"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 18 Julai 2010

Aduhai C.I.N.T.A

Salam buat sahabat-sahabat sekalian..(kalau rasa malas nak baca, tekan je lah pangkah, aku izinkan)

Bulan Jun yang lalu, (tarikh yang tak mampu aku ingati, percayalah bahawa aku sukar untuk mengingat sesuatu angka, jadi jikalau ada diantara kamu yang aku mampu mengingati tarikh lahir atau nombor telefonnya, bersyukurlah..hehe) ketika itu aku masih mengikuti pre Medic di UPM dan sedang khusyuk sekali mendengar tazkirah yang disampaikan oleh sahabat-sahabatku. Sekali-sekala aku menyampuk untuk berkongsi ilmu. Di penghujung tazkirah, aku mula berangan. (haish, macam la kamu semua tak pernah buat, tidak kuduga fikiran kulari entah ke mana) Tiba-tiba, sahabatku Adibah (dia pernah satu kelas denganku dahulu di SMKA (P) Al Mashoor) tampil ke tengah untuk memaklumkan akan diadakan satu forum bertajuk "Aduhai Cinta, Milik Siapakah Ia?" dan ketika itu aku masih lagi berangan tanpa mempedulikan apa yang dikatakan. Aku hanya tersedar selepas terdengar sebaris nama Fatimah Syarha kerana menrupakan salah seorang dari ahli panel untuk forum itu. Masakan aku tidak tersedar, beliau penulis novel islami yang kukagumi.
Inilah forum yang kumaksudkan dan pada hari inilah aku baru tahu yang rupa-rupanya Ustaz Hasrizal (Saiful Islam) juga merupakan salah seorang ahli panel forum. Gembiraku tak terkata, akhirnya doaku dimakbulkan. Dapat juga aku berjumpa dan mendengar ceramahnya.
Di sinilah lokasi di mana forum itu berlangsung. Kami orang pertama sampai di masjid itu untuk mendengar forum rasanya. Padahal forum akan bermula selepas Isyak. Tak nak semangat lagi, padahal perut aku dah bermain lagu keroncong, ghazal meminta makanan.
Cantikkan gambar Masjid Al-Azim. Pandaikan aku tangkap gambar. Aku memang berminat dalam bab-bab fotografi ni. Tak payah pergi belajar. Pandai-pandai la kamu nak amik gambar macam mana.
Cuba teka yang mana satu aku. Soalan ini khas untuk mereka yang tidak pernah mengenali aku. Kami semua dalam perjalanan untuk mencari makanan. Perut kami semua dah mula menari-nari lagu Hinndustan. Tak nak jauh lagi kami pergi beli makanan. Tercabut skru kaki aku.
Baiklah forum sudah bermula. Aku duduk paling hadapan. Sangat semangat nak mendengar. Nampak tak yang Fatimah Syarha tak dapat datang dan diganti oleh ustazah lain. Betapa kecewanya kami. Ramai kawanku dah siap-siap bawa novel nak minta autograf.
_________________________________________________
Ustaz Hasrizal kata cinta itu satu tenaga. Mengikut ilmu sains, tenaga itu tidak dapat dimusnahkan. Jadi jangan sesekali cuba untuk memusnahkan cinta kerana itu kerja yang sia-sia. Mungkin sebab itu juga aku merasakan ada anak yang sanggup meletakkan racun tikus di dalam makanan ayahnya kerana telah memutuskan percintaan dia dan kekasihnya. Sama juga situasinya kalau kita marah. Namun Islam menganjurkan kita cara bagaimana untuk mengatasi rasa marah itu.

Daripada 99 nama-nama Allah, ada dua nama sahaja yang sering diulang-ulang oleh kita iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim yang bermaksud Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Maknanya Allah mahu kita datang kepadaNya dalam keadaan penuh kasih dan sayang. Jangan jemu datang kepada Allah kerana Allah lebihkan keampunan daripada hukuman. Kau kita bergaduh dengan kawan-kawan, gaduh gila dasyat ni, kalah perang dunia, dan akhirnya kita berbaik semula, mungkin ada di antara mereka yang memaafkan tetapi susah nak lupakan peristiwa pergaduhan tuh. Bak kata pepatah orang putih 'Forgiven but not forgetten.' Sudah-sudah la tu, tak bagus, lupakan pepatah orang putih tuh mari guna pepatah orang Melayu ni 'Buang yang keruh, ambil yang jernih.'

