"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Rabu, 16 Mac 2011

Rajin depa cat pokok na

بسم الله الرحمن الرحيم

"Looking at such wide sea, it's like you can see the end of the sea, it should be very far."

Sebelum ini dimaklumkan kuliah bermula pada 15 Mac, maka aku dengan penuh bersemangat dan kenervesan( eh cikgu ada ajar macam ni ke) kepanikan ingin memulakan kuliah semula setelah terlalu lama bercuti. Tiba-tiba aku mendapat berita baru bahawa tarikh kuliah telah dilajakkan ke 20 Mac. Ya Allah, lambatnya mula kuliah. Meriahkan lagu blog aku yang baru ni? Memang dari sekolah dulu lagi, aku gemar melayan nasyid kerana muziknya ada gendang. Aku suka mendengar dan melihat orang bermain gendang. Haa jangan gatal-gatal nak komen tak suka muzik kat blog aku ni. Aku cepuk nanti.Kalau tak nak dengar muziknya, sila ke bawah blog dan tekanlah pause.

Aku sedang mengimbau kenangan menjadi cashier di kedai runcit ayah ketika di Malaysia baru-baru ini. Seorang pak cik masuk ke dalam kedai dan melihat aku yang sedang membaca buku anatomy (abdomen) di kaunter lalu menegurku.

Pak Cik: Belajaq lagi ka? Tingkatan berapa?
Aku: (sedang mematuredkan muka, mungkin terlalu comel sehingga disangka masih sekolah menengah, nak kena pak cik ni. Aku senyum memaniskan muka ) Dok aih, dah universiti.
Pak Cik: Tuh ka.Belajaq kat mana?
Aku: Kat Mesir.
Pak Cik: Haa mana? Mersing ??
Aku: (Husnuzon, pakcik ni belum korek telinga lagi hari ni) Eh tak, kat Mesir. Kan hari tuh ada rusuhan kat sana, ni balik mai ni, cuti. (senyum lagi memaniskan muka)
Pak Cik: Oh a,aa la. Ustazah la ni kiranya ??
Aku: (Kejap!! adakah mukaku kelihatan seperti ustazah) Tak pak cik, saya belajar medik kat sana. (senyum lagi, banyak hari tuh bersedekah)

Perjalananku dari KLIA-CAIRO memakan masa selama 11 jam. Sangkaanku hanya 9 jam tapi ternyata salah. Ya Allah, lenguh otot-ototku kerana duduk terlalu lama di dalam kapal terbang. Hendak melemparkan pandangan ke luar melihat alam ciptaan tuhan tetapi gelap gelemat pula di luar tingkap cuma aku sempat mendongakkan sedikit kepala untuk melihat bintang-bintang. Memang menjadi kegemaranku melihat bintang-bintang dan bulan di langit.

"Fly me to the moon, and let me play among the stars. Let me see what spring is like on Jupiter and Mars. Fill my heart with song and let me sing for ever more."

Setibanya aku di Cairo Airport, aku mendapati semuanya semacam baru dan sistematik sahaja. Rupanya patutlah Terminal 3 itu baru siap dibina. Aku sempat memasang telinga tadi, juruterbang mengumumkan suhu di luar ialah 14 darjah celcius. Pada sangkaanku, mungkin tidak sejuk sangat kerana memandangkan sudah penghujung syita(winter). Sebaik sahaja aku keluar daripada airport, angin sejuk beku Mesir menyapaku. Seakan hendak menjerit kerana aku tidak berpakaian tebal. Kebas muka dan tanganku.

"Cuz these words are good, I'm excited all day long. Cuz these words are good, I'm strengthened all day long. Cuz these words are good, all day my heart is thumping with joy."

Sebaik sahaja sampai di Tanta, seorang kanak-kanak perempuan comel menegur "Malizy" sambil tersenyum hingga ke telinga. Barangkali rindu, mungkin kerana Tanta ini sepi tanpa pelajar-pelajar Malaysia. Keh3, aku turut tersenyum kepadanya. Kami sempat singgah ke kedai runcit ammu (pakcik) Karim, aku memberi salam "Salam alaik." Ammu menjawab salamku dengan senyum penuh lebar sambil mempersilakan kami masuk ke dalam kedai. Mungkin gembira kerana pelanggan-pelanggan tetap kedai mereka sudah pulang.

