
Sudah tiga minggu aku tidak mengupdate blogku. Semuanya gara-gara laptopku yang buat perangai. Korang sedar tak ni? Eh belum cakap lagi, korang sedar tak yang kita dah nak raya. Maknanya apa? Ramadan dah nak berakhir. Pantasnya masa berlalu. Sesetengah ulama ada berpendapat, jika kita merasakan setahun itu bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam, satu jam bagaikan satu minit, satu minit bagaikan satu saat, (huuuhhhhh...ambil nafas kejap) itu bermakna kita di akhir zaman. Macam terasa baru je puasa hari tuh dah nak raya, macam rasa baru je sahur dah nak berbuka. Tapi kalau ada yang rasa 6 tahun macam 6 minit. Itu aku tak tahu nak cakap apa dah. Dasyat sangat tu.
Apa yang mampu kita lakukan ialah berdoa moga dipertemukan semula dengan Ramadan akan datang. Semoga ibadat-ibadat kita semua diterima oleh Allah SWT dan tidak hanya di bulan ini. Moga ibadat-ibadat ini juga berterusan di bulan-bulan yang lain. Madrasah Ramadan itu banyak mendidik kita dan kita sudah hampir pun memasuki hari kemenangan iaitu hari konvokesyen walaupun Aidilfitri itu bukanlah hari kemenangan sebenar umat Islam. Antara hari kemenangan umat Islam yang sebenar ialah apabila kita berjaya memasuki syurga Allah. Itulah kemenangan kita yang sebenar.
Sewaktu solat terawih di surau taman rumahku tadi, aku lihat juga pada bilangan saf , alhamdulillah, tidak berkurang, masih sama, sebaliknya bertambah sedikit jumlah jemaah. Aku memandang pada arah mereka, kelihatan mereka seperti lebih muda dariku. Mungkin mereka pelajar-pelajar sekolah yang tinggal di asrama. Aku teringat ketika aku pulang dari asrama dulu, seronok bukan kepalang hendak pulang ke rumah utuk menyambut hari raya. Dalam kesibukan kita membuat persiapan menyambut lebaran, mungkin ada yang mengetahui dan sedar, mungkin juga ada yang mengetahui tetapi tidak sedar ,mungkin juga ada yang tidak mengetahui tetapi sedar dan mungkin juga ada yang tidak mengetahui dan tidak sedar akan malam yang penuh kemuliaan itu. Hidupkanlah malam.
SURAH AL QADR
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan 4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan. 5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
Hadis Nabi menyatakan “carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, dari malam 21 sehingga malam 29 atau malam 30″
****************




Bersempena Syawal yang bakal tiba, Selamat Hari Raya diucapkan buat ibu dan ayah dan keluarga tercinta, sahabat-sahabat yang mengingati diri ini, guru-guru dan profesor-profesor yang telah mencurahkan segala ilmu kepada diri ini dan buat semua muslimin dan muslimat.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA :)
13 comments:
tulh pasal,rasa sekejap je..erm apapun slmt hari raya aidilfitri..smga ceria slalu.
taw x pe..hehe
ok selamat hari raya juga..ok ceria selalu juga :)
part yg saf x berkurang 2 mmg smart!! tp yg jemaah bertambah kurang 2 kompius sket.. bertambah ke berkurang?? huhu
a,aa ayat ekin memeningkan kat situ..haha dh ngantok..cekap betul bdak ni..dia perasan..tp fhm kan ape cuba ekin nk ckp
ekin! slamat hari ryee !!
faiq..selmat hari raya juga :)
Selamat hari Raya,nak duit raya!
Selamat hari raya murt!! amiklah kat ats tuh..pilih mana kamu nk..hehe
haha.. xpe2.. jnji mksud smapai.. huhu.. selamat hari raya ekin..!!! :)
selamat hari raye kawan ((:
radzi.. haa ok bgus .. nsib mksudnya smpai..
firdaus: slmata hari raya kwn :)
kin.. selamat hari raya..
selamat hari raya ustaz
Catat Ulasan