Allah itu tuhan yang penuh dengan kasih dan sayang. Nabi punya kasih sayang terhadap umatnya lagilah jelas. Banyak kali kita diperdengarkan kisah tentang cinta nabi terhadap umatnya. Nabi pernah bercakap kepada para sahabat bahawa di dalam dunia ini, ada satu kelompok manusia yang baginda teringin hendak berjumpa. Baginda berkata "Aku rindu dan cinta akan saudara-saudaraku." Jawab sahabat "Ya rasulullah, kami ini saudara-saudaramu, bukankah kami ini dihadapanmu, mengapa mahu merindui kami semua?" Baginda menjawab "Kamu semua bukan saudara-saudaraku, kamu semua sahabatku." Sahabat kehairanan dan bertanya"Siapakah mereka yang engkau maksudkan, ya Rasulullah?" "Mereka itu orang-orang yang beriman yang belum ada lagi di muka bumi ini," jawab rasulullah. Cuba kamu tengok tuh, betapa hebatnya cinta rasulullah, sedangkan orang yang cinta dan rindu itu masih belum wujudAlagi dalam dunia. Umpamanya lebih kurang ginilah, jin kata ni harta Ahmad Albab yang punya, masa tuh Ahmad Albab belum lagi lahir ke dunia. Ada kena mengena tak? He..

Ustaz Hasrizal bercerita ada seorang pelajar di Mesir sedang duduk termenung jauh di tingkap sambil mengorek-ngorek jerawatnya. Datang sahabatnya menyergah dari belakang.
Sahabat: Haa!! Enta, termenung jauh ni, teringat kat siapa tuh?
Pelajar: Hui enta ni, luruh jantung ana. Ana teringatkan seseorang.
Sahabat: Enta. haih lain macam bunyinya. Siapa tuh?
Pelajar: Ana rindu bakal zaujah ana.
Sahabat: Haih ni buat ana terkejut ni, tak ada guruh, tak ada kilat, enta dah ada calon ye, siapa?
Pelajar: Tak ada lagi pun, saja ana nak rindu bakal zaujah ana.

Yalah kerana cinta semuanya kita sanggup. Jikalau diberitahu kita akan ibu, ayah, abang, kakak, adik kita berada di sebuah bangunan pada tingkat lima. Ketika itu berlakunya kebakaran. Mahu atau tidak kita untuk pergi menyelamatkan ahli keluarga kita. Kerana apa kita mahu? Kerana cinta betul? Cinta itu tidak pernah bersalah, salahnya cinta itu apabila rosak keutamaan di dalam dunia ini. Mana yang patut diutamakan, perlu diutamakan. Yang tak penting tuh, kamu campak je dalam tong sampah. Flush dalam tandas boleh juga.

Bagaimana cinta itu boleh berikan kasih sayang? Ustaz hasrizal kata kasih sayang itu terbit dari cinta. Jikalau ingin mendefinisikan ayah Sazali, sudah tentulah kasih sayang yang dimaksudkan adalah dengan memberikan segala kemewahan, harta benda dan apa yang anaknya mahukan tetapi tak boleh pakai. Akhirnya, apa yang terjadi pada Sazali. Cepp anak derhaka. Makna sebenar kasih sayang itu adalah apabila kita berikan perhatian. Jikalau kita terdengar kisah-kisah gadis yang melarikan diri daripada rumahnya kerana mengikut lelaki entah mana-mana kerana apa? Lelaki itu sudah berjanji untuk memberikan segala perhatian dan kasih sayang dan tidak akan sesekali meninggalkan gadis itu. Haish yang si perempuan ni pun, aku tempeleng karang. Mamat Bangla yang tak hensem tuh pun dia nak ikut. Jadi samalah konsepnya sayangkan Islam dan ummah, berilah perhatian.

Hebatnya seorang laki-laki kerana kejantanannya. Kejantanan seorang laki-laki apabila dia panjang berfikir. Tu sebab jatuhkan talak tidak diberi kepada si isteri. Kalau terjadi hal itu, berlunggok-lunggok fail kes cerai di mahkamah syariah. Hebatnya seorang wanita kerana emosinya. Tuh sebab kerja mengandung dan melahirkan anak bukan pada si suami. Si wanita tiap-tiap tahun dok berjihad lahirkan zuriat. Si laki-laki kamu bila lagi?

Aku rasa nak berhenti kat sini je lah.Dah penat ni aku menaip dari tadi, kamu semua bukan baca pun, scroll je. Kalau yang rajin tuh, cari isi penting je, lepas tuh cepat-cepat pangkah. Aku dah faham sangat dah. Peduli, aku nak taip panjang-panjang juga.

MANUSIA YANG EFEKTIF TIDAK AKAN TERPENGARUH DENGAN KEADAAN SEKELILING




Bersama ashabi (sahabat-sahabatku)

15 comments:

noornzra berkata...

aku bace sampai habes tau :)

ekin rajen post pasal ilmiah. touceh2. post banyak2 lagi. *bawak sepanduk besar2 sokong ekin*

Norashikin Abdullah berkata...

tengkiu noor baca smpai abis..ok nnt ekin rjin2, ekin post lg..
sokong noor jgak**

@ien_R@z berkata...

akak baca sampai habis tau.. hehe

nice entry.. suke baca entry2 ekin nie.. ikhlas.. ^__^

keep it up ya dear.. akak nk buat entry mcm nie tak pandai.. T___T so baca yg kamu je la.. hehe