Kot la hangpa tak taw lagi. Ni bendera Mesir. Satgi hangpa dok ingat bendera negara mana pulak
Tu dia, hangpa nampak dak? Pokok-pokok suma pakat pakai baju. Rajin depa no, cat habis pokok-pokok suma.
Haa nampak dak, tiang elektrik pun depa cat jugak.
Ni apa? Awat la hangpa ni? Tu skuta la, depa cat warna bendera depa jugak.
Ni saja la, nak bagi hangpa tengok. Nama kedai dia kot. Dah lagu tu. Nak lagu mana lagi.

Yang manusia macam separuh ja nampak tuh. Aku la. Tuh kat bawah imarah (bangunan) aku.

"Bismillah" IN THE NAME OF ALLAH
"MasyaAllah"ALLAH THE AL MIGHTY
"La quwwata illa billah" THERE IS NO STRENGTH EXCEPT WITH ALLAH

16 comments:

nemesis3891 berkata...

awat cakap penang ni? ingat dah lupa dah... hahaha...


tangguh jugak...same la... T.T

jom laa jalan2 gi CS ekin! hahaha

Norashikin Abdullah berkata...

dasyat benor, idok le sampai lupe diri..umah kat penang, belum jd arab mesir lg

a,aa T_T
aduh maleh nk naik tremco ke cairo..

naurah berkata...

masakan lupe ckp penang...ma spun xlpe ckp jawa walau duk kt srwk...gagagag

Norashikin Abdullah berkata...

acecehh..hehe kem salam ekin kat kuching srwak tuh ye..rndu tmpat lahir

MiztER MURTphalanx! berkata...

haHA,siyes gelak2 je baca dialog ngan pak cik tu..!

Norashikin Abdullah berkata...

haha..ekin sengal..pic murt smart

nemesis3891 berkata...

dslr. kalau tak semat jugak, baik buang. haha


mas tak lupa jawa. memang semat. hahaha

Norashikin Abdullah berkata...

pergh.. dslr yg mnjdi kegilaan rmai
tgk la..nnt dh ade duit nk beli kmare tuh..hehe

mas terbaik..abrar je x nk ngaku org kedah..haha

nemesis3891 berkata...

sy org selangor la... kedah tu mak sy. hahaha.

amboih cepatnye balas. tak nampak lak kt ym o fb.

Norashikin Abdullah berkata...

sy bersmbunyi di sebalik gua
haha
oh kalo mcm tuh ekin org srwak la ye

Fathullah Al-Haq berkata...

uish, meriah benoo mesir skunk ni ye.. ate, keme idokle sempat nk g nengok..ngkome2 je le meghase.. (teruk sngtla plak bnyinye, hehe)

ok2, anyway.. kene bersyukur sllu pada Allah dan doakan sellu agar mesir sentiasa tenang, aman dan damai..Firman Allah:Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" Ibrahim ayat 7..

supaya mudah dapat ilmu, mudah untuk beribadat, mudah mendapat kemanisan berukhuwah, mudah utk masuk syurga dan semua masalah2 dipermudahkan :-) Indahnya hidup bila tahu kehendak Allah, kan3

Norashikin Abdullah berkata...

uishh ate ckp perak ye..haha ok not bad

ok..selalu ingta firman Allah yg tuh

yup..btul2..ameen.. :)

Harishah Halim berkata...

huhu meriahnya mesir. blog ni jgk :)

Norashikin Abdullah berkata...

hehe..sje letak muzik meriah..suke selawat burdah ni.. :)

Akmal berkata...

wah....entry blog meriah....

gambar2 blog meriah....

lagu latar pun meriah....

bersemangat2 :)

boleh lah jalankan tanggungjawab dgn selesa disana yer. syukur Alhamdulillah :)

Norashikin Abdullah berkata...

...meriah2, alhamdulillah dpt jlnkn tnggunjwb smula..