Salam alaik...
Aku tahu sudah lama benar aku tidak mengupdate blogku ini. Bukan aku sengaja untuk tidak mengupdate blogku tetapi sungguh aku tidak punya kesempatan. Aku dahulukan yang mana patut dahulukan. Aku juga tahu blogku ini juga semakin bosan. Banyak perkongsian yang ingin aku kongsikan sebenarnya, banyak cerita yang ingin akuceritakan tetapi tidak dapat kuceritakan semuanya hari ini. InsyaAllah akan datang, akan kukongsikan. Doakan aku tabah dan kuat menempuh hari-hari dan hidup yang mendatang. Doakan kejayaanku di sini. (kerjaku melekat di meja belajar, doakan moga istiqomah)
Aku melarikan diri sebentar dari meja belajar pada malam ini, hanya kerana satu perkara. Tanggal 4 Disember, hari ini hari lahir ayahku. Setiap tahun, aku pasti ada ketika menyambut hari lahir ayah. Kesedihan di dalam hati, tuhan sahaja yang tahu. (air mataku tak berhenti-henti mengalir).
Kakak sayang ayah!!
Gambar terakhir di airport, sebelum aku ke Mesir.
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
T_T nak tisu.....lagu ni sedih
13 comments:
Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.Genggamlah Al-Quran,ingat mati dan berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tetapi indah.
=)
tengkiu abrar
abrar kwn yg baik :)
ishh.. apehal mata isha pun basah jgk ni? T___T
isha!! nakal ye mnyamar td
xpe... blanja bitza suber subreme satu pun takpe...haha
blaja rajin2 tuk ayah, ekin :)
abrar nk blnja ke..yeah..nnt ekin g zgzg
azaa.. ok i will.. tq
Selamat Hari Lahir utk ayah ekin ! =)
teruskan menangis!
dengan syarat mesti diselangi dengan senyuman! =)
tengkiu akmal :)
sob3.. ok :)
x sbar nk webcam dgn ayh
selagi insan yang kita sayangi itu masih hidup......banyakkanlah berbakti padanya.....begitu juga klu sudah tiada di dunia ini...macam mas ni ayah dah xde...
dalam diam2 ayah kita tu....dia sangat tahu akn tingkah laku n sifat anak2nye......'
dalam ketenangan pada raut wajahnye......tersembunyi segala masalah yang dihadapi, dipendam...tersembunyi juga tangisan di mana kita sebagai anak tidak tahu itu tangisan kegembiraan/ kedukaan...
ekin jangan nangis plak lpas baca komen mas ni......xdelah...gurau je
salam ulang tahun kat ayah ekin...
miss u so much n love u...:)
salam.
same lak entri baru ni.
moga Allah rahmati ibu bapa kita
selamat di bumi mesir.
salam..
wah.. dah lama xberkunjung ke sini.. semoga ekin sihat2 selalu ya...
pengorbanan ibu ayah tiada bandingannya...
dh tukar link tau! ^_^
mas: btol tuh..kena hargai selagi masih ada
tepianmuara: ahaa kebetulan ye
kak aien: hehe ok..ekin visit
Catat Ulasan