"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 4 Mac 2010

Ni lah orang kita..ermm

Assalamualaikum semua
Sebenarnya aku nak post entry baru ni semalam tetapi kerana tanganku yang hampir longlai, mataku yang telah kuyu, badanku yang sengal-sengal akibat banyak pula lori yang datang menghantar barang-barang yang ditempah ke kedaiku, aku tangguhkan niat aku untuk mebuat entry baru. Semalam juga dalam keadaan percaya dan tidak, tarikh keluarnya keputusan SPM telahpun diumumkan. Jangan ditanyakan perasaan aku saat ini dan aku juga tidak mahu mengetahui perasaan korang saat ini. (Jahat tak aku? hehe) Sebenarnya aku sudah tahu, kita semua sedang berkongsi perasaan yang sama bukan. Ada yang terasa bagai usus hendak tercabut, biji mata hendak tersembul, urat hendak terputus, dan jantung bagaikan hendak pecah. Ada tak yang rasa macam tuh, baik jangan sebab teruk sangat dah gayanya tu. Baik, mari kita sama-sama menghayati kata-kata ini yang aku peroleh dari seseorang:

Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira air matamu,
titis-titis air matamu,
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu,
Bia engkau kebuntuan akal,
maka Allah adalah penunjuk jalan,
apabila engkau telah berazam,
maka bertawakkallah kepada Allah...

Sudah hayati? Cepatlah hayati. Jadi sekarang aku ingin menanyakan kamu semua beberapa soalan. Apakah rasanya jikalau seekor kucing yang rajin menonton siaran bola di televisyen tetapi satu hari televisyennya rosak? Apa rasanya kalau seekor monyet yang selalu menyanyi tetapi satu hari suaranya hilang? Apa rasanya kalau seekor arnab selalu menulis diari tetapi satu hari diarinya hilang? Mesti tak faham kan, baguslah aku memang tak nak korang faham pun. Apa rasanya senyum dalam gelap? (Isha pinjam nama blog awak dulu kejap..hehe). Jawab la cepat, aku tak dengar pun.
**********
Yang di atas tadi hanyalah mukadimah sahaja, yang sebenarnya begini. Kejap kenapa aku rasa macam tak reti nak taip ni. Tak tahu nak cakap ape. Kelmarin dahulu ayahku ada memberitahuku sesuatu ketika di dalam kereta:

Ayah: Kakak, hari Ahad ni kita off kedai sebab kita kena balik kampung nak ziarah kakak sedara ayah.
Kakak: Ohh ok, haa sakit, sakit ape ayah?
Ayah: Ada orang buat macam Mak Teh kena masa tu.
Kakak: Haisyh ni lah orang kita, sikit-sikit buat orang, sikit-sikit santau, sikit-sikit jumpa bomoh. Percaya sangat kat hantu syaitan tu. Iman tak de, ini jadinya. (mulut aku agak sesuka hati, sebab geram sangat, padan muka)
Ayah: tak solat, tu jadi macam tu.

Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.(Surah al-Ankabut: Ayat45)

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang kusyuk di dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.(Surah al-Mukminun: Ayat 1 - 3).

Betul juga cakap ayah aku tu sebab kerana solat akan menjaga kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mungkar tetapi ramai je manusia yang solat tetap juga melakukan kemungkaran. Aku rasa mesti dalam solat tu ada yang tak kena, pasti dalam solat itu ada cacat celanya, itu tak dapat jaga diri daripada buat maksiat tuh. Apabila solat itu hati akan merasa tenteram dan pabila tidak tenteram itu bolehlah diumpamakn kain yang putih tetapi telah dikotorkan oleh kita sendiri ataupun aku rasa aku patut berjumpa dengan mereka yang berkenaan tuh dan berkata. "Wahai sipulan bin sipulan hang tak yah solat lah lagi bagus, sama ja kan hang solat ke tak, maksiat hang buat jugak, malaikat baru nak tulis pahala hang, tiba-tiba kena catat pula dosa hang." Aku tahu mestilah dia akan membalas dengan angkuh, "Eh budak kecik, hang sibuk pasai pa, kuboq lain-lain." Aku akan menjawab dengan bongkak sekali, " Tu la pasai aku taw kuboq lain-lain, aku pun tak mau dok kubuq sekali ngan hang, satgi hang kena seksa, aku kena tempias, tak mau aku, hang dok amal la ilmu hitam gelap sana sini, bela hantu sana sini, esok ni, tanah tak mau terima hang, baru hang nak taw."

