"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 9 Ogos 2009

Umbara Cintaku


Kiranya tetusuk duri kekecewaan
ubatilah dengan doa kepasrahan

Kiranya menitis air mata
renungi rahmat Illahi di hadapan

Kiranya perjalanan dilanda dugaan
jejaki kembali sinar keimanan

Kiranya tertutup satu jendela impian
yakinlah masih banyak pintu harapan
yang menanti untuk dibuka dan diterokai


apakah masa depanmu yang sebenarnya norashikin, akhirat jawabku, pastikah engkau dengan cita2mu norashikin, pasti jwabku, sudah setimpalkah usahamu untuk menggapai cita-citamu, belum jawabku
apakah bukti kau ingin membalas jasa kedua ibubapamu, norashikin????????????????

AKU TAK DAPAT TAHAN
“Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” ~Surah Yusuf ayat 12

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
~ At-Taubah ayat 129

“APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?”
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mumin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. “~ At-Taubah ayat 111

“BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?”
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” ~ Al-Imran ayat 200….
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ~ Al-Baqarah ayat 45

“RASA FRUST?”
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” ~Surah Al-Imran ayat 139

“KENAPA UJIAN SEBERAT INI?"
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” ~Surah Al-Baqarah ayat 286


“KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?”
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ~Surah Al-Baqarah ayat 216

“KENAPA AKU DIUJI?”
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” ~ Al-Ankabut ayat 2-3

Festival Nasyid 2009



Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan
Tuhan Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang
Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya
uihh.Berbanyak syukran aku ucapkan kepada mia, lili, dalila n nana.At least, usaha kita nk menang tu. tercapai jgak. berbaloi jugak kan.walaupun bukan rezeki kita..x pe lah
penat sape yang tahu..Blok G dengan Blok E tue boleh tahan jgak jauh (walaupun tak sangat sebenarnya)..tak pe lah at least nanti bile dah kuar maktab, ade jgak benda nk dikenang..kan3