"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Jumaat, 7 Januari 2011

Bumi Tanta hujan dan baju tak kering

بسم الله الرحمن الرحيم

"Korang hujan lagi kat luar, cepat angkat baju." Diolog yang tetiba sahaja aku terdengar dari luar bilik. Semua serentak menyerbu ke arah bilikku untuk mengangkat jemuran yang sudahpun basah kerana tidak kesedaran hujan sudah lama turun. Patutlah sejuk yang amat aku rasa. Dengan penuh kemalasan aku bangun dari meja belajar, pergi mengambil bakul pakaian di luar , " Alaa, tengok kan dah kena basuh baju lain, penat la macam ni, masuk ni dah 3 kali asyik basuh baju je sebab hujan." "Ekin, tak baik mengeluh," kata Tikah ahli baitku. Aku terdiam.

Aku tidak terus diam, (nampak tak ciri-ciri budak degil kat situ..haha)sambil memungut kain baju yang basah di ampaian " Penat la macam ni, asyik kena basuh ja,"tambahku lagi. "Ekin, sabar-sabar, " kata Amira Nabila, ahli baitku jua. Aku terdiam lagi.

Aku membuat muka masam dan duduk semula di meja belajar sambil melihat ke arah teman sebilikku sambil berkata " Meera, tengok tuh, ekin kena basuh balik baju tuh semua." "Ekin, sabar la, dugaan tuh."Kali ni aku benar-benar terdiam, terharu dengan sahabat-sahabat. (Korang diam, jangan gitaw diorang yang aku terharu sebenarnya, sahabat-sahabat yang baik adalah yang sentiasa menuturkan kata-kata yang baik untuk sahabatnya).
Itu hanyalah sedikit sedutan episod harianku. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa, yang kadangnya terlalai dan tersedar. Moga lalaiku itu bukan lalai yang jauh dari jalanNya. Jangan mengeluh kerana itu bukan tujuan hidup ini diciptakan. Yakin dan yakinlah, bahawa tiap-tiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Memang kita boleh merancang, contohnya aku menjemur pakaian dan mengharapkan pakaian itu kering dan boleh terus dilipat, tetapi ketahuilah sahabat-sahabat bahawasanya Allah itu sebaik-baik penentu, perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan untuk. Maka hujanlah bumi Tanta petang tadi.

"Sekadar menaip, sekadar berkata-kata , memanglah senang, cuba kau kat tempat aku. Kau sendiri pun kadang-kadang tak mampu bersabar walaupun sedar akan hakikat perlu bersabar dan sedar akan tiap yang berlaku ada hikmahnya." Mungkin itu kata-kata yang akan terkeluar setiap kali ada orang berbicara tentang sabar dan ada hikmah setiap yang berlaku.

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar, (yaitu) orang - orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun” (QS Al-Baqarah: 155 - 156)

STORI-MORI

Terdapat sebuah kisah, ada seorang raja di sebuah negara ingin mencemar dulinya untuk masuk ke dapur dan masak. Puas pembantu raja menghalang raja untuk masuk ke dapur kerana dikhuatiri terjadi apa-apa. Maklumlah raja tidak pernah membuat kerja-kerja itu sebelum ini. Sesungguhnya sahabat-sahabat, malang itu memang tidak berbau. ketika raja sibuk memotong bahan-bahan masakan, raja itu terpotong jarinya sendiri. Raja itu terus memarahi pembantunya kerana tidak menghalangnya untuk masuk ke dapur sedangkan sudah berbuih mulut pembantu raja itu menasihatinya. Raja itu murka lalu menyumbatkan pembantunya masuk ke penjara bawah tanah.

Suatu hari raja pergi berburu dalam hutan tanpa ditemani pembantunya kerana pembantunya sudah disumbatkan ke dalam penjara bawah tanah. Tiba-tiba raja itu terjumpa sekumpulan manusia yang makan manusia. Raja itu ditawan dan dikat untuk dipanggang. Sebelum itu, kumpulan manusia itu hanya makan manusia yang tidak cacat sahaja. Setelah dibelek-belek raja itu, terlihat akan jarinya yang telah terputus akibat terpotong dahulu di dapur. Jadi raja itu dilepaskan. Kumpulan manusia itu tidak jadi makan raja. Jikalau pembantu raja bersama raja, sudah tentu dia akan menjadi makanan untuk sekumpulan manusia itu. Jadi tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, nampak tak akan hikmahnya, jari raja terputus ketika masak dan pembantu raja disumbat masuk ke dalam penjara.

nota-nota yang masih belum selesai: mataku mula berat tetapi buku-buku sedang menjerit-jerit namaku. laskar pelangi,tak kan terikat waktu

Rabu, 5 Januari 2011

Jangan curi dia... celikkan hatimu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedang aku sibuk menghafal Anatomy dan bersoal jawab dengan teman sebilikku kerana sebentar lagi akan diadakan kuiz Anatomy, tiba-tiba bilikku diserbu oleh ahli bait (rumah) yang lain bagaikan nak pecah bilik. Aku kebluran tahap 5, tak sempat bertanya apa yang terjadi, semua berlari sambil menjerit. "Kat luar hujan, hujan dah lama turun..." Aku kebluran lagi, baiklah hujan kat luar, jadi apa nak buat . Hui lambat betul aku mentafsir peristiwa itu, dan seketika aku tersedar bahawasanya bilikku berdekatan dengan beranda dan terdapat ampaian di beranda makanya "Ohh tidaakkk, bajuku basah." Kelam kabut aku mencapai kain tuala yang berdekatan untuk menutup kepala dan segera berlari untuk mengambil kain baju di ampaian. ketika menyuakan tangan untuk mengambil baju, terasa sejuk air hujan seperti batu ais. Penat aku basuh, kan dah kena basuh lain. Padahal mesin basuh yang tolong basuhkan. (^_^)