Jikalau benar kita solat sehari-hari, fahami dan hayatilah makna yang terkandung di dalam surah al-fatihah iaitu ibu segala surah.

Pada ayat keempat tertulis:
[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Jika kita menghayati maksud ini pasti kita tidak akan berani untuk melakukan kejahatan kerana kita tentu akan mengetahui di akhirat kelak segala amalan baik dan buruk kita akan dihitung. Pada ayat keenam pula tertulis:
[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Itu antara doa kita sehari-hari meminta agar tidak dipesongkan jalan dariNYA.

Aku sangat pelik dengan orang kita, jikalau pasal harta dan tanah, boleh bergaduh sesama adik-beradik sendiri. Sudahlah bergaduh, mesti nak pergi jumpa bomoh sebab nak sakitkan adik-beradik tu pula. Macam-macam dibuatnya tanam tangkal depan rumah la, buat orang tu rasa panas bila dalam rumah, buat orang tuh sakit sampai tak boleh bangun dan macam-macam lagi. Aku tahulah harga tanah tu mahal, sebabkan harta jadi macam tu, taw nak harta mak ayah je kan, kerjanya malas. Bukan ke mana pun, mati duit seringgit kalau bawa pun tak boleh beli apa-apa. Kalau rasa nak makan pasir, makanlah percuma sahaja. Tak payah angkut korang punya peti harta karun tu kerana apa?

Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah saw bersabda:

Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya”.

Cuba jadi macam aku, kalau orang nak bagi wasiat harta, aku ambil, kalau tak dapat, biar jelah. Tak payah lah nak pergi jumpa tok bomoh tu. Aku tahu korang berebut harta sebab tak cukup duit kan, jadi tak payah la, nak laburkan lagi wang korang yang sudah sikit tuh untuk tok bomoh. Suka sangat berkawan dengan hantu syaitan yang buruk rupa tu. Nanti lama-lama syaitan pun pening, mana satu manusia, mana satu syaitan ni sebab perangai korang dah 2x5, 5x2. Sama sahaja macam mereka.
**********

Tamat sudahlah bebelanku, aku ingin menjamu mata korang semua gambar-gambar di kebun yang diusahakan oleh sahabatku yang terletak di Batu Pahat, Johor. Kebun datuknya kata sahabatku itu. Ni lah orang kita yang patut dipuji. Dua bidang sekali gus, pertanian dan perniagaan. Haa, bagus-bagus.

Apa ni? Aku tak dapat tolong lah kalau macam ni, tak payah makan la, sebab cili hijau pun tak tahu

Ini pokok namanya, besarkan kebun dia, kalau rasa macam nak tempah beli sayur online, telefon lah nombor ni. 04-6444..pastu suka hatilah nak tekan nombor apa.


Hah, aku tahu ni mesti kat tapak semaian lagi ni. Err, aku merepek suka hati je, sebab terlupa nak tanya kat tuan punya kebun.


Ni aku konfem jawapan aku seratus, ni namanya tomato cherry, comelkan. Ambilah bagi mak korang kat dapur tu..hehe

Selasa, 2 Mac 2010

Aku marah ni =ZZ..hati-hati bila membaca


Assalamualaikum semua..
Sejak-sejak akhir ni, aku asyik menerima komen-komen dari pembaca-pembaca blogku. Aku pun dah naik rimas dah dengan komen-komen mereka ni. Rasa macam nak lempang laju-laju pun boleh juga sebab suka-suka hati je nak komen-komen blog aku macam tuh. Aku marah betul dengan mereka-mereka tu. Korang tengok sendiri apa kata mereka:

