"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Jumaat, 25 Februari 2011

Entri ini dibuat kerana aku sangat lapar (Huduh sungguh tajuk)

بسم الله الرحمن الرحيم

(Amaran! Entry ini memang bosan. Tak nak baca. Sila main jauh-jauh)

Assalamualaikum dan selamat pagi buta semua. Jarum pendek menunjukkan pukul tiga pagi dan jarum panjang hampir mencecah ke angka empat pagi. Mataku belum menunjukkan tanda-tanda mahu mencari katil dan bantal. Perutku terasa kelaparan yang amat namun untuk menggerakkan diriku ke dapur amatlah pemalas. Hari ini terasa seperti mahu jadi gila sebentar namun akalku masih waras. Sudahlah Norashikin, sehingga bila kamu mahu jadi seperti ini. Bangkit! Bangkit! Aku ingin menjadi wanita tabah yang hidupnya bukan seperti Kasim Selamat yang hanya tahu bersedih sahaja. Bangkit dan carilah makanan di dapur. Sungguh tidak sopan anak Encik Abdullah ini makan tengah-tengah pagi buta begini. (Padahal ayahku baru sahaja mengupaskan aku sebiji pelam dan buah tembikai susu, aku masih tidak kenyang) Mananya tidak semua orang asyik berkata pipiku sudah tembam. Bagus apa, kurang-kurangnya berisi dari dahulu. Emakku kata dia suka melihat anaknya berisi sekarang.

Kucing Hitam: Oren, jom kita lawan.
Kucing Oren: Lawan ape hitam?
Kucing Hitam: Kita lawan tengok siapa yang panjat pokok ni paling tinggi?
Kucing Oren: Baiklah. All the best to you.

Semalam, hari ini, esok , lusa dan tulat semuanya tidak boleh dijangka. Dahulu aku menyangkakan lain jadinya, dan hari ini yang terjadi lain rupanya. Akan datang aku tidak tahu. Semuanya rahsia penciptakan.

Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Hidup ini indah jika semuanya kerana Allah. Indahnya hidup ini kerana ada cerita-cerita yang menghiasinya. Aku punya ceritaku, kamu punya cerita kamu, semua orang punya cerita masing-masing. Dengan adanya cerita itu maka jadilah aku. Ya, aku yang sekarang. Seorang manusia yang langsung tidak sempurna. Jadi apa harus aku biarkan sahaja aku menjadi tidak sempurna. Apa harus aku berdiam diri lalu meneruskan kehidupanku tanpa melakukan apa-apa perubahan. You will never reach perfection cause there is always room for improvement. Yet, all the way to perfection you will learn to get better.
We fell down the first time we tried to walk

Jika suatu hari nanti kita menjadi orang hebat. InsyaAllah. Kita mesti berdiri dan menoleh semula ke belakang. Kamu bongkak jika tidak mahu menoleh ke hadapan. Saat itu aku pasti akan ketawa berdekah-dekah dan tergolek-golek melihat kisah hidupku yang lampau. (cepp gaya aku cakap lampau macam pernah hidup zaman dinasor je) Perencah ADABI, Ajinamoto, dan asam garam hidup itu mahal nilainya. Hargailah dengan sedar akan HAKIKAT. Leka mengejar bayang-bayang dan leka berjalan-jalan atas awan. Sehingga bila??? Satu masa pasti akan tersadung akar banir pokok besar yang telah hidup ratusan tahun. (Korang ingat tak gambar akar banir dekat buku teks kajian tempatan sekolah rendah dulu ?)

A Chance
Sometimes, we just need to give ourselves a chance.


A chance to live.
A chance to return to who we truly are.

A chance to return to fitrah...

We continue to move on
because we have that hope...

The hope that He promised us.


Even though we always forget him,
Even though He isn't the one we put first on the list,

that hope is always there
whenever we seek it.


Rindu bumi mesir, rindu hendak ke kuliah, rindu dengan doktor-doktor, rindu dengan sahabat-sahabat dan kakak-kakak senior, rindu dengan makanan arab, rindu dengan gamaah, rindu dengan persatuan, rindu dengan kelas tafaquh, rindu dengan usrah, rindu nak lintas jalan mesir, rindu dengan segala-galanya yang ada di sana. Terasa kebuntuan kerana terlalu lama bercuti di rumah. Aku pasti akan rindu Malaysia sebaik sahaja aku tiba di Mesir kerana aku punya ramai insan yang aku sayang di Malaysia. Isha cakap: Takpe, one day, you will get over this :)

4 comments:

Akmal berkata...

semoga kebusanan anda akan terubat! =)

Norashikin Abdullah berkata...

nak cepat2 balik mesir :)

Fathullah Al-Haq berkata...

kebosanan itu biasa, tp cabaran itu agak luar biasa kan :-)

cuba jadi yg kretif, sebab kita tak tahu masih ada esk utk kita..

selamat berdaurah esk, ambil sebanyak ilmu yg mgkin k..

Norashikin Abdullah berkata...

ok baru balik dr daurah..best!!!