"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Isnin, 28 Jun 2010

Bila hati dan akal tidak sehaluan

"Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."

Salam alaik semua sahabatku..
Sudah masuk tiga hari aku di rumah selepas pulang dari pre medic dan sudah masuk tiga hari juga aku kerap benar menatap PENAKU MENARI tanpa mempunyai sedikit perasaan pun. Sahabat-sahabat sudah mula bertanya bilakah aku mahu mengupdate blog. Bukan aku tidak terlintas di hati ini untuk mengupdatenya tetapi aku ketiadaan mood. Namun setelah berfikir sejenak, aku gagahkan diriku untuk menaip juga. Aku rindu untuk bercerita itu dan ini di blogku sendiri.

Aku tidak sedih sebaliknya aku gembira dapat berjumpa dengan ahli keluargaku dan sahabat-sahabat (di facebook). Bukanlah aku putus cinta akibat cinta adam dan hawa kerana belum tiba masanya. Cuma ada sesuatu yang cuba untuk meyekat kegembiraanku itu. Cukuplah aku katakan yang saat ini hati dan akalku sedang bergelut sesama sendiri. Masing-masing ingin menegakkan benang yang basah. Aku tersepit di antara mereka .(korang sila bagi tazkirah atau motivasi pada aku)

Manusia memang mudah begitu. Bila hati dan akal tidak sehaluan bermacam-macam perkara yang boleh kita lakukan. Misalan akal memberitahu bahawa perkara yang bakal kita lakukan itu adalah salah, namun hati menentang apa yang disampaikan akal. Itu yang terjadi pada masyarakat kita sekarang, mengetahui akan perihal tindakan itu salah namun hati mereka berkeras untuk melakukannya juga. Maka terhidanglah segala maksiat yang ada di dada-dada akhbar dan di kaca telvisyen.

Dalam sebuah hadis rasulullah juga telah dinyatakan sepertimana ramai di antara kita yang telah mengetahuinya tentang seketul daging iaitu hati yg menentukan baik atau buruk seseorang itu.

RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati.. "



Memandangkan aku baru sahaja pulang dari pre medic. Ingin aku bercerita tentang kisah hidupku sepanjang dua bulan aku di Universiti Putra Malaysia. Kenangan bersama sahabat-sahabat dan pensyarah-pensyarah tidak mungkin aku lupakan. Sewaktu di sana aku seakan-akan mengerti kekangan waktu yang selalu diceritakan oleh senior-seniorku yang belajar dalam bidang perubatan.

Namun aku berasa amat seronok sekali kerana inilah impianku sejak dari kecil lagi. Aku masuk ke makmal anatomy dan belajar menggunakan mayat(cadaver). Itulah pertama kali dalam sejarah hidupku, aku begitu berani untuk mengorek segala apa yang ada dalam cadaver untuk belajar segala sistem badan manusia yang telah dipelajari oleh pensyarah. Kenangan terindah semasa aku sibuk mengorek belakang liver kerana ingin mencari gall blader dan aku sibuk mengorek perut cadaver nak cari spleen.

Pagi dan petang sibuk mendengar apa yang dikatakan oleh pensyarah. Selepas tamat sesi kuliah pagi dan tutorial di sebelah petang. Aku bergegas pula ke bilik tutorial sekali lagi untuk kuliah arab ammiyah yang diajar oleh seorang pensyarah yang berasal dari Iraq. Sangat menarik untuk aku katakan tentang bahasa arab ammiyah ini kerana terdapat sedikit perbezaan dengan bahasa arab fushah yang pernah ku pelajari di sekolah dahulu. Contoh terdekat yang boleh aku berikan ialah:

Bahasa Melayu: Apa khabar?

Bahasa Arab fushah: Kaifahaluka ?(L)/Kaifahaluki ?(P)

Bahasa Arab Ammiyah: Izaayak? (L)/ Izaayik? (P)

Pada malam harinya, kami akan ke surau untuk solat berjemaah dan perkara wajib selepas solat berjemaah ialah sesi tazkirah. InsyaAllah majlis-majlis ilmu itu adalah salah satu dari taman-taman syurga. Maka banyak juga ilmu yang dapat ku korek dari sahabat-sahabat yang tentunya ilmu agama mereka lagi tinggi. InsyaAllah akan diselitkan untuk perkongsian-perkongsian akan datang. Dah panjang berjela aku mengarut, baik aku berhenti menaip.

Semalam adalah kenangan,Hari ini adalah kenyataan,Esok Adalah Impian,so,Lupakan Kenangan. Hadapi Kenyataan,Realisasikan Impian...

p/s: Mesti bosan kan baca entry aku kali ni. Aku sendiri yang baca pun rasa bosan. Sila nantikan next entry. InsyaAllah menarik.

Sabtu, 1 Mei 2010

Kakiku di alam lain..kaki kamu juga

Norashikin Abdullah mula menyedari bahawa aku kini bukan lagi aku yang dulu. Angin kadangnya berhembus perlahan. Air laut adakalanya surut. Kelakar teringat zaman muda-muda yang asyiknya duduk di atas awan. Sibuk berlari mengejar pelangi. Tak sanggup bermain ombak ganas lagi. SELAMAT TINGGAL EKIN YANG DULU.

