"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Isnin, 16 Ogos 2010

Ahlan Ahlan Ya Ramahan :)

Salam Ramadhan buat semua..

Ada rasa nak tergelak tak baca tajuk entry kat atas. Sudah hampir masuk Ramadhan yang ke 7, aku baru terhegeh-hegeh nak ucap. Sama tak kalau aku andaikan perkara ini seperti sahabat-sahabat datang bermalam di rumahku selama seminggu dan pada hari ke7, aku baru mengucapkan selamat datang kepada mereka. Hoh sungguh inilah tuan rumah yang paling kejam pernah kujumpa. Tidaklah, aku rasa selagi kita masih di dalam bulan Ramadhan, kita mesti meraikan bulan yang mulia ini.

Ini semua salah laptopku yang buat perangai. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah penciptaan laptop tidak semudah penciptaan televisyen. Aku sahaja tanya soalan tak patut ni. Cuba tengok remote astro korang, dilambung, dicampak, dipijak, dihumban dan pelbagai keganasan lagi yang dilakukan, remote itu tetap berfungsi untuk tuannya. Di rumahku, remote astroku pernah berselotape, pernah diikat getah gara-gara semua isinya hampir terburai, tetapi televisyen di rumahku tetap juga berfungsi. Cuba lihat televisyen, nak tutup dekat mana-mana pun boleh, dekat remote boleh, dekat televisyen boleh, dekat suis pun boleh ataupun cara yang paling malas, tak payah tutup langsung. Meletup tanggung sendiri.

Tempoh hari aku telah pergi menduduki imtihan kecil dan berjumpa denga para senior dari Mesir. Sungguh banyak pengalaman dan cerita yang telah dikongsikan bersama. Apabila namanya hidup, mestilah ada suka dan duka. Penipu besar kalau hidup korang tak pernah ada duka. Itu syurga namanya. Memang tiada duka di sana. Aku terhibur mendengar cerita dan pengalaman senior-seniorku. Aku kira mereka yang belajar di sana itu tentu orang-orangnya terdiri daripada orang-orang yang tinggi tahap kesabarannya. Aku ingin bercerita pada korang tetapi biarlah dahulu kakiku berpijak di bumi sana, baru aku boleh bercerita panjang tentang apa yang ada di sana. InsyaAllah. namun aku tertarik dengan kata-kata seorang seniorku, katanya "Di sebalik lubuk-lubuk pasir itu, carilah permata-permata ilmu."

****************************************
Alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan umur, dipertemukan kita Ramadan sekali lagi pada tahun ini. Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan." Pernah seorang ustaz bercerita perihal Nabi Daud yang puasanya adalah selang sehari sepanjang tahun bermakna sehari puasa. Habis sehari makan, sehari puasa, sehari makan. Aku percaya jikalau demikian jugalah puasa kita, nescaya habis kurus-kurus semua orang di Malaysia. Kadar obesiti di negara pastinya akan menurun. Habis aku yang sudah kurus ini akan tinggal apa? Tulang yang dibaluti kulit sahajakah? Hehe. Sabda Rasulullah SAW: "Seandainya saja umatku mengetahui keistimewaan Ramadan, maka mereka pasti mengharapkan sepanjang tahun mereka menjadi Ramadan."

Inilah gayanya bazar Ramadan di Malaysia. Segala bentuk makanan yang tidak pernah kita jumpa sebelum ini, semuanya boleh didapati di sana. Pergilah ke sana untuk membeli juadah tetapi jangan pula berlebiahan. Belilah dan niatkan pembelian kita itu sebagai satu sedekah kepada peniaga itu. Sesungguhnya makanan yang dimasak oleh emak kita itu lebih sedap. hehe..Bercakap soal sedekah, teringat akan satu peristiwa yang ketika aku kecil-kecil kerap benar aktiviti ini aku lakukan. Aku tahu korang pun selalu buat. Cuma sekarang ni aku dah pencen melakukan kerja-kerja itu. Segala tugas tersebut aku serahkan kepada adik-adikku. Haa apa agi bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Contohnya kelmarin rumahku mendapat roti jala dan semalam mendapat cucur goreng. Tak rugi punyalah, pahala bertambah, juadah berbuka juga bertambah.