2006
Ketika itu cuti pertengahan semester selama seminggu pada bulan Mac dan aku berkesempatan untuk pulang ke rumah dari asrama. Ketika sahaja aku tiba di rumah, perkara pertama yang emak tanyakan kepadaku, "Kakak, nak adik tak?" Aku hanya tergelak dan ketika itu usiaku ialah 14 tahun. "Kenapa mak tanya?" "Mak mengandung," jawab emakku tenang. Aku terkejut tetapi masih tidak mempercayainya dan menyangkakan emakku sekadar bergurau. Sehinggalah esok paginya, aku melihat sendiri, emak muntah-muntah dan ayah menolong emak dengan menepuk belakang emak, barulah aku percaya yang emak betul-betul mengandung dikuatkan lagi dengan bukti emak menunjukkan kepada aku kad-kad pemeriksaan bulanan ibu-ibu mengandung kepadaku.

Fuh, macam tak percaya yang aku nak dapat adik. Memanglah aku suka bermain dengan budak kecik ketika berkunjung ke rumah jiran atau saudara mara tetapi aku tak terfikir yang mak akan melahirkan seorang adik untukku ketika aku sudah di Tingkatan 2. Apa ya perasaan yang ada ketika itu, cemburu sambil memikirkan yang adik aku bakal menjadi anak emas kepada emak dan ayah. Haish sangat tak matang.

Pada cuti pertengahan tahun, aku pulang lagi ke rumah dan ketika ini, aku sudah betul-betul menerima hakikat yang aku bakal mendapat seorang adik kerana melihat perut emak yang semakin membesar. Kesian mak, ke sana dan ke sini dengan pergerakan yang terbatas dan aktiviti yang juga terbatas. Terdetik di hati, beginilah keadaan emak agaknya ketika mengandungkan aku.
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapan di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku

4 Januari 2011 ( ahaa korang sedar tak ni dah masuk tahun baru, kalau dah sedar baguslah, kalau belum sedar, silalah sedarkan diri anda sendiri, mungkin dengan cara menampar pipi dengan menggunakan selipar atau menghantukkan kepala ke dinding sehinga berdarah. Ya baik-baik, minta maaf mengarut sekejap. Usia semakin bertambah, semoga diri ini dan diri korang juga sentiasa dipelihara oleh Allah. Ameen ya Rabb.. dan imtihan (peperiksaan) semakin hampir...aaaaa... aaaaa)

Di keheningan, kesunyian, kesepian, kedinginan serta kebekuan, jam Mesir menunjukkan pukul 3.45 pagi dan aku sedang mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi...
Aku: Assalamualaikum mak
Emak: Waalaikumsalam, anak mak tengah buat apa?
Aku: Kakak tengah study.
Emak: Kakak, hari ni bufdei Haikal.
Aku: (Menggaru-garu kepala yang tak gatal) Eh yeke? Ya Allah, kakak terlupa hari ni 4 haribulan. Mana Haikal mak? kak nak cakap dengan dia.
Emak: Dia dah pi sekolah, masuk ni dah dua hari dia sekolah, semalam mula. Tadika Al Azhar. Comel sangat pakai baju sekolah warna merah jambu denga kopiah merah hati.
Aku: (Sibuk membayangkan kecomelan adikku yang sorang tuh) Haha, mesti comelkan.
Emak: Tadi sebelum dia ke sekolah, mak dah packkan gula-gula dalam plastik. Mak suro dia bagi kat kawan-kawan dia.
Aku: Haha seronoknya dia, nanti mak tolong cakapkan kat dia, selamat hari lahir ...
Semoga Muhammad Haikal Hakimi menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat serta menjadi apa yang ayah impikan selama ini (RAHSIA). Rindunya dekat dia,rindu nak peluk cium dia, rindu nak main bola sama-sama, menyanyi sama-sama, menari sama-sama, ajar dia mengaji, menulis dan membaca. Walaupun Muhammad Haikal Hakimi tak dapat membaca blogku sekarang, aku tahu suatu hari dia akan membesar dan ketika itu akan ku tunjukkan entry ini kepadanya.

Beberapa minit yang lalu, seorang ahli baitku masuk ke dalam bilik. "Ekin, esok ade kuiz muscle and nerve kan?" "Haa, yeke, doktor ade cakap ek?"tanyaku. "Ada-ada, doktor nak ambil markah,"balas sahabatku. Haha, ok korang semua, selamat menjaga diri sendiri, minta diri dulu. Perut dah bergendang gendut dah ni, ahli bait masak apa la ni, lama betul.











































Haikal comel seperti kakaknya kan..Hehe ye ye faham-faham. Semua orang diam tanda setuju dengan pernyataan tuh. Perghh arab bising gila kat luar, berpesta apa entah, mesti ada orang kahwin ni. Oho lupa pulak, esok orang-orang mesir beragama kristian koptik cuti. Raya diorang kot.