"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 4 Mac 2010

Ni lah orang kita..ermm

Assalamualaikum semua
Sebenarnya aku nak post entry baru ni semalam tetapi kerana tanganku yang hampir longlai, mataku yang telah kuyu, badanku yang sengal-sengal akibat banyak pula lori yang datang menghantar barang-barang yang ditempah ke kedaiku, aku tangguhkan niat aku untuk mebuat entry baru. Semalam juga dalam keadaan percaya dan tidak, tarikh keluarnya keputusan SPM telahpun diumumkan. Jangan ditanyakan perasaan aku saat ini dan aku juga tidak mahu mengetahui perasaan korang saat ini. (Jahat tak aku? hehe) Sebenarnya aku sudah tahu, kita semua sedang berkongsi perasaan yang sama bukan. Ada yang terasa bagai usus hendak tercabut, biji mata hendak tersembul, urat hendak terputus, dan jantung bagaikan hendak pecah. Ada tak yang rasa macam tuh, baik jangan sebab teruk sangat dah gayanya tu. Baik, mari kita sama-sama menghayati kata-kata ini yang aku peroleh dari seseorang:

Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira air matamu,
titis-titis air matamu,
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu,
Bia engkau kebuntuan akal,
maka Allah adalah penunjuk jalan,
apabila engkau telah berazam,
maka bertawakkallah kepada Allah...

Sudah hayati? Cepatlah hayati. Jadi sekarang aku ingin menanyakan kamu semua beberapa soalan. Apakah rasanya jikalau seekor kucing yang rajin menonton siaran bola di televisyen tetapi satu hari televisyennya rosak? Apa rasanya kalau seekor monyet yang selalu menyanyi tetapi satu hari suaranya hilang? Apa rasanya kalau seekor arnab selalu menulis diari tetapi satu hari diarinya hilang? Mesti tak faham kan, baguslah aku memang tak nak korang faham pun. Apa rasanya senyum dalam gelap? (Isha pinjam nama blog awak dulu kejap..hehe). Jawab la cepat, aku tak dengar pun.
**********
Yang di atas tadi hanyalah mukadimah sahaja, yang sebenarnya begini. Kejap kenapa aku rasa macam tak reti nak taip ni. Tak tahu nak cakap ape. Kelmarin dahulu ayahku ada memberitahuku sesuatu ketika di dalam kereta:

Ayah: Kakak, hari Ahad ni kita off kedai sebab kita kena balik kampung nak ziarah kakak sedara ayah.
Kakak: Ohh ok, haa sakit, sakit ape ayah?
Ayah: Ada orang buat macam Mak Teh kena masa tu.
Kakak: Haisyh ni lah orang kita, sikit-sikit buat orang, sikit-sikit santau, sikit-sikit jumpa bomoh. Percaya sangat kat hantu syaitan tu. Iman tak de, ini jadinya. (mulut aku agak sesuka hati, sebab geram sangat, padan muka)
Ayah: tak solat, tu jadi macam tu.

Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.(Surah al-Ankabut: Ayat45)

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang kusyuk di dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.(Surah al-Mukminun: Ayat 1 - 3).

Betul juga cakap ayah aku tu sebab kerana solat akan menjaga kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mungkar tetapi ramai je manusia yang solat tetap juga melakukan kemungkaran. Aku rasa mesti dalam solat tu ada yang tak kena, pasti dalam solat itu ada cacat celanya, itu tak dapat jaga diri daripada buat maksiat tuh. Apabila solat itu hati akan merasa tenteram dan pabila tidak tenteram itu bolehlah diumpamakn kain yang putih tetapi telah dikotorkan oleh kita sendiri ataupun aku rasa aku patut berjumpa dengan mereka yang berkenaan tuh dan berkata. "Wahai sipulan bin sipulan hang tak yah solat lah lagi bagus, sama ja kan hang solat ke tak, maksiat hang buat jugak, malaikat baru nak tulis pahala hang, tiba-tiba kena catat pula dosa hang." Aku tahu mestilah dia akan membalas dengan angkuh, "Eh budak kecik, hang sibuk pasai pa, kuboq lain-lain." Aku akan menjawab dengan bongkak sekali, " Tu la pasai aku taw kuboq lain-lain, aku pun tak mau dok kubuq sekali ngan hang, satgi hang kena seksa, aku kena tempias, tak mau aku, hang dok amal la ilmu hitam gelap sana sini, bela hantu sana sini, esok ni, tanah tak mau terima hang, baru hang nak taw."

Jikalau benar kita solat sehari-hari, fahami dan hayatilah makna yang terkandung di dalam surah al-fatihah iaitu ibu segala surah.

Pada ayat keempat tertulis:
[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Jika kita menghayati maksud ini pasti kita tidak akan berani untuk melakukan kejahatan kerana kita tentu akan mengetahui di akhirat kelak segala amalan baik dan buruk kita akan dihitung. Pada ayat keenam pula tertulis:
[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Itu antara doa kita sehari-hari meminta agar tidak dipesongkan jalan dariNYA.

Aku sangat pelik dengan orang kita, jikalau pasal harta dan tanah, boleh bergaduh sesama adik-beradik sendiri. Sudahlah bergaduh, mesti nak pergi jumpa bomoh sebab nak sakitkan adik-beradik tu pula. Macam-macam dibuatnya tanam tangkal depan rumah la, buat orang tu rasa panas bila dalam rumah, buat orang tuh sakit sampai tak boleh bangun dan macam-macam lagi. Aku tahulah harga tanah tu mahal, sebabkan harta jadi macam tu, taw nak harta mak ayah je kan, kerjanya malas. Bukan ke mana pun, mati duit seringgit kalau bawa pun tak boleh beli apa-apa. Kalau rasa nak makan pasir, makanlah percuma sahaja. Tak payah angkut korang punya peti harta karun tu kerana apa?

Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah saw bersabda:

Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya”.

Cuba jadi macam aku, kalau orang nak bagi wasiat harta, aku ambil, kalau tak dapat, biar jelah. Tak payah lah nak pergi jumpa tok bomoh tu. Aku tahu korang berebut harta sebab tak cukup duit kan, jadi tak payah la, nak laburkan lagi wang korang yang sudah sikit tuh untuk tok bomoh. Suka sangat berkawan dengan hantu syaitan yang buruk rupa tu. Nanti lama-lama syaitan pun pening, mana satu manusia, mana satu syaitan ni sebab perangai korang dah 2x5, 5x2. Sama sahaja macam mereka.
**********

Tamat sudahlah bebelanku, aku ingin menjamu mata korang semua gambar-gambar di kebun yang diusahakan oleh sahabatku yang terletak di Batu Pahat, Johor. Kebun datuknya kata sahabatku itu. Ni lah orang kita yang patut dipuji. Dua bidang sekali gus, pertanian dan perniagaan. Haa, bagus-bagus.

Apa ni? Aku tak dapat tolong lah kalau macam ni, tak payah makan la, sebab cili hijau pun tak tahu

Ini pokok namanya, besarkan kebun dia, kalau rasa macam nak tempah beli sayur online, telefon lah nombor ni. 04-6444..pastu suka hatilah nak tekan nombor apa.


Hah, aku tahu ni mesti kat tapak semaian lagi ni. Err, aku merepek suka hati je, sebab terlupa nak tanya kat tuan punya kebun.


Ni aku konfem jawapan aku seratus, ni namanya tomato cherry, comelkan. Ambilah bagi mak korang kat dapur tu..hehe

23 comments:

Ameen Muslim berkata...

Salam,

Superstitious is around us. Cannot avoid because the eldest always believe it. So, it is our responsible to vanish all the superstitious minded.

Norashikin Abdullah berkata...

wslm..erm btul3x kte abg ameen tuh

MiztER MURTphalanx! berkata...

Wahdapat jd antara komentar terawal! bESH2..

nAK wt macam maner, setiap khamis malam jumaat pkul 9.30 tv3 dok didik kite.. haHA..

Norashikin Abdullah berkata...

haha..lwak je murt ni
hah, ade acter ape tuh..ekin dh lme x tgk tv, adik asyik konker tgk katun je

Ameen Muslim berkata...

ada slot drama seram. menunjukkan ketahyulan masyarakat islam melayu. hmm *geleng kepala*

Norashikin Abdullah berkata...

ohh haishh tv ni....hehe

Tanpa Nama berkata...

salam..
hmm, just nak tanya, kebun tu milik encik akmal ke?sekian, terima kasih..:)

Baihaqi berkata...

moga hajatmu tercapai minggu depan...amin.

Norashikin Abdullah berkata...

tanpa nama:
wslm, haha, eh mne tahu kantoi plak..a,aa encik akmal yg punya..ke en akmal yg mnyamar ni??..haha sme2

abg baihaqi:
ok terima ksih abg, amin

BUJANG SUSAH berkata...

bak la skit.. huhuhu

Norashikin Abdullah berkata...

bak la siket..ape tu ek, tomato cherry,,ambil la free je
haha

aNoZ berkata...

be strong ekin.. u can do it inshaAllah... ape2 jd pun, Allah dah rancang perjalanan ekin. oke? hehe

Norashikin Abdullah berkata...

okey tengkiu abg anoz..
insyaAllah..:)

fik-autoz berkata...

org kita skang ni dok santau je..bahaya tui


takutnya klu antara adk bradik berebut harta...isk3

Norashikin Abdullah berkata...

taw x pe
ye mudah2an tdak..:)

assyuhada berkata...

yep..masyarakat melayu ite mmg sejak lahir dah hidup ngan tahyul2 nie...
kalau tak, takkanla ade mak bapak letak gunting , pensel dll kt bwh bantal baby...
cian baby, kecik2 da tyertahyul...
btw,cam bez jer kebun kawan ekin tu...

Norashikin Abdullah berkata...

oh ehh ade ek, org wat kt baby gtu..ksian gara2 ibu dia, dia jd mngsa
a,aa
mcm bes hehe

tepianmuara berkata...

Gudluck ya untuk result nanti!

tips elakkan gabra...
tido banyak2..sedar2 da pagi 11 hb..haha

Doalah semoga kita redha dengan result..
dan lg penting, result itu sendiri mendapat redha Allah.

Norashikin Abdullah berkata...

ok trima ksih
ehh itu ye caranya
haha
ok cdgn yg baik
yup insyaAllah
berpuas hati d ats usaha kn3x

nawal berkata...

cik sikin, cuti nih keje ngan bapak eh?

kedai ape, nk pegi nih..

btw, really love ur quotes!

May Allah bless~ and all da best... for both of us!

Norashikin Abdullah berkata...

a,aa ekin keje ngan ayh
kat kdai rncit
jdi cshier
a,aa ekin pun ske
ok may Allah bless boh of us..ameen

kak tie berkata...

makin maju blog nie..dah pandai buat lawak..tak la rasa kaku sgt bila baca...bagus2!!

Norashikin Abdullah berkata...

kak tie..tengkiu, tp utk post akn dtg, sy x leh nk buat lwak..sdg brsedih