu kecik-kecik." Mungkin juga ada yang akan berkata "Uh, tak sabarnya nak masuk alam universiti dan alam pekerjaan." Wah dah tak sabar betul ni.

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu [537]; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.
(Al-A`raaf:034 )

Bertambah lagi kegembiraanku apabila melihat semua sahabat bakal melangkahkan kaki ke alam universiti. Kecoh dan riuh rendah aku rasa facebook semalam. Bertambah lagi kegembiraanku apabila sahabat baik mendapat apa yang dia
inginkan selama ini. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Tahniah untuk dia dan sahabat-sahabatku yang lain. Jadi semalam dada ini sungguh berdebar-debar. Peluang untukku bertemu dengannya makin hampir. Aku mendoakan agar dia mendapat biasiswa MARA. Ameen.

Inilah dia sahabat yang kumaksudkan. Namanya Harishah Halim. Kelakar aku lihat gambar ni. Muka isha bukan main ceria. Muka aku pula pura-pura serius..Ngee~bajet dah matang. Aku promote blog dia tuh.


Jadi dengan ini juga aku bakal meninggalkan ayah aku seorang diri di kedai. Sepanjang aku di kedai runcit ayah. Ya rabbi pelbagai jenis manusia yang aku temui. Sungguh inilah universiti terbesar iaitu kehidupan dan pengalaman berharga yang akan menjadi guruku. Antara ragam manusia yang aku pernah jumpa:

-manusia yang kurang waras-manusia yang punya duit tetapi berhutang-mamat bangla yang suka hati dia je nak bayar berapa(kau ingat ni negara kau)-minah indon yang hulu benar bahasanya sampai aku tak faham-omputih yang datang melancong dan aku terpaksa menukar bahasaku-orang pakistan yang aku tak faham bahasa inggeris sebab keluar bunyi lain macam sangat-lelaki yang tiba-tiba mengatakan aku macam muka tunangnya-lelaki yang sibuk bertanya aku sudah berkahwin belom (memang cari pasal dengan aku tuh.)


Jeng, jeng, jeng. Inilah rupa kedaiku. Lainkan dari gambar yang mula-mula dulu. Sekarang barang dah penuh. Aku malas nak ambil gambar yang terbaru. Ni pun agak baru sebenarnya.

Ada rasa apa-apa kurang tak kat rumah korang. Hah datanglah beli kat kedai aku yang kecil ni. Doakan kedai menjadi supermarket nanti. Huh aku memang suka hiperbola.

Kalau aku dahaga memang tak payah susah-susah. Bangun dan terus buka peti ais. Korang ingat aku minum percuma ke? Tak lah, anak tauke pun kena bayar tahu. Nanti ayah aku kata rugilah kalau tak bayar..hehe

Huh cuak juga sebenarnya bila tengok gambar ayah aku ni. Puas aku suro ayah senyum. Tak senyum-senyum juga. Garang tak? rawr~garang-garang.Tapi aku rapat dengan ayah. Sayang ayah. Aku dah buat kajian, lelaki bila ambil gambar kebanyakan tak suka senyum. Kenapa? Machokah?

Ya, aku berjaya menangkap gambar seorang pelanggan kedaiku tanpa dia mengetahui. Oh jahatnya aku. Bang semua RM200. Baik saya banyak duit. Saya beli satu kedai ni.

Inilah pintu masuk kedaiku. Sila masuk. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan sebab syarat kedai ni. Kalau malu dan segan,semua harga barang akan dinaikkan. Hish..aku kejam.

Huh kanak-kanak manakah yang sesat dalam blog aku ni. Mereka baru pulang dari sekolah agama petang. Dahulu pakaian sekolah agamaku, bajunya putih dan kainnya hijau. Sekarang dah warna oren. Adik napa gigi kamu berlubang tuh. Saya makan gula-gula banyak sangat kak.

Yang bertudung merah itu namanya Husna. Yang bertudung hitam itu namanya Humaira. Macam pernah ku dengar nama-nama itu. =) Baguskan kecil-kecil sudah bertudung.

Inilah adik bongsuku. Namanya Muhammad Haikal Hakimi. Kalau dia datang kedai. Memang huru-hara habis. Semua benda dia nak. Boleh bankrap ayahku. Tengok tuh dia tengah makan choki-choki.


p/s: Jadi nak tahu tak. Aku belum membeli belah lagi. Esok baru nak beli semua barang-barang keperluan untuk ke UPM. Adoi awalnya aku update padahal ada 8 hari lagi sebelum nak tinggalkan keluarga. Aku takut nanti sibuk dan tak sempat. Aku ingin mengucapkan kepada kamu semua SELAMAT BERJAYA. Belajar rajin-rajin dan sunguh-sungguh nanti. (",)


27 comments:

cikfaiq berkata...

lelaki bila ambil gambar kebanyakan tak suka senyum.
err. btol kot. haha.

haih. nnti na shoping ar kat kedai runcit ekin. haha. :P

Norashikin Abdullah berkata...

faiq..mmg betol pun..aku dh kaji
haha
dtg la..ak upkan harga utk kau

princess a.k.a slave berkata...

ekin, all the best taw kt sne.. blaja leklok.. umah kte dkat je ngan upm tu... abg kte pun kt upm gak.. kalo ade masa, kte lawat ekin k!!!!
pndai2 bwk diri kt ngara org t...
t pape pun, still cntact k..
muah!!

