Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman) - Al-baqarah (2):257
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah
Salam penghulu segala hari untuk semua...
Setelah sekian lama aku menginvisiblekan diri di Yahoo Messenger, akhirnya dengan gaya yang sungguh berani aku memunculkan diri semalam. (Macamlah ada orang yang kisah kalau aku online atau invisible.) Aku sangat gembira dengan apa yang berlaku semalam. Terasa bagai mengutip ilmu di sepanjang lorong yang kujejaki. Dalam mempelajari sesuatu yang baru atau pernah mempelajarinya suatu ketika dahulu. Kita tidak boleh malu untuk bertanya sahaja . Sahabatku berkata pertama sekali hendaklah wujud rasa cinta. Apabila kita sudah jatuh cinta baru kita akan terasa nikmatnya. Sesudah merasa nikmatnya, barulah kita akan memahami hakikat kehidupan. Akhirnya kita akan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari tentang itu. Indahnya jika berada dalam tautan ukhwah, iman dan Islam.

Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari
Di dalam dunia ini bermacam-macam jenis manusia yang boleh kita jumpa. Hati dan akallah dapat menilai baik buruk setiap perkara. Aku sangat kagum jikalau terserempak dengan lelaki yang berserban dan wanita yang bertudung labuh. Sejuk mata memandang. Tapi sayangnya iman seseorang bukan terletak pada serban dan kopiahnya. Bukan juga terletak pada tudung labuh dan jubahnya. Aku pernah terbaca suatu cerita tentang seorang gadis Malaysia yang belajar di Mesir. Ketika dia di dalam masjid terdengar perbualan seorang gadis arab yang berpurdah. "Aku bukanlah tahu sangat tentang solat." Bukannya semua, hanya segelintir. Aku tahu kebanyakan menjaga iman mereka, jikalau tidak bagaimana hati boleh istiqomah dalam menentukan pakaian mereka mengikut Islam.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Aku baru sahaja berhenti dari tangisku. Sedih bukan kalau kita bercita-cita besar untuk mahu ke bulan. Roket pula sudah di depan mata tetapi ada manusia-manusia dengki yang busuk hatinya merosakkan roketku. Mujurlah aku mempunyai keupayaan dalam membaiki roketku. Kali ini akan tahu bahawa tangisku bukan sekadar tangis kosong tetapi tangis yang akan membawaku ke bulan. Kenapa mesti wujud manusia yang suka melihat kegagalan orang lain lalu dijadikan pelemah semangat orang ? Mengapa mesti wujud manusia yang tidak suka melihat kejayaan orang lain lalu menjatuhkan semangat orang ? Mengapa mesti menghalang kejayaan orang lain, sedangkan kejayaan itu ada di depan mata?

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :"Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu"
Ingin aku bercerita tentang suatu kisah. Kisah seorang budak perempuan.
Sewaktu zaman tadikanya, dia sentiasa memperoleh tempat pertama dan memegang gelaran pelajar terbaik. Begitu juga apabila dia naik ke sekolah rendah, markah 100 dalam setiap subjek dan tempat pertama, kedua atau ketiga sudah pasti di dalam gengaman. Ada seorang manusia yang punya talian persaudaraan dengannya mengeluarkan kata-kata ini. "Allah, sekolah rendah ni boleh la nak dapat markah seratus dan nombor satu, tengoklah UPSR nanti" Walaupun pelajar perempuan itu masih kecil namun otaknya sudah merangka-rangka sesuatu tentang masa depannya. Dengan segala berkat dan usaha. Maka dia berjaya memperoleh 5A di dalam UPSRnya dan berjaya melayakkan diri ke sekolah berasrama penuh yang dahulu pernah menjadi idamannya. Maka senyaplah mulut manusia yang iri hati itu. Begitulah apabila tiba saat PMR. Manusia busuk hati itu sekali lagi berkata, "Dulu anak aku pun pandai macam tu lah, sampai PMR tak boleh pergi punya." Maka sekali lagi dengan segala berkat dan usaha. Dia berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam PMR. Terdiamlah lagi si manusia busuk hati itu. Apabila tiba saat budak perempuan itu untuk mengambil SPM. Nasihat yang sama juga diberikan. " SPM ni susah , tak boleh buat punyalah, anak saya dulu pun dapat siket je A." Ya benarlah, syaitan itu kerjanya menyesatkan anak adam. Syaitan sentiasa membisikkan kepada anak Adam perkara-perkara kejahatan agar dapat melaga-lagakan anak adam itu antara satu sama lain. Setelah keputusan SPM keluar, budak perempuan tersebut dapat menempatkan diri untuk menyambung pengajian dalam bidang yang dia ingin ceburi di luar negara. Terdiam lagilah si busuk hati itu dan budak perempuan tadi menyangkakan sudah tamatlah segala iri hati terhadapnya selama ini. Namun syaitan itu tidak pernah berputus asa. Syaitan hanya akan berputus asa apabila kita bersungguh-sungguh melawan kemahuannya. Si busuk hati itu tidak senang pula apabila mendapat tahu bahawa budak perempuan itu berjaya ke luar negara. Dia sibuk memberitahu bahawa. "Keluar negara itu , banyak pakai duitlah, belajar di dalam Malaysia lagi bagus. Ada yang belajar kat luar negara tak sampai habis pun, last-last balik separuh jalan, ada yang belajar di luar negara, apabila pulang, menganggur, balik-balik Malaysia, tak ade kerja." Namun budak perempuan itu sedikit pun tidak pernah kisah. Dia tahu suara-suara orang yang baik hati dan busuk hati itu bagaimana. Baginya peluang keemasan itu tidak akan datang berulang kali.
Bersyukur bagi mereka yang mengecapinya. Aku mendoakan kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat untuk budak perempuan itu. Moga Allah merahmati dan memberkati segala lelah usahanya.