Assalamualaikum semua...
Menghitung hari detik demi detik (sambunglah sendiri, aku sudah lupa liriknya). Pejam celik,pejam celik, aku masih di tempat yang sama. Memanglah sebab aku tidak bergerak. Pejam celik, pejam celik, dah besar aku rupanya. Walaupun umurku masih belum genap lagi 18 tahun. Tak kira, aku nak cakap yang aku dah besar juga. Siapa yang nak bantah tuh, sini jumpa aku. Aku kerat jari dia jadi 18 nanti. Sekejap lagi kita semua akan melangkah lagi ke alam lain. Alam yang tidak perlu membawa beg sekolah yang berat-berat. Alam yang tidak perlu lagi mengikut jadual waktu setiap malam. Alam yang tidak perlu lagi memakai uniform yang sama warnanya setiap hari. Alam itu telah lama berlalu lagi. Alam yang lain pula sedang menjengah. Mungkin ada yang akan berkata "Terasa macam nak balik masa dulu, waktu kecik-kecik." Mungkin juga ada yang akan berkata "Uh, tak sabarnya nak masuk alam universiti dan alam pekerjaan." Wah dah tak sabar betul ni.

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu [537]; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.
(Al-A`raaf:034 )

Bertambah lagi kegembiraanku apabila melihat semua sahabat bakal melangkahkan kaki ke alam universiti. Kecoh dan riuh rendah aku rasa facebook semalam. Bertambah lagi kegembiraanku apabila sahabat baik mendapat apa yang dia
inginkan selama ini. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Tahniah untuk dia dan sahabat-sahabatku yang lain. Jadi semalam dada ini sungguh berdebar-debar. Peluang untukku bertemu dengannya makin hampir. Aku mendoakan agar dia mendapat biasiswa MARA. Ameen.

Inilah dia sahabat yang kumaksudkan. Namanya Harishah Halim. Kelakar aku lihat gambar ni. Muka isha bukan main ceria. Muka aku pula pura-pura serius..Ngee~bajet dah matang. Aku promote blog dia tuh.


Jadi dengan ini juga aku bakal meninggalkan ayah aku seorang diri di kedai. Sepanjang aku di kedai runcit ayah. Ya rabbi pelbagai jenis manusia yang aku temui. Sungguh inilah universiti terbesar iaitu kehidupan dan pengalaman berharga yang akan menjadi guruku. Antara ragam manusia yang aku pernah jumpa:

-manusia yang kurang waras-manusia yang punya duit tetapi berhutang-mamat bangla yang suka hati dia je nak bayar berapa(kau ingat ni negara kau)-minah indon yang hulu benar bahasanya sampai aku tak faham-omputih yang datang melancong dan aku terpaksa menukar bahasaku-orang pakistan yang aku tak faham bahasa inggeris sebab keluar bunyi lain macam sangat-lelaki yang tiba-tiba mengatakan aku macam muka tunangnya-lelaki yang sibuk bertanya aku sudah berkahwin belom (memang cari pasal dengan aku tuh.)


Jeng, jeng, jeng. Inilah rupa kedaiku. Lainkan dari gambar yang mula-mula dulu. Sekarang barang dah penuh. Aku malas nak ambil gambar yang terbaru. Ni pun agak baru sebenarnya.

Ada rasa apa-apa kurang tak kat rumah korang. Hah datanglah beli kat kedai aku yang kecil ni. Doakan kedai menjadi supermarket nanti. Huh aku memang suka hiperbola.

Kalau aku dahaga memang tak payah susah-susah. Bangun dan terus buka peti ais. Korang ingat aku minum percuma ke? Tak lah, anak tauke pun kena bayar tahu. Nanti ayah aku kata rugilah kalau tak bayar..hehe

Huh cuak juga sebenarnya bila tengok gambar ayah aku ni. Puas aku suro ayah senyum. Tak senyum-senyum juga. Garang tak? rawr~garang-garang.Tapi aku rapat dengan ayah. Sayang ayah. Aku dah buat kajian, lelaki bila ambil gambar kebanyakan tak suka senyum. Kenapa? Machokah?

Ya, aku berjaya menangkap gambar seorang pelanggan kedaiku tanpa dia mengetahui. Oh jahatnya aku. Bang semua RM200. Baik saya banyak duit. Saya beli satu kedai ni.

Inilah pintu masuk kedaiku. Sila masuk. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan sebab syarat kedai ni. Kalau malu dan segan,semua harga barang akan dinaikkan. Hish..aku kejam.

Huh kanak-kanak manakah yang sesat dalam blog aku ni. Mereka baru pulang dari sekolah agama petang. Dahulu pakaian sekolah agamaku, bajunya putih dan kainnya hijau. Sekarang dah warna oren. Adik napa gigi kamu berlubang tuh. Saya makan gula-gula banyak sangat kak.

Yang bertudung merah itu namanya Husna. Yang bertudung hitam itu namanya Humaira. Macam pernah ku dengar nama-nama itu. =) Baguskan kecil-kecil sudah bertudung.

Inilah adik bongsuku. Namanya Muhammad Haikal Hakimi. Kalau dia datang kedai. Memang huru-hara habis. Semua benda dia nak. Boleh bankrap ayahku. Tengok tuh dia tengah makan choki-choki.


p/s: Jadi nak tahu tak. Aku belum membeli belah lagi. Esok baru nak beli semua barang-barang keperluan untuk ke UPM. Adoi awalnya aku update padahal ada 8 hari lagi sebelum nak tinggalkan keluarga. Aku takut nanti sibuk dan tak sempat. Aku ingin mengucapkan kepada kamu semua SELAMAT BERJAYA. Belajar rajin-rajin dan sunguh-sungguh nanti. (",)