Norashikin Abdullah berkata...

yeke fadnor..ok lawat ekin taw kalo ade mse ..isk2..nk ngis..tengkiu fdnor..syg fdnor juga..fdnor pun..belajar rjin2..muah2

nikshahira berkata...

ekin!!!! gudluck sgt2 stdy nti. do the best to achieve what u want ekin. ekin dr first kte knal lg nk jd dctor so jgn lpaskn chance ni kayh? jgn maen2 cm dlu tau. concntrate n jd serious sket :) jgn stdy last minute eh ekin. lg2 medic2 ni mmg kne hafal byk so blaja awal2 :) n ape2 silap dulu, jgn repeat k syg? kte ckp ni utk kte gk. tp mmg kte harap sgt2 ekin nti dpt jd dr. norashikin :D so, goodluck!!!!

aien berkata...

selamat memasuki alam u~ hehee
wahh.. kamu suda besar yer!!
pepon.. all da best...
jgn nages2 nti.. hehehe

khaulah berkata...

hui2... besh ne ade kedai!!!

fik-autoz berkata...

jaga kdai smbil on9 oklh xde rasa borink sgt..huhu

HH berkata...

ekin! nak haikal. knp kamu culik kekasihku yg tgh makan cokicoki? haha.

sob sob. jom jumpa ekin :D

p/s: link doesn't work :-P

aisatti hakim berkata...

top up maxis satu!:D

Norashikin Abdullah berkata...

nik shahira> nik tengkiu very much
nik!! gud luck juga nnt..betul tuh nik..mmg cita2 lama lg..nik juga smga dpt interview jpa..ameen..tengkiu sgt2 nik..syg nik..muah2..kita akan ingt pesan nik

kak aien> terima kasih kak
hehe..umur je bertmbh..pendek je..x tinggi2 lg
ok baik..sy x ngis2

nawal> hehe bes2..boleh mkn ape2 kalo lapa

fik> a,aa taw xpe..kalo x..mau ekin trsngguk tuh

harishah halim>hehe kekasih kamu ye..hehe
jom2 jumpa jom
ok tengkiu bg taw..ekin dh btulkn

aisar..nk berapa 5 or 10
haha

super eja berkata...

comel nyer adek ekin yg last tu!

Norashikin Abdullah berkata...

a,aa hehe..comei2..tp geram dia suka x duduk diam

fikrahuddin berkata...

em..
tatau ape nk komen tp nak komen jugak...
jauh perjalanan mengembara mencari secebis kebenanaran mengharapkan teman di samping sentiasa menjadi peneman tanpa sedar pasti berpisah dan bersendirian..=(
(pahal aku sedih sgt ni..)

Norashikin Abdullah berkata...

puitisnya abrar
sob2..jgn sedih2..nnt ekin sedih juga..
sabar2 ok..nnt boleh jmpa kwn2 lg
nah2..lap air mata..(menghulurkn tisu)

Tanpa Nama berkata...

ekin ~ congrates sbb dpt tawaran kat UPM ~ perghh ~ gempak r tuh ~ seyes ... bangge apis dpt kawan mcam ekin ~ ekin jgn lpe plak apis dgn bdak sepintar laen yg ekin knal ek ~... lastly apis doakan ekin cemerlang selalu ~ Ameen ~

p/s : da bace ke blom post bru apis ?

fikrahuddin berkata...

bukan dapat tawaran ke upm la apis...pre med ke mesir kat upm..hahaha..ekin jom jalan2 kat masjid negara..pe barang gi mid valley..haha...
puitis tu hape?? lipas ke?? hehe

Norashikin Abdullah berkata...

apis: hehe lawak la kmu ni..main terjah lg..x pe..ekin dh explain kat blog kmu,..tengkiu wishkn
x lah..ekin x kan lupa2kn dak2 sepintar..cewah..dah mcm wrga phalanx plak rsenya
ok tengkiu apis utk doa tuh..apis juga..gud luck n all the best nnt..semoga berjaya dunia n akhirat..ameen

abrar>haha tengkiu tlg bgtaw kat apis..ha,ah betol tuh..jom2..ade ke mid..ekin mid pun x taw ape..haha..bukan lipas la..cicak..:P

alief_kaizer berkata...

salam ekin , oh ini ke kedai yg byk dtg kelkatu hari tu...huhu..ingt kan kedai restoran...

insyaALLAH ekin , langkahan mu sudah setapak ke bumi anbiyaa... setapak lagi mula apabila pre medic nnti di upm...

bila dah sampai waktu , capailah cita2 di smping hati pun trpahat di bumi anbiyaa...

ekin boleh!

Norashikin Abdullah berkata...

wslm alif..a,aa kedai runcit la..bukan restoran..hehe
Allah puitis ayat alif..insyaAllah..terima kasih alif..
terima kasih ..
alif pun..gud luck..semoga berjaya
all the best..alif boleh juga

Centado berkata...

tahniah tahniah tahniah!

Norashikin Abdullah berkata...

terima ksih3

Unknown berkata...

salam ekin...ngee dpt upn eyh? congratz...harisha dpt um,same r ngn kite...btw all da bez ekin!~

eheh...pintu masuk kdai ekin cun...

tepianmuara berkata...

makin hari, makin matang.
insyaAllah.

moga terus berjaya untuk langkahan seterusnya!

Nabilla Najjeeha Najmuddin berkata...

k.iekin.. gud luck and all the best in ur new lyfe.. doakan adik2 akk di tdk berjaya ye.. =)

oRiDo™ berkata...

batas waktu..
seringkali hal itu terlupakan oleh kita semua..

Norashikin Abdullah berkata...

wslm asyue:
a,aa ok all the bes to u too..nnt kte jmpe d msir
haha..cntik ke?

tepianmutiara: ha,ah insyaAllah..terima ksih semoga trus brjya juga

najeeha
haii awk.ok i'Allah smga adik2 akak di tdk berjaya dgn jayanya...tengkiu doakn akak

orido: betul..npe ayat awk buat sy sedih :)