Makhluk 1: Ekin, blog ko nih panjang sangat la, penat taw tak, aku nak baca.. (panjang ke, penipu besor, blog orang len berlunggok lagi panjang, tak pula kamu bising kat mereka, kat telinga aku juga kamu nak komen, aku tak suke le taip pendek-pendek, tak puas tahu tak)

Insan 2: Ekin, aku tak suka lah cara ko tulis kat blog ko, sastera sangat, guna bahasa melayu sangat ( ewah-ewah banyak pulak lemak kau, aku tak tahu le, aku tak leh nak salahkan cikgu Bahasa Melayu aku, kerja dia ngajar aku, cuma masalah aku ni le, bila menaip memang terautomatik pula bahasa kadang-kadang jadi bahasa melayu tulen..keh3x..karang aku tulis bahasa negara lain kang, konfem semua cepat-cepat tekan butang pangkah, malas nak tengok blog budak ni, padahal korang tak faham)

manusia 3: blog dia ni punya layout tak cantik,orang lain semua pakai template, dia dok pakai background lagi, lagunya tak best..( bro ke sis ke, nak yang best2, buatlah blog sendiri, haha..alaa taw tak semua template yang aku cari, semuanya aku tak berkenan di hati, persoalannya cerewetkah aku..ye kot, siket saja)

hamba Allah 4: alaa dia ni suka membebel, berleter, cerita tak menarik lansung, tak reti menulis.. (kureng asam betul siapa yang berani cakap macam tuh, sini jumpa aku, baru boleh cakap macam tuh, mesti tak berani kan, aku tau dah..kui3x)

orang 5: alaa, ekin ni, lagi-lagi sedih, lagi-lagi nangis ( nasib tak banjir taw blog aku ni dengan mutiara jernih aku, dah nama aku perempuan, normal la tu, tak boleh la berpisah dengan air mata, nanti aku pasti akan rindu dia)


Cukuplah tuh, penat tangan aku nak menaip semua komen yang aku terima. Korang nak tahu satu benda tak. Tapi janji jangan marah aku. Cepat la janji.(Tolong angguk kepala sekali). Sebenarnya komen-komen di atas hanyalah dongeng dan hikayat semata-mata. Alaaa, hari-hari terakhir nak ambil result ni, otak aku macam dah tak boleh berfungsilah. Haa sudah, tlg..tlg jangan tempah hospital bahagia untuk aku. Aku tak mahu makan free kat situ. Bukan sedap, aku tau la. Korang bukan taw ape-ape pun. Alaa, aku tahu tu kadang-kadang luahan-luahan hati pembaca yang tak sampai ke telinga aku. Kan3x. Korang takut aku marah korang kan.(ekin tu kecik je, tak payah takut dengan dia, takut dengan Allah lagi bagus). Korang takut aku ambil hati. (tak boleh la, nanti aku mati, susah pulak kang aku mati, amalan dah la ciput, dosa menggunung, habis lah aku, sape nak tolang-tolong tengokkan blog aku ni nanti, sape nak jaga mak ayah aku nanti, aku tak sempat jadi doktor lagi ni.)Alamak tiba-tiba tazkirah ustaz masuk dalam otak. Aku dah berburok sangka (Su’udzon) kat korang ni. Astagfirullahalazim.

Allah berfirman yang ertinya, “Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali.” (Al-Fath: 6)

“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”


Baik aku akan berbaik sangka (berhusnuzon)dengan korang semua. Kejap, sila beri aku 5 minit, aku nak clearkan otak aku. teeeeeetttt..ok dah..mesti korang semua,cakap laa cantiknya blog aku, sukalah dengan gaya penulisan kau, aku suka dengar lagu kat sini,..bla...bla...bla..Alamak lagi bermasalah pulak selepas aku dah clearkan otak aku. Aku rasa macam syaitan dah keliling aku sambil berbisik.