Norashikin Abdullah berkata...

terima kasih kak aien.. :)
x pe..entry akak pun best..ekin suke baca

Tanpa Nama berkata...

bestnya bersama ust hasrizal :)ust yg santai dan slumber tp sungguh mendlm dan amat bermakna penyampaiannya.. abg peminat ust ni, hehe

Tanpa Nama berkata...

nak tahu satu point lg tntg lelaki dan wanita mngikut quran dan sains tntg hikmah jthnya talak ke atas lelaki, kajian ni berlaku di U.sains of republik yaman..

nak dngr satu kisah best tntg rmh tgga baginda dngn al-humairah yakni aisya?? : pada suatu hari abu bakar sdg berjln di dpn rmh baginda lantas beliau tedngr suara aisya anaknya sdg meningikan suara di hdpn baginda, baginda hnya mendiamkan diri & mndengr aisyah(hbtnya rmh tgga baginda :-) maka abu bakar terus melulu msk ke rmh baginda dan ingin menampar pipi aisya, terus bginda menahan perbuatan abu bakar dan menerangkannya bhw hikmah apa sdg berlaku yg tdk diketahui Olh abu bakar..

apabila berlaku pergaduhan antara suami isteri ataupun tidak bersefahaman, lelaki harus diamkan diri, sabar dan memujuk isteri dengan hikmah sewaktu situasi msh lg tegang, hal ini krn, manusia diciptakan atas dua pilihan, satu fikir yg baik dan 1 lg yg buruk, apabila nafsu marah tgh memuncak, perempuan hnya memikirkan 1 bahagian je iaitu tntg kemarahannya dek emosi, manakala lelaki mampu menggunakan dua2 belah ktka situasi marah iaitu baik dan buruk, so, jika lelaki itu beriman insyaallah ia akan aplikasikannya, dan jika lelaki itu tdk beriman pasti nafsu syaitan menguasainya lantas memukul, pnggan pireng bertrbangan dn seangkatan dngnnya.. inilah yg berlaku pada zaman mutaakhir ni, msg2 tdak thu kelebihan dan kekurangn diri yg Allah beri shggakan bnyknya keretakan rmh tgga.. info ni abg dpt mase form 2 dlu di tahfiz mse belajar fiqh zawaj..

Tanpa Nama berkata...

tntg satu kisah lg, minta maaf ye, pnjg sgt cmmentnya, he.. setiap kali baginda pulang ke rumah, apabila dilihatnya makanan tdk siap lg, tanpa disuruh dan smbil tersenyum baginda menyinsingkan lengn bajunya utk membantu isterinya di dapur.. pernah bginda pulg subuh dari masjid,sdh tntulah baginda amat lapar pd wktu tersbut, apbla dilihat tiada makanan yg ada utk dimkn, yg mntah pn tiada krn aisya blum ke pasar, maka baginda bertanya kpd aisya, blm ada makann ke ya humara? dngn serba slh aisya mnjwb, blm lg rasulullah.. tanpa sdkt trgmbr rase kesal pun lantas baginda berkata, jika begitu saya berpuasa shj hari ni.. smpikan ada hds baginda yg berbunyi : sebaik2 lelaki adalah yg plg baik dan lmh lmbut terhadp isterinya..

moga2 kta ambil iktibar dan smpikan pada shbt2 yg tdk tahu..kmbli ke generasi madrasah rasulullah saw :-)

Norashikin Abdullah berkata...

a,aa seronok sgt..trhibur sngguh hati smbil dpt ilmu..x tahan dgn lwak perak dia..hehe..yeah i like him too :)

Norashikin Abdullah berkata...

hah trhibur mmbaca sirah..
syukran sudi bercerita ..
nnt kalo ade cter lg boleh dkongsi
:)
ameen..moga2 kta ambil iktibar dan kabarkan pada merka yg belum tahu

faiq berkata...

bce habes tau.
smpai cmmnt pown bce abes. haha.
kalo bole like cam kat fb,
da lme daa like post nie.
lg2 cmmnt Tanpa Nama tuh. :P

Norashikin Abdullah berkata...

haha..bgus faiq ni..tengkiu baca smpai abis..a,aa komen tanpa nama tuh...belajar d jordan

pu3 nonsense berkata...

suke2..but sdh xdpt g..jauh cgt... congrate Ekin sb jd antre org y bertuah.... n thanks kongsi ngn kteorg..

Norashikin Abdullah berkata...

itu lah..alhmdulillah diberi ksmptan ke sne...
ur welcm..x pe nnt kalo ade rzeki..pu3 nonsense plak dpt pegi :)

Nur Amira Nabila Mohamad Azlan berkata...

MANUSIA YANG EFEKTIF TIDAK AKAN TERPENGARUH DENGAN KEADAAN SEKELILING!

trhibur ak bace entry ni weh. trigt lak tym premed dlu.

Norashikin Abdullah berkata...

aku baru sebut kalimat itu..rindunya premed