"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 24 Februari 2011

Pasti ada pelangi yang menanti


بسم الله الرحمن الرحيم


Sejujurnya mood aku sekarang tidaklah sesuai untuk aku berblogging kerana aku khuatir segala perasaan yang aku pendam di dalam hati terhambur keluar lantas kasihan Penaku Menari kerana menjadi mangsa tuannya menghamburkan segala perasaan ini. Tak mengapa biarlah aku sendiri yang merawat duka di hati.
http://www.emocutez.comDoakan aku segera sembuh ye.

Mak cik Senah: Ya Allah, lama tak jumpa Norashikin ni. Dah besar panjang ye kamu. Aku: Eh, Mak Cik Senah. A,aa lah dah lama tak jumpa mak cik kan.

Sejujurnya aku tidak mengenali siapakah Mak Cik Senah di atas, jadi dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata. Terkadang aku suka bertanya pada diri sendiri,
kenapalah aku dah besar. Persoalan yang sama aku bangkitkan. Seronoknya menjadi kanak-kanak kecil. Berlari ke sana ke mari dan ketawa di sana dan di sini. http://www.emocutez.comJadi tak perlu aku berfikir akan.....(uhh, ~lari~)

Pernahkah sekali kita memahami alam? Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan. Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Umpamanya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. (terjumpa ketika berjalan-jalan di blog siapa entah dahulu, jikalau tuannya terbaca, mohon dicopy dan dipaste)

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)

Di waktu malam-malam ini, aku berjalan-jalan ke blog hami asraff dan aku terjumpa lagu Make Me Strong by Sami Yusoff (klik sini untuk mendengar). Followers sampai 2 ribu lebih. Apa rahsia ni?
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong


p/s: Rinduku pada bumi Mesir tidak tertahan lagi. Nantikan kepulanganku. T__T 0018 -24Feb2011

7 comments:

Harishah Halim berkata...

after a hurricane, comes a rainbow.
BE STRONG! :D

Norashikin Abdullah berkata...

:D :D :D I just want to smile
tengkiu my dear

fathullah al-haq berkata...

kdg2 Allah turunkan hujan, sbb nak cuci udara2 yg kotor ni, hehe.. bila dah lepas cuci udara nnti, barulah Allah hiasinya dngn pelangi2 yg sgt indah, tak kanlah benda yg comot, nak pasangkan dngn yg cantik.. mcm tak sesuai aje kan..

so, Allah letakkan perumpamaan yg sama juga dlm hati kita.
jika hati kita bersih, mesti Allah akan letakkan keimanan, kebaikan, ketenangn dan kebahagiaan..

tp klu dah kotor, tak sesuai nak letakkan benda yg suci bersih..

smile :-) so dont givup for ever and ever.. insyaallah, u'll find it, just believe in your self ok..

naurah berkata...

(^_^)...tidak perlu dikesali masa yg sudah berlalu...mhasbahla dri slalu....semakin bertmbh usia...makinla kia dekatkn dri pdnya....

la tahzan..innaAllaha ma'ana ....di bumi Mesir kita teguhkn n kuatkn iman kita..di bumi kita sndri itulah kita akn lihat bagaimana iman kita ini di uji....

Norashikin Abdullah berkata...

Aha..betul kene bersihkan udara nak letak bnde cntik..insyaAllah
:):):) ok..x kan givup.. tengkiu abg fath

mas: tgh muhasabah diri..syukran mas...la tahzan..innallaha ma'ana

SHM berkata...

semua yg Allah jdikan berpasang-pasangan...tak hairanlah tiada kemanisan tanpa kepahitan

p/s : mgkn follower hami asraff 2 ribu lbh sbb penulisannya yg sgt puitis kot..^_^

Norashikin Abdullah berkata...

betul...setuju..smer diciptakan brpsang2an..bile ade pahit..akan ade mnisnya..tengkiu

a,aa hami asraf tulis mmg best..wajar 2 rbu lebih pngikutnya