"Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."
Salam alaik semua sahabatku..
Sudah masuk tiga hari aku di rumah selepas pulang dari pre medic dan sudah masuk tiga hari juga aku kerap benar menatap PENAKU MENARI tanpa mempunyai sedikit perasaan pun. Sahabat-sahabat sudah mula bertanya bilakah aku mahu mengupdate blog. Bukan aku tidak terlintas di hati ini untuk mengupdatenya tetapi aku ketiadaan mood. Namun setelah berfikir sejenak, aku gagahkan diriku untuk menaip juga. Aku rindu untuk bercerita itu dan ini di blogku sendiri.
Aku tidak sedih sebaliknya aku gembira dapat berjumpa dengan ahli keluargaku dan sahabat-sahabat (di facebook). Bukanlah aku putus cinta akibat cinta adam dan hawa kerana belum tiba masanya. Cuma ada sesuatu yang cuba untuk meyekat kegembiraanku itu. Cukuplah aku katakan yang saat ini hati dan akalku sedang bergelut sesama sendiri. Masing-masing ingin menegakkan benang yang basah. Aku tersepit di antara mereka .(korang sila bagi tazkirah atau motivasi pada aku)
Manusia memang mudah begitu. Bila hati dan akal tidak sehaluan bermacam-macam perkara yang boleh kita lakukan. Misalan akal memberitahu bahawa perkara yang bakal kita lakukan itu adalah salah, namun hati menentang apa yang disampaikan akal. Itu yang terjadi pada masyarakat kita sekarang, mengetahui akan perihal tindakan itu salah namun hati mereka berkeras untuk melakukannya juga. Maka terhidanglah segala maksiat yang ada di dada-dada akhbar dan di kaca telvisyen.
Dalam sebuah hadis rasulullah juga telah dinyatakan sepertimana ramai di antara kita yang telah mengetahuinya tentang seketul daging iaitu hati yg menentukan baik atau buruk seseorang itu.
RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati.. "
Memandangkan aku baru sahaja pulang dari pre medic. Ingin aku bercerita tentang kisah hidupku sepanjang dua bulan aku di Universiti Putra Malaysia. Kenangan bersama sahabat-sahabat dan pensyarah-pensyarah tidak mungkin aku lupakan. Sewaktu di sana aku seakan-akan mengerti kekangan waktu yang selalu diceritakan oleh senior-seniorku yang belajar dalam bidang perubatan.
Namun aku berasa amat seronok sekali kerana inilah impianku sejak dari kecil lagi. Aku masuk ke makmal anatomy dan belajar menggunakan mayat(cadaver). Itulah pertama kali dalam sejarah hidupku, aku begitu berani untuk mengorek segala apa yang ada dalam cadaver untuk belajar segala sistem badan manusia yang telah dipelajari oleh pensyarah. Kenangan terindah semasa aku sibuk mengorek belakang liver kerana ingin mencari gall blader dan aku sibuk mengorek perut cadaver nak cari spleen.
Pagi dan petang sibuk mendengar apa yang dikatakan oleh pensyarah. Selepas tamat sesi kuliah pagi dan tutorial di sebelah petang. Aku bergegas pula ke bilik tutorial sekali lagi untuk kuliah arab ammiyah yang diajar oleh seorang pensyarah yang berasal dari Iraq. Sangat menarik untuk aku katakan tentang bahasa arab ammiyah ini kerana terdapat sedikit perbezaan dengan bahasa arab fushah yang pernah ku pelajari di sekolah dahulu. Contoh terdekat yang boleh aku berikan ialah:
Bahasa Melayu: Apa khabar?
Bahasa Arab fushah: Kaifahaluka ?(L)/Kaifahaluki ?(P)
Bahasa Arab Ammiyah: Izaayak? (L)/ Izaayik? (P)
Pada malam harinya, kami akan ke surau untuk solat berjemaah dan perkara wajib selepas solat berjemaah ialah sesi tazkirah. InsyaAllah majlis-majlis ilmu itu adalah salah satu dari taman-taman syurga. Maka banyak juga ilmu yang dapat ku korek dari sahabat-sahabat yang tentunya ilmu agama mereka lagi tinggi. InsyaAllah akan diselitkan untuk perkongsian-perkongsian akan datang. Dah panjang berjela aku mengarut, baik aku berhenti menaip.
Semalam adalah kenangan,Hari ini adalah kenyataan,Esok Adalah Impian,so,Lupakan Kenangan. Hadapi Kenyataan,Realisasikan Impian...
p/s: Mesti bosan kan baca entry aku kali ni. Aku sendiri yang baca pun rasa bosan. Sila nantikan next entry. InsyaAllah menarik.