Ada orang pergi ke pantai dan memandang pantai itu dengan pelbagai cara. Jika mereka hanya menggunakan mata, maka pantai itu akan dipuji air biru dan tenang, pasirnya putih lagi mendamaikan. Jika mereka memandang pantai itu dengan nafsu, pasti tujuannya ke sana adalah untuk berfoya-foya. Jika mereka menggunakan hati, pastinya pemilik semesta alam ini dipuji kerana hebatnya Allah menciptakan laut yang luas terbentang. Ada orang memandang Ramadan itu dengan pelbagai cara. Jika mereka memandang Ramadan itu dengan nafsu, sudah tentu mereka akan berkata, " Laaaa, dah tak boleh makan, nanti mesti aku lapar punya." Jika mereka memandang dengan akal, "Ya, inilah masanya untuk aku berniaga, mengaut segala keuntungan kerana orang suka membeli belah di bulan Ramadan." Jika mereka memandang Ramadan ini dengan hati sudah tentu dialognya begini. " Semoga Ramadan kali ini merupakan Ramadan yang terbaik buatku. Moga segala amal ibadatku dapat ditingkatkan dan diterima Allah SWT." Kita memandang dengan cara yang mana??

Eh dah panjang rupanya aku membebel. Hehe. Akhir sekali, jangan lupa yang ini:


p/s: Aku tidak sabar menunggu sabtu ini. Ada temujanji. Ahakss (^_^). Selamat beramal ibadat semua. Cuba kau bayangkan, inilah Ramadan terakhirmu, pastikan kamu inginkan yang terbaik. :)

13 comments:

miranabila azlan berkata...

haha, ekin lawakla ko neh. srius lawak psl remote bagai. anyway
sntiase igtkan ak cari butir prmata kat butir2 pasir nnt. hee~~ :)

cikfaiq berkata...

haha. hidup pown.
slamat berpuase ekin. :)

Norashikin Abdullah berkata...

mira>> haa insyaAllah..ko ingtkan ak juga nnt ye:)
haha cter remote tuh cter real tuh..biasalah ada adik laki2..mmg abis remote umah ak

faiq: oitt hidup la..cume lappy ak wat hal mse tuh
hehe ok selamat berpuasa juga faiq:)

Tony Saidi berkata...

selamat berpuasa kin

JK Promosi berkata...

Salam ekin..post ekin makin lama makin beST..
oRG di sni jealous..

Azaa Pika berkata...

ekin jgn ponteng tarawikh na~

Norashikin Abdullah berkata...

ustaz tony: selamat berpuasa ustaz :)

murt: wslm murt... laa ape plak nya..post murt pun bes ape..ekin suke je baca..awat hang jeles..:)

azaa: ok azaa..tp kalo ade exuse x pe kan..hehe azaa pun jgn ponteng terawih

ustaz farrishanafi berkata...

ok..cool~~
bersahaja n bermesej..
selamat ramadhan mubarak!!

Norashikin Abdullah berkata...

ahaa ustaz
ok terima kasih
selamat ramdan mubarak juga :)

aien berkata...

semoga ramadhan kali nie lebih baik dari yang lepas.. insya Allah..


selamat berpuasa.. ^_^

Norashikin Abdullah berkata...

insyaAllah..betol tuh kak..ameen
selamat berpusa juga hehe

fikrahuddin berkata...

lambat kan saye komen?? tapi tak kire...entri ni best lagi power...=)

Norashikin Abdullah berkata...

x pe la..lmbat komen pun x pe..time kasih doktor abrar :)