syaitan: Haa ekin ko pujilah lagi, blog kau memang cantik dan best pun. lagipun kalo ko tak puji diri sendiri, siapa lagi nak puji kau, inilah masanya,riak dan berbanggalah kau.
aku: cis bedebah kau syaitan (meniru gaya hang tuah menjerit pada hang jebat). Pergi main jauh-jauh dari aku, aku tak mau kawan dengan ko, udah la burok dan hodoh, tempat ko neraka jahanam, ko pergi kawan dengan enam jahanam, aku tak mau tinggal dengan ko. panas taw. Ko nak sesatkan aku kan. cis (sekali lagi) pergi kau main jauh-jau
(sambil menendang syaitan tu sekuat yang boleh, sampai ke neraka jahanam, masyaAllah sejak bile ko dah pandai menipu dan mengarut, alaa korang tu yang belum kenal aku.)

Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Allah berfirman dalam ayat ke 27 dari surah Al-Araf:

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.

Jadi apa patut aku buat, baik aku diam..ok diam semua..( berzikir lagi bagus)..Mari kite sama-sama sebut.subhanallah walhamdulilah wala'ilahailallah wallah hu'akbar. Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang, jiwa jadi lapang, mogailah Allah sayang. InsyaAllah.

Sebenarnya aku kurang pasti kenapa aku buat entry ni, aku bosan tengok entry aku yang lepas, semua orang ingat aku tengah sedih. (memang pun sebenarnya, sob3x) tapi jangan risau sekarang aku dah okey. Terima kasih aku ucapkan kepada hamba Allah-hamba Allah yang ada di sekelilingku. Mereka tak putus-putus meniupkan seribu satu keazaman dalam diri ini, walaupun kadang-kadang aku macam endah tak endah je kan. Aku hargai semua tuh sebenarnya.Mereka semua sayangkan aku, mereka semua masih menaikkan semangatku untuk terus hidup dan berjaya. Ye, terima kasih kepada mereka-meraka yang menyedarkan diriku ini yang bernama MANUSIA kerana penuh dengan sifat kealpaannya. Berpesan-pesanlah kamu di antara satu sama lain. Moga aku dan kalian masih mampu mengutip sisa-sisa barakah dalam hidup dan selamat meneruskan perjuangan kalian. (eh kalian pulak, tadi korang, kukuikui).

Ingatlah pesan rasulullah, nabi junjungan kita, manusia yang plaing terhebat di muka bumi ini sehinggakan semua alam menangisi permergiannya." Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." Bukak besar-besar siket mata korang tuh. jangan ingat sebab dia tuh dulu kaki botol, sekarang baru nak jadi alim, itu pun alim-alim taik ayam, korang tak nak dengar nasihat dia. Walaupun seorang budak berumur 3 tahun, menasihati kamu, tak perlu tunggu sampai dia baligh. Dengarlah nasihat mereka kerana sesungguhnya apabila seseorang memberi kita nasihat, jangan dipandang pada sikap dan rupanya, pandanglah pada nasihat. nasihat yang baik je la, yang suro kamu terjun lombong tuh, boleh juga kalo kamu nak ikut. Kerana apa aku berkata-kata sedemikan, kerana aku bukan seorang ustazah, bukan juga pelajar sekolah agama(ex je..hehe) hanya kerana aku saudara seIslammu yang masih ingin berpesan-pesan kearah kebenaran.

p/s: banyak lagi sebenarnya aku nak mengarut tapi kita berhenti di sini sajalah, jumpa di lain entry ok..maaf kalo kamu rasa otak aku fiusnya tercabut, siket je, tak banyak, matlamat aku tak sampai, lain sebenarnya yang aku nak cerita, lain pula jadinya..nak letak picture ape ye..kejap aku fikir. Maaf kalau rasa entry ni tak berfaedah, tak payahlah baca, kan senang, lempabg mau ke, mesti semua akan kate, lah tak sangka ekin macam ini rupanya, sape suro kamu tak sangka, sangkalah. Kejap aku baru sedar, lagi panjang dari yang biasa rupanya, padan muka kamu yang membaca.
PENANG DAH TAK PANAS SANGAT, SEMALAM HUJAN,ALHAMDULILAH, HUJAN RAHMAT, SEDAPNYA AKU TIDOQ, SAMPAI TAK QIAMULAIL.