18 comments:
salam ekin...akhirnya kembali menulis kamu.. bosan??? first writing ni pun dah impressive sungguh.. selalu ye update..
p/s: wow bedah mayat...
salam, ekin..windu nya kat ekin.. cam menarik je life ekin as student kat u.. hehe, gudluck, kawan!
wslm alief..tu la ade juga ksempatan ekin nk mnulis..
tengkiu alif
insyaAllah ekin truskn mnnulis..alif pun truskn mmbca
alief bukan bedah tp korek2 mayat je
hehe
sha: wslm hai sya..miss u too
yeah menarik2..gu to u 2
Shikin,kau bertuah!good luck in future ahead!aku doakan kau brjaya!insyaallah.
aisar..tengkiu..terima kasih doakan aku..aku doakan ko berjaya juga..insyaAllah :)
ismuka?
salam..mcm kenal je ayat2 tu, like in kunfu panda, hehe (Semalam adalah kenangan,Hari ini adalah kenyataan,Esok Adalah Impian) tp jngn lupa bahawa klu kita nak aggap sesuatu itu special, kita kene percaya yg benda tu adalah special..hargailah setiap detik hidup dengn bersyukur, krn dngn lafaz dapat merubah apa yg kita fikirkan, cthnya sperti kalimah bosan..sepatutnya tiada kalimah itu bg org yg luar biasa sperti enti :) semoga berjaya
salam ekin!
ngee kite same2 bru balik ....
eheh...btw, kite bru tau ekin wat premedik, b4 dis i thought u mek asasi kt upm...
heyah!bez2....und ape ek? nnti ekin gi uni mane? fly bile? bole jmpe...ngeee
faiq ko dh x ingat nama ak ke?
wahai insan tanpa nama
enta siapa? anyway syukran ats nsihat enta
ape tuh kunfu panda..ana jmpe kata2tu kat salah satu forum,,ana dh lupa
yeah hargailah setiap detik dan selalu bersyukur, ana akan ingat tuh..yeah no word mlas..tengkiu enta
salam
miss u
hye asyue..sama la kte..ekin ke tnta..syue ke mne?
salam
miss u
hye asyue..sama la kte..ekin ke tnta..syue ke mne?
abg pernah bg msg tanpa nama dulu klu ingt :) cmana pre medic, ok ke
aha..ok dh ingat..yeah sgt bes pre med..suke blaja di sne..eh abg dh lme x on9 ye?
alhamdulillah, itu baru permulaan, lepas ni bersedia pula utk yg betul2 medan perang, kene gempur sepenuh hati k :) abg pindah rmh, jd sebulan lbh abg xda internet tp sekarang ni dah ada..ekin itu pun apa kurangnya, lama benar xdengr berita, update blog pun x, he..jadi, cuti ni apa pengisian ekin ye? abg blik bulan depan, insyaallah 24 hb abg bg talk di international education centre(intec) tuk semua adik2 persediaan pengajian luar negara..jd ekin kira bertuah la ni, awal2 abg dah bg nasihat, he..
alhmdulillah
ic patutlah dh lama x nmpak abg..pelik juga..mne plak abg mnghilang..ic ic tengkiu ats nsihat..
ni on de wei nk update..yeah insyaAllah moga ekin kuat nk tmpuh medan perang nnt..uihh bertuahnya diorang dpt dgr talk abg live..ok
suke nsihat2 abg..sarat motivasi..syukran :)
ops ralat, bleh klu abg pggl ekin dngn nama Nor?? abg lbh suka pnggil nama dengn makna, kata2 itu adalah doa :)
klu Nor dah jd Dr nanti, lg bnyk peluang utk Nor bg motivasi dan nasihat pada org, lg bnyk pluang utk buat kebaikan dan berdakwah, sbb pesakit bnyk berjumpa dengn Dr utk mendptkan nasihat..jd bila Nor ada di mesir nnti, itu adalah jln pintas utk Nor mendlmi agama dengn mendlm di smpg ilmu utama iaitu medic, jgn sia2kan peluang yg ada ok..bnyk ganjaran di dunia dan lbh2 lg di akhirat sdh pasti ;)
haa boleh2, tafaddal, tringat ustaz arab ammiyah, dia pnggil nor juge sbb x reti nk sbut ekin.
btul tuh, doc disebalik tabirnya seorg daie
insyaAllah moga nor, mmpu buktikn utk diri jd doc muslimah yg baik..nsihatkn patient2
sakit itu dtg dr Allah
dan semubuh itu juga dtg dr Allah
Catat Ulasan